Tuesday, May 14, 2013

Pegi Library Sebab Nak Tala Muka Kat Aircond

Posted by makcik rehan KJB at 9:13 AM
Assalamualaikum WBT


Tajuk dah self-explain kan. Skang musim panas, bukan lagi Arab Spring. Dah jadi Arab Summer! Semua salah Anwar la nih (mohon celik isu semasa dan membiasakan diri dengan bahasa sarcasm akak ye). Mampuih la bayo bil weiiii... siang malam aku pasang ekon sendu kat umah ni! So Sabtu lepas kita lari dari rumah dan pergi library kat Rawang Perdana.

Senang cerita, nah alamat library :

No 2, Jalan RP 4/1, Bandar Rawang Perdana
48000 Rawang
Selangor Malaysia
Contact Person: Pn. Juniadah Bt Jamil
Phone: 03-60910751

Sekarang, nah gambar :))




Best tau. Luas, bersih dan baru. Paling best, wifi free dan ekon kuat. Muahahaha!


Ewah Atayap.... dah macam pegi theme park pulak. Bukan sibuk nak kelebek buku, sebok usung keta sorong!




Tu bukan aku. Tu geng2 makcik tengah menjoyah (aku makcik versi muda sikit hehehe). Akak menjoyah isu semasa je. Depa menjoyah isu retis suam2 susu kot. Very the...! :))







Kalau buleh reno rumah buat activity room mcm gini pon best kan. Aku paling bekenan tang flooring tu. Berangan jela....





Mencah jumpa Quran. 
"Mama, tengokni saya pandai baca"
Yelah pandai, pandai baca Al-Fatihah tu jelah :p




Yang sorangni, jumpak je buku mancing, terus pi berkhalwat tepi tingkap. Carik ilham nak ikat mata kail ler tu.... ahh, teknik dah macam2, balik2 ikan belanak jer naik. Apa barangggg..!







Buku pasal human body. Pakat terkesima :))





Gambar semua dalam bilik bacaan kekanak saja. Jangan harap aku nak membuang malu, nak mempoyo tangkap gambar lobby, kaunter, bilik komputer bagaiiii. Dalam bilik kekanak takpela takde org tua, takdela aku malu hehehe....





 

6 comments:

Me on May 14, 2013 at 2:52 PM said...

berkhalwat di tepi tingkap tue sgt tekun kekdah pembacaannya... mak budak baca buku apa???

Dee on May 14, 2013 at 4:18 PM said...

lama tak dtg komen kat blog kau..ini semua salah anwar..kahkahkah..

makcik rehan KJB on May 14, 2013 at 5:47 PM said...

kerul, mak budak tadah muka bawah ekon je. jakun hahaha.

Dee, nko kannnnnnsss.... hahahaha

umimiqdad on May 15, 2013 at 12:08 PM said...

salam,
bestnya bawa anak2 pi library,sambil kena ekon sejuk2...memang panas betul la ni kan...

p/s:atayap nak jadi abang ke tak lama lagi...tabik la rajin/kreatif sungguh recycle barang baby :)

tifa anvar on May 15, 2013 at 8:07 PM said...

Salam Han,
eko nie sya saspek hanya ambk gambr n tadah muke je kat ekon library tu kan. Dh mmng salah anwar lah gmbr eko x ade entri nie.

makcik rehan KJB on May 15, 2013 at 11:20 PM said...

Salam umimiqdad, ha mmg syok. we ols mmg penjakunn ekon hehehe. TQ, insyaAllah. mohon doakan anak2 kita jadi soleh dan solehah semuanya :)

Salam Tifa, memang jelas terang lagi bersuluh kan! i lunjur kaki, sambil sanppy2 ala mamarazzi. pastu salahkan anwar ekekekeke...

ShareThis