Thursday, August 5, 2010

NO TRUST NO BISNES? PEGI MAMPOS!!

Posted by makcik rehan KJB at 11:02 AM
Baca tajuk pon dah boleh agak kan.
Dari semalam makcik kau hangin.
Aku kesian pon ada. Marah pon ada. 

Aku memang berharap sangat, entry akuni dibaca oleh orang yang sepatutnya.
Biar jadi pengajaran, kau nanti jangan mudah digolek-golek lagi wahai adik!
aku tau hang tak blajaq tinggi, dan hang tak pandai bergadoh mcm kak hang
Darah singa betina tu tak banyak mengalir dalam tubuh hang.... takpa....
lepasni mai kita buat blood transfer, biaq hang jadi hati kering sikit macam kak hangni.

Baik.

Dalam bisnes, jangan tamak. Itu memang keyword paling penting.
Tamak disini bukan bermakna meletak harga tinggi semata-mata.
Bukan setakat nak untung besaq, nak cepat beli rumah besaq,
atau nak bini cepat besaq.... Tapi rangkumannya sangat luas.....

1) Tamak nak kaya sorang-sorang sampai menindas pekerja atau kunun-kununnya kuli bawahan.
2) Tamak kedekut ilmu dan informasi dengan peniaga-peniaga lain atau orang bawahan.
2) Tamak dengan memutarbelit fakta, urusniaga, cakap pusing-pusing srupa ke*ing

Baik.

Dalam bisnes jugak, biar ada hitam dan putih.
Kalau dari awal hang rasa nak bagi SERINGGIT saja kat kuli hang,
sila cakap atau tulis, dengan terang dan jelas.... Satu kau jual, Seringgit aku bagi. Noktah.

Jangan cakap berenda-renda.... beropol-ropol.... beralas-alas....
takpa.. takpa..., nanti... nanti....., bolelah tu... bolehlah ni....
Ingat, kalau anda SEDANG SIBUK dan anda sedang SERIUS BERNIAGA,
sila maklum bahawa orang lain jugak SEDANG SIBUK dan sedang SERIUS BERNIAGA.

Baik.

Dalam sebarang urusan lebih-lebih lagi dalam perniagaan, tertib dan susila pon kena ada.
Tak rugi cakap elok-elok. Tulus dan ikhlas tu penting. Kalau orang tak reti, kita ajar baik-baik.
Cakap elok-elok. Jangan rasa besar kepala bila orang tanya kita itu-ini pasal bisnes.
Jangan ingat kitani pandai sangat, kaya sangat dah.
Ingat, Allah Maha Kaya. Allah Maha Bijaksana.

Baik.

Bila kita acuh tak acuh dalam urusniaga, tidak melayan orang lain [senang cerita kuli kita] dengan sewajarnya, jangan melatah tak tentu arah, meroyan membabi-buta, membuat tuduhan melulu, memperlekeh orang sewenang-wenangnya dan mengungkit segala hal apabila orang lain MULA BERTINDAK.
Jangan ingat kita saja yang sekolah tinggi.

He who does not trust enough, Will not be trusted  ~ Lao Tzu

Trust, but verify  ~ Ronald Reagan

Trust yourself, then you will know how to live ~ Johann Wolfgang von Goethe


Have no regret sis, at least.... Now you've learnt the lesson!

Berkat tak berkat, Allah yang tentukan.
Kita di sini adalah Hamba-Nya yang seboleh mungkin cuba untuk berada di atas landasan-Nya,
berusaha untuk memperoleh keberkatan dari-Nya.


8 comments:

mama_iris on August 5, 2010 at 11:15 AM said...

sabar kak....
Tuhan tu maha adil....akak jgn hangen2 sgt ok...(walopon x taw apa yg berlaku sebenarnya...)
cheer up kak..

N's Collection on August 5, 2010 at 12:05 PM said...
This comment has been removed by the author.
Elyn on August 5, 2010 at 12:34 PM said...

errr marah nau ni!!

makcikrehan on August 5, 2010 at 12:40 PM said...

Akak kau dah cool. Perut kenyang, hati pon senang! muahahahah

tini on August 5, 2010 at 12:52 PM said...

err im lost, tp moga ko dah ok !

fatonah on August 5, 2010 at 3:43 PM said...

saya tak paham akak marah apa...tapi sy suka baca blog akak..keh keh..keh..(takde point sebenoyer..huhu)

makcikrehan on August 5, 2010 at 4:49 PM said...

Tini, sekadar emo seorang kakak apabila adiknya dikatik-katikkan. huhu

makcikrehan on August 5, 2010 at 4:50 PM said...

Fatonah, i lap u :))

ShareThis