Wednesday, July 25, 2012

Analisa kedapuran di bulan posa

Posted by makcik rehan KJB at 9:16 AM

Assalamualaikum WBT.


























Begini tau,

First dan second day posa kami melonggok kat umah orang tua. Buka posa kat sana, lepas PS siap terawikh baru balik Bayuville. Punggah lauk sahur siap2 plak tu. Balik umah aku masak nasik utk sahur, pastu terus kebabom tido satu kelorga. Esok kol 5 bgn reheat lauk dengan nasik. Makanlah beradap laki-bini. Kadang2 Mencah join. Siap makan, basuh pinggan masing2, pastu kalau ada masa sambung tido kejap. Hahahaha!

Hari ke-3 posa dah keja. Berbekalkan semangat gadget dapo Lengkawi ala-ala Racheal Ray, aku menanam azam untuk memasak setakat yang terdaya. Bini solehah adalah bini yang laki dan anak2 nya makan hasil air tangan bini/emak mereka katanya. Katanyalah... lalu cam biasa, aku mana buleh mengkalah sebelum bertanding kan. Lalu aku pon mempoyo memasak!

Hari Isnin. Gegas kuar dari PID kol 4 lebih. Singgah bank kejap. Pastu singgah pulak kedai runcit kat Serendah. Kedai biasa yang aku singgah kalau nak beli barang masa on the way balik dari opis. Makcik Rehan korang menggatal nak masak kari ikan mayong pulak....

Masa aku longgok barang kat kaunter nak bayo, akak tu bagi soklan cari gadoh kat aku : 'Sempat ke masak nih?' Eiiii... kang aku hempuk balik barang2 ni kang haaaa! Dahla paso ramadhan betul2 terbentang depan kedai tu je. Sikit silap je memang aku borong lauk siap je karang!

Merempit balik rumah. Sampai umah dah kol 5.30. Kalau aku ambik budak2 kat skolah, harus kari aku tinggal nama kan. So, aku sms PS suh amik budak2. Serius aku masak macam tengah buat episod penyingkiran master chef selebriti tau. Wah, tanak kalah, nak celebrity semedang :))


 
























Kejap2 tgok jam! Stress. Lagi stress bila PS balik bawak kari kambing! Sia2 aku bertarung nak masak kari tak sedap ni tau. Lepas siap makan, satu hazab pulak nak kemas dapo. Dengan nasik berterabur, ayaq tumpah, lantai melekit mengalahkan anak 10 orang. Adoiiii mencabar sungguh. Aku kemas ala kadar je. Mata ngantuk, badan letih... entah apa yg aku letihkan entah.


























Harini pulak (selasa) hari ke-2 posa di hari keja. Lagi kelam kabut sebab nama aku kena petik dengan bos beso, suruh pegi join aktiviti kat Gopeng. Takkan aku nak biar Ketua Zon aku pi sorang2 pulak. Haritu aku pi putrajaya dia jd pengapit aku, tibalah masa aku pulak kapit dia kan. Bila saling mengkapit, barulah ada 'kepuasan kelajuan' ... tak gitu Zel? Kahkahkahkah!

Pagi tadi pas sahur mengkelibut la siapkan baju budak2 nak pi skolah. PS la tlg hantar depa pi skolah pagi tadi. Pukul 7 pagi aku dah masuk highway. Terkejut anjing rumah depan tu tengok aku tak pernah2 kuar umah pepagi buta :)) Balik dari Gopeng, sampai umah dah dekat kol 4. Masih jugak menggigih nak masak. Semangat Lengkawi belum pudar kononnya. Padehal mata srupa ada gam gajah tu. Mempoyo pulak buat nasik tomato. Sekali nak buat ayam masak merah, aku buleh mati akal. Macamana eh nak buat ayam masak merah macam kat kedai tu? Ah sudahhhh. Modem umah aku dok barai lagi. Tablet masuk air PS bawak pi opis pulak. Akuni manala ada iphone ke ipad kerrr... Cemana nak tanya Pakcik Gugel kan? Takde jalan lain, aku sms Bini Saad kat Hemisfera Selatan nun.

Ayam masak merah pakai ayaq asam tak? - begitu bunyi sms aku pada pukul 6 petang.

Sunyi sepi.
Bunyi cengkerik.
Bunyi lipas, bunyi tikus.

Tak... pakai sos tomato - begitu bunyi balasan sms pada pukul 7.30 malam. 
Baca kuat-kuat sikit 7.30 malam tu.

Apa jadi dengan ayam masak merah aku? Kalau berani, sila tanya. Satgi aku lumur dengan sambal masam sekuali yang aku tatau nak campak mana! Paling bengang, sambal tu aku tak sempat sorok sebelum PS balik. Tadah jerla telinga...

Siap masak ngam2 pukul 7.30. Masatu jugakla aku perasan sms masuk. Siap kau Timah. Ada ubi ada batas, ada hari akan ku libas!  Penamatnya, ayam aku jadi ayam penyet. Aku goreng bodo je 2 ketul beso. Seketul pon tak abih makan. Benci, tak sedap lagi!

 























Lepas makan, aku tengok lantai makin berdanoq. Dapoq pon melekit. Semalam aku tak.mop, so harini double trouble jadinya. Tak buleh jadi ni. PS kuar pi mesjid, aku haruk kanak2 suruh masuk bilik, upah susu sorang satu. Elok depa tido, aku buat operasi sapu dan mop. Lepas siap mop, aku kemas dapo pulak. Kemas cara aku la pon. Janji kemas.

Siap kemas, aku capai tablet masuk air ni dan menaip entry ini. Lalu dengan ini aku ingin menyatakan pendirian baru aku sepanjang bulan posa ni:

SELAMAT TINGGAL KETUK-KETUK RAMADHAN 2012.

Daripada aku menyusahkan diri, memenatkan badan, mengotorkan dapo, lagi mengabihkan gas, membazir duhet beli barang dapo, lepastu aku masak punya lah tak sedap lagi hazab dari Si Tomok kan, baik aku duduk diam2 ulit anak sambil tengok tibi tunggu azan maghrib.

Bang, mulai esok sila tapau lauk dari paso remdan yang berhampiran. Saya diet. Cewah, dan-dan diet. Saya hanya akan goreng telo, masak sadin dan masak nasik saja. Yang lain-lain kita main tunjuk-tunjuk sudah.

Anyway, gambar-gambar resolusi tinggi kat celah-celah teks tu aku saja syok-syok tempek.
Lantak pilah gambaq tak syncronize dengan cerita pon :))

WELCOME TO PASO RAMADHAN 2012. 

Hehehehe..... 




6 comments:

Me on July 25, 2012 at 9:53 AM said...

hahahha... tak pasal2 ketuk2 ramadhan jadi mangsa heheh... eden ingat ekau nak menayang koleksi rachel ray ekau... ayam peneyt tak jadi tuh nampak sedap laa... perap guna apa?

Carmello on July 25, 2012 at 10:49 AM said...

Salam kenal Kak Rehan.
Kelakar gila baca cita Kak Rehan ni.
Heheheh
Takpelah boleh "berketuk-ketuk ramadhan di bazaar" pula..

Eliss Mie on July 25, 2012 at 10:59 AM said...

aduhai.seksa sungguh bunyinya yer. beli jer kt param kan :) tp berpada-pada gitu.

makcik rehan KJB on July 25, 2012 at 12:10 PM said...

Kerul, rachel lah sangattttt... hahaha

Carmello, salam kenal. Thanks singgah sini ya :)

Elis, memang harus berpada-pada. pasal duit pon memang tak berapa nak ada :p

TopsyTurvyMum on July 25, 2012 at 1:03 PM said...

Kah kah Kah..
apsal aku tengok msg ko sampai 15 minit je sebelum aku reply??
Lenkali carik bekap la...Ambik Meryam jadi bekap. Diva mana reply sms orang cepat2..Hahahaha

MsAjai on July 25, 2012 at 8:37 PM said...

Tetiba aku bekap singer.......:)

ShareThis