Monday, June 20, 2011

Upload Cepat-cepat

Posted by makcik rehan KJB at 2:08 PM
Hasil mendayet turun 1 kilo
Nyaris nak terjun longkang, kecewa...
Sebab lepas pekena dinner rasuah kat bawah nun,
aku dengan pandainya pegi naik timbang... susut hanya 300g setelah 5 hari makan bersukat!

Terusla aku pi beli Teh Orang Kampung yang bertindak sebagai julap
Padahnya sepagi aku melayan jamban
Lepas dah terburai isi perut, baru naik timbang... hehehe...
Dengan bangganya submit berat timbangan untuk hari Isnin :

Zel, gua turun 1 kilo...

Konon-konon aku sorangla yang turun... konon-konon akulah champion mingguni...

Sat tadi masuk Group PD50H kat fesbuk... hambik kau!
Kalini nak terjun KB Mall pulak
Ada orang turun sampai 3.5 kilo hokay!

Tutup citer makan bersukat
Masuk bab mejarum pulak...

Ni hasil sepagi tadi.





























PS kata kaler nak striking, tak cun.
Dia kata patutnya kena ada contrast...
Polka tu dah light, kain yang kat tengah tu kena terang sikit
Eh, sejak balik kursus pandai pulak laki aku jadi juri awam kanns,
Depa ajar subjek Kemahiran Hidup ke semalam Bang? Muahahaha....

Kepada sesiapa yang nak cuba menjarum,
Ni dia ukuran yang aku guna untuk buat tiered skirt for Mencah
Panjang setiap tingkat tu dah ngam dah,
Cuma kalau anak korang dah beso dan tinggu sikit, tambah la lebor dia dalam 2cm each
(Aku tambah 3 cm each)

Sorry tak dapat nak bagi link walaupon tutorialni aku rembat kat internetlah jugak
Sebab aku dah print-out, link dia aku tak simpan.




























Tadi aku siap-siapkan baju dan bekal Mencah, pukul 2.20 japgi dah nak pi KAFA
Harini aku tak masak sebab  dayet   sibuk menjarum,
Mencah makan roti, nugget dan milo saja harini
Aku geledah peti ais cari benda nak bubuh dalam lunchbox dia...

And,
There's something nice to share with friends and Mustaza....




























Mencah tak reti makan, masam kata dia...
So, bawaklah pegi skul... makan dengan kawan-kawan... kot-kot ada yang suka
Sebekas lagi dah pos kat Nenek Onah (pelaburan untuk hari minggu! wakakaka)

Thank you friend - you know who you are :-)



0 comments:

ShareThis