Showing posts with label Raya 2011. Show all posts
Showing posts with label Raya 2011. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Abang Kalip in da house

Posted by MR at 9:19 AM 2 comments
Tima kaseh Abang Kalip dan Mami sudi datang romah Makcik Rehan 2 hari lepas
Lagi datang bawak Dominos Pizza Pepperoni yang sedap hehehe...
kena pulak pagitu gas romah aku habis,
dapat sepapan pizza panas ibarat dapat sekoleh air di tengah padang pasir tandus :))

Dan harini, Makcik agak bizi bodi
pagi-pagi buta nak kena pi hantaq Pakcik ke Serendah
(taklah buta sangat, pukul 8.30 kira buta la bagi aku yang tak keja ni)
Pakcik nak pi mana?
Huhhh... mana lagi... kelaut hokay!!
Jauh sampai Terengganu sana... padehal bawak balik ikan temenung pun belum tentu
Laki sappalah tuuuu...





























Toksah heranla tengok kain baju berselayut kat kosi aku tu
Kalau setakat Zalia anak beranak yang mai umah aku, tak heran aku nak poyo-poyo mengemas
Lainla kalau dapat notis dari ibuk mertuak... kalut ributla aku sorok semua tu :))

























Bergossip dalam situasi romah sepah-sepah macamni,
sambil kanak-kanak sukati hangpa nak berkuntau ka nak bergusti ka...
adalah sangat 'true' !!
Hehehe...



Thursday, September 29, 2011

Open house kaum kerabat

Posted by MR at 9:22 AM 2 comments
Tempek jelah gamba banyak-banyak eh.
Opeh house romah mak sedara aku kat Klang.
dah nak balik baru aku kuar kamera, malas lah.





























Hijau Langit buat muka mintak pelempan, Aisyah gedik memanjang.
Aisyah kata baby itu sangat comel (anak cousin aku)
Ya memang comel. Macam muka Mama masa baby dulu-dulu. Hehehehe...





























Asyraf macam biasa. Bebas melata.
kutip batu, kikis pasir, lari sana-sini... ni ikut perangai Abah ko la nih!










Bapak mithali rapia :))

























Balik romah semua barai!







Tuesday, September 13, 2011

Nak Raya Boleh?

Posted by MR at 9:46 AM 4 comments
Sabtu tadi Ibah call kata nak singgah sport check umah aku pas melawat tapak romah dia
dok sebok jadi DJ radio karat, lupa pulak aku nak snap gambo ko laki-binik Ibah oi
eh, lupa... aku bukan blogger tegar :))

Kebetulan aku baru siap kemas-kemas romah
jadinya dengan berbesar hati, aku sanggup ler terima terjahan depa laki-binik
kalau kau datang time aku baru balik kampung aritu,
dengan tak segan silu aku sakap aku takde kat romah! kahkahkahkah!

Elok aku lepas solat Asar, aku dengar budak pompuan bagi salam kat gate
Aisyah tengah main beskal kat porch... dia jerit kata ada kakak datang romah
Aku ingat Ibah buat suspen... hantar anak buah suruh skodeng aku :))

Yerrrr, carik sapa?
Nak datang raya boleh?

Eh, anak sapa ni ekk?
Aku kenal ke mak-pak dia?
Mana datang pulakni... bukan budak lorong akuni...

Aku jengul-jengul kepala kat jalan, tanampak lak ahli rombongan tom-tom bak
Keta pon takde.. yerla, kotla salah romah ker.. mak pak dia tunggu lam keta ke
Aisyah tengah main beskal pon tercengang tengok budakni menempel kat gate

Datang sorang ker? (perasaan was-was masih menebal)
Mana kawan-kawan, ke datang dengan mak?

Saya datang sorang jer...

Ha meh masuk meh (cuak-cuak pon aku bagi jugak dia masuk)

Abih korang sumer dok kata, tetamu datang bawak rejeki kan :))
Gigihla aku pelawa jugak budak tak tahu hujung-pangkal ni masuk romah
Suspen gak aku masatu... kawasan taman tengah sunyi-sepi
PS dah la takde kat romah - pegi ziarah sedara meninggal (Al-Fatihah)

Pendekkan cerita (cam biasa, sakit pinggang la menaip lama-lama sambil menerap)
Aku kasi makan kuih raya, kasi minum
(semua dah memang ready atas meja sebab aku tunggu Ibah kan)

Dia makan semekut 2,3 ketui... teguk air...

Dah kenyang...

Ha pi tunggu depan tibi sat yer

Tengah aku kebek-kebek sampul raya
dia jengah kepala kat celah divider aku yang dah patah dikerjakan Mencah dulu tu

Boleh tak bagi duit raya untuk adik saya sekali?

Terkedu aku....

Eh, mana boleh macam ni tau... tak baik mintak-mintak duit dari orang
kalau pergi beraya rumah orang, tak boleh mintak-mintak duit raya tau
Kalau orang bagi bolehlah ambik... kalau orang tak bagi tak boleh mintak-mintak tau
Kalau adik kamu nak duit raya, dia kenalah datang beraya sendiri
Mana buleh kirim-kirim pulak...

Tak pasal-pasal dapat ceramah free dari Ostajah Rehan :))

Aku sempat interview dia masa tengah makan kuih tadi :
Dia duduk selang dua lorong dari romah aku
Mak takde kat rumah... mak keje kerani... harini mak keje
Dia skolah darjah 6 ke form 1 tah lupa dah aku
Ayah ada kat romah.. ayah kerja sendiri (berniaga)
Dia dua beradik, adik dia laki... tadi kuar beraya sesama...
tapi adik dia cilok pegi taman permainan kat belakang
So, dia menggagah terjah romah orang secara solo
kenal ke tak kenal semua dia terjah
Jangan kau tersalah terjah rumah bujang Indon sebelah romah Acik sudah nak oiii
Kang lain pulak jadinya kalau depa jemput ko masuk romah

Tengok sling bag dia melingkar kat pinggang pon aku dah boleh agak
Ni tak lain nak pi buat collection ler ni :))

Korang boleh buat penilaian sendiri tentang kisahni
Ada yang kata tak baik kedekut, dengan bebudak pon nak berkira
Ada yang kata bagus budak-budak terjah rumah orang tah sapa-sapa tak ketahuan hala
Ada gak yang kata, biasalah bebudak... masa raya jerlah depa nak kutip duit raya ponnn

Duit raya, kedekut tak kedekut... bukan soalnya disini

Yang aku nak bangkitkan adalah :
Mak-pak dia tahu tak dia kuar terjah rumah orang tah sapa-sapa pi mintak duit?
Dia datang beraya sorang-sorang di petang yang sunyi dan hening, kalau salah terjah romah?
Berpada-padalah kalau bagi anak-anak kuar beraya pon...
jangan sampai mintak-mintak duit orang (orang tak kenal pulak tu!)
Lepaskan depa beraya kat romah sedara dan kawan-kawan rapat dah lerrr....

Kalau malam raya atau hari raya pertama,
budak-budak jalan segerombolan datang terjah masa balik mesjid aku tarak hal
memang meriah terima kedatangan depa time ni... dengan baju raya segak dan comel
bolehla kita kenal-kenal... ko anak sapa, ko anak sapa kan
at least kalau ko tak kenal yang ini, yang sorang lagitu mungkin ko kenal kan...
takdela ko rasa cuak sangat jemput stranger masuk romah kan

Lepas dengar tazkirah Ostajah Rehan sat tadi, dan-dan dia tarik muka
Buat muka bonyok duduk balik kat kusi...
bila aku hulur duit raya... pandang muka aku pon idak
Salam pon idak... terus jer kuar rumah...
mujur dia sakap terima kasih... kalau tidakkkk... sentap Acik Rehan tau (^_^)

Anyway, kids will always be kids
depa sangat plain dan telus
so, terpulang kita sebagai mak bapak... samada kita yang nak corakkan depa
atau nak bagi kawan-kawan, persekitaran dan tivi yang corakkan depa?

Gentle reminder untuk semua parents
especially to myself :-)
Anak aku lagi jenuh nak train tau,
dah la bangsa tak takut stranger, attention seeker lak tu!











Tuesday, September 6, 2011

Isteri Mithali (sorang lagi)

Posted by MR at 12:21 AM 0 comments
Selamat menjadi isteri mithali










































Home sweet home,
missed kampung ("-_-)








Tuesday, August 30, 2011

Raya di Rawang

Posted by MR at 11:02 PM 0 comments
Salam Aidilfitri  (^__^)


Kesukaran mendapatkan kerjasama dari kanak-kanak





























Setakat ini saja kerjasama terbaik mereka bersama Babah  (^_^)





























Your Makcik getting ready, jenuh nak adjust Si Imam Muda






























A-once-a-year family potrait (^__^)





























Walaupon tema kaler baju hanak-hanak caca merba
yang penting Mama dan Abah depa sedondon! Ekekekekeke...

Mana gambar raya korang?
Cepatlah tempek, makcik nak buat rondaan...

p/s : Selamat Hari Merdeka










Turning point

Posted by MR at 12:38 AM 4 comments
Dari wall Ealyie Jaslan
Make this Ramadan the turning point in your life.
If you don't change now it's not going to get easier when the Shaytaans are released.

Doa di bawahni aku dapat dari Google
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami.
Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya,
maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata”

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keinsafan Ya Allah...
agar kami menjadi hambaMu yang lebih baik berbanding semalam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Makcik Rehan
Dengan setulus hati, saya dan keluarga mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah,
Yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri


Eid Mubarak (^__^)

-sticky post-






ShareThis