Thursday, June 9, 2011

Nota Untuk Suami (Yang Hensem, Beriman... Lagi Penyayang)

Posted by makcikrehan KJB at 1:26 PM
Assalamualaikum Bang,

Ni nak bagitau, ai sudah join contest terpaling hangat dikalangan perempuan-perempuan yang berat badan mereka berlebihan (atau bahasa kesatnya - GEMOK) yang diberi nama Program Diet 50 Hari. Pertandingan akan bermula pada 13 Jun 2011 sehingga 1 Ogos 2011. Oleh yang demikian, ada beberapa perkara yang ai nak highlight kat sini. Bukan apa, ai takmo lah gagal lagi seperti sebelum-sebelum ini. Yu jangan tatau eh Bang, ai adalah peserta favourite di dalam pertandingan ini tau. Jadi, silalah bertafakur membaca point-point di bawah. Berilah kerjasama dan sokongan moral serta MATERIAL (yang material ni saja ai caps kan, takut-takut yu tak pasan) ke arah merealisasikan impian ai menjadi Juliana Evans cawangan Rawang.

  • Sila pastikan yu balik rumah dalam kekenyangan, kecuali kalo sanggup makan broccoli celur!
  • Sila jangan suruh ai goreng nugget dan bancuh air milo selama 50 hari.
  • Sila hulur RM30 seminggu untuk ai beli bekalan sayur dan ikan (beras tak payah beli)
  • Sila JANGAN tapau lauk dari Restoran Rosnah, kecuali hari Ahad :-)
  • Sila jangan beli Big Apple, Dunkin Donut atau Mekdi bila balik dari outstation.
  • Sila jangan beli cendol dan rojak mamak bila balik dari main badminton atau futsal.
  • Sila jangan tapau nasik ayam Sg Choh dan nasik ayam Tesco selama 50 hari.
  • Sila jangan belikan Mencah KitKat selama 50 hari (apalah dosa kau wahai anak?)
  • Sila jangan bawak balik Vanilla Coke. Kalau terbawak, sila tinggalkan dalam kereta.
  • Sila jangan gelak sampai keras perut kalau nampak ai tengah aerobik.
  • Sila berkorban hantar dan ambik Asyraf ke rumah Maklom selama 50 hari.
  • Sila jangan uji kesabaran saya dengan makanan. Ingat, sabar saya senipis kulit bawang merah!
  • Sila cari kenderaan beso untuk hangkut treadmill Kak Jaa di Cheras. 

Sian treadmill ni Bang, lama dah dia tunggu kita!


Hanya tinggal 4 hari sebelum contest bermula. Sekarang ai tengah training... sambil posa ganti.
Semalam hari 1st ganti, rasa macam nak telan selipar pon ada.
Harini dah hari kedua, walaupon tak bangun sahur... tengok selipar dah kurang selera.

Akhir kata,

Kalau kurus bini sapa?
Bini awokkk lah jugakkk

Kalau cantik bini sapa?
Bini awokk lah jugakkk

Kalau disqualified minggu pertama bini sapa?
Bani awokk lah jugakkkkkkkkkkkk.....








0 comments:

ShareThis