Monday, May 13, 2013

Tutorial : Carseat Recover

Posted by makcik rehan KJB at 11:34 AM
Assalamualaikum WBT


Dasarrrr Penjimatan Nasional (lagi)


Carseat asal dari jaman Mencah. Beli hat morah2 kat warehouse sale My Dear. Kaler cover asal is coklat taik hanjin. Pastu makin menipih. Akak beli la carseat cover Dora ni. Skang Dora ni pon dah kepam, koyak dan berabuk (reput). Gambar cover coklat nanti ada kat gambar bawah. Yang ni akak malas nk bukak sarung ni sebab terlampau berabuk. Eiiiii.... nyaris aku nak putus asa melihatkan betapa uzur sgt dah carseat ni tau.









Tudia.... nampak tak habuk ke hama yang berdebu tu. Bersin sampai tercungap akak tau!







Kasi bukak semua cover dia, sumbat masuk washing machine. Pastu akak sental frame plastik ni. Keringkan. Dahtu baru buleh mula buat.







Bila cover dah kering baru buleh start membungkus. Alaskan seat dengan fiber. Akak guna fiber duvet Ikea yang rega 20 hengget tu, pastu lapiskan 2. Alas kat bahagian tengah ni jer. Bahagian tepi payah nak alas sebab dia berlekuk.






Lepastu sarungkan cover asal yang dah dibasuh dan di vacuum (yang kaler ceklat). Dalam gambar ni, fiber tadi ada kat bawah cover coklat tau. Lepastu buleh start potong kain ikut shape, pin kan dengan peniti. Gelembung ke bonjol ke... kira halal la. Kau ingat senang nak buat tegang-tegang? Handmade katanya kan... haruslah herot2! Kalau perfect, made in China le uols....









Bungkuih sampai habih!






Ni pandangan sisi. Bahagian tepi tu, kau kelim ke bawah. Nanti dah siap jahit semua ni, kita lapis bahagian bawah tu dengan kain lain. Tengok gambar kemudian nanti.






Lepas tu barulah datang part paling hazabedah, hazabaijan, hazam halakazam... yakni nak menyembat! Sembat pakai tangan je uols, pakai mesin is leceh. Takut pin tercabut, alignnment lari atau tak lut sebab tebal sangat. Macam nak kematu jejari dompot aku menyembat nko!







Dah siap sembat semua, then ambik satu kain lain dan jahit sebagai cover bahagian bawah. so takde la nampak segala benang, fiber, span yang berserabut kat belakang tu kannn... Yag ni pon aku sembat tangan jugak. Hazabbbb....






Bila dah siap semua, attach kan la balik klip hitam plastik tu kat tempat dia. Klip tu fungsi dia untuk 'hold' cover ni kat frame carseat. Takdela kang ko break kereta, cover carseat anak ko tersingkup tutup kepala anak pulak kan...





Akak jahit sempoi2 saja. Tak kemas mana pon, janji guna benang kuat (2 lapis) dan sembat rapat-rapat supaya tak mudah koyak atau putus benang.






Ni belum siap sepenuhnya. Strap tak pasang lagi. Lubang pon belum tebuk. Yang tu nantilah pelan2 akak kelebek. Cemuih dah aku hadap projek ni haha...





Abam Atayap :))







So, tadak sapa nak try balut carseat cam akak ke? Kerrrr... aku je yg semekin dok gigih recycle barang anak2 ni wei? Ekekekekeke....




4 comments:

Me on May 13, 2013 at 2:39 PM said...

kalau ekau dekat eden dah hanto carseat eden dah minta ko makeover bagi hensem... (walopun tak tau bila nak gunanya hahhaha... tapi preparation awal tue bagusss)

Nota Cikgu Anum on May 13, 2013 at 9:05 PM said...

Ooo mengandum ye. Taniah!

nurul_7155 on May 16, 2013 at 10:55 AM said...

carseat akak macm carseat ank sy my dear punya,...dh reput tahap nak nangis n nak buang.....bile tgk aka punya blog terus rasa mcm nak surh akak buatkn boleh x???.....email sy corrsbad82@yahoo.com

makcik rehan KJB on May 29, 2013 at 2:26 PM said...

Nurul, mintak mahap... tobat la tak amik job buat carseat ni dik. huhuhu.... hazabbbb. tak lut kat mesin :( sorry ya

ShareThis