Friday, August 5, 2011

Nun Alif Na?

Posted by makcik rehan KJB at 2:40 PM
Entry ni aku baru jumpa dalam tong draft.
Entah dah publish ke belum... gasakkkk!


Sabtu, Ahad, Isnin adalah cuti.
So 3 hari tak pi skolah, 3 hari tak sentuh beg skolah.
Makanya 3 hari dia perap homework Tulisan Jawi ni
Selagi aku tak pekik suruh check buku... haram sampai sudah aku taktau dia ada homework.

Hari Selasa tu, dah pukul 2 petang baru kalut nak kelebek homework
Padanlah dengan mak dia pon, tak abih-abih membatak depan komputer kan
Masa nak siap-siap pakaikan baju, baru aku teringat nak tanya pasal homework anak
Lupa diri kejap, aku ingat aku dok UK... bebudak takdak homework time cuti
Rupanya aku dok Melesya... di mana budak-budak kalo tadak homework adalah tidak cool :-p

Kalut ributla aku suruh dia buat homework
Sekali pensel 2B dia sumer mata dah buta la pulak
Masa ni lah pon sharpener nak menyorok, jenuh cari tak jumpa
Sudahnya aku asah pensel dia guna pisau potong ikan :))
















































Tataplah video ini... walaupon sakit mata tengok handwriting simpang siur dia ekekeke...






Janganlah menyampah baca entry bajet best aku ni weiii...
Kang ada yang kata : Tak abih-abih cita pasal anak, macam anak ko sorang je best makcik oi!
Nak buat camana wei, best ke tak best memang anak jer yang aku ada... aku citer pasal anaklah
Aku takde bela anak kucing, anak ayam, anak angkat bla bla bla nak buat modal blogging
Nak rekam video laki kang ko tak gamak nak tonton pulakk... (aku pon tak gamak nak rekam!)

Lagipun, budak-budakni masa kecik-kecik ni jerlah ko nak sabotaj dia suruh buat itu-ini
Ko tunggu dia masuk umo 10-11 tahun, ko ingat dia nak lagi ker belakon jadi modal blog emak?
Itu jam depa pon dah ada Facebook sendiri gamaknya, tak kuaser dah enterprem kat blog mak-mak ni
Tak cool katernyerrr...

Alah, ko dah ada anak nanti ko tahulah! ----> ayat mak aku 10 tahun dulu :-p

Tak payah nak puji lebih-lebih la wei,
Anak aku bukan terer tara mana sangat ponnn... torak jer lebihhh :))
Nak pi skolah pon jenuh bercungkil, berseret nak suruh mandi
Homework pon tunggu aku pekik baru hegeh-hegeh nak bukak beg

Anak orang lain sikit punya lagi baguih
Baca pandai, melukih pandai, main piano pandai, mengaji pandai
Anak aku menggedik saja pandai!
Nak buat macamana, genetik dia dapat pon dah loqlaq kahkahkahkah !!


*scheduled entry*







1 comments:

littlehumblelynn on August 6, 2011 at 10:36 AM said...

Samalah dgn ank aku,tiap kali wat hw harus nk melalak,sikit hr darah tggi aku.

ShareThis