Thursday, January 8, 2015

Asam pedas asal boleh

Posted by makcik rehan KJB at 12:08 AM
Assalamualaikum WBT

Harini (siang tadi) bermula dengan baik. Sebab berjaya tongkat mata, tak join Amirah mentido pagi. Hehehe. Selalu tu, kalau menyusu dia, sambil baring pulak tu... dia belum lelap, aku dah lelap dulu. Sedor-sedor kang dah pukul 10 pagi!

Mulalah kalut nak masak nasik untuk Asyraf si pemakan nasik tegar tu :))





































Malam semalam, lepas #bapakmengah balik kerja, aku suruh dia jagakan kekanak kejap. Aku pegi NSK beli hewan dan tumbuhan serba sikit. Makanya harini gigihla memasak asam pedas rebus yang mana resepinya aku ingat-ingat lupa sambil campur aduk dengan resepi Google. Pon bolehhh...

Tak sedap pon. Tapi bolehla makan. Konsep sundrik masak, sundrik makan, terpakai setiap waktu di romahku ini. Hehehe. #bapakmengah pon makan takat kuis-kuis manja. Takperlah Bang, dah tua-tua ni kita makan lite-lite sudahla. Nak makan sedap, kita balik umah Nenet la weekend nanti. Hehe...


 

Pukul 9 lebih dah siap masak. Asyraf makan ikan goreng tu je. Gaulkan dengan kicap, jalan je. Asal nasik. Amirah pon sekali jalan lauk ikan goreng ni. Sayur tak masak pon, bubuh timun dgn daun kesum dalam asam pedas ni, kira boleh la kan. Sayur le tu kan? :))

Petang tadi pegi daftar kindy Asyraf. Alhamdulillah semua okay saja. Asyraf pon nampak happy, dia sakap skolah ni besh la Ma. Syayer buat landasan (lego) besyar tadi! (dia main lego sementara aku deal dgn cikgu)

Semoga Allah permudahkan urusan pengajian anak-anakku. Anak-anak kita semua. Tugas kita beri yang terbaik selagi termampu. Bukan akademik semata-mata, agama jangan ambik ringan. Ingatan buat semua, di akhirat nanti semua ini bakal ditanya. Di hari pembalasan yang penuh huru-hara di mana semua manusia saling berlepas diri. Tidak kenal ibu atau ayah, suami atau isteri. Saling melepas tengkuk sendiri. Sang isteri akan mensabit Sang suami. Dan Sang anak akan mensabit Ibu dan Ayah mereka.

Jalankan tugas (Amanah) kita sehabis baik di dunia ini. Maka nanti di hadapan Rabb, kita boleh berlepas tangan tatkala anak-anak mensabitkan kita - Saya tidak solat dan tidak mengaji kerana Mak dan Ayah tak pernah ajar, tak pernah suruh. Naya kan?

Jadi, kalau ada upaya dan masa - ajarlah sendiri. Jika tiada kesempatan, maka hantarlah ke kelas agama. Bayar pon bayarlah. Di dunia ni masih boleh bayar walau semahal mana pon. Di akhirat nanti nak bayar dengan apa kan?

Ya Allah permudahkanlah.




0 comments:

ShareThis