Thursday, June 13, 2013

Penang!

Posted by makcik rehan KJB at 9:50 AM
Assalamualaikum WBT

Macam biasa, tadak apa sangat yang nak dikarang. Cuti skolah, balik kampung Paghit Buntaq, pegi Penang, makan nasik kandaq beratuq tengah2 malam, pastu balik tidoq. Pastu balik Rawang. Habih ceghita.

Oleh itu, macam biasa la kan... gheja aku adalah timbun gambaq banyak2 dalam blog ni. Aku bubuhla captions 2-3 baris buat cukup syarat kannn. Satgi kalau aku tak tulih, aku sendiri pon taktau apakabenda ceghita kat gambaq2 ni kan. Senang esok2 nak tunjuk kat anak cucu..... (kononnnnn)

Aku kalau buat entry kampung halaman otomatik lidah jadi keghaih. Kluaq habihla slang utara. Hangpa layan sajala.... nanti pelan2 aku ejas la lidah aku balik, bagi kluaq balik slang Key Ell naaa  :))











.





2 Jun tu anniversary akak dgn Abang kau yang ke 7 katanya, so kita bawak mak dgn ayah akak pi makan seafood kat Kuala Gula. 1st time try makan sana. Akuni nama saja orang Kuala Kurau, bukan aku tau kat mana port makan yang best ke apa. Maklomla.... aku dibesarkan di kota metropolitan kannnn... Puiiiii!! Ni pon aku tanya kat kawan yang jaga PID Kuala Kurau. Maghrib2 gigih talipon tanya port makan yang best tang mana. Makanan kat sini tak sedap tara mana (mahapla, aku kena jujur bab ni), tapi MasyaAllah lambat gila tunggu order sampai. Tobattt... anak aku sampai terlena tunggu makanan sampai tau! Ada gambaq makanan... hehehe mental ler ni. Ambik sambil cover2 hehehe....  















.





Hari yg keberapa ntah, kami pi merendek ke Penang. Last minute plan, lepas Asaq baru bertolak. Sampai Penang pon dah dekat Maghrib. Lepak-lepak kat area Gurney Mall (kalau tak silap la). Lagi sekali, aku bukan geti sangat Geografi Penang ni. Aku kan orang London! Puiiiii.....  Serah bulat2 kat Abam kau sajalah. Kawasan dia katanya... Satu pulau ni, dia khatam... Puiiiii.... sesat barat aku malaih nak ceghita laaaa.... cover laki... kahkahkah!








.





Aisyah puanya lah moody, pasal baru bangun tidoq dan frust sebab tak dapat mandi laut. Buleh hang, dia request nak sarung swimming suit, pastu nak terjun mandi kat sini? Ni salah Abah dia la ni, buat janji pelesu kat anak, nanti kita pi Penang kita mandi laut.... Janji capati la jawabnya....




















.






Makan 1st round kat sini. Sedap gak laksa dan nasik lemak dia. Order baru sampai, aku baru nak cedok kuah nak rasa.... Mencah tiba2 buat muka kelat. Tanya dia, hang paseipa? SAYA NAK BERAK MAMA! Potong stim betoi anak hang Bang oiiiii......














.





Lepaih tu kami pusing2 area Batu Feringgi. Pasar Malam dia sungguh tak menarik minat aku langsung! Sungguh tak tercapai dek akal marhaen aku, apakebenda yang orang ramai2 dok kerumun pasar malam ni tau. Aku nampak henbeg ala2 GM Klang saja yang dok bergantung. Tataula kot ada barang best dan rare yang aku tanampak kat belakang2 tu kan. So, kami cuci mata dari dalam kereta saja. Tunggu pukul 10 malam, then zass mai sini...

 












.





Nasik Kandaq Beratuq Liyaqatali. Apa makna qatali tu aku tatau. Aku ikut saja, Abam kau dah macam orang mengkidam. Meracau nak makan nasik kandaq pukoi 10 malam. Kedaini start meniaga pukoi 10 malam katanya. Sensiang tak bukak. Memang pukoi 10 malam baru bukak. Amalan hidup yang sihat sungguhhhh.... kata Abang hang! Beratuq la kami 4 beranak... Asrap dah tidoq pon kena gerak beratoq sama.... Kedai nasik kandaq ni betui2 sebelah Masjid Kapitan Keling (landmark dia la kiranya). Aku mulanya malaih nak snap gambaq2 ni, tapi Abang hang suruh jugak. Dia kata, tengok semorang ambik gambaq. So kita tak buleh kalah la.... kita kena ambik gambaq jugak. Kita kan orang Key Ell.... bulehla feeling2 tourist! Puiiiii.....  Tapi gambaq makanan macam biasala.... aku belum sakit mental lagi nak snap! kahkahkah!










.





Kami tak check-in kat Penang pon. Abang hang kata membaziaq la check-in hotel... dah pukoi 12 malam. So, kami pedeghaih la balik rumah mak akak. Dekat pukoi satu pagi sampai ghumah. Punya melelong aku bejalan nak masuk rumah hangpa tau....  perut kenyang nasik kandaq punya pasai la!


Esok paginya, Abang hang cam biasa sambung mengheloh la ... apa lagi. Dia caj bateri kaw-kaw... satgi nak drive balik Rawang pulak. Akak pulak layan la budak bertuah 2 orang ni 'mengerjakan' buku latihan cousin depa yang dok ada kat kampung nun. Mahap la no.... kot Mak Bapak Syahmie baca entry ni, maka depa akan nampak la betapa poyo anak-anak aku feeling mentelaah buku skolah orang. Walhal kerja sekolah depa sediri hagham satu hapah tak siap lagi! Wakakakakka!









.





Keta menan ni pon Asrap tibai Syahmie punya jugak! Wakakakakaka.... lagi sekali, aku sembah ratu siap-siap kat Mak Pak dia kahkahkah!











.





Balik dari kampung, the next day tu Abang hang dah pi menduga laut dah. Nun sampai ke Klang dia pi mancing! Aku bosan aih hadap depa dua beradik ni dok berkuntau kat rumah berebut tibi, berebut game...  so aku heret depa pi library kat Rawang Perdana. First visit kitorang ke lebry ni ada kat sini.










.




Habihla kisah Penang. Sok lusa aku sambung kisah Genting pulak naaa.....


Ada gakla terselit gambaq kami laki-bini Si Mencah tulong snapkan. Tapi aku tak gamak nak tunjuk yang full body. Elok terkangkang gambaq aku dia snap! Siap terbonjol sana-sini. Tercalarla imej diva aku nanti. Saja nak sabotaj keanggunan aku kannnn.... Makanya aku crop la... buatla ala2 poskad hitam putih. So bulehla aku sorok perut lebaq selambak aku kannnn... kahkahkah!







.


p/s : Abang kau memang tabiat ambik gambaq buat peace la, thumb up la.... oleh itu, ingin dimaklumkan di sini, bahawasanya dia tidak menjual koset MLM hokeh!








3 comments:

Dee on June 13, 2013 at 10:23 AM said...

aku teruja sungguh tgk gambaq background tuh..couple mana tuh..hihihi..

Me on June 13, 2013 at 11:35 AM said...

kan.. seolah2 gambar mencah sebagai coverina je... sgt tak menahan dgn korset MLM ye... hahahhaha

makcik rehan KJB on June 14, 2013 at 12:25 PM said...

Aku dh agak... mesti ramai yg berminat kat couple background tu khennn.... tah couple mana tah hahahaha

ShareThis