Thursday, April 7, 2011

Bila Cikgu Rehan Menyinga

Posted by makcikrehan KJB at 3:08 PM
Last week aku menyinga dengan budak-budak dari ladang
ha tulah, sapa suruh main-main masa kelas... kan dah kena hamput

Depani actually pandai-pandai, pick-up laju
aku suka ngajo depani... cuma tang malas tu tak leh kata apa la kan
malas nak selak buku, malas nak buat kerja lebih... semua nak tunggu mulut aku bagitau

Alkisahnya macamni...
Last week depa banyak main-main masa kelas
puncanya ada kawan ikut depa mai PID
padehal kawan depa tu dah selalu mai guna internet kat sini
dari dia darjah 4 lagi dok menempek kat PID dengar lagu, tengok youtube bagai...
(la ni budakni dah tingkatan 1 - Ira, awak mesti ingat budak Daniel ni kan)
menyampah memang menyampah...kecik-kecik dah gian tengok video
tapi apa aku nak buat, tak kan aku nak bambu anak org sewenang-wenang pulak kan
selagi dia tak tengok porno..aku biorkan ajerlah...

Isnin, Selasa dan Khamis minggu lepas budakni datang menempek masa kelas anak-anak ladang
rupa-rupanya dia sekelas dgn salah seorang student aku tu
aku dah mula annoyed tengok budak-budakni dok melawak, main-main sesama depa
budakni nak guna PC tak dapat sebab semua PC tengah guna
so, memandai jer dia menempek duduk kat sebelah member diani
konon-konon member dia taip, dia tolong bacakan
pastu dok ngukik-ngukik gelak... soseh-soseh...

Sekali, dua kali, aku sound ala-ala tokoh Maal Hijrah lagi la kannn...
tak kan nak terus naik high-pitch plak kann...
bila dah blaja main-main, buat keja pon jadi selow kemain
asek silap, asek tatau semedang
kalau selalu tu buleh siapkan busuk-busuk 4 modul
kalini nak ngabihkan 2 modul pon hazab

Masuk hari Isnin mingguni... aku tengok budak tu still datang menempek
dan budak-budak ladangni pulak semakin menjadi-jadi selownya
aku pon apa lagiiii... mulala bertempik!

Sekali aku bertempik, terus semua pucat...semua diam membatu
aku pulak kalau dah mengamuk memang macam mak nenek kena rasuk hantu
habis semua aku bebel, aku ungkit berjela-jela
datang lambat, main-main masa kelas, malas bukak buku, keluar time kelas bla..bla.. bla...
kalah mak depa punya berletiaq!



----------------------------------------------------------


Pukul 1 tengahari tadi macam biasa.. aku nak buat lawatan tapak ke kedai makan simpang
lepas beristinjak kat pejabat pos, aku pon kocoh-kocoh menuju ke keta
elok aku sampai tang pagor aku nampak budak Afif ni muncul dengan berpeluh-peluh satu badan

Cikgu, ada kelas tak cikgu?

Adaaa... apsal awal sangat nih? Cikgu baru nak pi makan
dahh... pi masuk duduk dalam pejabat pos dulu
Kol 2 kang kita start kelas

Tak pasal-pasal aku terpaksa makan laju-laju harini
tak sempat aku nak bergossip dgn bini tokey macam selalu

Hah boleh pon depa mai awai kan?
selalu tu pukul 3.30 baru sampai tau!
yang bestnya budak Daniel tu pon tak berani datang dah
Bila aku tanya mana Daniel?
Budak-budakni ni cakap dia tak berani datang dah... takut kena marah lagi hehehehe
Maknanya, kenala aku bertempik selalu ekk?

Terpaksa la aku explain balik kat depa

Cikgu bukan suka-suka nak marahhh... 
Cikgu marah sebab tanak awak semua main-main masa kelas
nanti cakap kat Daniel, datanglah PID kalau nak guna komputer
tapi syaratnya jangan kacau student yang tengah blaja
bila dah habih modul nanti tak kisahlah kamu nak buat apa pon...

Amacam, ada tokoh jadi Guru Besor Terbaik Peringkat Hulu Selangor tak?




0 comments:

ShareThis