Showing posts with label Konon mahu kurus. Show all posts
Showing posts with label Konon mahu kurus. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Atkins : The last 7 days

Posted by MR at 9:16 AM 8 comments
Assalamualaikum WBT



Akak bukan pakar Atkins, bukan jugak pakar pemakanan.
Jadi, adalah tidak berani nak memberi nasihat atau tips.
This might works for me and might not for others.
Don't ask me yang mana boleh, yang mana tak boleh... jawapan akak senang aja:

Limit your carbs to 20mg per day during Phase 1 (inductions)
No nasik, mee, koey teow, bihun cap bintang, roti, biskut lutut, biskut hup seng, biskut tiger etc.
Makan ikan, telur, ayam, daging.
Makan sayur hijau.
Drink loaaaaddds of plain water.
Do not consume sugar in any ways.

Senang je akak jawab. Pasal itu je yang akak tahu... Kahkahkah!
Uols semua pandai-pandai. Masuk unibesiti, siap ada masterji.
Sumer buleh pikir dan google sendiri kanns...
Kalau hati kental, buatlah dengan strict macam Kak Zel.
Kalau hati rapuh, buatlah pejam-pejam mata macam akak haha...

Ini yang akak makan for the past 7 days.
Tempek sini sebab haritu ada yang tanya.
Ingat tau gegirls, ini bukan panduan... ini hanya perkongsian.






























How many kilos I've lost?
Read my KURUS blog!
Kurus la sangatttttt. Wakakakaka!




Friday, June 8, 2012

Publicly announce

Posted by MR at 12:10 PM 7 comments
Assalamualaikum WBT


Had a quick email chat with PS yesterday.

Me  : Pening kepala la, tapi kepala tak sakit. Macam nak tumbang. Nak muntah pon ye jugak.
Him : Mengandung la tuuuu!
Me  : Merapu la tu! Tapi betul tau, rumahni macam pusing-pusing.
Him : Penyakit la tuuuu... kolesterol tinggi sangat...
Me  : Tulah kan... Ke sebab diet eh? Eh diet apalah sangat akuni ponnn...
         Takat kurang makan sepinggan berbanding 3 pinggan takkan nak pitam plak kan...
Him : Dah makan blom? Nak Abang beli apa-apa ke?
Me  : Takyah. Nasik dah masak, lauk tak sempat masak. Abang belikan telo sepapan sudah!


                                             -----------------



Just now, my ex-uni mate called. We've decided to meet-up later in the afternoon.

Me  : Ko takyah datang umah aku. Biar aku gi umah ko.
         Leceh ko nak hangkut kanak-kanak ko nanti (walhal aku malas kemas rumah)
Her : Ha OK gaktu.
Me  : Ko takyah menyusahkan hidup nak masak pape tau. Aku adalah diet.
Her : Mengadalah ko!
Me  : Yerlah, aku serius ni. Ko jangan masak pape. Gemuk sangat dah akuni.
Her : Ye ke An? Betul ke ko ni....
Me  : Betul lah! Ko SMS alamat umah. Pas zohor aku terjah.


                                             -----------------



Sekarang sedang bertafakur. My diet plan is no longer discreet.
Padahnya, PS balik kerja semalam sungguh-sungguh tak beli apa-apa.
Walhal, hari Khamis ada Pasar Tani kat BCH.
Kalau dia bawak balik nasik tomato macam selalu, komfem aku bedal punya.
Malam tadi kebil-kebil tido tahan lapo. Dahla kepala dok memusing lagi.

Tadi pegi pasar, beli ikan kembong 4 ekor.
Hadaplah ikan kembong bako untuk lunch karang.
Kalau mulut tak celupar sangat bagitau member tu yang konon aku tengah diet,
silap-silap dia hidang gulai lemak ketam, ayam goreng berempah dengan nasik hujan panas kat aku.

Even Aisyah now dah pandai make fun of diet plan. Unintentionally maybe...
Asked her last night, the usual mother-daughter-talk-after-school

Me       : Kakak makan apa kat skolah tadi?
Aisyah : Saya tak makan pape....
Me       : Kenapa tak makan? Nanti Kakak lapar cemana nak main dengan kawan-kawan?
Aisyah : Saya makan, tapi sikiiiit jer. Saya biarkan perut saya kosong senikit (sedikit)
Me       : Lahhhh... kenapa biar perut kosong?
Aisyah : Sebab saya nak kurus....

Bla... bla.... bla... giving her advise, telling her to eat, to exercise and so on.
Biasalah, aku kan emak. Mestilah pandai cakap tak serupa bikin. Wakakakaka!

Later, our conversation got carried away...

Aisyah : Masa dulu-dulu Mama cantiiikkk sangat. Cantik sampai nombor 10
             masatu Mama kurus sangat (sambil mengelus-ngelus pipi kembung aku)
             Tapi sekarang Mama dah jadi cantik no 2 aje. Eh silap... no 3.
             Sebab Mama dah gemuk senikit. Nanti kalau Mama kurus,
             Mama boleh cantik macam dulu-dulu.

PS       : Kah! Kah! Kah!



Gals, think twice before you announce anything to public!





 

Thursday, August 4, 2011

Apa Cerita Dayet?

Posted by MAKCIK REHAN at 9:07 AM 1 comments
Sebenarnya kronologi kembung-kempis aku ada tercatat dirumah sinun
Tapi biasalah aku... suka-suka hati nak pinjam kesah rumah sana jadi modal kat rumah sini :))

PD50H dah tamat pada 1 Ramadhan haritu (2 hari lepas)
Macam biasala kan, dengan sifat pasrah yang menebal disanubari akuni
mana mungkin aku jadi champion kanns... hehehe...
Mana buleh aku kurus sensorang, sedangkan Zalia membuntal takde geng
Kang kalau aku kurus, sapa nak teman dia pi kehepci... hehehe

Inilah rumusan PD50H aku
Tak banyak yang turun, tapi jadi lerrr... dah muat baju beli siap saiz XXL dah kira baguih tu
Sebelumni, jangan harap aku nak mimpi beli baju siap kat kedai tau









Total weight loss adalah 5.4kg
Tepuk la sikit weiiii....
50 hari turun 5 kilo kira baguih sangat dah buat pemakan nasik tegar mcm aku ni


Dan ini pulak kronologi berat aku sejak beranakkan Asyraf tahun 2009.
Lepas pantang, rupanya aku dah turun sampai 83kg (sebelum bersalin berat aku sekitar 98kg)
Masatu tak rasa macam 83kg tu best... aku buat endah tak endah...
La ni bila dah berat 99kg baru tau bahawa berat 83kg tu adalah best!
Baru terhegeh-hegeh nak meggagau angka 8 balik
Hahaha... padan muka, melantak macam tiada esok-lusa bagimu kanns :))


















Dan sekarang, program dayet suka-suki aku diteruskan kat PDR pulak
Syok jugak dayet secara berjemaah ni tau
At least bulehla aku belajar makan benda lain selain nasik... hehehe

Macam biasa, target ala-ala pasrah aku taklah beso tara mana...
Takde mimpi pon nak pakai baju kebaya ka, legging tight ka, high heel 7 inchi ka...
Dapat cecah angka 8 pon jadila woiii...hehehe



Monday, July 18, 2011

Feeling Guilty?

Posted by MR at 9:00 AM 0 comments
Tidak! :))

























Bukan aku buat atau beli. Orang bagi. Siapakah orang itu?
Buat-buat tanya pulakkkk... tampo kang.. hehehe
Semalam ada pulut kuning sama rendang, lupa mau ambil gambar bah!

These are reasons for putting on weight this week!
Next entry i reveal jisim terkini utk minggu ini ya :-)





Thursday, July 7, 2011

Perit Sungguh Cabaran Ini...

Posted by MR at 9:14 AM 10 comments
(Sila ambik mode sedih...)

Terhinggut-hinggut bahu aku menahan ayaq mata sampai terkejim-kejim mata...
Bukan menangis kena penampo dengan laki...





Jari aku terlebih soda bicarbonate, ko mampoo?































Kalo ikutkan aku nak bagi two thumbs down kat Grapefruit rega 99 sen sebijikni
Tapi sapa pulak nak tangkapkan gambo kanns
Mencah? No No No (sambil goyangkan jari telunjuk kiri-kanan)
Nak mendapatkan kamera cokia ni pon aku sampai meroyan, meratib 2-3 minggu
Siap bentang proposal 18 muka surat kat PS tau (tu belum aku mintak camera corong panjanggg)
Kang kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini lagi sekali
Tak merasa dahla aku... alamat tutup blog ler jawabnya

Berbalik kepada grapefruit di atas,
Sesungguhnya sangatlaaaaaaaah masam!
Tu pasal aku makan sampai beringgut bahu
Aku cuit sejemput suap kat Mencah, terus jadi macam kertas keronyok muka dia
Dah lepas hirup buah tu ala kadar kan, bibir aku rasa tebal macam kena ketit tebuan
Entah sebab masam sangat kah atau sebab kena getah kat kulit dalam buah tu
Ko hengat senang nak kurus Bang? ---> tetiba laki jadi mangsa...
















Sepatutnya tuna in water
Adoiii... sejuk-sejuk gedi, kuor dari tin weii... ai kenot go lah
So, ai opt for ikan bako. Janji ikan dia fresh.
Sampai luluh tulang temulang ikan ni aku hadap!
Bukan sedap sangat ponnn... lapo wei lapooo....
























Dinner pulak sawi rebus with a slice of chicken breast
Campak jerla semua buh dalam puyuk, kasi menggelegak
Pastu makan sambil pejam mata... sambil imejin tiba-tiba diri ini bertukar jadi Juliana Ebans

Dinner 3DD tak habis sampai di sini... reward yang paling menguji iman turut disertakan
Ya'ani secawan ais krim vanilla
Sungguh wallah bunyinya kan... dayet-dayet buleh makan aiskrim
Sebenarnya tang satu cawan tula yang agak lahanat hokay
Ko beli aiskrim satu tapawe beso... tapi makan hanya beberapa scoop?
Ketahuilah, berdasarkan pengalaman aku dari dolu-dolu ber 3DD kanns
Pernah beberapa kali aku terkantoi makan (ker sengaja) sampai setengah tapawe beso aiskrim tau!
Tapawe Nestle kaler biru yang bentuk octagon tu bapak punya beso weiii...
Lepas 3 hari rasa macam nak terjun longkang bila berat satu sen pon tak turun!

So, menyedari kelemahan diri yang imannya senipis urat rambut,
Aku guna kaedah yang agak complicated untuk menikmati aiskrim...

Pukul 8, pas Maghrib, aku kerah Mencah suh ambik buku Iqra' dan sarung tudung
Start keta, desup hantar dia pi ngaji
Lepas hantar dia, aku belok masuk area kedai... singgah kedai Kumar (bukan nama dalam IC)
Tutup enjin keta, konon nak kuar pi beli aiskrim dalam cup kecik-kecik tulah
Baru kuar kaki sebelah... mata aku terbeliak!

Selipar yang aku pakai sebelah kanan kaler biru, sebelah kiri kaler merah!

Dua-dua jenis bintil-bintil... sama saiz... mana la aku perasan weiii... main sauk jer tadi
Dahla pakai baju T-shirt bundle buruk kesuk, sarung cardi buruk, tudung tak mecing, gincu tak pakai
(eh, over pulak di situ)

Kedai Si Kumar time tu tengah penuh orang pulak tu
Nak patah balik tukar slipar demi secoet aiskrim sangatlah tak kuaser kanns
Mengeramla aku dalam keta sampai semua pelanggan bertaraf warganegara selesai shopping
Bila tinggal Bangla dengan Kampuchia jer dalam kedai,
Baru aku meluru kuar, sauk aiskrim dalam cup paling kecik rega singgit,
Cepat-cepat bayo exact amount, pastu laju-laju patah balik pegi keta

Phewwww... lega tak bertembung dengan anak teruna ketua kampung yang hensom tuuuu
(eh, bila masa ketua kampung aku pindah sini?)
Bukak radio cari lagu jiwang, pasang ekon sepoi-sepoi bahasa
Menikmati aiskrim sambil pejam mata... sambil imejin diri ini bertukar jadi Eva Longgok Ria!


Monday, July 4, 2011

All In One

Posted by MR at 4:31 PM 3 comments
Makcik soka.
Kurang hazab nak bersihkan dapo.

Kurang tenaga dibazirkan dengan berdiri lama-lama kat dapo.

Anak-anakkk... mari makan!!





















Ini episod bila ntah
Kalo tak semalam, kelmarin punya
Tapi ini hari special la sikit, sikit jahhh...

Satgi PS kata kita pi makan luaq, dekat-dekat sudahla
Aku pon apa lagi... bersorak ria la kanns
Jauh ka dekat ka.... janji tak payah masak

Plan nak pi Tesco Rawang saja
Biasala.. kami manada tempat lain nak tuju
Lepasni mungkinlah buleh pi merapu jauh sikit
Tapi Tesco jugak... Tesco Bukit Beruntung! Hahahaha...

Tuju Tesco tu bukan apa... nak beli bekalan 3DD aku untuk minggunila pulak
Tapi aku tobat dah tamau beli tuna dalam tin tu... sumpah cemuih!
Aku nak tukaq pakai ikan rebuih atau bakaq dahla
Derhaka pi la sikit-sikit... janji masih on track... tak lebih dari 1200kcal sehari

Sapa-sapa rasa nak ikut aku dayet merapu 3DD jomlah!
best weii.... ada makan-makan eskrem tawww...
Walaupon dia kata 1 cup sajaaa... hang tibai 3 cup pon sapa tau
Esok malam sebelum hari timbang, ko langgah la teh julap segelas! Hahahaha











Janji Turun!

Posted by MR at 12:43 PM 5 comments
Minggu lepas aku buat 3DD
Tetapi sangat banyak menculas!

Aiskrim tak beli
Cheese aku abih Mencah tibai semua
Cantaloupe aku suka-suki ganti dengan tembikai
Teh aku pandai-pandai ganti dengan greentea

Itu belum lagi bab aku curi-curi makan in between meals
Minum low fat milk tengah malam sebab tak tahan lutut gigil
Hari-hari bantai tembikai sebab sangat sedap
Saja-saja suap nasik kat mulut sendiri masa suap kanak-kanak ni makan

Exercise adalah langsung tidak
Malas aku nak layan Abang Bob time PMS
Abih kuatpun, aku lumur Halia Bara Yusmira jer (tu pon kalau teringat)

Overal, minggu lepas dayet aku agak terkawal
Walaupon 3DD aku kantoi, at least dapatlah turun lagi 1kg
Dibantu dengan ketiadaan PS selama 3 hari di hujung minggu
Berat aku lepas berak pagi tadi adalah 94.3kg
Maknanya, untuk minggu ini... aku turun lagi 1.9kg
Jaaaaadilah!


Nak tayang scale baru tak baru sangat dah boleh?
Bolehhhh... (kata korang)
Maka aku pon tayanggg... kahkahkah!





























Tak payah membaziaq beli hat yang mahai-mahai macam orang yang ada gate karan tu
Kalau dah berat kau 90 kilo, ko naik timbang rega RM138 pon tetapppp berat kau 90 kilo noks!

Sila dapatkan di Tesco pada harga RM39.90 sahaja
Sila berhati-hati sewaktu memilih, sebab ada yang rega RM49.90
Sila gigih (dan kedekut) macam aku... sanggup usung cari price scanner demi nak menyelamatkan RM10!


Monday, June 27, 2011

Timbangan Minggu ke-2

Posted by MR at 1:40 PM 0 comments
Isnin biasala... tak blues pon buat-buatlah blues
So, aku pon Monday Blues la jugak

Tentang dayet dan jisim badan terkini,
Harini adalah hari timbangan sedunia bagi puak-puak PD50H
Pukul 10 pagi tadi baru aku timbang, lambat sikit sebab tunggu proses pembentungan
So dapatla 96.2kg. Jadilah.... ganjak lagi satu angka dari minggu lepas :-)
Walaupon hari Jumaat lepas dah berjaya cecah angka 95.8kg,
Tapi memandangkan Sabtu dan Ahad adalah hari hora-hora sedunia,
Berkumpul adik-beradik dan emak-ayah pergi tawaf Nilai 3 sampai lenguh betis
Lepastu esoknya pulak (semalam) adalah besday my sleeping partner
So adala makan-makan sikit anak-beranak... dayet letak dalam lemari la weiii... kehkehkeh!

So target untuk minggu ini adalah at least turun 1kg
InsyaAllah esok akan mulakan 3DD
Bahan-bahan sumer dah beli, tinggal nak cari pisang dan cottage cheese
Kalau tak jumpa jugak cottage cheese tu, ganti dengan tuna in water jerlah nampaknya

Kalau by this week aku berjaya turunkan lagi 1kg,
Maka tercapailah matlamat jangka pendek aku... yakni nak turun 4kg dalam sebulan
Orang lain punya matlamat mungkin nak turun 10kg sebulan...
Aku tak buleh buat laju-laju lagutu
Dulu-dulu mungkin buleh, la ni payah...
Dan beranak-pinak ni... macam-macam hal kena consider
So, kalau aku buleh maintain 4 kilo sebulan pon dah cukup bagus
Kalau projection aku berjalan secara konsisten (loss 4kg every month)
InsyaAllah... by 1st January 2012 bulehla kot dapat berat 74kg

74kg tu sebenarnya masih jauh dari BMI ideal aku
Again, biaq pi lah... pelan-pelan aku ikhtiar
Yang penting, aku kena sekolahkan perut lebor aku ni dulu
Perut orang lain teghang hati... lepas seminggu dayet dah pandai cepat kenyang
Perut aku masih gak dok bodo tara tu... pantang nampak, semua aku libas!

Setakat ni lah dulu aku hapdet
Nak pi buang sampah... pampers busuk si Asyraf dah penuh dalam tong
Pastu nak iron baju Mencah nak pi skolah pukul 2.30 ni
Kang lepas hantar dia pi KAFA kalau rajin aku menggedikla layan Abang Bob TBL hehehe...






Sunday, June 26, 2011

Perincian Tentang 3DD

Posted by MR at 1:41 PM 1 comments
3DD = 3 Days Diet


Day 1






















Black Tea or Cofee tu maknanya teh atau kopi TANPA SUSU, CREAMER atau GULA langsung.
So, sapa yang tak buleh terima... bancuh kopi atau teh yang cair sudahlah.
Kalau tak mampu jugak, minum air kosong saja....

Grapefruit bukan anggur ya kawan-kawan (aku mula-mula dulu pon ingat anggur!)
Grapefruit tu dalam bahasa melayunya Limau Gedang (limau besar)
Kaler dia oren mcm limau sunkist tu, tapi kulit dia tak menggerutu
Sila cari di pasaraya terkemuka, banyak juai. Sebijik dalam RM2...
Rasa dia, selama aku makan grapefruit ni, tak pernah sekalipon aku dapat yang manis!
Masam melenit!!


Grapefruit, pic Googled.














Toast dan peanut butter tu maknanya roti bako tu kita sapu dengan sesudu peanut butter, ngap!
Jangan tak tau, aku dulu bingai... roti bako tu aku makan gitu ajer
Dan sesudu peanut butter tu aku jilat begitu saja
Sangat betul bendul! Hahahaha....

Plain tuna tu adalah Tuna in water
Aku selalu makan Ayam Brand. Satu tin tu bahagi 2.
Sapu atas roti bako, ngap!

Bila dia kata any form of meat, maknanya tibai jerlah daging apa pon
Ayam ka, daging ka... semua buleh. agak-agaklah 2 slice tu besor mana
Aku masak/ steam daging atau ayam tu dengan sayur-mayur yang tersebut di atas

OK, tentang size cup... pakai jer cawan yang kita minum teh tu
Atau, kalau nak taat setia sangat, sila beli set sukatan seperti berikut
Yang paling bawah (paling besor) tu adalah sukatan untuk satu cup

























Beets tu maknanya beetroot, sejenis ubi mcm sengkuang dan carrot tapi warna merah
buleh makan mentah atau nak masak bersama sayur-sayur lain
Beetroot, pic Googled.






















Day 2



















Banana tu tak kisahla pisang apa pon
Tapi kalau pisang berangan saiz besor tu kena makan separuh jer
Nak selamat, belila pisang emas yang comei-comei tu... bukeh ngap sebijik terus

Cottage cheese tu susah sikit nak cari
Rasannya adalah tidak sedap, tawaq hebiaq! (rupa dia macam muntak budak huwaaaa!)
Tapi aku makan jugak, kapit dengan biskut masin... ngap dengan muka kelat


Cottage Cheese, pic Googled.















Saltine crackers tu adalah spesis Ritz biscuit macamni

Salted Crackers (Ritz), pic Googled

Tak semestinya cap Ritz... Cap Munchys ada, Cap Danone pon ada
Yang jenis depa kapit dengan peanut butterlah, creamlah, chocolate tu lah...
Tapi janganlah ko jilat filling dia tu...hehehe.
Nak selamat, carilah yang plain takde filling tu :-)

Hotdog tu tak kisahla yang mana
Aku dulu selalu makan Smoked Chicken Frankfurther cap Farm's Best




Day 3




















Hari ke-3 ni aku cuma nak ulas tentang Cantaloupe tu ajer
Masa aku buat 3DD ni dolu-dolu takde pon cataloupe ni, yang ada cuma tembikai
Sebab yangni 3DD Plus, tetiba tembikai tu dia tuka dengan cantaloupe pulak
Bila aku Google translate, cantaloupe ni = tembikai
Aku speku cantaloupe ni adalah nama lain bagi honey dew
Sebab gambo dia macam tembikai susu jer aku rasa

Cantaloupe, pic Googled.




















Syarat-syarat lain :




























Dan dia lupa kot nak tulis dalam tu...
SILA MINUM AIR DENGAN BANYAK... itu syarat biasa la kannn...hehehe

Jom!!


Tuesday, June 21, 2011

Untuk Yang Tak Jemu-jemu Tanya Aku Makan Apa...

Posted by makcikrehan KJB at 9:38 PM 0 comments
You know who you are...
Yang duduk kat Sepang, yang keja kat Cyberjaya
Yang beranak 3, yang tiap-tiap malam lari atas treadmill
Yang ada gate karan, yang oven terbako...

Hahaha...cam gini punya details aku describe,
Baik aku bagi nama ko terus Kak Yam oiii... kehkehkeh!

Nak jugak ambik tahu apa aku makan
Walaupon aku dah cerita sedikit sebanyak apa aku makan kat entry yang ni
Sampai kadang-kadang aku terpikir... yang dok tanya-tanya sangat kat aku ni kanns
Macamlah akuni dah turun 30 kelo!
Kak Yam oiiii... aku baru turun (bukan toron ya) 1 kelo kak... diulangi 1 kelo
*meraung guling-guling aku tawww*


Bagi sapa-sapa yang dah tak tau sangat apa yang nak dimakan masa dayet
dan malas nak kira kalori kat myfitnesspal, sila cuba ikut menu 3 Day Diet dibawahni
Setiap portion hidangan tu dia dah kirakan siap-siap kalori dia
Kalau agak-agak sudah bosan, pandai-pandailah modified sini sana

Berat korang turun ke tak turun, sendiri cuba lah yerrr....




































Konsepnya, dalam seminggu try buat dayet ni selama 3 hari berturut-turut
Lepastu makanlah seperti biasa SECARA NORMAL, InsyaAllah berat tak naik balik
Saja aku besorkan perkataan secara normal tu...
Sebab biasanya orang-orang macam akuni selalu terbabas makan macam alien

Maklumat lanjut sila ke sini www.3daydiets.net

Risiko tanggung sendiri dong!



Dayet : FAQs

Posted by makcikrehan KJB at 8:38 AM 0 comments
Oleh sebab akuni pablik figer... aku terpaksala buat entry ni.. kehkehkeh!
Penat tau nak menjawab soklan yang sama hari-hari
Biasalah, pablik figer mulut puaka macam akuni memang ramai orang sayang

Rehan, baper kelo dah turun?
Rehan, makan apa harini?
Rehan, ko senam kat mana? Bapa kilometer?
Rehan, camana diet... OK tak?

Aku kadang sampai matik akal nak menjawab,
Bukan takmau jawab... tapi tatau nak jawab lagumana.

Soklan-soklan pasal berat dan menu tu aku rasa boleh katakan hari-hari aku update
samada kat sini atau kat sana
Tapi bila mai soklan subjektif yang berbunyi...
Camana diet so far? OK ker?

Aku baru dayet simpang siur seminggu la kawan-kawannnnn
Jangan bimbang, kalau setakat seminggu... takdenya aku turun sampai 25 kelo
Bukan apa... kot-kot ada yang sedih hilang kawan gemok kanns
Aku nak bitau... jangan gusar hokay... aku masih obesiti melampau
Anda tak perlu berasa gusar akan keringanan aku berbanding korang... muahahahaha...

Secara ringkasnya, sepanjang 50 hari aku bakal berdayet ni (InsyaAllah)
Aku cuba seboleh mungkin mengurangkan pengambilan segala jenis nasik
Tak kirala nasik dari beras putih ka, perang ka, pulut ka, basmathi ka, bashidup ka, bas lenseng ka...
Cuba mengelakkan makanan bergoreng dan lemak berkrim serta fast food
Cuba meninggalkan tabiat minum milo dan menggantikan dengan 3 gelen air masak (kembong!)
Dan yang paling penting... mengira pengambilan kalori agar tak lebih 1200 kcal sehari
*kadang-kadang terbabas gak*


Berapa kilo aku target?
Aku tak target nak 50 kelo atau 60 kelo atau 70 kelo pon bukan...
Secara realistiknya... aku harap, by 1st August berat aku buleh cecah angka 8...
Tak kisahla kalau 89.9 kg ponnn... janji bukan pangkal 9
Itu matlamat jangka pendek... matlamat jangka panjang pon ada
Iaitu aku harap dapat maintain penurunan berat sebanyak at least 4kg setiap bulan
Sehingga sekurang-kurangnya aku buleh pakai balik baju-baju lama yang bertapuk dalam lemari!
Aku dah meluat nak pi shopping baju baru... semua pesen gedobos, tak stylo!
Kahkahkah... makcik kau ada hati gak tu nak stylo mylo :))

Tentang method pulak
Buat masani aku takde method yang betul-betul aku ikut 100%
Aku tengah pulun nak abihkan ganti posa dulu
Tapi dalam perancangan, memang ada niat nak buat Atkins Diet
Dan ada niat jugak nak give a try to 3 Days Diet

Exercise.
OK, selain dari buat kerja rumah dan jadi supir kanak-kanak pagi petang
Aku ada buat workout manja-manja jugak
Baru 2,3 kali aku menggedik bersenam pakai DVD TBL (penah citer dalam entry sebelumni)
Sampai sakit-sakit betis dan bontot aku pasai lama sgt dah tak bersenam kanns


Pencapaian setakat ini
Inilah soklan feveret korang kan
Secara jujurnya... kalo ikut penimbang aku yang mereng tu... penurunann aku adalah lebih 1kg
Kalo ikut penimbang mereng aku tu... mungkin 2 atau 3 kilo yang turun
Tapi, oleh sebab aku berada dalam pertandingan dan perlu jujur kepada para peserta lain
Aku annnounce penurunan aku sebagai 1 kilo sahaja
Sebab aku was-was dengan kredibiliti penimbang mereng aku tu
*Esok kalau sempat aku pi beli scale baru kat Tesco*
1 kilo tu pon aku dah cukup happy tau
sekurang-kurangnya jarum penimbang masih sudi bergerak ke kiri


Pemakanan dan pembahagian kalori
Sepatutnya, kena ikut ratio pengambilan kalori utk sarapan, lunch dan dinner
Tapi overall, aku cuba untuk tidak terbabas lebih dari 1200 kcal sehari

Pagi biasanya aku minum milo kurang manis dan roti bakar 2 keping, atau nestum 3 in 1
Tengahari kadang-kadang kalau malas nak masak (memang selalu malas)
aku minum low fat milk dan biskut hup seng 4-5 keping, atau roti dan poached egg
Petang/ Dinner barulah aku rajinkan diri memasak
Kalau Mencah mintak nak makan nasik... aku pon makanlah nasik satu cawan
Kalau dia tak mintak nasik, aku memang tak akan masak
biasanya aku lebihkan lauk, sayur dan buah
Lauk yang biasa aku masak, rebus-rebus jerlah.. macam orang tengah pantang kau!
Asam rebus, singgang, tomyam, ikan bakar etc
Mujurlah, akuni hantu ikan. Asalkan ikan, semua aku bantai!

Cheat Day!
Yes... aku spare satu hari dalam seminggu sebagai hari pembalasan
contoh cheat day aku adalah dinner rasuah haritu
walaupon cheat day, masih perlu berpada-pada... sebab tanak 1 hari punya pasal
habih spoil usaha 6 hari yang lepas kanns

Aku bukan baru dalam arena dayet-dayet ni
sejak dolu-dolu lagi aku dah biasa dayet macam-macam
maklumlah... gemok sejak azali kanns
Ada yang aku berjaya... dan ada jugak yang aku masuk longkang haha...
pencapaian terbaik aku adalah turun berat dari 76kg ke 57kg dalam masa 3 bulan
malas nak cerita panjang... itu zaman aku belum beranak pinak
pagi, petang, siang, malam aku pi ukur jogging track kat Taman Jaya... mana tak cepat turun kanns?

Sesungguhnya, dayet zaman anak dara adalah jauh berbeza dengan dayet zaman mak dara
Ko baru nak angkat dumb bell, anak ko dah bergayut kat kaki seluar
Ko baru warm-up lima minit depa dah melalak suruh dokong
So, buat jerlah secara slow and steady
Harap-harap buleh kekalkan gaya hidup sihatni (kononnn) sepanjang hayat
Gemok sikit-sikit tak apa... jangan gemok macam badak sudahla!

Term-term yang aku mention dalamni semua korang buleh Google saja
Jangan mintak aku huraikan satu-satu.. sian kat aku
dahlah tak cukup kalori... lagi kena buli ... hehehe

Sepatah kata dari Mencah,
Mamaaaa.... awak lihat dan belajar!

Same goes to you gals,
Watch and learn ya...

Salam kurus,
Makcik Ramping Rehan























Sunday, June 19, 2011

My Weight Watcher Having Cardio Workout

Posted by MR at 1:17 PM 0 comments
Mula-mula aku nak bagi credit kat penaja DVD ni.




Sepatah kata dari aku... TERBAEK!!

Selain dari instructor yang tough dan merembes,
Orang-orang di dalamnya adalah gumukz-gumukz macam aku
So, adalah best bila nampak mereka juga mengah dan pancit seperti aku! wakakakaka
Sapa nak order sila contact Zalia Hezlin.


Outfit tanak kalah okay!























Kasut futsal Babah pon jadi.























Anak aku pancit samapi cenggini, kalau aku? Silalah imejin...





























Hat sorangni senaman Ju-On kottt....





Thursday, June 16, 2011

Update La Kejap Sebelum Aku Pi Masak...

Posted by makcikrehan KJB at 5:14 PM 0 comments
Pemakanan aku semalam.



























Singgang tongkol lagi. Kalini cukup sifat :-)
Lepas tu bergaru mcm tak cukup tangan!

Yong Tau Foo tu Tok Laki kesayangan yang hensem lagi bergaya belikan,
menebus dosa pisam gorem semalam barangkali - habuan makan sahur pagi tadi.

Sapa-sapa yang dok tanya apa aku makan sepanjang PD50H tu kanns,
tudia aku dah tepek lebih kurang apa aku makan

Data lengkap cam biasala... pi terjah blog tak kurus-kurus aku tu.
Link korang pandai-pandai la korek sendiri...
Dah bapa kali bagi, tak reti-reti nak follow? nak save link?
Cewahhh... perahsantan diva di situ kehkehkeh...




Wednesday, June 15, 2011

Meragut Rumput

Posted by makcikrehan KJB at 1:24 PM 0 comments
Tengok makanan dalam gamboni memang dah macam meragut rumput aku rasa
Tapi bukanlah macam spesis di padang tu... agak-agakla weii...
sentap aku kang...
























Singgang ikan tongkol akuni tak berapa nak jadi
kunyit idup tadak, lungkuas pon tadak
aku campak jerla serai kecut jumpa dlm peti, bawang, halia dan asam keping
pastu aku malas nak steam kacang panjang tu dah, tapi nak makan sayur kanns
lalu aku humban jugak kacang dalam puyuk sekali harung hahaha...
Pastu aku tabur serbuk kunyit... boleh? Hahaha... bantailah labu... janji tak jadi lepat labu kanns

Aku makan sambil suap Mencah,
Baru dua suap dia dah terjeluak!
Muahahaha.... ko bayangkanlah sedap tak sedapnya weii...

Pastu kononnya aku malas dah nak masak utk dinner
ingat nak ratah ikan ni jerla malam nanti, so aku simpanla seketul...
sekali kan, masa aku tgh layan roh menjarum dalam studio kan
kucing liar tah mana datang selongkar dapo aku, curik ikan tongkol aku!

Huwaaaaa... ambik ikan tu aku tak rawan sangat
makan pila.. dah rejeki dia kan
tapiiii... dapo aku berkecah jadinya... pitam!
*aku lupa nak rapatkan sliding door*


Sebabtu untuk dinner aku terpaksa masak lain...
meragut lagila nampaknya... huhuhu...
























Sosej tu aku makan kongsi dengan Imam Muda... kemain laju kutip sosej
suap broccoli dan-dan dia luah balik!
Hahahaha... ko takmoh diet eh nak....



Full report on my calorie intake can be reviewed kat blog tak kurus-kurus aku ni.





Tuesday, June 14, 2011

Posted by MAKCIK REHAN at 12:55 PM 0 comments
Malam sebelum mula PD50H...

























Selepas mula...




























Cupcakes cekelat tu aku beli kat booth kat luar Tesco
sedap tau, rasa dia sama macam kek Gardenia yang bertajuk Twiggies ni
cuma takde krim jer dalam dia

*Pic googled.




















Heheh... aku dah ada senarai makanan boleh lantak on my cheat day!


Sunday, June 12, 2011

Broccoli Celur

Posted by MR at 9:45 AM 0 comments
4 hari aku gagah posa ganti *tak abih lagi ni weiii*
Sabtu pon aku tibai posa, sampai lemau seisi rumah
Apa kena mngena aku yang posa, satu romah yang lemau?
Dah alang-alang posa, aku training PD50H la sekali...


Ini dia broccoli kukus/ celur/ rebus yang menjadi igauan ngeri para suami bila bini diet!
Kahkahkahkah.... santap jerlah Bang!


























Ikan mambong kita bako! kita bako!
Tak bakor pon, panggang dalam pan jer,
Pastu aku gatai pi renjis minyak bijan. Hehehe...
Eh apsal bila aku tulis bijan, aku terbayang perempuan berbaju pink eh?

























Apabila mereka bersatu.
Nasik aku tu bukan secawan weii... selambak tau!
Bukak posa la katakannnn.... kahkahkah!


























Oleh sebab nasik aku tu banyak balance,
Esoknya aku goreng cincai-cincai untuk sarapan kanak-kanak 1 Malaysia nih...




























Friday, June 10, 2011

Kami Mencari Penaja!

Posted by makcikrehan KJB at 6:20 PM 0 comments



Yang duduk Melben maybe nak sponsor tiket pergi balik ke Ostolia beserta penginapan 5 Star hotel,
serta makan tanggung berak cangkung selama 3 hari kerrr...
Contoh jerla... kalau betul apa salahnya... muahahahaha...

Sedikit kekeliruan telah muncul... maklumlah, memasing tengah membara nak kurus kanns
Sampai terlepas pandang beberapa perkara...
Perkara apa? Ahhh... sibuklah kau nak tahu,
Ajak diet ko tanak, asal ada gossip sibuk menebeng ekk... muehehehehe
Kekeliruan tu hanya kami-kami yang gumuks ni jer yang tau tawww...
Oleh itu, sapa yang rasa nak join kami bergelak-ketawa, bersenda-gurau di group...
Silalah join Program Diet 50 Hari ni. Bertindak sekarang, masa semakin suntuk hokehh

Apa? ko dah kurus? Tapi nak join group tu jugak?
Bolehhh..... silalah sponsor hadiah barang sebijik piala pusingan kerr... gold medal kerr.... :))
Apa-apa bentuk hadiah yang bermanfaat kami terima dengan berbesar hati
Nak bagi Breadmaker bawah katil kerrr....
Red Velvet Kek sebijik kerrr...
Voucher shopping 50 hengget kat Isetan kerrr...
Voucher SPA, padicure, manicure apa-apa kiok jerla....

Semuanya kami terima!

Peserta dah mencecah 53 orang setakat harini
Menjelang hari akhir esok, kami jangkakan mungkin akan mencecah 60 orang
Ayuh ajak kawan-kawan sepejabat, sekampung, setaman join programni
Berjemaah adalah lebih afdhal kanns...

Sikit hari lagi ranking berat peserta akan dikeluarkan
Gambar-gambar peserta pon akan di update dari masa ke semasa
Semakin meriah bila masing-masing saling berkongsi info... suka ahkak tau!
Paling syok bila baca cita-cita memasing selepas 50 hari...

  • Ada yang kata saya nak pakai kasot tomit tinggi dan kebaya nyonya
  • Ada yang kata harap-harap boleh mengandungkan baby comel
  • Ada yang kata nak jadi Juliana Evans cawangan Rawang
  • Ada yang nak beli IPAD kalo menang
  • Ada yang nak naik papan luncur kat Sunway Lagoon
  • Ada yang nak main outdoor games kat Genting bila dah kurus
  • Ada yang nak letak sticker, HAKU DAH KURUS, KAU BILA? kat cermin keta
  • Ada yang tangguh buat baju raya, tunggu lepas 50 hari kehkehkeh!
  • Macam-macam hokay!

Sesapa yang ada kontek dengan orang media tu.... tanak ke cover program kami neh?
Bagila satu daily column dalam Utusan kerr... Biter Harian kerr...
Haku pon nak gak merasa kuar sotkabo noks
Kang balik kampung buleh framekan, letak kat hall...
Hari raya nanti, kecoh satu kampung anak-anak Kak Idah masuk sotkabaq!
(plural sebab hadek aku si Najirah tu pon join jugek..hehe)

Rehan masuk sotkabaq ka Kak Idah?
Haah.... dia dengan kawan-kawan dia...
Pasaipa? Dia menang apa-apa ka?
Dia menang pertandingan ratu cantik paling kuruihhhh!!

Hahahaha... mak haku tak hagak-hagak,
terus up jadi pertandingan ratu cantik!


:))


p/s : Blog Diary Diet MR bakal hidup semula ... hehehe




Thursday, June 9, 2011

Nota Untuk Suami (Yang Hensem, Beriman... Lagi Penyayang)

Posted by makcikrehan KJB at 1:26 PM 0 comments
Assalamualaikum Bang,

Ni nak bagitau, ai sudah join contest terpaling hangat dikalangan perempuan-perempuan yang berat badan mereka berlebihan (atau bahasa kesatnya - GEMOK) yang diberi nama Program Diet 50 Hari. Pertandingan akan bermula pada 13 Jun 2011 sehingga 1 Ogos 2011. Oleh yang demikian, ada beberapa perkara yang ai nak highlight kat sini. Bukan apa, ai takmo lah gagal lagi seperti sebelum-sebelum ini. Yu jangan tatau eh Bang, ai adalah peserta favourite di dalam pertandingan ini tau. Jadi, silalah bertafakur membaca point-point di bawah. Berilah kerjasama dan sokongan moral serta MATERIAL (yang material ni saja ai caps kan, takut-takut yu tak pasan) ke arah merealisasikan impian ai menjadi Juliana Evans cawangan Rawang.

  • Sila pastikan yu balik rumah dalam kekenyangan, kecuali kalo sanggup makan broccoli celur!
  • Sila jangan suruh ai goreng nugget dan bancuh air milo selama 50 hari.
  • Sila hulur RM30 seminggu untuk ai beli bekalan sayur dan ikan (beras tak payah beli)
  • Sila JANGAN tapau lauk dari Restoran Rosnah, kecuali hari Ahad :-)
  • Sila jangan beli Big Apple, Dunkin Donut atau Mekdi bila balik dari outstation.
  • Sila jangan beli cendol dan rojak mamak bila balik dari main badminton atau futsal.
  • Sila jangan tapau nasik ayam Sg Choh dan nasik ayam Tesco selama 50 hari.
  • Sila jangan belikan Mencah KitKat selama 50 hari (apalah dosa kau wahai anak?)
  • Sila jangan bawak balik Vanilla Coke. Kalau terbawak, sila tinggalkan dalam kereta.
  • Sila jangan gelak sampai keras perut kalau nampak ai tengah aerobik.
  • Sila berkorban hantar dan ambik Asyraf ke rumah Maklom selama 50 hari.
  • Sila jangan uji kesabaran saya dengan makanan. Ingat, sabar saya senipis kulit bawang merah!
  • Sila cari kenderaan beso untuk hangkut treadmill Kak Jaa di Cheras. 

Sian treadmill ni Bang, lama dah dia tunggu kita!


Hanya tinggal 4 hari sebelum contest bermula. Sekarang ai tengah training... sambil posa ganti.
Semalam hari 1st ganti, rasa macam nak telan selipar pon ada.
Harini dah hari kedua, walaupon tak bangun sahur... tengok selipar dah kurang selera.

Akhir kata,

Kalau kurus bini sapa?
Bini awokkk lah jugakkk

Kalau cantik bini sapa?
Bini awokk lah jugakkk

Kalau disqualified minggu pertama bini sapa?
Bani awokk lah jugakkkkkkkkkkkk.....








Friday, June 3, 2011

Cabaran Bakal Bermula

Posted by makcikrehan KJB at 1:44 PM 0 comments
Iklan tak berbayar! keh keh keh...





















Klik kat gambar untuk info lanjut.
Silakan join, jangan segan-segan. Nak segan pegi Bagan!
Aku? Errr... join kot.... Hahahaha...
Kot-kot celah lengan dgn pinggang aku buleh tembus udara balik macam dolu-doluuuu!




























Kah kah kah kah!
Sapa-sapa ada threadmill Takasima tu... kalau beran meh la join!





ShareThis