Tuesday, December 7, 2010

ZOMBIE KAMPUNG PISANG

Posted by makcik rehan KJB at 1:22 PM
Mungkin ada yang tertanya-tanya,
gambo-gambo Asyraf sehari duani tak nampak mcm org sakit pon?
Memang tak nampak macam sakit, sebab masa tu dia belum sakit.
tu semua scheduled entry...kekekeke.

Dan inilah dia gambo situasi semasa.
Masa hari Ahad haritu baru kuar 3-4 bijik bintik kat kepala
sapa ada kanta mata, silalah teropong... kot-kot leh nampak bintat kecik-kecik tu




























Tengok kat area kening dia... ada 3,4 bijik baru nak tumbuh...
Masani belum demam, baru gatal sesikit jer.
Buleh dibawak bergurau lagi... kekekeke.








































Haaa... ini gambo semalam. Habih kuar bintat satu badan.
Sedih haku nengok weiii.... nangis jerla budakni...
tido memalam pon asek terenjat-renjat.... sakit wooo...

Pagini lagi kesian,
mata dia bengkak dua-dua belah, macam ketumbit.
Mencah ada snap gambo sat tadi, malas pulak nak transfer.
Gambo-gambo dok adani, semalam punya.
Berchenta nak karang entry.. huhu.

































Jururawat lelaki lebih afdhol menguruskan pesakit lelaki :-p
Sementara Jururawat wanita [Mencah] menghalakan lensa kamera :))
Pandaila ko nganbik gambo orang sakit yer kakakkkk
Cuba kalo time ko sakit haritu, nak pandang kamera pon tak lalu!
Mak Bidan buat apa pulak?
Mak Bidan hapdet belog ler... muahahahaha!


Pengalaman peribadi haku :
  • Kalau rasa-rasa anak korang kuat meragam macam si Asyraf, eloklah pi ambik injection anti-viral. Injection ni mahal sikit [org kata] dan buleh ambik masa awal-awal kita dapat tahu anak kita kena chicken pox. Tapi kalau dah merebak kuar bintik satu badan, tak guna dah. Injection ni dapat mencegah pengeluaran bintik untuk sesuatu tempoh masa. Contoh dalam kes hakuni, kalau aku tau dari awal buleh ambik injection, memang aku dah bawak dia pi klinik. At least kalau dia nak kena pon, biarlah masatu dia dah beso sikit. Kecik-kecik ni sedih sgt aku tengok :((
  • Aku bagi Asyraf minum air kelapa, end-up dia muntah selambak! aku suspect air kelapa ni angin kot. So, sekali tu jer aku bagi. Tengok dia montah lagi aku kesian.
  • Ubat demam sangat penting. Bagi makan setiap 4 jam. jangan skip. Jangan sampai badan dia panas baru nak bagi. Masa tu dia punya ragam mak aiii... Ubat gatal pon sama. Bagi ikut time, kurangla dia bergaruk. Ubat-ubatni patutnya bagi depa sleepy, tapi anak aku tak jalan ponnnn! Celik tara tuu lah jugak!
  • Aku tak bagi depa mandi air beras pon. Sebab masa aku kena chicken pox dulu, bila mandi air beras lagi aku rasa miang! Lagipon, mana nak dapat air beras weiii... aku tak masak nasik! kah kah kah kah!
  • Calamine lotion tu aku lumur satu badan. Soothing.
  • Daun semambu yang Nuraz bagi haritu dah berkulat. kekeke. Berpeluh kot dlm envelope pos laju. Daun dah berkulat tak beranila aku nak buat alas tido. Kang lain plak jadi. Aku sangkut kat pintu umah jer. Dah ala-ala umah padayappa jadinya. Kekekekek.
  • Aku mandikan macam biasa. 2 kali sehari. Sebab aku punya teori adalah, kulit yang kering akan menyebabkan kerengsaan dan kegatalan. Mandi dapat melembabkan kulit. Tapi tak yah pakai sabun or syampu.
  • Kalau korang rebel dan baran macam aku, pastikan laki korang cool macam PS. Kalau korang laki-bini dua-dua rebel, silalah bawak balik kampung. At least, atuk-nenek depa buleh tengok-tengokkan. Bahaya kalau dua-dua baran. Malam-malam, kompom korang laki-bini jadi Zombie Kampung Pisang. 5-10 minit sekali Asyraf menjerit yang tak ketahuan punca. Mata pejam. Macam mamai-mamai... macam mimpi ngeri pon ada. Ekekekeke. <---- buleh lagi ko gelak Rehan!
  • Kalau kenal ustat atau ostajah yang pandai buat air penawar, eloklah pi mintak air. Ikhtiar tak salah kan. At least jangan bagi melalak tengah-tengah malam pon jadila.
  • Elakkan bagi makan ayam, telur dan apa-apa yang menggatalkan. Kicap pon elakkan dulu. Takut parut hitam kata orang.
  • Kalau nak masak-masak beria, jangan bagi anak ada dekat-dekat dapo. Orang kata, efek tumis-menumis tu buat depa lagi sakit-sakit badan. Yangni aku paling patuh. Sebab tu nasik pon aku tak masak! Muahahahahaha....
  • Jangan bagi kena hujan. Satu tanak bagi parut berlekuk, lagi satu takut kena demam dan selsema. Lagi bertambah masalah!
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Semoga ujian ini dapat menghapuskan dosa dan memantapkan keimanan kepada Allah. Ini semua dugaan. Bak kata Mak aku, ko ingat senang jadi mak!

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.










    8 comments:

    Sarid Derus on December 7, 2010 at 3:07 PM said...

    sian pulak aku menengoknya..
    at least dah kena sekali sorang..lega la sikit nan membesorkan anak2 ni...

    teacher bonda on December 7, 2010 at 3:53 PM said...

    sabar je lah kak..
    ko layan jer lah si imam muda ko tuh..
    selamat beramal n bersabar eh kak ...:)

    Adrina Adi on December 7, 2010 at 4:39 PM said...

    betul jugak tu MR. amna & ariq dah ambil cucuk chicken pox so masa kena (raya tahun lepas) bintat naik satu hari jer. lepas tu ok.

    amir belum injek lagi. setahun setengah rasanya baru boleh injek vaksin chicken pox ni.

    mama maman on December 7, 2010 at 6:24 PM said...

    sian ngan asyraf...... sabar ye... lepas mencah yg kecik lak.... dugaan...

    makcikrehan on December 8, 2010 at 12:33 AM said...

    Sarid & Teacher Bonda, dugaan nak membesorkan anak kan. Moga2 nnt bila mak pak dah tua, depa jaga kita dgn penuh kaseh jugak.

    makcikrehan on December 8, 2010 at 12:34 AM said...

    Sis Ed, kami tak sempat dah nk ambik injection. Pasrah jelah. hehe

    makcikrehan on December 8, 2010 at 12:34 AM said...

    Mama Maman, betul. Dugaannnnn :-)

    Elyn on December 8, 2010 at 11:01 AM said...

    ko cite pasal ciken pox ni teringat masa aku kene dulu. perghh mcm nk meraung setiap masa sbb kegatalan. so skang ni aku nk tepon laki aku esok2 bwk wafiq pi enject before aku jd zombie. dh la aku laki bini baran....

    ShareThis