Monday, June 27, 2011

Timbangan Minggu ke-2

Posted by makcik rehan KJB at 1:40 PM
Isnin biasala... tak blues pon buat-buatlah blues
So, aku pon Monday Blues la jugak

Tentang dayet dan jisim badan terkini,
Harini adalah hari timbangan sedunia bagi puak-puak PD50H
Pukul 10 pagi tadi baru aku timbang, lambat sikit sebab tunggu proses pembentungan
So dapatla 96.2kg. Jadilah.... ganjak lagi satu angka dari minggu lepas :-)
Walaupon hari Jumaat lepas dah berjaya cecah angka 95.8kg,
Tapi memandangkan Sabtu dan Ahad adalah hari hora-hora sedunia,
Berkumpul adik-beradik dan emak-ayah pergi tawaf Nilai 3 sampai lenguh betis
Lepastu esoknya pulak (semalam) adalah besday my sleeping partner
So adala makan-makan sikit anak-beranak... dayet letak dalam lemari la weiii... kehkehkeh!

So target untuk minggu ini adalah at least turun 1kg
InsyaAllah esok akan mulakan 3DD
Bahan-bahan sumer dah beli, tinggal nak cari pisang dan cottage cheese
Kalau tak jumpa jugak cottage cheese tu, ganti dengan tuna in water jerlah nampaknya

Kalau by this week aku berjaya turunkan lagi 1kg,
Maka tercapailah matlamat jangka pendek aku... yakni nak turun 4kg dalam sebulan
Orang lain punya matlamat mungkin nak turun 10kg sebulan...
Aku tak buleh buat laju-laju lagutu
Dulu-dulu mungkin buleh, la ni payah...
Dan beranak-pinak ni... macam-macam hal kena consider
So, kalau aku buleh maintain 4 kilo sebulan pon dah cukup bagus
Kalau projection aku berjalan secara konsisten (loss 4kg every month)
InsyaAllah... by 1st January 2012 bulehla kot dapat berat 74kg

74kg tu sebenarnya masih jauh dari BMI ideal aku
Again, biaq pi lah... pelan-pelan aku ikhtiar
Yang penting, aku kena sekolahkan perut lebor aku ni dulu
Perut orang lain teghang hati... lepas seminggu dayet dah pandai cepat kenyang
Perut aku masih gak dok bodo tara tu... pantang nampak, semua aku libas!

Setakat ni lah dulu aku hapdet
Nak pi buang sampah... pampers busuk si Asyraf dah penuh dalam tong
Pastu nak iron baju Mencah nak pi skolah pukul 2.30 ni
Kang lepas hantar dia pi KAFA kalau rajin aku menggedikla layan Abang Bob TBL hehehe...






0 comments:

ShareThis