Wednesday, December 17, 2014

Penang. Again.

Posted by makcik rehan KJB at 9:23 AM
Assalamualaikum WBT

Anak 3 weh. Tak dan dah galas kamera. Makanya snap apa yg dan pakai henpon cina Guangzhou beso penampo seja!

Ni semua gambo #mengahfamilypenangtrip2. Gambo #mengahfamilypenangtrip1 semua abih aku delete dah. Memory phone tak beso weh. Harap badan je lebau macam buku merah. Both trip adalah menumpang toklaki yang pegi outstation utara sana. Cuti sekolah kan. Lagi pulak kat Penang sana, dah dekat sgt dgn kampung halaman asmara aku. Berani tak bawak aku? Khennn...

Gambo tonggang-langgang. Import dari phone. Jadi laguni. Lantaklah. Koser mak nak ejas-ejas. Aku post masuk blog pon dah kira mujur kan.







Asyraf ni lagunilah. Payah sangat nak ajak bergambo feeling2 kelorga bahgia. Laki aku dengan Mencah jelah belakon depan kamera. Harmoni sangat la konon kan. Walhal mengah gila kau tahu! Depa sangatlah buas macam terlebih bitamin. Jenuh kena pekik suruh behave. Suruh ketepi. Suruh cepat. Suruh perlahan. Suruh duduk. Suruh bangun. Suruh diam. Suruh kencing. Grrrr... semuapon kena suruhlah! Si kecik kenteng tu pon sama naik. Nampak orang lalu-lalang makan lolipop, makan eskrem, dia selamba jer hulur tangan... jerit kuat-kuat : NAKKKKK!!! Suara dia sangat nyaring wei. Tak tipu... mmg bingit telinga dengar. Bak kata laki aku, sebijik suara mak hang bila memekik! Well.... anak aku khennn.... kahkahkah!







Nak terkeluar anak tekak aku jerit kat Si Asyraf ni, suruh pandang kamera. Dia buleh buat stone gini. 4-5 keping gamba aku snap tau. Semua muka blur gini. Cemana la nak pegi casting model GAP nih? Ehh... hahahaha... Mujurla budak kenteng ni sudi layan aku kan. Menggedik je pandang kamera :))




Kakak lejen kata, Ma... saya rasa penah nampak kunci macamni dalam cita stoberi dan karipap kat Paris tu. Ya la... sama la tu. Tapi kita tak mampu nak pi Paris macam Acik Ana Suzana. Pi Bukit Bendera jadilahhh!










 


Mak Mengah! Beginilah payahnya nak ajak anak bergambo. Kena kepit kiri-kanan.






 Gambaq ngada-ngada. Buat stok muntah jingga!





 

Asyraf oh Asyraf... Huhu...



Satu ni jela gambaq satu kelorga. Ni pon pasai ada photo booth sebelum naik Bukit Bendera. Bayaq RM35, print la sekeping habuan kenangan. Nak suruh dia emel soft copy kat aku kang melampau sangat pulak kan. Hehehe...


Abih dah duit tabung ayam tahun ni. Tahun depan pulak kita pi bejalan. Tunggu tabung Abah depa penuh balik. Tabung aku sila jangan usik. Mencah megrib tadi dah terpecahkan puyuk vision aku sebijik. Tak lena tido la aku pikir nak beli puyuk ganti. Cepatlah tabung tukun aku penuh hendaknya.






(gambaq kat ataih ni saja buh bagi kecik. Supaya aku nampak kecik! kaaaahhh!!)  


3 comments:

Lynn Hamzah on December 17, 2014 at 12:10 PM said...

syoknya jalan jalan ke penang...best dapat spend masa dengan keluarga tersayang kan...

makcik rehan KJB on December 17, 2014 at 12:17 PM said...

Ya lynn... Alhamdulillah... Sonottt hehe

ejaescobart on December 17, 2014 at 4:04 PM said...

Gojes laa makmengah ni pakai tudum lilit2 ala neelopa... 😉😉😉

Nora bagi 4 ⭐⭐⭐⭐

ShareThis