Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Turning point

Posted by MR at 12:38 AM 4 comments
Dari wall Ealyie Jaslan
Make this Ramadan the turning point in your life.
If you don't change now it's not going to get easier when the Shaytaans are released.

Doa di bawahni aku dapat dari Google
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami.
Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya,
maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata”

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keinsafan Ya Allah...
agar kami menjadi hambaMu yang lebih baik berbanding semalam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Makcik Rehan
Dengan setulus hati, saya dan keluarga mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah,
Yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri


Eid Mubarak (^__^)

-sticky post-






Monday, August 29, 2011

Sambil-sambil

Posted by MR at 8:10 AM 0 comments
Mari kosongkan memory camera,
supaya buleh tangkap gambo raya manyak-manyak :))

Sambil-sambil alter baju raya, prewash baju raya, iron baju raya dan lipat baju raya,
mari tempek gambar-gambar yang belum ditempek

Ini masa kita kat McD Sogo,
Alahhh... yang kita jumpa ramai orang tak puase tuuu...

Ini antara ummat yang tak puase pada hari kejadian :-p






































Ini pulak semalam.
Kita pegi kedai kakak ipar kat Antara Gapi, pergi usha kot-kot ada baju raya saiz kita
Mujur ada... dapatla laki-bini baju raya sorang sepasang,
walaupon kalernya adalah kelabu taik hanjin hehehe...

Budak bertuah sorangni dapat tudom Syria dari Endak dia
suka yang teramat, pakai tudom tu sampai malam tau
walaupon pakai gown paras lutut, tetappp nak pakai tudom
obsesi pink sangat-sangat anak PS yang sorang ni (^_^)

Dengan cousin merangkap BFF dia... Kakak Farah (anak maklom)







































Pagini hujan... sayu jer rasa hati kan
Ramadhan dah nak pergi... InsyaAllah tahun depan jumpa lagi
Walaupon Ramadhan dah nak berlalu,
teruskanlah momentum ibadah yang kita dah pupuk selama 30 hari Ramadhan ni

Anyway, esok dah nak raya
Hari untuk bergembira, meraikan kemenangan
jangan lupa amalan sunat di pagi 1 Syawal ya...

Eid mubarak!






Saturday, August 27, 2011

Tolong weiii....

Posted by MR at 11:45 PM 3 comments
Begini...

Petang tadi kami pegi Sogo, orang puyalah ramai
Last-last beli T-shirt Asyraf je selai, tu pon nyaris nak letak balik
sebab Q kat cashier punya panjang kan,
tetiba masa nak pegi lift terserempak dengan kaunter cashier yang agak lengang, setel di situ!

Turun bawah, pegi LG - tempat food court tu
Hanak-hanak dah berkicau lapar, so kita singgah Mc D
PS dengan Aisyah pergi beli bubur dengan aiskrim,
Saya cari tempat duduk... Asyraf dah terlena kat stroller

Sambil dok adjust kepala Asyraf yang terlentok kat seat stroller
Mata saya tertoleh ke sudut hujung... nampak sepasang muda-mudi
Ya Allah... selambanya menikmati kentang goreng, air dan burger!

Macam tak percaya, toleh belakang lagi sekali ...
kalini Mamat tu betul-betul tengah sedut air dengan straw
toleh belakang lagi sekali,
awek dia yang bertudung, pakai T-shirt short sleeves pulak tengah suap fries masuk mulut
bila orang pandang, depa tunduk-tunduk sambil cover dengan kad promosi yang ada atas meja tu

Eh, biar betul mata aku ni... dah masuk waktu berbuka kot
kelebek jam... pukul 3 petang!

Tiba-tiba akak meja depan saya pulak bersuara : Selambanya diorang kat belakang tu!
depa laki-bini pon tertoleh-toleh ke belakang tengok gelagat pasangan sejoli itu
kami saling berbalas senyum sinis sambil geleng kepala...

PS sampai bersama bubur dan aiskrim,
Saya pun terus sound : Bang, tengok belakang... nampak tak?

Ya Allahhhh... tak puasa!
Nak kena panah petir la tu! ---> hambek ko Ostat Sepol punya molot!

Saya toleh kat Restoran Nando's kat sebelah kanan,
nampak sekeluarga foreigner (muka timur tengah) tengah sedap melantak
tataula pak arab mana kannn... bini dia pakai tudung (jambul keluar sikit)

Toleh pulak sebelah tengah restoran Mc D,
nampak lagi satu family pak arab tengah menjamu selera
pon sama macam tadi... bini dia pakai tudung

Saya sedapkan hati... depa mungkin bukan muslim
mungkin depani Kristian dari Iran ke Iraq ke
sebab orang tua kat sana memang pakai tudung atau selendang (tutup kepala)
Saya pernah tengok TV, orang perempuan kat sana masuk church pakai tudung
Memang perempuan tua kat sana dah terbiasa bertudung (nampak remos sikit)
Note : correct me if I'm wrong

Tak lama kendian Asyraf terjaga sebab susu dia habis
Saya bangun pegi sinki nak basuh botol
Ya Allah... satu family kat sudut tepi sinki tu pulak tak puasa
Anak-beranak tengah minum dan makan fries tanpa was-was
(saya rasa keluarga keturunan mamak, tapi depa cakap melayu)
terdiri dari nenek, mak budak, bapak budak
dan budak-budak yang dah besor yang dah buleh bagi menikah!
nenek pakai tudung, mak pon pakai tudung.

On the way nak balik ke meja,
saya terserempak pulak dengan satu lagi table yang tengah menikmati hidangan,
sorang makcik tua (bertudung) tengah curi-curi suap fries masuk mulut
cucu pompuan dia yang dah beso (rasanya darjah 6 kot) selamba sedut air
Saya berasa sungguh pelik dan meremang bulu roma ketika itu
Eh, aku ni kat Amareka ker nih?

Sampai ke meja saya terus tanya kat PS :
Bang, ada mazhab yang dah raya ke?
Ke ada mazhab yang bagi kelonggaran tak posa setelah penat 'berjuang' di medan Sogo?
Apsal banyak orang tak puasa ni!

PS geleng kepala... saya pon join menggeleng jugak
tak lama kemudian pasangan muda-mudi di sudut belakang lalu kat meja kami
depa dah sudah makan... nak blah la... selamba, tanpa rasa bersalah!

Saya cuba bersangka baik
Para perempuan-perempuan yang makan itu adalah sedang datang bulan
jadi mereka tak buleh puasa.
Tapi ustat dan ostajah aku ajar dulu... kot ya tak puasa, makan jangan depan orang
kena hormat roh Ramadhan...

Makcik-makcik tua yang tak puasa tu pulak, mungkin depa uzur (tak larat)
tapi larat pulak kendong plastik Sogo kemain besor?

Lelaki-lelaki yang tak puasa tu pulak,
mungkin dah tak daya sangat dah... dah nak pitam sangat-sangat dah kot
Dah tau tekanan darah rendah, senang pitam... kenapa gigih mencari pasal di medan juang Sogo?

Demi Allah... aku sedih tengok pemandangan macam tu tau, fitnah bermaharajalela :(
Akuni kat Malaysia ni... negara Islam hokay!

Readers, tell me... ada apa-apa yang kami laki-bini tak tau ke?



Ampuni kami Ya Allah....








Friday, August 19, 2011

Pasar Maradhon

Posted by makcikrehan KJB at 8:44 AM 3 comments
Pandai-pandai kaulah nak pikir sapa cakap apa :))

Bang, jadi tak? Nak masak tak?
Tak sure lagi, tunggu Adik bangun tengok camana
Kira tak payah masak la nih. Bedal PARAM la kalau tak jadi ekk
Jadi ke tak jadi, pernah ke selain PARAM?
Sabau je aku!

Pukul 6 aku start keta nak terjah PARAM.
Imam Muda cranky lagi walaupon cirit dia dah kurang, so PS cancel invitation buka kat luar.
Aku bawak dayang pengiring wajib aku. Sebok nak ikut pegi Pasar Maradhon!
Ini hari mau pecah tradisi la kiranya. Pertamakali nak pergi PARAM untuk tahun ni.
Selamani PS yang tapau lauk masa on the way balik keja,
Konon harini aku nak keluar kandang... aku pulak nak pilih lauk ikut tekak aku :))

Aku terjah tempat biasa kat area pasar pagi. Sunyi sepi.
Ah sudahhh... ni yang aku bengang,
Kot iya tukar lokasi PARAM, apsal tak tag aku kat fesbuk!

Meracau-racau aku belok sana-sini carik PARAM
Sampai sudah tak jumpa!
Kedai makan sumer jual lauk order, mana nak sempat dah!

Last-last singgah Pasar Tani (tu pon adala dalam 5-6 gerai je yang bukak)
Ada makwe jual nasi beriyani.
Harga buleh tahan mantop, macam makan kat food court KLCC plak.
Tapau beriyani kambing satu, rega 9 hengget!
Dalam hati aku; tak sedap siap kau!

Singgah Mamak Ghazali, tapau nasik putih dgn ayam goreng.
Kuih tak jumpa lagi ni...
Mencah dah bape kali komplen; Mama, mana Pasar Maradhon?

Nak balik tu nampak gerai-gerai tepi jalan.
Sekali scan, lauk dan kuih semua licin.
Nasib baik ada pakcik tengah habiskan stok tepung murtabak
Dapatla sekeping...

Lalu berbukalah kami laki-bini dengan muka herot...
Nasik beriani dia kering kontang, keras berderai...
Naik senget rahang nak menguyah!
Tapi, dalam senget-senget tu... licin licau jugak kami bantai!
Anak menantu sappalah gamaknya kannnn... :))

Moralnya, len kali jangan menggatai nak offer diri pegi beli lauk
Kau masak lauk pon tak sedap,
Kau beli lauk pon tak sedap.
Hidup biar sedap!  (^___^)










Thursday, August 18, 2011

No choice!

Posted by makcikrehan KJB at 9:10 AM 4 comments
Balik dari kampung hari Senin tadi, seisi rumah melepek lembik
PS pon malas dah nak kuar rumah pi beli lauk dan kuih
No choice, terrpaksalah aku mencemar dapur, mengerjakan apa yang ada...
Kalau tak, kang nak berbuka dengan apa?



Goreng ayam instant.
























Goreng bihun cap bintam. Sayur tadak, udang tadak, ayam tadak. Mujur ada cabai dgn teloq! (^_^)























Pisang berangan import dari kampung. Lenyek-lenyek buat cekodok :))






















Bihun tu membawak sampai ke sahur tau
Bahana maaalas yang hamat nak masak nasik
PS pon tak bising, maklumlahhh... sejak diarrhea aritu berat turun 3kg la katakan
Tak dapat nasik pon tak kata apa... dayet! kehkehkeh...





Tuesday, August 16, 2011

Dugaan

Posted by makcikrehan KJB at 2:20 PM 6 comments
Just can't figure out, what went wrong or where it begins
...the kids are down with severe vomiting (and sometimes diarrhea)

























Kakak masa kat kampung.
Fall asleep after series of vomiting. Sampai gigil-gigil badan :((




























Adik masa dalam keta on the way balik Rawang.
Half naked sebab dah takde baju nak pakaikan. Muntah entah berapa kali.
Kesian dia lapar. Tapi lepas makan, minum... tak sampai 2-3 minit muntah balik.
Tertidur sambil pegang fries :((

Doakan anak-anak ini cepat sembuh,
dan emak abah depa dikurniakan kesabaran yang kental ya :-)







Friday, August 12, 2011

Pelamin ikan bilisku musnah

Posted by makcikrehan KJB at 9:08 AM 2 comments
Tajuk entry adalah sempena hasil meratib penuh khusyuk 2-3 harini (^_^)

Semalam (Rabu) aku gatai nak main masak-masak
Pasai aku stress sana-sini orang tayang lauk masak sendiri
(Jiwa rebelku sempat mengeluh, entah betul depa masak entahkan beli... Ooppps!)

Masuk pukul 3 jer aku dah berdebar-debar kalau nampak lampu YM aku menyala
Ini mesti Kerul buzz tanya aku masak apa
Kalau kat FB lagi parah, pukul 11 pagi dah start bincang nak masak apa
Padehal masa tu aku baru celik mata, baru nak basuh berak Asrap..
Ooppss.. terbagitahu pulak aku bangun pukul berapa ("-_-)

Tak la tertekan sangat sebenaqnya,
Biasala aku... saja buat-buat tertekan
Orang nak kalut ka, ribut ka... dipersilakan... hehehe
Aku laki-bini setia dengan lauk kedai dan lauk ehsan Restoran Rosnah Batu 16 (^_^)
Kau duduk kota metropolitan, mana nak merasa beli 4-5 lauk dapat flat rate seploh hengget beb...
Kat Sungai Choh, Bukit Beruntung, Sungai Buaya... buleh lagi dapat rega chantek lagu tu
Silalah pakat-pakat pindah duduk Hulu Banat macam aku (hujah membela diri)

Ahhh.. panjang pulak intro. Aku dah 18 kali menguap dahni...

Rabu tu aku masak sambal ikan bilis taruk kentang yang liat meliut macam tayar beskal!
Oleh sebab aku dah terhidu akan ketidaksedapan lauk masakan aku,
Aku tak bagitau PS kata aku masak lauk haritu...

Pukul 6.30 ptg, macam biasa beliau balik sambil jinjit supik ghokghak kaler merah
Aku pon macam biasa buat scanning... kelebek satu-satu

Cintabeng la weii... dia pon beli sambal ikan bilis jugakkkk
Dahla canggih siap ada terung pipit bagai..., sedap pulak tu!

Sentapppp!


(~____~)



Petang tadi pi bukak posa kat kedai makan depan pintu gerbang batu 16
Sapa belum terai, sila terai. Sedap. Laki bini tokey kedai tu kawan kami
Saja nak habaq kami kawan dengan tokey,
padehal kalau kau sebut nama kami bukan dapat diskaun pon (-_-)

Saja bawak Atuk dgn Nenek pi bukak kat luar
Asyik kami saja dok melangut bukak kat umah depa kanns
Sekali-sekala kita entertain orang tua pulak
(Cewah, bunyi macam aku yang belanja! Hahahaharrremmm...)

Lepas PS balik Solat Terawikh, kita pon siap-siap nak balik Bayuville
Salam-salam bagai, Nenek Onah hulur supik ghokghak cap Tesco kat PS

"Nahhh lauk Dik!"
"Kang sahur Rehan tak payah masak" (~_~)

*Sila imejin aku merunduk malu, tersipu-sipu... gentel hujung tudung (*__*)

Sampai rumah, aku pon mengelola hasil 'tangkapan' untuk hari ini.... 
Gulai ikan Maklom kasi
Telur masin pon Maklom kasi

Belum sempat nak scan pelestik titipan Nenek Onah, tetiba....

"Fuhhh... sambal ikan bilis..."
"Terbaekkkk...!"


Sentapppp!






Thursday, August 11, 2011

Ramadhan - bulan mengenang memori (II)

Posted by MR at 6:52 AM 2 comments
Kuih jongkong Mak adalah yang tersedap penah dimakan di dalam hidup ini
Kuih qasidah  Mak adalah yang tersedap penah dimakan di dalam hidup ini
Kuih lapis Mak adalah yang tersedap penah dimakan di dalam hidup ini

Jeritan dan gegaran tangan Mak kejut bangun sahur adalah suara yang paling dirindu ketika ini

(^_^)

Mak, Ayah... esok InsyaAllah kami balik!

Hari pertama jongkong
Hari kedua qasidah
Hari ketiga kuih lapis

*Pasang lagu Sudirman - Balik Kampung (^_^)




-

Tuesday, August 9, 2011

Berkat Ramadhan

Posted by makcikrehan KJB at 9:02 AM 3 comments
Dari 1st puasa sampai harini, buat masa ini Mak saya mampu menahan rebel tawww...
beliau yang dikasihi tidak lagi menghantar saya ke rumah Maklom macam dulu-dulu

^____^

Saya dan kakak sudah jarang kena tempik
walaupon kami order susu 4-5 kali sehari
walaupon kami makan biskut sampai berpasir satu romah
walaupon kami tabur buku dan pensel seluruh ruang
walaupon saya terrrrmembeseh sampai tembus ke cadar, tilam, selimut dan bantal
walaupon kadang-kadang saya terrrlukis mural pattern baru di dinding
walaupon saya mengeras takmau tido siang
walaupon kakak saya buat stone bila Mak suruh mandi nak pegi KAFA
walaupon kami dua orang jegil tengok tibi dalam jarak kurang dari 5 sentimeter
...... buatlah apapun, habis kuat Mak cuma panggil nama penuh kami dengan pitching sederhana

Pagi-pagi lepas Abah saya berdesup pegi kantor
dengan senyum lebar, kami tiga beranak menyambung peraduan sampai pukul.... rahsia!
(Mak tak bagi habaq, nanti kantoi dengan sedara mara di hari raya)
Tidur yang cukup (ehem ehem) menjadikan Mak, saya dan kakak segar-bugar sepanjang hari
Dan mungkin sebab itu, saya kurang meragam macam dulu-dulu

Tapi yang pasti... betullah, syaitan dah kena ikat
Mak saya dah tak kena rasuk macam dulu-dulu :))

Kan bagus kalau Ramadhan selalu...


Apaaaa yang penting? Kerjaaaasama! (kononnnn)




























Kakak tonyoh kaler macam orang tak ikhlas kan? Saya tanak kalahhh... hehehe







Tapikan, Ramadhan ni Mak saya liat nak memasak tau
Lauk semua Abah saya beli masa balik dari kantor
Mak kata dia malas sepah-sepahkan dapur... dahla masak tak sedap kan
(eh, bukan saya yang kata... tu Mak yang ngaku sendiri)
Mak cuma masak nasik dan kadang-kadang goreng telur dadar mayonis untuk Abah saya

Ada satu haritu, Mak saya teringin nak masak...
Lalu dia pon buat makanan paling senang dimasak dan sedap dimakan berikut...



Sebelum dicelup telur dan digorem.




























Lama sungguh Mak saya tak guna penggelek kayu cengal dia tu
last Mak saya guna, tak silap saya masa buat karipap rupa wantan dulu tu



Gorem 2 ketul untuk saya dan kakak.



























Mak saya ikut saranan Makcik Mieja, salut oat kat sardin roll ni sebelum digoreng
Sangatlah sedap rasanya tawww... tapi malangnya Mak tak ambik gambaq
Sebab masatu tangan dia dah bermiyak-minyak...
dia sayang camera marhaen dia, takut pisang berbuah dua kali....

^____^

Tambah lagi satu episod (Mak malas nak buat 2,3 entry di bulan posa)
Semalam Abah ajak kami menempek ikut dia bukak posa kat Shah Alam
Alah, bukan Abah yang kuar ongkos... kompeni punya treat...
jadi, kami dan Mak pon menggedikla membontot kan
Mak kata saya lulus ujian pertama, saya tak menangis dan melalak macam dulu dah
saya cuma merengek manja bila Mak tak bagi saya main masak-masak dengan gelas, sudu dan garfu
maknanya lepasni kami buleh ikut mana-mana program iftar yang Abah pegi
Hehehehe... Abah susah hati lettew! kehkehkeh....

Oleh itu... kepada orang ittew (you know who you are... cewah!)
Nak ajak iftar kat atas kapal ka... feri ka... Genting ka... Cameron ka... kami tadak hal!
Sila book tarikh, anytime mannnn!

Keh keh keh keh...

Yang benar,
Asyraf bukan Sinclair ^___^






Monday, August 8, 2011

Asyraf dan Ramadhan

Posted by makcikrehan KJB at 8:58 AM 2 comments
Ramadhan tahun lepas kami berumahtangga di spital gara-gara budakni demam panas
3 malam jugakla aku laki-bini take turn tunggu dia kat ward
Sampai aku jadi terer kuar-masuk Guthrie Highway.. hehehe

Mak suka kalo ko tido baik-baik macam ni nak. Boleh mak join?  ^___^




























Tahun ni... hari pertama puasa pon dah ada tragedi
Asyraf tersalah landing, jatuh ke lantai... kepala terhantuk ke bucu dinding
Menangis selop hokay!

Aku punya gelabah... terus peluk, gosok kepala dia
Pastu aku rasa tangan aku basah... aku tengok tapak tangan aku berdarah
Terus rasa macam jantung aku berhenti berdegup!

Macam orang gila aku berlari capai talipon nak call Tok Laki
Haritu PS bawak Mencah pegi berbuka umah Nenek Onah
Aku malas nak ikut sebab aku serik Asyraf asyik memerap ajak balik bila tengok hari dah gelap
So, aku bagi chance lah Tok Laki bukak posa dgn aman kat umah mak dia
*lagipon haritu aku tak posa... hehehe

Aku call sekali... tak angkat. Aku syak Tok Laki dah pi mesjid... taraweh
Aku call kali kedua, SIL aku angkat
Haru-biru aku susun ayat nak bitau kepala anak aku berdarah kau!

Aku dokong Asyraf, lari masuk bilik cari minyak gamat
Aku main renjis jer kat luka... aku dah lemah lutut dah masa tu
Takut tengok darah weiii
Aku sarung tudung, capai botol susu, sauk buku klinik, ambik kunci keta
Terus start keta pegi klinik 24 jam kat Rawang
Asyraf masani dah benti nangis dah... masuk keta kan, suka la dia

Sampai klinik, terus tak isi borang bagai... aku cakap nak masuk jumpa doc terus
Bila nurse tu dengar kata anak aku jatuh, kepala berdarah..
terus dia suruh aku masuk bilik doc. Konon-konon emergency lah :-p
masa doc kelebek kepala, Asyraf bantai melalak...
bukan sebab sakit kot... tapi sebab takut!
Anak aku yang sorangni kan manja 200% bak kata Atuk Asan :))

Doc kata luka dia minor saja, tak terbukak pon
So, tak perlu jahit, x-ray ke apa
Just monitor 24 jam tengok kalau ada demam atau muntah
Legaaaaa aku!

Nak menebus rasa bersalah, seminggu lepas aku tak hantar dia pi umah Maklom
berkepit jerla dengan aku pagi-petang-siang-malam,
bagus pulak nampak kelaku dia skang
dah takde melalak melampau-lampau mcm dulu
Hijrah Ramadhan gamaknya... hihihi....

Alhamdulillah Asyraf tak apa-apa
Luka kat kepala tu pon dah kering
Penerokaan dia pon dah berlangsung seperti sediakala :))

Bang dulu awak buas cam anak kita ni ek?
Taklahhhh... Abang dulu lagi ganas!

Incik Samsul Yusop, saya ada calon Abang Long untuk KL Gangstrer II
Sila kontek saya untuk bincang harga...






ShareThis