Monday, December 15, 2014

Street Lesson 3

Posted by makcik rehan KJB at 9:39 AM
Assalamualaikum WBT

Izinkan daku, insan yang serba kekurangan, tiada ilmu, tiada harta tapi banyak lemak ini, untuk pin out beberapa perkara berikut. Semuanya hasil dari pemerhatian dan pengalaman sendiri.

1. Anda nak merokok. Tiada masalah. Silakan. Tetapi...

Tidak semua org merokok. Dan tidak semua orang 'tahan' bau rokok. Bukan sahaja tidak tahan, malah ianya membahayakan kesihatan orang lain. Kasihanilah kami. Kasihanilah anak-anak kami dan mungkin anak-anak anda juga. Tolonglah jgn merokok di tempat awam. Kawasan peranginan. Kawasan pelancongan. Kawasan yang ramai kanak-kanak. Bayangkan, tengah berasak-asak beratur nak naik kereta kabel kat Bukit Bendera itu hari, ada seorang Badigol Sood yang selamba kepus-kepus hembus asap rokok di tengah-tengah lautan ummat Muhammad yang sedang bersabar melayan karenah anak-anak yang bermacam ragam dek kerana kepanasan menunggu tren. 

Masa tengah makan kat Nasik Kandaq Line Clear, depan meja aku, sepasang laki-bini muda sedang makan bersama bayi kecil yg aku rasa muda beberapa bulan dari Amirah. Gigih bini dia makan sambil kepit anak. Laki dia sedap makan sampai belemoih tangan dengan kari mamak. Bila laki dia siap makan, basuh tangan... aku ingat dia nak tulongla pegang anak pulak. Rupanya dia capai rokok dulu. Kepuih-kepuih dulu sebatang, baru mai ambik anak. Elok sangat kelakuannya. Bini pon dah nak siap makan. Itu di kedai. Kalau di rumah, aku dok terbayang... baper carton asap rokok yang anak dan bini dia dah sedut agaknya?

Ada satu malam tu, masa kami baru sampai kampung, Ayah aku bawak kenalan dtg rumah. Dah tengah malam sgt masa tu. Anak-anak aku dah terbongkang tertido depan TV. Dekat situ jugalah mereka sedang bersembang. Tiba-tiba Pakcik ni bangun capai bekas ubat nyamuk. Nyalakan lighter, dan cucuh rokok. Maka berkepul-kepullah asap rokok di serata ruang tamu rumah. Terus kucarotkan dia di dalam hati. Bapak siapa tu... entahlah. Berasa kasihan kepada anak-bininya! Abang aku merokok, adik laki aku pon merokok. Tapi depa tak merokok di dalam rumah. Abih ngok pon, depa merokok dalam jamban. So sendiri hembus asap, sendiri sedut balik asap, sendiri tanggung akibat.





















2. Apabila keluar atau masuk dari surau, sila biasakan menutup pintu.

Surau lelaki dan wanita, di mana-mana pon biasanya sebelah menyebelah. Bila masuk surau, org pompuan biasanya akan bukak tudung dan salin kain utk angkat wudhuk dan sarung telekung. Pintu yang terpelahang/ternganga membolehkan orang lalu-lalang nampak kejadian di dalam surau tu. Silalah sensitif sikit kepada pengguna-pengguna lain. Tutuplah pintu ya.

3. Biasakan melipat atau menyidai kembali telekung dan sejadah yang dah digunakan.

Selain dari menampakkan kekemasan dalam surau, tujuan kita lipat dan letak kembali sejadah di rak, adalah untuk mengelakkan sejadah tu terkena taik cicak. Taik is najis! Dan telekung surau tu silalah sidai supaya tidak berbau kepam dan orang lain boleh guna telekung tu tanpa perlu pekup idung. Masa balik dari Kelantan haritu, kami singgah kat satu tempat tatau apa nama, sebelum area Sg Koyan kalo tak silap. Surau tu banyak taik cicak, nak solat kena kibas-kibas dulu taik cicak yang berselepet atas lantai. Ada sorang Mokcik dua beranak ni, siap je solat terus blah. Dibiarkan je sejadah terkangkang atas lantai. Mengundang 'Melaka in me' sangat tawww... haih!





Sekian.

Jangan marah na. Cakap saja.





0 comments:

ShareThis