Tuesday, June 21, 2011

Dayet : FAQs

Posted by makcikrehan KJB at 8:38 AM
Oleh sebab akuni pablik figer... aku terpaksala buat entry ni.. kehkehkeh!
Penat tau nak menjawab soklan yang sama hari-hari
Biasalah, pablik figer mulut puaka macam akuni memang ramai orang sayang

Rehan, baper kelo dah turun?
Rehan, makan apa harini?
Rehan, ko senam kat mana? Bapa kilometer?
Rehan, camana diet... OK tak?

Aku kadang sampai matik akal nak menjawab,
Bukan takmau jawab... tapi tatau nak jawab lagumana.

Soklan-soklan pasal berat dan menu tu aku rasa boleh katakan hari-hari aku update
samada kat sini atau kat sana
Tapi bila mai soklan subjektif yang berbunyi...
Camana diet so far? OK ker?

Aku baru dayet simpang siur seminggu la kawan-kawannnnn
Jangan bimbang, kalau setakat seminggu... takdenya aku turun sampai 25 kelo
Bukan apa... kot-kot ada yang sedih hilang kawan gemok kanns
Aku nak bitau... jangan gusar hokay... aku masih obesiti melampau
Anda tak perlu berasa gusar akan keringanan aku berbanding korang... muahahahaha...

Secara ringkasnya, sepanjang 50 hari aku bakal berdayet ni (InsyaAllah)
Aku cuba seboleh mungkin mengurangkan pengambilan segala jenis nasik
Tak kirala nasik dari beras putih ka, perang ka, pulut ka, basmathi ka, bashidup ka, bas lenseng ka...
Cuba mengelakkan makanan bergoreng dan lemak berkrim serta fast food
Cuba meninggalkan tabiat minum milo dan menggantikan dengan 3 gelen air masak (kembong!)
Dan yang paling penting... mengira pengambilan kalori agar tak lebih 1200 kcal sehari
*kadang-kadang terbabas gak*


Berapa kilo aku target?
Aku tak target nak 50 kelo atau 60 kelo atau 70 kelo pon bukan...
Secara realistiknya... aku harap, by 1st August berat aku buleh cecah angka 8...
Tak kisahla kalau 89.9 kg ponnn... janji bukan pangkal 9
Itu matlamat jangka pendek... matlamat jangka panjang pon ada
Iaitu aku harap dapat maintain penurunan berat sebanyak at least 4kg setiap bulan
Sehingga sekurang-kurangnya aku buleh pakai balik baju-baju lama yang bertapuk dalam lemari!
Aku dah meluat nak pi shopping baju baru... semua pesen gedobos, tak stylo!
Kahkahkah... makcik kau ada hati gak tu nak stylo mylo :))

Tentang method pulak
Buat masani aku takde method yang betul-betul aku ikut 100%
Aku tengah pulun nak abihkan ganti posa dulu
Tapi dalam perancangan, memang ada niat nak buat Atkins Diet
Dan ada niat jugak nak give a try to 3 Days Diet

Exercise.
OK, selain dari buat kerja rumah dan jadi supir kanak-kanak pagi petang
Aku ada buat workout manja-manja jugak
Baru 2,3 kali aku menggedik bersenam pakai DVD TBL (penah citer dalam entry sebelumni)
Sampai sakit-sakit betis dan bontot aku pasai lama sgt dah tak bersenam kanns


Pencapaian setakat ini
Inilah soklan feveret korang kan
Secara jujurnya... kalo ikut penimbang aku yang mereng tu... penurunann aku adalah lebih 1kg
Kalo ikut penimbang mereng aku tu... mungkin 2 atau 3 kilo yang turun
Tapi, oleh sebab aku berada dalam pertandingan dan perlu jujur kepada para peserta lain
Aku annnounce penurunan aku sebagai 1 kilo sahaja
Sebab aku was-was dengan kredibiliti penimbang mereng aku tu
*Esok kalau sempat aku pi beli scale baru kat Tesco*
1 kilo tu pon aku dah cukup happy tau
sekurang-kurangnya jarum penimbang masih sudi bergerak ke kiri


Pemakanan dan pembahagian kalori
Sepatutnya, kena ikut ratio pengambilan kalori utk sarapan, lunch dan dinner
Tapi overall, aku cuba untuk tidak terbabas lebih dari 1200 kcal sehari

Pagi biasanya aku minum milo kurang manis dan roti bakar 2 keping, atau nestum 3 in 1
Tengahari kadang-kadang kalau malas nak masak (memang selalu malas)
aku minum low fat milk dan biskut hup seng 4-5 keping, atau roti dan poached egg
Petang/ Dinner barulah aku rajinkan diri memasak
Kalau Mencah mintak nak makan nasik... aku pon makanlah nasik satu cawan
Kalau dia tak mintak nasik, aku memang tak akan masak
biasanya aku lebihkan lauk, sayur dan buah
Lauk yang biasa aku masak, rebus-rebus jerlah.. macam orang tengah pantang kau!
Asam rebus, singgang, tomyam, ikan bakar etc
Mujurlah, akuni hantu ikan. Asalkan ikan, semua aku bantai!

Cheat Day!
Yes... aku spare satu hari dalam seminggu sebagai hari pembalasan
contoh cheat day aku adalah dinner rasuah haritu
walaupon cheat day, masih perlu berpada-pada... sebab tanak 1 hari punya pasal
habih spoil usaha 6 hari yang lepas kanns

Aku bukan baru dalam arena dayet-dayet ni
sejak dolu-dolu lagi aku dah biasa dayet macam-macam
maklumlah... gemok sejak azali kanns
Ada yang aku berjaya... dan ada jugak yang aku masuk longkang haha...
pencapaian terbaik aku adalah turun berat dari 76kg ke 57kg dalam masa 3 bulan
malas nak cerita panjang... itu zaman aku belum beranak pinak
pagi, petang, siang, malam aku pi ukur jogging track kat Taman Jaya... mana tak cepat turun kanns?

Sesungguhnya, dayet zaman anak dara adalah jauh berbeza dengan dayet zaman mak dara
Ko baru nak angkat dumb bell, anak ko dah bergayut kat kaki seluar
Ko baru warm-up lima minit depa dah melalak suruh dokong
So, buat jerlah secara slow and steady
Harap-harap buleh kekalkan gaya hidup sihatni (kononnn) sepanjang hayat
Gemok sikit-sikit tak apa... jangan gemok macam badak sudahla!

Term-term yang aku mention dalamni semua korang buleh Google saja
Jangan mintak aku huraikan satu-satu.. sian kat aku
dahlah tak cukup kalori... lagi kena buli ... hehehe

Sepatah kata dari Mencah,
Mamaaaa.... awak lihat dan belajar!

Same goes to you gals,
Watch and learn ya...

Salam kurus,
Makcik Ramping Rehan























0 comments:

ShareThis