Thursday, August 2, 2012

Shah Alam Dan Nasik Goreng Pasrah

Posted by makcik rehan KJB at 8:55 AM
Assalamualaikum WBT

Semalam al-kisahnya, akak dan hanak-hanak menempek ikut PS bukak posa kat Shah Alam
Bandaraya kegemaran akak tu kannss...
Anak-anak akak kan kaya dengan sifat kedesaan dan explorasi peringkat kebangsaan
paham-pahamla dengan depa punya peel masa kat sana
Tengah-tengah bukak posa Mencah boleh pulak buat announcement kat meja makan,

Mama, saya nak berak!

Biru muka mak nak.
Memang dasar bontot tak skolah tau.
Abah kau lagikan tengah solat.
Adik kau lagikan tengah tawaf kat meja buffet dengan tak pakai kasut,
sekali-sekala dok celup tangan dalam kolam kecik berlampu warna-warni
Mak takut kena karan, tak pon terjungkalaq masuk dalam kolam lagumana?
Stress mak nak!

Time akak pulak pi solat,
Adik dia Si Asrap melalak dan memekik satu dewan,
Melalak mencari Mak dia, kemudian dia pulak buat announcement kat meja makan,

Abahhhhh... yak!

Ungu la muka bapak kau nak.
Stop makan, bawak anak pegi istinjak pulak.
Akak balik dari surau, ambik teh tarik 2 cawan... hirup sambil bertenang.
Abah dia, akak ingatkan mati selera cam akak jugak lepas istinjakkan anak-anak kan
Tapi daya imunisasi dia tinggi rupanya...

Sakan punggah kambing,
Kueyteow, sup, pudding etc etc etc
Hebatttt...

Menu perangkaan akak semalam memang menjadi kenyataan,
tapi sayangnya semuanya tak mampu akak nak jamah sepuas hati
akak takat tumpang kuis-kuis pinggan PS saja
nama kata nak ulang-alik ke meja buffet..., haghaaammm....
Baiklah akak kepung anak kat meja makan daripada kepung depa kat tengah medan
silap-selap berlanggar dengan gelas dan pinggan, berderaiii...
Lagi bikin malu orang desa kan?

Hujung-hujung sebelum balik
Mencah merengek nak 'duduk hotel' pulak
Apa kau ingat bapak kau tuan besau di syarikat konglomerat ternama?
Banyak duhet sangat suka-suka hati nak check-in hotel?
Nak beli susu korang 2 kampit pon gigil tangan nak membayo tau
lagikan nak suka-suki check-in hotel di tengah-tengann bandor!

Balik tu kami singgah Plaza Alam Sentral sekejap nak jumpa kulaan separitan
Masuk je dalam PAS, sekali lagi akak nyaris nak pitam
Dah pukul 9.30 malam pon ummat manusia punyalah ramaiii
Tengah-tengah hall tu penuh dengan booth jual baju raya
Kami split dengan PS masani. Akak bawak kanak-kanak pegi kedai cousin,
dan PS pegi masuk The Store nak beli susu anak
Menyiksa akak nak heret kekanak kiri-kanan sambil mencelah kat celah-celah baju
sekali-sekala Asrap buat perangai nak mainan,
bila tak dilayan dia berenti meniarap atas lantai... haru tak?
Mesti orang belakang akak mengutuk 3 bakul bila tengok akak heret anak atas lantai
Kau gila aku nak melayan cranky dia kat tengah tempat orang lalu lalang?
Nak kena pijak ke apa kan...  Mahu tak mahu, terpaksa ku seret jua :((

Tengok pada prestasi hanak-hanak tadi,
rasanya pasni PS tak hingin dah kot nak bawak anak bini join dia bukak posa kat luor
yang besor dengan perangai besor, yang kecik dengan perangai kecik
Menitik peluh jantan nak menjaga depani sambil manahan sabo
mujurla kat tempat orang kan, kalau kat rumah sendiri aku dah bagi penampor sorang sedas
Akak kalau semangat srikandi dah meresap kan, ringannnnnn je tapak tangan akuni tau...

Balik rumah akak dah penat dan pasrah (tetiba pasrah hahaha)
Akak pujuk PS suh beli nasik gorem kat kedai je habuan sahur
Laki akak enggan lah pulakkk... kot enggan beli, enggan makan nasik takper la jugak kan,
Tapi balik rumah masih gak request nak sahur nasikkkk
Stress aku bang.... mata srupa ada gam, gigil-gigil jugak tanak nasik
Pukul 4.30 pagi kena mangkit nak gorem nasik pulak...

Nahhhh... nasik gorem pasrah untuk sahur!













  


4 comments:

littlehumblelynn on August 2, 2012 at 10:45 AM said...

Aku satu mlm xleh tido,cir bir dr mlm td.sahur td pdi2 lah crk nasi ,isteri sdh flat thp nk mati!!!

makcik rehan KJB on August 2, 2012 at 11:00 AM said...

Lyn, get well soon. cemana bleh cir bir wei? beli makanan kat param ka wei?

Alwanez on August 2, 2012 at 2:04 PM said...

Sodap aih nampak nasi gorem pasrah.Terliuq jadiknyaaaa

Nur Ashila on August 3, 2012 at 8:27 PM said...

Nasik goreng pasrah... Terbaik! La makcik. Tgk jer dah terliur

ShareThis