Wednesday, June 15, 2011

Meragut Rumput

Posted by makcikrehan KJB at 1:24 PM
Tengok makanan dalam gamboni memang dah macam meragut rumput aku rasa
Tapi bukanlah macam spesis di padang tu... agak-agakla weii...
sentap aku kang...
























Singgang ikan tongkol akuni tak berapa nak jadi
kunyit idup tadak, lungkuas pon tadak
aku campak jerla serai kecut jumpa dlm peti, bawang, halia dan asam keping
pastu aku malas nak steam kacang panjang tu dah, tapi nak makan sayur kanns
lalu aku humban jugak kacang dalam puyuk sekali harung hahaha...
Pastu aku tabur serbuk kunyit... boleh? Hahaha... bantailah labu... janji tak jadi lepat labu kanns

Aku makan sambil suap Mencah,
Baru dua suap dia dah terjeluak!
Muahahaha.... ko bayangkanlah sedap tak sedapnya weii...

Pastu kononnya aku malas dah nak masak utk dinner
ingat nak ratah ikan ni jerla malam nanti, so aku simpanla seketul...
sekali kan, masa aku tgh layan roh menjarum dalam studio kan
kucing liar tah mana datang selongkar dapo aku, curik ikan tongkol aku!

Huwaaaaa... ambik ikan tu aku tak rawan sangat
makan pila.. dah rejeki dia kan
tapiiii... dapo aku berkecah jadinya... pitam!
*aku lupa nak rapatkan sliding door*


Sebabtu untuk dinner aku terpaksa masak lain...
meragut lagila nampaknya... huhuhu...
























Sosej tu aku makan kongsi dengan Imam Muda... kemain laju kutip sosej
suap broccoli dan-dan dia luah balik!
Hahahaha... ko takmoh diet eh nak....



Full report on my calorie intake can be reviewed kat blog tak kurus-kurus aku ni.





0 comments:

ShareThis