Tuesday, March 29, 2011

Sekejap Tadi Muncul Lagi...

Posted by makcikrehan KJB at 4:31 PM
Macam biasa, rutin tengahari aku kat pejabat usangni saban hari
lepas lunch dan solat, aku layan mata yang berat depan fesbuk durjana
klik sana, klik sini... pintu tak konci... tunggu kanak-kanak dari ladang datang

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu
Aku laung "Masukkk"

Pintu terkuak, semerbak bau asap rokok berkepul-kepul depan pintu pejabat
Aku laung lagi "Yerrrr... Encik nak guna PC?"
Biasalah, tu jerla soklan standard ISO aku... kes malas nak angkat montot kan

Pastu Mamat tu tak pandang pon kat aku yang disebalik divider kaca nih
alah, bukan jauh pon... dalam 5 langkah jer..
mustahil dia tak nampak aku yang besor macam Dibo ni kan
akulah satu-satunya makhluk dalam pejabat seluas kangkang mawas tu pon
aku laung sikit punya kuat, terang dan jelas lagutu.. tak kan tak dengar kan?

Dia bersuara "Eh, dengar suara.. mana? mana? mana?"
Aku jawab "Yer Encik..'
aku cuak dah... buta ka juling ka Mamat ni... dia tak pandang aku tau!

"Eh mana yer?" dia ulang lagi.
kalini dia siap dongak-dongak kat ceiling... pusing kepala kiri-kanan
konon-konon cari aku... tapi tetap tak pandang kat aku

Aku pon, dengan sejuta kemalasannnnn... angkat montot...
pegi dekat sikit dengan mamat belakon butani
idung aku dah mula nak bersin.. asap rokok tu kan

"Yer Encik.... saya kat sini ni Encikkkk"
masani betul-betul rasa macam orang bodoh hokay
macam pak pacak belakon cerekarama pon ada


Dia buat lagi gaya kepala teleng-teleng dia...
yang ko dok langut-langut tu pehal? tak kan suara aku datang dari atas bumbung kot...
konon-konon buta, tapi mata celik buntang!

Aku dah mula risau... seram dah ni... ni gila mana pulak dah ni....
tengahari rembang laguni mada orang kat pejabat pos nun
Kak Leha kompom tengah tido dalam surau.
Kak Ina jerla yang melangut tunggu kaunter sorang-sorang
Kalau dia buat hal naya aku... Ah sudahhh....

Kalini aku jerit kuat sikit...
"Yer Encik...saya sini Encik.. tak nampak ke?"

"Ehh... ni ha orang...hehehehehe"
"saya ingat takde orang tadi... tak nampak...."
Mamat ni jawab sambil senyum-senyum macam kera dapat bunga taik ayam pulak!

"Nak guna komputer ke Encik?"

"Hehehehe.. berapa kena bayar?"

"Sejam 2 ringgit Encik..."
biasanya aku caj singgit jer, dan kekadang tak caj langsung kalau takat guna sejam
tapi sebab aku meluattttt sangat dengan orang yang peel kepala dongga laguni...
aku charge to the max lah!

Pastu dia buleh buat selamba... tak cakap apa-apa...
langut-langut tengok sana sini...
pastu berambus keluar!

Betuila kata bekas assistant aku dulu...
Kak jaga-jaga... Rasa ni banyak ORANG GILA!







0 comments:

ShareThis