Wednesday, March 30, 2011

Kos Nak Kurus Semakin Meningkat

Posted by makcik rehan KJB at 10:12 AM
Semalam balik keja, elok jer pas parking keta
Kak Has jiran umah hujung datang menyapa

"Rehannn, jom kita tempah jersey utk geng badminton kita nak?"

Wahhh... tak hagak-hagak ko kakak! hehehe..
baru main badminton sekali selepas 8 tahun, tetiba nak buat jersey! :))

Aku okay jer actually... syok gak ada baju seragamni tau
nampak gah sikit bila geng-geng gendut ni datang serang court badminton tu kanns
cuma aku risau takde size aku jerr... maklomla, aku ni spesis yang rare kanns

Last week first time kami pi menggegar kat court badminton Taman Desa
waktu awal-awal semua fully booked,
yang tinggal slot akhir jer.. pukul 11 - 12 malam
gigih punya pasal, tengah malam pon tengah malam la kanns
PS dah tido dengan Imam Muda...so aku hangkut dayang pengiring setia aku ni jelah
sakan Si Mencah berguling kat tengah court dengan anak-anak Kak Has :))
ingatkan hujung mingguni nak repeat lagi la... biar bergetar sikit molekul-molekul lemak ni kanns
tapinya hujung mingguni aku kesibukan pulak... tak dapatla nak join geng gendut nampaknya


*Gambar-gambar arkib Si Mencah masa umo setahun jagung, kat court Badminton Rawang
masani aku tak main pon, aku pi nonton PS main dgn bebudak opis dia.
Tengokkkk... betapa selebet anak aku kan! (belum tengok mak dia lagi)


























Haritu kami sewa sejam bersamaan RM18
agak mahal dah tu kalau nak bandingkan court kat town Rawang nun
sana RM15 jer sejam.. cuma jauh sikitla nak pi
tapi tok laki aku kata rubber court memang mahal sikit...
oh patutla... court kat Rawang tu bukan rubber... court lantai kayu tu (aku tatau nama saintifik dia)

Tapi kan, semalam masa sembang-sembang dengan Kak Has pasal jersey tu kanns
tetiba Kak Has bagitau sewa court kat Tmn Desa dah naik harga pulak...
dah jadi RM22 pulak sejam... naik 4 hengget tu!

Ni yang buat aku nak tulis surat aduan kat Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat nih!


*Errrr... wujud ke kementerian seumpama di atas ekk?





0 comments:

ShareThis