Wednesday, May 4, 2011

Update Secara Pukal

Posted by makcik rehan KJB at 8:09 AM
Orang tak tanya pon aku nak habaq jugak,
aku start semalam dah jadik surirumah terpelajar.
Riak? riak mender... aku pi skulah sampai tingkatan 5... kira terpelajarla kan?
Apa? ada PHD baru kira terpelajar?
Ahhh... loan PTPTN pon tak abih-abih bayo, ada hati nak buat PHD? Ceh....

Semalam aku mangkit awai. Awai dari PS. Sesuatu yang jarang berlaku.
Sebab opis aku dulu kunci di tangan aku. So suka-suki aku nak bukak kol bapa.
Bukak kol 11 pon pernah, tak bukak-bukak sampai ke sudah pon pernah!

Semalam aku mangkit awai sebab nak masak nasik lemak.
Ingat nak bagi laki aku bawak bekal nasik lemak dalam tapawe sekat-sekat aku tu.
Bulehla aku eksen kat bebudak opis dia macam dolu-dolu.
Tengokkkk... bini aku mangkit pagi masak taww.. bini korang hado?
Konon camtulah konsep dia.

Niat dah tak betul. Maka Allah gagalkan rencana tak baik aku.
Nasik lemak aku terlembik pulak.
Pesal tah akuni, asal bangun pagi masak nasik mesti mamai-mamai.
Pastu nasik aku mesti lembik. Benci.

Laki aku tengok nasik lembik, dia pon mencebik.
Aku tak puas hati... Ko tak bawak nasik, ko bawak lauk aku pon jadi bang!
At least org kata Wahh rajinnya bini ko mangkit pagi tumbuk sambal.

Banyakla aku punya tumbuk kan? Sambal sardin tu memalam lagi aku dah masak siap-siap,
tak payah menyusahkan idup nak menumbuk cabai bagai,
Ciliboh melambak juai. Macam-macam brand ada.
sambil memasak sambal ikan, sambil memasang niat :
Masak siap-siap memalam, esok siang buleh tido sepetang.
Tok laki geleng kepala saja dengar azam aku di malam hari... bini sappalah tu!

Kanak-kanak Asrap dan Mencah macam biasa mangkit awai jugak.
Asrap memberak tepat pada masa (aku dah skolahkan bontot dia)
Lepas pekena nasik lemak, Mencah mintak nak main beskal kat luar.
Asrap semenjak dah dapat kaki, mana buleh tengok saja kakak dia mengkinja kat luar
Nahhh... sarung kasut, lepas depa membuas kat luar.

Aku di dalam romah bizi membatak tenet.
sambil kerah mesin membasuh kain.
eh apa lagi aku buat eh? singkatnya daya ingatan aku. Lupa dah!

Lepas zohor aku kaut semua kanak-kanak bawak masuk bilik
pasang plug boyan karen (gate karen aku tak ada... boyan karen jadi ler)
upah susu full tank sorang satu... sambil buat ugutan tak ikhlas
Sapa tak tido tak leh main kat luor petang ni
lalu kanak-kanak Mencah laju-laju tutup mata
selepas 5 minit mereka pon belayar ke laut lepas.
Aku? Aku pulak buat apa? Akulah nakhoda kapal mereka!

Bangun tido pukul 6, perut pon lapo...
angkat talipon, tekan nombor, kemudian bersuara manja
Bang, beras abis... belikan nasik gorem!

Tudiaaaaa....
Solehahnya bini kau!



0 comments:

ShareThis