Showing posts with label Travelling. Show all posts
Showing posts with label Travelling. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Nothing much to share about Bandung

Posted by makcikrehan KJB at 8:59 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Tataula Bandung nak citer apa,
korang pon dah selalu pegi kan

Pegi Paso Baru yang tak berapa nak baru tu
beli kain, beli telekum, beli kain batik

Makan nasi padang, minum jus alpukat
naik angkutan, naik taxi blue bird

Makan kat De Cost, beli brownies Kartika Sari, brownies Amanda
pegi Rumah Mode, Cihampelas, Cibaduyut, Dago, Juanda, Setiabudhi

So, sama jerla macam yang korang-korang pegi
Cuma memandangkan kami pi kali kedua,
ada advantage sikitla on what to expect kan
konpiden giler turun naik angkutan,
dah macam kat kampung halaman sendiri (konon)

Anyway, laki ku ittew tetap dengan masalah pronunciation nama hotel dan jalan
tak ubah-ubah dari zaman berchenta, sampai dah beranak dua
memang masalah besarrrr nak suruh dia ingat nama tempat atau nama jalan

Masuk cab 'Pak, Hotel Kenanga Ya Pak'
Aku plak terpaksa menjerit kat belakang 'Hotel Kenangan la Bang oiiii'

Tahan angkutan tepi jalan 'Pak, lewat Jalan Kebun... Kebun... Kebun apa ya'
Aku jugak jadi wira penyelamat kat belakang 'Jalan Kebun Sireh Pak!'

Tahun lepas lagi lawak, berpintal lidah beliau nak menyebut
sampai aku dgn adik aku terduduk-duduk mengketawa kat tepi jalan tau
Tahun lepas duduk kat Hotel Patradisa 3
Lokasinya adalah Jalan Kebun Kawon
Kebun Sireh pon beliau garuk kepala nak ingat
inikan pulak Kebun Kawon kan... memang mengkeliwon!


@LCCT, pukul 5 pagi. Mandom nya muka ko Bang!
























Top up SIMPATI dulu. Senang nak call Mencah.

























Lapo hokay. Kol 9 pagi bantai Nasik Padang. 3 kali mkn kat resto nih. Sedap!
























Kat lobby. Tengah tunggu cab nak pi kawasan outskirt.























Hotel Kenangan. Deluxe @265K semalam. Good enough for us. Much better than Patradisa 3 (last year)

























Dalam FOS apentah. Abam Aril kau milih kemeja punya lama! Kusi dah la takde. Duduk kat tangga jer aku.

























We love De Cost Resto! Sambal belacan dia sedap tau :)

























Last year tak jumpa Rumah Mode. This year dapat pi. Mujur dah last day, luggage dah penuh!
























At Bandara airport, garu kepala mengira 'kerugian' hehehe....
























Alhamdulillah semua selamat dan lancar
Belanja pon secara berhemat, tak menggila macam pegi 1st time aritu
For me, paling best tentang Bandung is food dan weather :)
Sapa belum pergi, silalah pergi beli tiket morah masa promo...





Monday, March 5, 2012

We are back

Posted by MR at 5:11 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT 


All is well.
Makan sedap. Shopping best. Cuaca dingin. Nice peoples.




PS wearing jeans cap Libas (bought in Pasar Baru), 
MR wearing plus size stretchable cotton pants from KJB

 
Looking forward to go to Bandung again. Kan Bang kan?
Keh keh keh...





Thursday, August 4, 2011

Ho Chi Minh : Travel Log

Posted by MR at 2:30 PM 1 comments
Sebelum aku hilang ingatan pasal lawatan mencari pasal aku kat Betnam bulan lepas
Baik aku cepat-cepat transfer masuk sini
Esok-esok kalau ada golongan marhaen datang tanya aku itu-ini pasal Betnam,
Senang aku zass kan depa ke entry ni.
Jimat masa dan tenaga aku. Hehehe

Beli tiket time promo AA
Tix pegi balik, termasuk luggage 15kg (ex-HCM) dan 1 Nasik Lemak Pak Nasser = RM170
Airport tax jadah bagai semua kautim dalam tu siap.

Currency kat sana namanya DONG
Tapi USD is widely used among peniaga-peniaga tempatan
Kalau korang cekap mengira dan rajin bawak duit berat-berat,
silalah berurusniaga melalui Dong.. lebih berbaloi
sebab duit Dong ni kecik banding USD dan RM

Untuk aku yang perasan kaya-raya (sebenarnya aku benak nak main kira-kira duit Dong)
Aku bawak USD saja... 1USD = RM3
Eh, tapi nak bayo Cab, makan kat restoran, beli air mineral kat 7-Eleven wajib pakai Dong tau

Dari airport HCM, kami naik cab Vinasun pegi merewang cari bekalan kurung manik
Perlu diingatkan kat sini, sapa-sapa pi Betnam kan,
kalau nak naik cab... silalah pastikan korang naik cab Vinasun sahaja.
Cab lain aku dan konco-konco aku yang sering turun-naik Betnam tak pernah try.
Ada banyak kes aku dengar tourist kena rob dalam cab...


Ada MPV ada kereta. Janji Vinasun. Yang MPV mahal sikit rate dia. Payah nak jumpa kereta. MPV jer bersepah




























Driver taxi tak paham sebutir English tau
Maklumlah... takde henggelish hedukesyen kot kat sana
So, pastikan korang tau hala tuju korang.
Peta dan alamat pastikan sentiasa di tangan.

Contoh, kalau nak pegi hotel... tulis alamat hotel tu dengan terang dan jelas
Tunjuk kat driver taxi... nanti dia angguk-angguk tanda paham. Hehehe

Kami duduk kat Boss Hotel
Satu malam rate dia dalam 30-35 USD.
Bagi aku yang tak cerewet, hotelni dah good enough.
Janji ada ekon dan bilik air bersih.

Lobby hotel. Lif dia kecik jer tau. Org gumuk cam aku leh naik 2 orang jer  dalam satu masa :))



























Majoriti hotel kat sana semua dah ada wifi.
Kat lobby Boss Hotel ni dia siap sediakan satu PC untuk guest guna
Tapiiiiii... line internetnya sangat hazam-halakazam
Jagan mimpilah ko nak membatak internet dengan sukaria macam kat melesya
Depa tadak Unifi lagi kot... bertabah ajerlah...

Buleh letak status bodo-bodo kat fesbuk, bagitau laki kata dah sampai Betnam jaaadilah!
Aku konon-konon siap tuko henpon Android dengan PS
Kononnya nak batak mobile la kat sana... harremmm! :))

Hotel kami dudukni betul-betul bertentang dengan Pasar Malam dan Pasar Ben Thant
Jugak hanya beberapa tapak dari VN Halal Restaurant,
Tak lupa jugak sangat dekat dengan 7-Eleven yang buka 24 jam
(tapi bukan nama 7-E, aku dah lupa apa namanya)

View dari tingkap hotel masa hari last sebelum check-out. Sedih nak tinggal Ben Thant Market! Hahaha...




























Abaikanlah wayar berselirat depan tingkap tu wei
TNB dan Telekom depa kat sana tak habih blajo KHB gamaknya :))

Selak jer langsir, terus nampak Bangunan Ben Thant kat hujung nun
Best wei Pasar Ben Thant ni...
Bagi aku, 5 kali best dari Pasar Baru kat Bandung tawww... hehehe

Tu jalan besor tulah tapak Pasar Malam (PM)...
PM dia tiap-tiap malam ada tau, syiokkk... hehehe
Memang buleh layan la PM dia... sana-sini ko selisih bahu dengan orang melesya ajer
Dah macam pi PM Jalan TAR pon iyer.. hehe

Bab makan, agak susah kalau korang pergi tanpa persediaan
Jadi, silalah buat persediaan sewajarnya sebelum pegi sana
Kalau pegi bawak anak kecik, ada baiknya korang standby bawak makanan dari melesya
Roti, kaya, milo ke apa...
nak lagi best, bawaklah segala mak nenek rendang, sambal tempe, ikan bilis bagai
Agak-agak tak abih makan, korang open table kat paso malam
jual kat tourist melesya yang bersepah-sepah dan kelaparan macam kami haritu... wakakakaka!


Kopi ais dan kopi panas. Sila mention - WITH MILK. Nanti ko dapat Kopi O jangan nak mengamuk pulak :))




























Tiap kali makan kat VN Halal Restaurant tu, mesti kami order kopi ais ni
Oooh La La sendapnyerrr..... terbeliak bijik mata dibuatnya! Hahahaha....

Kat sana ramai peniaga yang dah buleh cakap melayu
mana taknya... asyik orang melesya jer berpeleseran mengabihkan duhet kat sana
makanya, peniaga pon ramai yg dah buleh cakap melayu sepatah-dua

Kalau korang dengar ada yang cakap melayu agak fasih terlebih sikit tu
Mungkin sekali dia pernah duduk melesya
Zaman perang dulu ramai orang Melayu-Champa dari Vietnam yang jadi pelarian kat melesya
So, dari situlah depa-depa ni buleh pandai cakap melayu
kebanyakannya BM slang Kelantan/ Terengganu
Dan depa-depani muslim dah semestinya lah kan

Kat PM tu, aku sempat berkenal-kenal dengan 2-3 kerat Muslim Melayu Champa ni
Setakat yang aku jumpa, semuanya baik-baik... buleh melawak dan bergurau lagi
Samada depa-depani memang ramah mesra... atau aku yang terlebih mesra perdana... Muahahaha!

Kat paso malam tu silalah berhati-hati
pencopet dan peragut ada dimana-mana...

Eh apalagi nak citer ekk?

Ha.... tempat-tempat yang menarik nak di lawat ekk...
Sejujurnya, aku haritu satu hapah tempat menarik aku tak pegi tau
Sibuk dok ukur jalan cari barang ajer... usahaSAWAN katanya kanns.... :))

Antara tempat yang jadi tumpuan tourist adalah Mekong Cruise, Chu Chi Tunnnel, Muzium Perang
dan lagi apa ekk... Chu Chi tu tah cemana eja ntah.. aku main taip ajer nih,
malas nak Google, selak-selak kamus bagai dah

Bab shopping pulak... apa yang best kat sana
Semestinya kain baju lah kan...
Samada baju siap atau baju tak siap (kain ela)


Ini semua adalah cotton! Pingsann.....



























Kain cotton kat sana mak aiii... buleh pitam menengoknya!
Sapa peminat kain cotton, sila jangan lepaskan peluang menjamu mata dia Ben Thant yer


Huwaaa..... Pakcik tu pakai Ipad hokay! Ko mampooo? Sadis tau!






























Sila beringat-ingat dikala memborong yer...
Ingat sikit berapa kilo luggage yang ko beli... kain-kain ni berat taww...
kang excess luggage masaklah membayo 18USD untuk setiap 1 kilo yang terlebih sudaaaa :))


Baju siap. Balik terus pakai :))




























Telekung sulam bunga berkuntum-kuntum. Antara yang menjadi kegilaan org melesya kat sana




























Barang-barang berjenama pon banyak kat sana,
Tapi kena terjah kat butik la baru betul-betul confirm ori agaknya
Tapi, kalau nasib baik... kat Ben Thant Market tu pon ada jual baju-baju yang ori
Aku takde bajet sgt ke arah barang-barang branded nih... aku layan barang brengsek saja :))
Aku suka barang handmade depa... mcm beg dan beg dan errr.. beg!
Hahahaha... benar! Aku gila beg handmade hehehe...


Konon-konon Clarks. 17 USD. Aku beli 2 pasang untuk aku dengan PS. Tapi bukanla sedondon. Kuwaser!























Barangan sports banyak kat sana. Ori tak ori, ko pikirlah sendiri. Bagpackni aku dapat 8USD sebijik. I like!


























Abaikan spek itam berderet tu. Fokus kat beg kecik kaler merah tu ajer :))


























Antara barang handmade yang aku suka... tu zippered pouch kat tangan Ezey tu
siap ada sulam-sulam... ada macam-macam kaler beg ni, silalah pilih yang mana suka
Table cloth, tissue holder, alas kusyen bla bla bla... adalah antara barang handmade yang cantik
sesuaila nak buat souvenir ke apa...

Dah 8 kilometer aku taip nih... penat wei
nak pi minum ayaq, kang batal posa plak... huhu
Apa lagi ntah aku nak tulis sini ekk....

Ha lagi satu... dah alang-alang ko pegi sana kan
Silalah jangan lepaskan peluang merasa buah-buahan tempatan di sana
Buah depa besar-besar tau (lain macam aku rasa bila taip ayat ni)

Kiri sekali, belah depan tu adalah buah bidara. Depa panggil epal Vietnam




























Feeling-feeling tourist membatak menerai buah bidara. Padehal sebulan sekali dok turun Betnam! Hahaha





























Aku teringin nak beli buahni...

Besarrr punya!




























Tapi takut kena perambat kuar dari hotel!


OK, satu perkara penting kena prepare mental dan fizikal...
adalah masa nak check-in kat airport HCM (masa nak balik)
Sekarang ni depa sangat strict... ko silap langkah sikit alamat kena paw!


Ezey sedang mengadu domba di kaunter AA. Ayam dengan itik jadinya. Hahaha





























Sila pastikan korang print flight itinerary siap-siap
setiap sorang pegang satu copy... senang cerita
pastu masa nak timbang luggage tu silalah berwaspada
Jangan terlebih berat... kalau pegi ramai-ramai,
ada baiknya korang berbincang dan membahagi-bahagikan berat luggage sama rata
Seeloknya plan berat luggage sebelum check-out dari hotel

Rata-rata aku jumpa Malaysian yang tengah beratur nak check-in, sumer pakat berdebar-debar tau
Walaupon ko pegi secara berkumpulan, ada jugak masanya flight attendees dia buat bangang tau
depa timbang luggage secara individu... sangat haru-biru
Dah satu hal ko nak bongkar beg nak bahagikan berat luggage dengan member
kalau tidakkk... silalah bayar 18USD untuk setiap 1 kilo extra ittew

Sapa-sapa yang rasa-rasa ada tendency untuk beli-belah sampai rebah (shop till you drop)
Silalah beli luggage 25 kilo siap-siap...
kalau beli takat 15kilo... baju manik 10 pasang pon blom tentu lepas... huhuhu

Kalau beli banyak-banyak-banyak sangat tu... hehehe (tengok berapa banyak aku tulis tu)
bila sampai kat LCCT, silalah bersedia barang 50-100 hengget dalam tangan yer
Abang-abang kastam sedia menunggu...
50 hengget tu bukan aku nak suruh ko rasuah depa tau... choiiii !!
Itu biasanya nilai Tax paling minimum yang biasanya korang kena bayar on the spot
Nanti dia bagi resit bagai... bulehla nak claim masa isi borang e-filing nanti kot.. hahaha

Melihat kepada kesusah-payahan yang dilalui oleh para usahaSAWAN internasyonal ni kannns
Makanya silalah jangan merungut kalau mereka-mereka ini menjual dengan harga yang berlipat ganda
Bukan suka-suka nak lipatttt... pasalnya depa sendiri dah awal-awal kena lipat! Hahahaha

Pastu kalau korang ada hati nak kirim barang kat member kan,
Silalah bertimbangrasa dengan member tu...
bersusah-payah dia mencari barang yang beria-ia dikirimkan
turun-naik cab pegi cari kat merata kedai serata Ho Chi Minh
sampai sejuk-sejuk tangan beratur nak timbang barang...
Kang kalo tak beli, takut merajuk pegi serah diri kat batu bertangkup pulak :))

Sekali bila sampai ke tanahair yang terchenta...
Aku kensel 15 barang yang aku kirim tu... aku ambik 1 barang ajer

Terjun longkang Ezey dengan Zamila dibuatnya tawwww...
Dahla nak patah bahu usung beg berat,
Sampai melesya terus patah hati pulak! Muahahahaha...

Depa jer yang patah hati, pasai depa bawak duit banyak...
Aku bawak duit sikit jerr... pasal aku kan jobless :))







Thursday, July 28, 2011

Berpeluh jantans tunggu timbangan luggage

Posted by makcikrehan KJB at 11:31 AM 0 comments
Mana tak berpeluh weiii...
Pegi 3 orang, bawak balik barang macam pegi 8 orang!





























Semua beg-beg tu sendat, pekat, melekat tau!
Ini pon ada 2-3 beg galas lupa nak snap gambo,
Senget bahu kami kendong barang!








Last but not least,
Buleh pakai bawak pegi gym sebelum sarung kasut sepot! :))































Takde intro 1st day dan 2nd day... tetiba terus lompat masuk citer balik eh
Sawan dah ni... tibai jerlah! Muahahahhaha....







Malasnya weiii....

Posted by makcikrehan KJB at 1:12 AM 3 comments
Sapa mau, pegilah tengok gambo Betnam kat Fesbuk aku.
Aku bizi mencari rejeki, tak dan nak mengarang esei macam selalu dah
Sapa belum friend, sila friend sama ai dulu hokay
Gambo-gambo adalah private for friends only
Supaya 'secret admirer' ai tak leh skodeng ai.... :))


Nahhhh 2 keping!
 


















































Buat tatapan mereka-mereka yang 'Saya takde fesbuk, saya OK' tuuuuu :))








Monday, July 25, 2011

Home is where the heart is

Posted by MR at 12:20 PM 0 comments
See you again Ho Chi Minh ;-)












.
.
.
.
.
.



Arrived safely. Alhamdulillah.









Monday, February 21, 2011

DEPARTURE

Posted by makcikrehan KJB at 10:14 PM 2 comments
Ni aku paksa diri menaip ni...
malas tau nak menaip karangan fakta,
kalau yang versi temberang aku suka la kan

Aku tulis notes fendek-fendek jerlah ekk
sapa nak tau lanjut, sila menebeng di kaunter fesbuk durjana aku yer :))
 
Dari Airport Jakarta kami naik Bas Ekspres Primajasa ke Bandung
Primajasa ni the most reliable and efficient bas ekspres from Jakarta Airport to Bandung
3 tiket sehala harganya 225K [silalah tekan kalkulator sendiri, aku bodo Maths dan Currency Exchange]



























Sebelum bertolak, pengerusi majlis siap buat pengumuman tau
ajak sama-sama berdoa semoga perjalanan dirahmati dan selamat
*satgi ada pulak tanya aku... dlm bas tu ada pengerusi ker? pingsan!



PS menebeng kat kaunter tiket... sambil mengembangkan hidom menyedut udara Jakartaraya
 
























Kaunter dia betul-betul kat luar airport, sebelah kanan
Perjalanan makan masa 3 jam kalau tak macet,
kalau macet berejam-rejam jugak jadinya
Bas ni jalan direct takde benti mana-mana tau
so, kalo lapo.. bawaklah bekalan duniawi siap-siap untuk dikudap dlm bas
Nak kencim? Dalam bas ada jamban noks..
tapi jangan ko tanya ropa pizikal tandasnyer... aku tak masuk buat tinjauan :-p
Bas ni turunkan penumpang kat Bandung Supermall (BSM)
BSM tu memang nama shopping complex, hentian bas ni betul2 sebelah BSM

Gambar rawak dari tingkap bas,
ditangkap sambil menguap-nguap tahan mengantuk










Dari Bandung Supermall (BSM),
sila tanya-tanya sekeliling kat mana nak ambik cab Silverbird atau Bluebird
[sepanjang kat sana aku naik Bluebird jer, cab lain tak naik]

Dari BSM kami pegi Patradisa Hotel yang terletak di Jalan Wastu Kencana
Oleh sebab aku agak bunguks sebab lupa nak salin hotelni kat jalan mana,
pasrah jerla kat cab driver tu nak bawak kami ikut jalan mana
nak talipon, semua tak lepas... nombor tak activate katanya,
padehal sumer nombor dah auto roaming ...
mintak nak pinjam henpon driver cab, dan-dan tertinggal kat romah katernyerr...

Mujurlah driver ni tau jalan... kena 30K saja... kira ok la kan
oh ya, teksi ni pakai meter tau
so tak perlu bimbang pasal terlebih bajet tambang...
kalo agak-agak dah lebih bajet, ko suruh jer dia benti tepi jalan
pastu ko jalan kaki...muahahahaha...

Sampai hotel campak beg, mandi, solat jama' siap-siap
pastu bersiap sedia nak pi cari jamu kocok!
Ramai yang sakan speku aku terlebih makan jamu kocok ekk...  :))
mai sini aku kocok sorang-sorang!

Letihlah wei perah otak nak mengingat balik...
esok-esoklah sambung! wakakaka...




Monday, February 14, 2011

PULANG KE PANGKAL JALAN

Posted by makcikrehan KJB at 8:23 AM 5 comments
Kami balik dari Jakarta harini
sarat tak sarat hasil belian entahlahhh....

Nanti balik Melesyalah haku buat karangan ekkk
masatu bulehla korang bentang tikar buluh meratib kat belog aku ni...

Cewahhh... poyo nak mengarang kununnn
apa ko ingat orang lain batak sangat nak pi Jakarta...ekekekeke

Orang lain sumer dah up holiday wishlist depa tawww
apa barang pegi Indon khennn...

Ha baeklah, baeklah.
Lepasni aku usha tiket pegi Melben pulak yer.
kepada pihak yang berkenaan,
Sila siap-sedia bekalan beras basmathi 8 kampit!

-scheduled post-


Friday, February 11, 2011

PAK YADHI

Posted by makcikrehan KJB at 12:16 PM 7 comments
-Entry draft-

Lama aku dok tenung skrin,
apa ceghita lagi aku nak temberang kat belog nih?
pendapatan pasif yang aku ternak sekian lama
masih belum cukup nak bayo hatta sebulan duit si kontot
so, aku perlu terus merapu sampai cukup duit nak bayo duit keta bulan depan hihihihi...

Sempena aku pi obersi ni kan
[pooodahcit ko Rehan! pegi Indon pon nak kecoh sedonia!]
OK, aku dah kutuk diri aku siap-siap... sila jangan kutuk dah

Sambung balik yer...

Sempena aku pi obersi ni kan [gatai lagi ulang ayat yang sama, mohtep???]
Hahahaha.... memang soka cari pasal kan aku :-))

Kan aku habaq kat entry bawah nun,
aku pi Indon ni main jakun-jakun sendiri jahh...
pandai-pandai aku je book tiket untuk aku, laki aku dan adik aku
dah lepas aku book dan bayor baru aku bagitau depa suh bayo balik duhet aku :-))

So, oleh sebab aku yang memulakan angkara kan,
makanya aku jugaklah yang kena tanggung beban buat hotel reservation and so on
pada asalnya aku rilek jer tak ambik tau apa-apa
sebab aku heret sekali Tourist Guide dari melesya
aku biar dia jer yang handle semua...

Sekalinya.... passport beliau MIA pulakkk... makanya dia tak dapat ikut!
di saat-saat akhir pulak tu weiii...
gelabah babun la aku kena handle semua sendiri
dahla anak-anak aku tengah demam <---apa kena mengena? :-))

So, menggigil la aku kontek sana-sini
gagau sana-sini nak book hotel, nak book transport

Sini penuh, sana sendat...
Badan dah berpeluh, muka pulak ketat....
[yerr... saja-saja aku rhymes kan :-p]

Last-last minute,
Tourist Guide tak jadi aku tu berjaya bagi jalan
perkenalkan aku dengan Pak Yadhi pengendali Patradisa Hotel
lega sungguh-sungguhlah aku weiii....
Pak Yadhi kautimkan semua hal ehwal penginapan dan transportation

Gelabah unta tau aku tunggu Pak Yadhi reply message aku kat fesbuk
selagi dia tak reply, selagi tu aku tak pi makan [percaya dak? kah kah kah kah!]
lepas jer dia dah reply kata semua dah confirmed,
barula aku rasa lega... dan-dan tu la rasa lapaq! hahahahaha...

Tapikan,
Pak Yadhi ni sempat jugak buat lawak tak bersalah kat aku tau









Sudahlah IBU
MAKCIK lagi pulak!

Hantamlah labuuuu....


HARAP-HARAP KAPAL TERBANG TAK SENGET SEBELAH

Posted by makcikrehan KJB at 7:56 AM 5 comments
Merujuk kepada entry yang ini,
Tatkala ini, MR dan PS laki-bini
barangkali sedang 'terbang' atau barangkali sedang 'berjuang' di Rumah Mode :))

Cewahhhh... poyo kan?
OK la.. aku taula hangpa semua dah muak pi-balik Bandung/ Jakarta
aku laki-bini jah yang baru menjakun nak pi sana... hihihihi

Aku bunguk-bunguk jer ni pi Indon ni
pandai-pandai sendiri jah... sebab tourist guide aku hilang kelayakan di saat-saat akhir... muahahaha!

Korang tunggu jerlah nanti apa barang yang aku beli dalam sangap-sangap ni
tu pon kalau aku berselera nak reveal la kannn... hahahaha...
kalau setakat aku beli henbeg Gusi Gucci Gred A rega 25 henggettttt...
kowserlah haku nak reveal weii...
buat malu persatuan makcik-makcik cool jer kan...wakakakaka...

p/s :
Doakan kami selamat pergi dan pulang, dan aku tak pengsan di Tanah Abang!
Kalau aku pengsan masa tengah shopping, mampuih PS tinggal jer aku kat situ terkontang-kanting!
(rhymes lagi ayat aku... ekekekeke)




ShareThis