Friday, June 10, 2011

Kami Mencari Penaja!

Posted by makcikrehan KJB at 6:20 PM



Yang duduk Melben maybe nak sponsor tiket pergi balik ke Ostolia beserta penginapan 5 Star hotel,
serta makan tanggung berak cangkung selama 3 hari kerrr...
Contoh jerla... kalau betul apa salahnya... muahahahaha...

Sedikit kekeliruan telah muncul... maklumlah, memasing tengah membara nak kurus kanns
Sampai terlepas pandang beberapa perkara...
Perkara apa? Ahhh... sibuklah kau nak tahu,
Ajak diet ko tanak, asal ada gossip sibuk menebeng ekk... muehehehehe
Kekeliruan tu hanya kami-kami yang gumuks ni jer yang tau tawww...
Oleh itu, sapa yang rasa nak join kami bergelak-ketawa, bersenda-gurau di group...
Silalah join Program Diet 50 Hari ni. Bertindak sekarang, masa semakin suntuk hokehh

Apa? ko dah kurus? Tapi nak join group tu jugak?
Bolehhh..... silalah sponsor hadiah barang sebijik piala pusingan kerr... gold medal kerr.... :))
Apa-apa bentuk hadiah yang bermanfaat kami terima dengan berbesar hati
Nak bagi Breadmaker bawah katil kerrr....
Red Velvet Kek sebijik kerrr...
Voucher shopping 50 hengget kat Isetan kerrr...
Voucher SPA, padicure, manicure apa-apa kiok jerla....

Semuanya kami terima!

Peserta dah mencecah 53 orang setakat harini
Menjelang hari akhir esok, kami jangkakan mungkin akan mencecah 60 orang
Ayuh ajak kawan-kawan sepejabat, sekampung, setaman join programni
Berjemaah adalah lebih afdhal kanns...

Sikit hari lagi ranking berat peserta akan dikeluarkan
Gambar-gambar peserta pon akan di update dari masa ke semasa
Semakin meriah bila masing-masing saling berkongsi info... suka ahkak tau!
Paling syok bila baca cita-cita memasing selepas 50 hari...

  • Ada yang kata saya nak pakai kasot tomit tinggi dan kebaya nyonya
  • Ada yang kata harap-harap boleh mengandungkan baby comel
  • Ada yang kata nak jadi Juliana Evans cawangan Rawang
  • Ada yang nak beli IPAD kalo menang
  • Ada yang nak naik papan luncur kat Sunway Lagoon
  • Ada yang nak main outdoor games kat Genting bila dah kurus
  • Ada yang nak letak sticker, HAKU DAH KURUS, KAU BILA? kat cermin keta
  • Ada yang tangguh buat baju raya, tunggu lepas 50 hari kehkehkeh!
  • Macam-macam hokay!

Sesapa yang ada kontek dengan orang media tu.... tanak ke cover program kami neh?
Bagila satu daily column dalam Utusan kerr... Biter Harian kerr...
Haku pon nak gak merasa kuar sotkabo noks
Kang balik kampung buleh framekan, letak kat hall...
Hari raya nanti, kecoh satu kampung anak-anak Kak Idah masuk sotkabaq!
(plural sebab hadek aku si Najirah tu pon join jugek..hehe)

Rehan masuk sotkabaq ka Kak Idah?
Haah.... dia dengan kawan-kawan dia...
Pasaipa? Dia menang apa-apa ka?
Dia menang pertandingan ratu cantik paling kuruihhhh!!

Hahahaha... mak haku tak hagak-hagak,
terus up jadi pertandingan ratu cantik!


:))


p/s : Blog Diary Diet MR bakal hidup semula ... hehehe




0 comments:

ShareThis