Thursday, August 4, 2011

Ho Chi Minh : Travel Log

Posted by makcik rehan KJB at 2:30 PM
Sebelum aku hilang ingatan pasal lawatan mencari pasal aku kat Betnam bulan lepas
Baik aku cepat-cepat transfer masuk sini
Esok-esok kalau ada golongan marhaen datang tanya aku itu-ini pasal Betnam,
Senang aku zass kan depa ke entry ni.
Jimat masa dan tenaga aku. Hehehe

Beli tiket time promo AA
Tix pegi balik, termasuk luggage 15kg (ex-HCM) dan 1 Nasik Lemak Pak Nasser = RM170
Airport tax jadah bagai semua kautim dalam tu siap.

Currency kat sana namanya DONG
Tapi USD is widely used among peniaga-peniaga tempatan
Kalau korang cekap mengira dan rajin bawak duit berat-berat,
silalah berurusniaga melalui Dong.. lebih berbaloi
sebab duit Dong ni kecik banding USD dan RM

Untuk aku yang perasan kaya-raya (sebenarnya aku benak nak main kira-kira duit Dong)
Aku bawak USD saja... 1USD = RM3
Eh, tapi nak bayo Cab, makan kat restoran, beli air mineral kat 7-Eleven wajib pakai Dong tau

Dari airport HCM, kami naik cab Vinasun pegi merewang cari bekalan kurung manik
Perlu diingatkan kat sini, sapa-sapa pi Betnam kan,
kalau nak naik cab... silalah pastikan korang naik cab Vinasun sahaja.
Cab lain aku dan konco-konco aku yang sering turun-naik Betnam tak pernah try.
Ada banyak kes aku dengar tourist kena rob dalam cab...


Ada MPV ada kereta. Janji Vinasun. Yang MPV mahal sikit rate dia. Payah nak jumpa kereta. MPV jer bersepah




























Driver taxi tak paham sebutir English tau
Maklumlah... takde henggelish hedukesyen kot kat sana
So, pastikan korang tau hala tuju korang.
Peta dan alamat pastikan sentiasa di tangan.

Contoh, kalau nak pegi hotel... tulis alamat hotel tu dengan terang dan jelas
Tunjuk kat driver taxi... nanti dia angguk-angguk tanda paham. Hehehe

Kami duduk kat Boss Hotel
Satu malam rate dia dalam 30-35 USD.
Bagi aku yang tak cerewet, hotelni dah good enough.
Janji ada ekon dan bilik air bersih.

Lobby hotel. Lif dia kecik jer tau. Org gumuk cam aku leh naik 2 orang jer  dalam satu masa :))



























Majoriti hotel kat sana semua dah ada wifi.
Kat lobby Boss Hotel ni dia siap sediakan satu PC untuk guest guna
Tapiiiiii... line internetnya sangat hazam-halakazam
Jagan mimpilah ko nak membatak internet dengan sukaria macam kat melesya
Depa tadak Unifi lagi kot... bertabah ajerlah...

Buleh letak status bodo-bodo kat fesbuk, bagitau laki kata dah sampai Betnam jaaadilah!
Aku konon-konon siap tuko henpon Android dengan PS
Kononnya nak batak mobile la kat sana... harremmm! :))

Hotel kami dudukni betul-betul bertentang dengan Pasar Malam dan Pasar Ben Thant
Jugak hanya beberapa tapak dari VN Halal Restaurant,
Tak lupa jugak sangat dekat dengan 7-Eleven yang buka 24 jam
(tapi bukan nama 7-E, aku dah lupa apa namanya)

View dari tingkap hotel masa hari last sebelum check-out. Sedih nak tinggal Ben Thant Market! Hahaha...




























Abaikanlah wayar berselirat depan tingkap tu wei
TNB dan Telekom depa kat sana tak habih blajo KHB gamaknya :))

Selak jer langsir, terus nampak Bangunan Ben Thant kat hujung nun
Best wei Pasar Ben Thant ni...
Bagi aku, 5 kali best dari Pasar Baru kat Bandung tawww... hehehe

Tu jalan besor tulah tapak Pasar Malam (PM)...
PM dia tiap-tiap malam ada tau, syiokkk... hehehe
Memang buleh layan la PM dia... sana-sini ko selisih bahu dengan orang melesya ajer
Dah macam pi PM Jalan TAR pon iyer.. hehe

Bab makan, agak susah kalau korang pergi tanpa persediaan
Jadi, silalah buat persediaan sewajarnya sebelum pegi sana
Kalau pegi bawak anak kecik, ada baiknya korang standby bawak makanan dari melesya
Roti, kaya, milo ke apa...
nak lagi best, bawaklah segala mak nenek rendang, sambal tempe, ikan bilis bagai
Agak-agak tak abih makan, korang open table kat paso malam
jual kat tourist melesya yang bersepah-sepah dan kelaparan macam kami haritu... wakakakaka!


Kopi ais dan kopi panas. Sila mention - WITH MILK. Nanti ko dapat Kopi O jangan nak mengamuk pulak :))




























Tiap kali makan kat VN Halal Restaurant tu, mesti kami order kopi ais ni
Oooh La La sendapnyerrr..... terbeliak bijik mata dibuatnya! Hahahaha....

Kat sana ramai peniaga yang dah buleh cakap melayu
mana taknya... asyik orang melesya jer berpeleseran mengabihkan duhet kat sana
makanya, peniaga pon ramai yg dah buleh cakap melayu sepatah-dua

Kalau korang dengar ada yang cakap melayu agak fasih terlebih sikit tu
Mungkin sekali dia pernah duduk melesya
Zaman perang dulu ramai orang Melayu-Champa dari Vietnam yang jadi pelarian kat melesya
So, dari situlah depa-depa ni buleh pandai cakap melayu
kebanyakannya BM slang Kelantan/ Terengganu
Dan depa-depani muslim dah semestinya lah kan

Kat PM tu, aku sempat berkenal-kenal dengan 2-3 kerat Muslim Melayu Champa ni
Setakat yang aku jumpa, semuanya baik-baik... buleh melawak dan bergurau lagi
Samada depa-depani memang ramah mesra... atau aku yang terlebih mesra perdana... Muahahaha!

Kat paso malam tu silalah berhati-hati
pencopet dan peragut ada dimana-mana...

Eh apalagi nak citer ekk?

Ha.... tempat-tempat yang menarik nak di lawat ekk...
Sejujurnya, aku haritu satu hapah tempat menarik aku tak pegi tau
Sibuk dok ukur jalan cari barang ajer... usahaSAWAN katanya kanns.... :))

Antara tempat yang jadi tumpuan tourist adalah Mekong Cruise, Chu Chi Tunnnel, Muzium Perang
dan lagi apa ekk... Chu Chi tu tah cemana eja ntah.. aku main taip ajer nih,
malas nak Google, selak-selak kamus bagai dah

Bab shopping pulak... apa yang best kat sana
Semestinya kain baju lah kan...
Samada baju siap atau baju tak siap (kain ela)


Ini semua adalah cotton! Pingsann.....



























Kain cotton kat sana mak aiii... buleh pitam menengoknya!
Sapa peminat kain cotton, sila jangan lepaskan peluang menjamu mata dia Ben Thant yer


Huwaaa..... Pakcik tu pakai Ipad hokay! Ko mampooo? Sadis tau!






























Sila beringat-ingat dikala memborong yer...
Ingat sikit berapa kilo luggage yang ko beli... kain-kain ni berat taww...
kang excess luggage masaklah membayo 18USD untuk setiap 1 kilo yang terlebih sudaaaa :))


Baju siap. Balik terus pakai :))




























Telekung sulam bunga berkuntum-kuntum. Antara yang menjadi kegilaan org melesya kat sana




























Barang-barang berjenama pon banyak kat sana,
Tapi kena terjah kat butik la baru betul-betul confirm ori agaknya
Tapi, kalau nasib baik... kat Ben Thant Market tu pon ada jual baju-baju yang ori
Aku takde bajet sgt ke arah barang-barang branded nih... aku layan barang brengsek saja :))
Aku suka barang handmade depa... mcm beg dan beg dan errr.. beg!
Hahahaha... benar! Aku gila beg handmade hehehe...


Konon-konon Clarks. 17 USD. Aku beli 2 pasang untuk aku dengan PS. Tapi bukanla sedondon. Kuwaser!























Barangan sports banyak kat sana. Ori tak ori, ko pikirlah sendiri. Bagpackni aku dapat 8USD sebijik. I like!


























Abaikan spek itam berderet tu. Fokus kat beg kecik kaler merah tu ajer :))


























Antara barang handmade yang aku suka... tu zippered pouch kat tangan Ezey tu
siap ada sulam-sulam... ada macam-macam kaler beg ni, silalah pilih yang mana suka
Table cloth, tissue holder, alas kusyen bla bla bla... adalah antara barang handmade yang cantik
sesuaila nak buat souvenir ke apa...

Dah 8 kilometer aku taip nih... penat wei
nak pi minum ayaq, kang batal posa plak... huhu
Apa lagi ntah aku nak tulis sini ekk....

Ha lagi satu... dah alang-alang ko pegi sana kan
Silalah jangan lepaskan peluang merasa buah-buahan tempatan di sana
Buah depa besar-besar tau (lain macam aku rasa bila taip ayat ni)

Kiri sekali, belah depan tu adalah buah bidara. Depa panggil epal Vietnam




























Feeling-feeling tourist membatak menerai buah bidara. Padehal sebulan sekali dok turun Betnam! Hahaha





























Aku teringin nak beli buahni...

Besarrr punya!




























Tapi takut kena perambat kuar dari hotel!


OK, satu perkara penting kena prepare mental dan fizikal...
adalah masa nak check-in kat airport HCM (masa nak balik)
Sekarang ni depa sangat strict... ko silap langkah sikit alamat kena paw!


Ezey sedang mengadu domba di kaunter AA. Ayam dengan itik jadinya. Hahaha





























Sila pastikan korang print flight itinerary siap-siap
setiap sorang pegang satu copy... senang cerita
pastu masa nak timbang luggage tu silalah berwaspada
Jangan terlebih berat... kalau pegi ramai-ramai,
ada baiknya korang berbincang dan membahagi-bahagikan berat luggage sama rata
Seeloknya plan berat luggage sebelum check-out dari hotel

Rata-rata aku jumpa Malaysian yang tengah beratur nak check-in, sumer pakat berdebar-debar tau
Walaupon ko pegi secara berkumpulan, ada jugak masanya flight attendees dia buat bangang tau
depa timbang luggage secara individu... sangat haru-biru
Dah satu hal ko nak bongkar beg nak bahagikan berat luggage dengan member
kalau tidakkk... silalah bayar 18USD untuk setiap 1 kilo extra ittew

Sapa-sapa yang rasa-rasa ada tendency untuk beli-belah sampai rebah (shop till you drop)
Silalah beli luggage 25 kilo siap-siap...
kalau beli takat 15kilo... baju manik 10 pasang pon blom tentu lepas... huhuhu

Kalau beli banyak-banyak-banyak sangat tu... hehehe (tengok berapa banyak aku tulis tu)
bila sampai kat LCCT, silalah bersedia barang 50-100 hengget dalam tangan yer
Abang-abang kastam sedia menunggu...
50 hengget tu bukan aku nak suruh ko rasuah depa tau... choiiii !!
Itu biasanya nilai Tax paling minimum yang biasanya korang kena bayar on the spot
Nanti dia bagi resit bagai... bulehla nak claim masa isi borang e-filing nanti kot.. hahaha

Melihat kepada kesusah-payahan yang dilalui oleh para usahaSAWAN internasyonal ni kannns
Makanya silalah jangan merungut kalau mereka-mereka ini menjual dengan harga yang berlipat ganda
Bukan suka-suka nak lipatttt... pasalnya depa sendiri dah awal-awal kena lipat! Hahahaha

Pastu kalau korang ada hati nak kirim barang kat member kan,
Silalah bertimbangrasa dengan member tu...
bersusah-payah dia mencari barang yang beria-ia dikirimkan
turun-naik cab pegi cari kat merata kedai serata Ho Chi Minh
sampai sejuk-sejuk tangan beratur nak timbang barang...
Kang kalo tak beli, takut merajuk pegi serah diri kat batu bertangkup pulak :))

Sekali bila sampai ke tanahair yang terchenta...
Aku kensel 15 barang yang aku kirim tu... aku ambik 1 barang ajer

Terjun longkang Ezey dengan Zamila dibuatnya tawwww...
Dahla nak patah bahu usung beg berat,
Sampai melesya terus patah hati pulak! Muahahahaha...

Depa jer yang patah hati, pasai depa bawak duit banyak...
Aku bawak duit sikit jerr... pasal aku kan jobless :))







1 comments:

littlehumblelynn on August 5, 2011 at 8:48 AM said...

MR

giler aahhh...harus jugak aku carik tiket g sana jugak..bestnya...

ShareThis