Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Finally

Posted by MR at 12:34 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Fallen asleep on my shoulder.
Nak kena beriba, berpeluk baru nak tido.
Poor my baby.




Dah lumur minyak Yu Yee kat perut dia.
Badann dia dah tak panas sangat. Susu tu dari pagi tadi tak luak.
Harap dia bgn tido nanti maula makan nasik lemak dengan biskut tiger dia ni :((

Kurusnya anak hakoooo
ambiklah lelemak kat badan mak ni sikit nak, mak rela!








Tuesday, June 19, 2012

Oh My Asrap

Posted by MR at 4:49 PM 3 comments
Assalamualaikum WBT


Apakah kena ketit nyamuk di taman?
Tiba-tiba saja demam panas. Risau okeh.
2 kali muntah kat skolah. Pukul 10 camtu cikgu dia talipon bagitau.
Asyraf asyik lembik melepek.
So aku pegi ambik dia, bawak balik rumah.

Abah dia pulak speku budakni demam sebab bawak pi main air terjun hari Sabtu tadi.
Sejuk campur jerubu kot kan. Eh, ada kaitan kah? Entah.

Kat rumah diam je. Melepek kat sofa.
Ikut mana aku pegi. Tak pulak merengek.
Makan tanak. Biskut Tiger feveret dia pon tanak.
Dari tadi susu sebotol pon tak abih.
Jenuh paksa bagi makan ubat.
Pukul 2 dia terlena sendiri.




Hidup tak selalunya indah, bukan?
Anggaplah pemandangan 'luarbiasa' penjuru dapo aku itu,
sebagai salah satu yang tidak indah dalam hidup kalian, boleh gitu?
Rumah usahasawan memang selerak camtu, tahu. Hahaha.

Asrap kalau dah mengantuk akan merengek-rengek. Bagi bantal dan tilam lagi dia melalak.
Sudahnya biarkan saja dia membontoti daku kemana saja.
Lalu akhirnya dia tertido sendiri dimana yang dia suka
Jangan diangkat terus, biar sampai 20 minit gitu baru angkat
Kalau dia belum nyenyak dan terjaga bila kita angkat,
nanti dia mengamuk yang bukan-bukan.

#Oh My Asrap

Get well soon dear. Handle kerusi Mama sebelah kiri belum patah nak.
Mama tunggu kamu sihat, kamu patahkan okey?
Boleh Mama mintak duit Abah kamu dan beli kerusi baru. Woha!








Tuesday, August 16, 2011

Dugaan

Posted by makcikrehan KJB at 2:20 PM 6 comments
Just can't figure out, what went wrong or where it begins
...the kids are down with severe vomiting (and sometimes diarrhea)

























Kakak masa kat kampung.
Fall asleep after series of vomiting. Sampai gigil-gigil badan :((




























Adik masa dalam keta on the way balik Rawang.
Half naked sebab dah takde baju nak pakaikan. Muntah entah berapa kali.
Kesian dia lapar. Tapi lepas makan, minum... tak sampai 2-3 minit muntah balik.
Tertidur sambil pegang fries :((

Doakan anak-anak ini cepat sembuh,
dan emak abah depa dikurniakan kesabaran yang kental ya :-)







Wednesday, December 8, 2010

MERENUNG NASIB

Posted by MR at 1:23 PM 6 comments
Masih adakah anak-anak dara yang sudi pacaran sama aku selepas ini?
Getus hati Asrap.










































Lalu bilang Si Kakak,
Jangan bimbanggggg, tengokni...  kakak dah okay!
Nanti Adik pon okay jugak macam kakakkkk...































Gambo credit to Mencah [kecuali gambo dia sendirik]




Tuesday, December 7, 2010

ZOMBIE KAMPUNG PISANG

Posted by MR at 1:22 PM 8 comments
Mungkin ada yang tertanya-tanya,
gambo-gambo Asyraf sehari duani tak nampak mcm org sakit pon?
Memang tak nampak macam sakit, sebab masa tu dia belum sakit.
tu semua scheduled entry...kekekeke.

Dan inilah dia gambo situasi semasa.
Masa hari Ahad haritu baru kuar 3-4 bijik bintik kat kepala
sapa ada kanta mata, silalah teropong... kot-kot leh nampak bintat kecik-kecik tu




























Tengok kat area kening dia... ada 3,4 bijik baru nak tumbuh...
Masani belum demam, baru gatal sesikit jer.
Buleh dibawak bergurau lagi... kekekeke.








































Haaa... ini gambo semalam. Habih kuar bintat satu badan.
Sedih haku nengok weiii.... nangis jerla budakni...
tido memalam pon asek terenjat-renjat.... sakit wooo...

Pagini lagi kesian,
mata dia bengkak dua-dua belah, macam ketumbit.
Mencah ada snap gambo sat tadi, malas pulak nak transfer.
Gambo-gambo dok adani, semalam punya.
Berchenta nak karang entry.. huhu.

































Jururawat lelaki lebih afdhol menguruskan pesakit lelaki :-p
Sementara Jururawat wanita [Mencah] menghalakan lensa kamera :))
Pandaila ko nganbik gambo orang sakit yer kakakkkk
Cuba kalo time ko sakit haritu, nak pandang kamera pon tak lalu!
Mak Bidan buat apa pulak?
Mak Bidan hapdet belog ler... muahahahaha!


Pengalaman peribadi haku :
  • Kalau rasa-rasa anak korang kuat meragam macam si Asyraf, eloklah pi ambik injection anti-viral. Injection ni mahal sikit [org kata] dan buleh ambik masa awal-awal kita dapat tahu anak kita kena chicken pox. Tapi kalau dah merebak kuar bintik satu badan, tak guna dah. Injection ni dapat mencegah pengeluaran bintik untuk sesuatu tempoh masa. Contoh dalam kes hakuni, kalau aku tau dari awal buleh ambik injection, memang aku dah bawak dia pi klinik. At least kalau dia nak kena pon, biarlah masatu dia dah beso sikit. Kecik-kecik ni sedih sgt aku tengok :((
  • Aku bagi Asyraf minum air kelapa, end-up dia muntah selambak! aku suspect air kelapa ni angin kot. So, sekali tu jer aku bagi. Tengok dia montah lagi aku kesian.
  • Ubat demam sangat penting. Bagi makan setiap 4 jam. jangan skip. Jangan sampai badan dia panas baru nak bagi. Masa tu dia punya ragam mak aiii... Ubat gatal pon sama. Bagi ikut time, kurangla dia bergaruk. Ubat-ubatni patutnya bagi depa sleepy, tapi anak aku tak jalan ponnnn! Celik tara tuu lah jugak!
  • Aku tak bagi depa mandi air beras pon. Sebab masa aku kena chicken pox dulu, bila mandi air beras lagi aku rasa miang! Lagipon, mana nak dapat air beras weiii... aku tak masak nasik! kah kah kah kah!
  • Calamine lotion tu aku lumur satu badan. Soothing.
  • Daun semambu yang Nuraz bagi haritu dah berkulat. kekeke. Berpeluh kot dlm envelope pos laju. Daun dah berkulat tak beranila aku nak buat alas tido. Kang lain plak jadi. Aku sangkut kat pintu umah jer. Dah ala-ala umah padayappa jadinya. Kekekekek.
  • Aku mandikan macam biasa. 2 kali sehari. Sebab aku punya teori adalah, kulit yang kering akan menyebabkan kerengsaan dan kegatalan. Mandi dapat melembabkan kulit. Tapi tak yah pakai sabun or syampu.
  • Kalau korang rebel dan baran macam aku, pastikan laki korang cool macam PS. Kalau korang laki-bini dua-dua rebel, silalah bawak balik kampung. At least, atuk-nenek depa buleh tengok-tengokkan. Bahaya kalau dua-dua baran. Malam-malam, kompom korang laki-bini jadi Zombie Kampung Pisang. 5-10 minit sekali Asyraf menjerit yang tak ketahuan punca. Mata pejam. Macam mamai-mamai... macam mimpi ngeri pon ada. Ekekekeke. <---- buleh lagi ko gelak Rehan!
  • Kalau kenal ustat atau ostajah yang pandai buat air penawar, eloklah pi mintak air. Ikhtiar tak salah kan. At least jangan bagi melalak tengah-tengah malam pon jadila.
  • Elakkan bagi makan ayam, telur dan apa-apa yang menggatalkan. Kicap pon elakkan dulu. Takut parut hitam kata orang.
  • Kalau nak masak-masak beria, jangan bagi anak ada dekat-dekat dapo. Orang kata, efek tumis-menumis tu buat depa lagi sakit-sakit badan. Yangni aku paling patuh. Sebab tu nasik pon aku tak masak! Muahahahahaha....
  • Jangan bagi kena hujan. Satu tanak bagi parut berlekuk, lagi satu takut kena demam dan selsema. Lagi bertambah masalah!
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Semoga ujian ini dapat menghapuskan dosa dan memantapkan keimanan kepada Allah. Ini semua dugaan. Bak kata Mak aku, ko ingat senang jadi mak!

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.










    Wednesday, November 24, 2010

    THE CYCLE

    Posted by MR at 11:13 PM 6 comments
    Baru selesai 'mempingsankan' hanak-hanak.

    Aisyah, sejak kena chicken pox [dah kebah, bintat-bintat tengah nak mengering]
    asyik nak tido awal - lalok, lemah dan longlai semedang
    padehal dah tak makan ubat dah pon, 
    cuma masih apply calamine lotion kat badan ajer

    Tak syioklah tengok dia lembik macam ni
    i want my usual cheeky little girl back!

    Asyraf, harini dah start merangkak *senyum*
    thought that he will skip crawling sebab dok sibuk menggapai nak berdiri dan meniti

    Maghrib tadi, i was at the kitchen, preparing for their milk 
    and [i thought] the kids were watching telly...
    when im done, pusing belakang.... nyaris tak terpijak hanak sendiri ko!

    Imam Muda Asyraf senyap-senyap datang merangkak ke dapo
    dan landing betul-betul kat belakang kaki mak dia ;-)
    biasanya dia datang merayap sambil mulut bising menjerit-jerit
    bila dah pandai merangkakni, pandai pulak dia serang hendap senyap-senyap :-p

    Badan Asyraf dah mula panas,
    mungkin virus chicken pox kakak dah mula 'berpindah' kat dia
    orang kata, chicken pox ni... bila dia dah start nak mengering
    time tulah dia akan start cari 'perumah' baru
    I somehow quite believe with this...

    Masa Darjah 4, my classmate yang duduk next to me kena chicken pox
    masatu haku tatau bintat yang bergenang air tu adalah chicken pox
    so, selamba jer haku tujah-tujah bintat tu... sambil buat pandangan jijik kat dia
    memang sumpah tak tahu pasal bintat tu sampailah cikgu kelas nampak 
    dan perambat budak tu suh balik rumah! Hahaha...

    Budak tu MC sikit punya lama sampai bintat dia kering
    dan haku plak, menjak dah tau mender tu buleh jangkit,
    walaupon bintat dia dah kering, langsung tak berani bersentuhan dengan dia dah :))

    Then, masa umur 25 [year 2005 rasanya]
    my colleague kat opis lama kena chicken pox masa preggy
    when she came back to office lepas pantang,
    sangat kebetulan haritu adalah my last day kat sana
    so, nak tanak kena jugakla salam-salam, peluk-peluk, syiom-syiom kannn...

    After few days, haku start keje kat kompeni baru
    suddenly, on my second day... tetiba demam tanpa sebab musabab
    and few bintats mula muncul satu badan
    pegi klinik, huwaaaaa... sohih chicken pox!

    Giler seksa melayan demam chicken pox kat umah sewa, sapa nak jaga kau!
    luckily haku duduk bilik sorang-sorang, so tak kaco orang la kan
    makanya terbaringla pagi-ptg-siang-mlm keseorangan huhuhu...
    itu yang asek menangis mengongoi talipon mak hari-hari tu... kikikikiki...

    Masa mula-mula Aisyah kena chicken pox haritu,
    haku ada cakap kat PS suh cari daun mambu
    Nenek Onah pon ada pesan suh cuba-cuba tanya kat kawan-kawan kot ada

    Ko tau PS ko yang cemerlang tu jawab apa?
    Skang jaman moden lahhh... tak maen la daun-daun segala
    kalau gatal, makan obat ajer
    tak payah nak alas-alas tido atas daun... kalo panas pasang ekon jer
    tak payah nak meleceh bancuh bedak sejuk segala... calamine lotion dah ada!

    Haaaa... gitu kater ko yer bangggg... baekkk...
    ni Si Imam Muda ni dah mula tunjuk simptom nih
    sila bersedia ambik MC untuk mengeram sepanjang hari dalam ekon yerrr
    bil letrik melambung tinggi kaluuu... jangan pitnah ai dok sakan bakor kek yerrr


















    Gambo daun mambu ni Nuraz yang tulong google nak tunjuk kat haku
    sapa tuan punya gambo ni sila angkat tangan. Haku pinjam ehh...

    Harini tetiba PS plak yang demam... agak menyampah haku melihatnya hokay
    dia punya melepek lembik mengalahkan orang yang tengah pantang beranak
    tak buleh nak suruh apa dah... lantakla donia ni nak terbalik kongkang ke hapa
    mengeram jerla dalam bilik macam kena ubat bius!

    Padehal, kalo time aku sakit demam,
    terpaksa gak menggigih menjaga budak-budakni,
    buat susu, mendobi, mengasuh jugak mcm biasa...
    dia bagi pandangan serong jer kat haku... konon-konon haku buat-buat sakit
    eeeiiii.... menyakitkan hati hokay!

    Haaa.. aku melalut dah ni
    dari citer bintats dan termengumpat laki pulaks keh keh keh
    kang lagi lama aku menerap mengadap lappy ni
    lagi panjang berjela aku menceceh... 

    Sapa senasib dengan aku sila tekan butang LIKE 18 kali! 
    Muahahahaha....









    Monday, November 22, 2010

    JATUH SAHAM KA?

    Posted by MR at 12:36 PM 13 comments
    Takpa, nanti pakai Bio Oil Mama yer nak yerrrr....


    Pandang kamera pon tak hingin dah haa....
    Siannya anak haku...




    Sensitip ya hamat time demam-demam cenggini 
    ayaq mata sentiasa dok bergenang dalam mata

    Dalam mulut, tapak tangan, atas kepala habih penuh dengan bintat
    Bila dia mengadu gatal ker, sakit ker
    haku aseklah dok cakap kat dia
    Kakak sabar tau, nanti Allah sayannnngg kat kakak!

    Nasehat kat anak kemain pandai ko Rehan
    padehal time aku kena chicken pox dulu [masa umo 25 tawon]
    hari-hari talipon mak, dok menangis ngongoi-ngongoi!







    Saturday, November 20, 2010

    CHICKEN POX

    Posted by MR at 11:37 AM 11 comments
    Nangisla... takpa, mama tak marah...
























    Tido pon kejap-kejap ajer... tak selesa gamaknya
    sedih pulak haku menengoknya
    nak habihkan susu sebotol pon jenuh :-( 





























    Nak pujuk makan ubat tak susah,
    yang susahnyer nak pujuk suh minum air kelapa huhu...




    Get well soon anak :-)
    Mama tunggu kamu sihat dan comel seperti dulu...
    [Aku pon nak gak perasan anak aku cumel :-p]








































    p/s : Hadiah dari Transformed Housewife dah sampai. TQ :-)









    Tuesday, November 2, 2010

    RUTIN YANG TIDAK DIGEMARI BERULANG KEMBALI

    Posted by MR at 10:05 AM 3 comments
    Kong! kong! kong!
    Bluweeekkk!

    Kong! kong! kong!
    Bluweeekkk!

    Marathon non-stop dari semalam.
    Dari rumah Maklom, sambung kat rumah sendiri.
    Malam tadi bilik tido sudah transform jadi wad kanak-kanak sedunia.

    Pagi tadi, keta mak depa plak dah bertukar jadi ambulan,
    Asyraf muntah selambak dalam carseat dia!

    Sampai umah Maklom,
    Aisyah plak muntah kat corridor umah Maklom.

    Tak payahlah bagi nasehat apa-apa,
    memang dah resam hanak-hanak Sepol Seril gamaknya...

    Demam sikit = muntah!
    Batuk sikit = muntah!
    Selsema sikit = muntah!

    Hadap jerla.... :((




    Thursday, October 14, 2010

    ALLERGIC RHINITIS

    Posted by MR at 8:08 AM 5 comments
    Lupakan pasal Anon semalam,
    penat aku nak pikir tau... dah la aku ni pemalas nak pikir-pikir :-p

    Makcik terbaca kat blog akak serai,
    dia berhadapan dengan masalah hayfever during summer,
    dimana dia telah membuat kesimpulan,
    hidungnya alah dengan pollen from roses yang berkembang mekar dihalaman rumah.

    Lepas baca entry dia yang ini,
    makcik pon jenuh berpikir...
    in my case, apa penyebab utama yang trigger masalah allergic aku eh?

    At least.. dlm kes akak serai,
    dia boleh tau apa punca allergic dia dan boleh cuba elak situasi yang tidak dingini
    [at least, only during summer!]

    But my case, masalah allergic hakuni macam tak ada petunjuk sebab musabab tau
    makcik buleh bersin tak pasal-pasal, out of anything and anywhere...
    air hidung meleleh-leleh non-stop dari pagi sampai petang sampai malam...
    kegatalan melampau sampai merenyam-renyam especially from neck and above...

    and its getting worse day by day :-(




          Allergic rhinitis, pollenosis or hay fever is an allergic inflammation of the nasal airways. 
          It occurs when an allergen such as pollen or dust is inhaled by an individual 
          with a sensitized immune system, and triggers antibody production.

          These antibodies mostly bind to mast cells, which contain histamine. 
          When the mast cells are stimulated by pollen and dust, histamine (and other chemicals) are released. 
          This causes itching, swelling, and mucus production. 

          Symptoms vary in severity between individuals. 
          Very sensitive individuals can experience hives or other rashes. 
          Particulate matter in polluted air and chemicals such as chlorine and detergents, 
          which can normally be tolerated, can greatly aggravate the condition.



    Antara subjek yang pernah menjadi suspect utama dalam masalah makcik adalah :
    1. Dust from carpet - that's why umah haku tak pakai carpet langsung!
    2. Chlorine dlm air paip
    3. Dust from the environment - dalam atau luar rumah
    4. Dust from the milk powder - tiap kali buat susu hanak-hanak, mesti bersin
    5. Detergent
    6. Certain toilettries products - shampoo, soap etc.
    7. Seafood
    8. Belacan
    9. Ikan masin

    Masalah allergic melampauni, mula dialami setelah berkahwin
    to be precise... selepas beranakkan Mencah
    masatu duduk umah Nenek Onah yang fully carpeted
    tapi skangni, dah tak duduk dengan Nenek Onah tau
    but still.... bersin dan gatal hidung tak sudah-sudah!

    Sometimes, rasa macam nak menjerit tau
    sebab sangat-sangat tak selesa
    nak buat apa-apa pon asyik bersin tak sudah-sudah
    nak mandikan budak-budakni... menjejes-jejes kuar air hidung
    nak masak, nak buat susu... ponnn.... sakan bersin
    kadang-kadang bersin sampai tergigit lidah!
    nak solat pon payah, lepas wudhuk kompom bersembur-sembur bersin

    Sambil menaip entry ni pon,
    hidung asyik srettt...srettt...
    kulit kepala punya merenyam gatal,
    asyiklah tergaruk-garuk macam mo...ah, tamau tulis!
    jerawat kat muka punya menjadi-jadi... macam org letak baja
    hidung akuni ah nampak tanda bertakuk tau
    sebab asyik kena tonyoh sebab gatal

    Tak larat dah nak telan anti-histamine
    makan ubat pon tak membantu... mengantuk jer lebih,
    gatal dan bersin tak hilang pun!

    Entah apa lagi aku nak buat ntah!

    Haritu [dan sekarang] makcik makan ubat resdung Permata Hijrah
    tetiba baru-baruni depa pon dah kena banned,
    so ubat herba yang ada berbaki tu... entah nak habiskan ker tidak ntah
    tak membantu pon anyway... bersin tara tu jugak hari-hari

    Rawatan asap resdung tu pon dah banyak kali buat,
    ponnn... takde kelegaan... haihh...

    Ada tak sapa-sapa yang senasib dengan makcik eh?
    habaq mai macamana hangpa overcome masalahni

    Sekianlah entry gatal hidung untuk tatapan esok pagi



    Friday, September 3, 2010

    ONAR VERSI RAWANG

    Posted by MR at 1:05 PM 27 comments
    Ambik napas dalam-dalam,
    sendutttt... hembusss... sendut... hembus....

    Semalam, PS ajak makcik dan hanak-hanak bukak posa kat kedai sup menggelegak
    sebelum apa-apa, meh nak bagitau siap-siap... bukan laki aku yang belanja yer
    kang kata laki aku kaya sgt pullek khennn... asek nak buker posa kat luor
    kami mengendut tadah perut vendor opis laki aku belanja,
    so, satu seng pon tak payah kuar duhet......
    ha, inilah gaya hidup golongan marhaen yang sebenar yer...
    hangkut hanak-bini, mak-bapak, ipar-duai makan free bila orang nak belanja

    Baik.
    Makcik sampai Rawang agak awal,
    pusing-pusing area roundabout nak locate restoran
    tapi aku tak nampak pon restoran tu tau!

    So, haku melencong masuk Parkson Rawang kejap
    Ha.. jgn hengat aku kaya sgt soping kat Parkson yer
    laki haku dapat voucher 100 hengget... pon opis bagi...
    ha, lagi sekali... ginilah cara orang marhaen berbelanja tau
    kelepet jer apa-apa yang free yang orang nak kasi...

    Sesedap rasa aku pilih-pilih suar jeans takde brand untuk mencah
    tetiba lampu padam!
    gelap ya hamat... blackout pulak...
    so, aku campak balik suar tu... tak jadik belik
    sebab letrik takde, camana aku nk bayo?
    nak jalan pegi cashier pon aku tak nampak jalan tau

    So, hegeh-hegehla aku turun tangga eskalator tu
    sakit buah lutut aku tau!
    dah la anak tangga dia besau-besau...
    terhoyong-hayang tau aku hayun tubuh montel aku menuruni anak tangga ittew...

    Masuk keta, sms pengganti diri dihantar kepada PS
    Mana kedai tu? tanampak pon!


    Laki aku pon sepantas ERL, talipon aku balik
    Ada la... betul-betul depan Old Town tu haaa...

    Aku jawab balik,
    Mana ada..... dah pusing area tu.. tak jumpa!


    Laki aku dah rebel melayan bini sengal,
    Ha tunggu situlah!

    Eh, sekali aku dongak kepala... nampak plak signboard dia tercongok atas tu...
    Hehehehe... hantar sms lagi kat laki...
    Ha ha.. nampak dah! Hehehehe...


    Ha, hakupon lepak dulu kat meja depan tu... tunggu laki sampai
    bila dia sampai dengan hanak-hanak,
    berdoah-doahla kami masuk ke dalam.
    meja kami depan kaunter pulak dah...
    sakanlah aisyah tawaf satu restoren tu... penin kepala aku nengoknya!
    asrap pon, lepas 10 minit, dah mula tunjuk perasaan
    so, makcik dokom dia nk bawak jalan2 area dekat-dekat...

    Sekali aku perasan Mencah dgn geng kampung dusun dia dah takde dlm kedai
    kalut ribut aku menghala ke luar kedai nak cari dia
    kedai ni tepi jalan besor tau, tepi roundabout plak tu
    mak bapak geng kg dusun dia yang lagi satu pon sama-sama dah panic cari anak depa

    Terkocoh-kocoh punya pasai,
    aku tak perasan depan kedai tu ada bendul yang kebawah sikit
    tgn kanan aku tgh dokom asrap kan... perut lak boncit...
    so tanampak lantai....

    Sekali... aku tersadung, jatuh berdebup macam buah nangka busuk!
    lutut kanan akuni macam meletup tau!
    sebab aku tahan dgn lutut kanan sebab tanak bagi asrap terhempas ke lantai
    sakit dia tuhan ajer yang tau!
    kawan akuni dtg sambut asrap dari aku,
    while aku... takes a few minutes untuk kembali ke dunia nyata [tak pingsan pon]
    tapi macam terkedu dan terkejut dan TERMALU :((
    makcik rasa, dunia macam berhenti berputar
    dan semua mata memandang ke arah aku
    ha, silalah imejin sendiri.. kedai tgh penuh...
    sekali ada badak jatuh tersungkur... mcm free show kan?

    Aku bangun selow-selow... mujur buleh bangun!
    pastu, tak fikir dah lutut tgh sakit ni...
    terus aku jadik tarzan laung nama mencah
    tapi tak berjawab... dia biasanya kalau dengar kita panggil nama.. dia jawab tau
    aku lagi panic!

    Dengan terhencot-hencot, aku pi cari dia
    laki-bini kawan aku tadi pon sama.. sampai ke hujung deret kedai pi cari depa

    Tiba-tiba ada sorang mamat cina dtg cakap kat aku,
    anak u ada kat sebelah sana...


    Aku pegi tengok kat sana... nyaris nak luruh jantung aku!
    Mencah panjat besi tembok tepi kedai...sambil lepas-lepas tangan!


    Aku jeritla panggil nama dia...
    Aisyahhhh... turunnnn!

    Dia dengar aku jerit, dia ingat aku nak main-main dgn dia...
    dia lompat turun, lari pegi jalan besor pulak!
    Huwaaaaa.... aku nk menangis tau!
    kalaula ada keta tiba-tiba belok masuk....

    Mamat cina tadi tolong aku tarik mencah ke tepi jalan,
    terus aku genggam tangan dia tak lepas-lepas dah!

    Terus aku ajak laki aku balik... kaki aku dah denyut-denyut tau

    Balik umah, kelam kelibut mandi... nak solat
    sekali aku takleh nak bend lutut...
    solat berlunjur lah aku.. mcm org lumpuh! huwaaa :((

    PS ko tulung sapu ointment kat lutut balak akuni...
    ada la lega sikit... buleh la pi basuh botol susu depa yang bersusun atas sinki tu
    tapi mlm tadi punyala berdenyut-denyut weiii
    nak bangun sahur, nak panaskan nasik pon... sakit giler lutut aku :((

    Pas sahur, sapu ubat lagi... PS kata kalau leh drive
    hantar budak2 pi umah maklom, pastu pi kinik
    mujur lepas sapu ointment, ada lega sikit... bulehla aku drive...

    Sebelum PS hangkut budak-budak masuk keter,
    aku cakap kat PS suh tukarkan diapers budak2 dulu
    dia tukarkan Asrap jer.. mencah tak tukar... tak basah kata dia...

    Ha, sekali... bila sampai umah maklom...
    seat belakam keta aku banjir kilat wei!
    huwaaaa... lencun!
    Mencah oh mencahhhhh....
    ko kawanlah dengan mamat kuku singapore tuh!
    membanjiri kete mak bapak memasing tak hagak-hagak :((

    Lepas hantar depa,
    makcik pi klinik jumpa Doc Prakash...
    Jangan banyak citer.. sila baring sini.. mau cucuk bon*ot!
    makan ini ubat... harini sampai esok u kena MC,
    Ahad, kalau sakit jugak.. dtg balik.. kita X-Ray!


    Balik umah... niat di hati nak mempertahankan posa hari ini
    takmau makan ubat... harap2 injection tadi buleh ease the pain...
    oh tidakkk... denyut-denyut weiii....
    selongkar carik biskut lemau... buat alas perut
    pastu terus telan ubat... barulah lega sikit... huhuhu...

    Pastu, aku pon menerap dan meng'update' entry ini,
    dan tulis entry panjang lebor yang kamu orang tengah baca ni...

    Ha tu jelah.
    Moralnya... kalau badan besor badak,
    elakkan terjatuh di depan khalayak :((

    Lagi satu, kalau hanak-hanak perangai jakun mcm baru kuar hutan
    toksah gatai2 pi makan kat kedai! dok umah dendiam!

    Sekian. Wassalam.









    Tuesday, August 17, 2010

    KHABAR PUTERA MAHKOTA

    Posted by MR at 2:25 PM 24 comments
    Salam,

    Firstly,
    terima kasih banyak-banyak diatas doa dan nasehat kawan-kawan
    Betul, semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah.

    Asyraf is getting better.
    Ubat dan nebulizer 4 jam sekali.
    Melalak toksah kata... sampai selop  :-p

    Pagi Isnin kami bawak dia pegi klinik panel perodua untuk dapatkan referral letter
    suhu 100.5 [Fahrenheit agaknya],
    Doc Parkash tanya, nak pegi sepital mana?
    Kami laki-bini blur... mana penah anak masuk sepital

    Mencah dulu jer masa dlm pantang masuk sepital parit buntaq 3 malam :))
    dalam paler otak aku sepital sungai buloh jer... tak pon PMC

    PS main redah jer amik KPJ Shah Alam [dulu SMC]
    sebab dia kata anak kengkawan dia biasa admit situ, so dah tau procedure
    kalau sepital lain, kang tak terima GL... habih luruh bulu nak mmbayo

    Sampai SMC, terus pergi emergency
    pastu terus refer ke specialist
    lagi sekali kami laki-bini blur... nurse tanya nak doktor mana?
    Aku mana kenai paed mana-mana...
    aku kenai Dr Singh pakai turban beso kat Klinik Wong dan Singh saja!

    PS lagi sekali memandai... Dr Ling!
    Haaa.. Ling mana ni bang?
    Ntah... kawan abang kata anak depa dgn Dr Ling

    Ha Ling pon Ling lah!
    masuk dalam sepital... mak aiiii..... ramainya umat!
    aku bisik kat PS,
    Bang, sepital mahai cenggini gaya... kalau spital sg buloh cemana hagaknya?

    Lama gakla menunggu nombor
    bila no dipanggil, Asyraf dah cranky sangat-sangat
    dalam bilik doktor, bukan dia jer yang menangis tak selesa
    aku pon dah tak senang duduk dengar dia menangis sambil batuk-batuk

    Wad single penuh, dapat bilik double
    tak kisahlah... janji buleh kasi budak ni rehat baring
    depa bagi bilik berempat pon aku tak kisah
    penat tau menunggu....

    Lepas jer mkn ubat sessi pertama,
    demam dia terus turun dari 39 ker 37
    lepas-lepas tu terus normal 36 something, lega sgt aku... Alhamdulillah

    Pagi tadi masa Dr Ling datang visit
    dia kata paling cepat boleh kuar esok
    tapi kalau tak pulih sepenuhnya,
    he might be warded sampai Jumaat ni,
    sebab nak continue nebulizer walaupon demam dah kebah
    so far respond Asyraf on nebu sgt bagus
    so, suction kahak dapat dielakkan
    Lega lagi sekali... Alhamdulillah
    kalau kena buat suction kahak tu, memang aku suh PS yang jaga
    aku tak rela... huwaaa.... hancur luluh lagi hati aku nanti!

    Mencah?
    mesra perdana dgn semua orang kat Wad tingkat 3 tuh
    dia dah balik rumah pon, memalam nurse tanya aku mana Aisyah?
    habis semua bilik patient dia visit!



















    Malam tadi... after nebu pukul 8 mlm























    Malam tadi, after nebu dan ubat pukul 12 mlm
    muntah belahak, terpaksa tukar baju























    Musuh ketat dia kat sana....























    Dozed off after medication...






















    His smile early this morning, 4 am after nebu
    main dengan belon kakak... nasib baik tak muntah dah....























    Lepas mandi pagi jap tadi
    setokin dia aku lupa bawak extra
    PS datang tadi pon aku lupa nak pesan suh bawak


    So, again...
    kami sekeluarga sangat berbesar hati di atas keprihatinan kawan-kawan semua
    terima kasih tak terhingga di atas doa kalian semua :)

    Asyraf, cepat sembuh ya!


    Sunday, August 15, 2010

    SIB BAIK ADA BELOG TAU!

    Posted by MR at 10:11 PM 13 comments
    Sebelum ko request soh aku bukak kaunter Cik Seri Siantan sok pagi
    meh aku nak mengadu domba aku nyer masalah siap-siap
    sok pagi senang, aku tulung ko.. pastu ko tulong aku plak
    tulong kot mana aku tatau la...
    janji aku buleh flush hangen semberono aku kat sini!

    Tekak aku dah mula sakit nih
    Selsema bersin sampai nak tercabut esofagus sama pankreas dah ni
    Dahla cadangnya esok aku nak start posa
    Ni dah nak berbunga-bunga demam dah ni
    berketul-ketul dah pil aku telan
    dengan harapan demam tak jadi singgah
    kalau aku demam, sapa nak jaga aku?
    lagi pening, sapa nak jaga hanak-hanak aku?
    kang aku amik tiket pegi Tanah Merah,
    ko jaga anak aku.. aku jaga anak ko... buleh?

    Aku baru nak abih period, baru nak start posa

    sebab tu jugak kot haku asek naek hangen jer tak pasal-pasal
    sebab tu jugak kari aku tak sedap, dan roti jala aku tetiba salah resepi!

    Ha ni aku baru balik dari umah nenek onah
    PS blom balik, lepas buker dia pegi teraweh dulu, jap gi baru balik
    haku jer balik dgn hanak-hanak dulu
    tadi masa bukak posa umah nenek onah, tak tenteram aku tau
    makan karipap pon tak puas, asrap asek pasang loud speaker
    tangan aku asek berendam dlm boyan jerk

    Lepas jer bukak posa, terus aku hangkut hanak-hanak balik umah
    at least kat umah aku ada boyan karan
    penat tau asek mengenjut!
    sekali si Asrap bantai muntah dalam keter
    bukan sikit-sikit... selambak tau!
    habih kasit Dora tu melekit-lekit
    aku pun benci tau asek cuci muntah!

    Asrap demam tak jugak kebah
    Semalam nampak mcm dia dah girang, aku ingat dh nak baek
    sekali malam semalam, kol 2 pagi dia merengek...
    aku rasa badan dia panas giler
    terus menggigil aku tau!
    laki aku takde... bawak mencah balik tido umah mak dier
    tinggalah aku 2 banak dgn si kecik nih
    dahlah keter aku takder.. [tinggal umah nenek]

    Dengan gigilnya aku bogelkan asrap
    bawak pegi sinki..aku siram dia terus dengan air paip
    sampai dia menggigil kesejukan
    aku ingat lagi doktor kata, biar anak ko gigil sejuk
    dari dia gigil panas!
    pastu aku kasi ubat demam
    ape kena tah.. makan ubat, demam dia surut 2-3 jam jer
    pastu panas dia naik balik
    aku sampai dah bosan tau suap ubat kat anak!
    hancur luluh tau hati aku tiap kali suap ubat kat hanak-hanak
    sebab aku tau, ubat tu dadah!
    aku ajak PS pi ambik ubat haemopathy dia tak layan aku
    ahh... bencilah!

    Lepas tu aku pasang lampu bilik,
    balut asrap dgn kain pelikat Babah dia
    aku assume anak jantan aku ni rindu kat bapak
    sebab biasa memalam dia melepek kat bapak jer kan
    pastu aku sms laki... suh balik cepat sok pagi
    nak bawak pegi paed lain plak sebab aku bengang demam tak kebah-kebah
    tetiba laki aku call balik... eh, ko tak tido ker bang?

    Ha memang tak tido.. layan EPL sampai kol 3 pagi!
    sib baik ko balik umah mak bang,
    kalo ko pi mancing, memang aku dah saman ko bang.

    Kejap tadi pas bersihkan muntah dia,
    haku lap-lap badan budak asrapni... tukar baju
    sehari tah baper ploh kali tukar baju ha
    asek muntah dan muntah... isk.. ntahlah!
    pastu aku kasi makan ubat selsema... sebab dok asek bersin jer
    ubat demam dgn ubat batuk dah bagi  mkn senja tadi
    sekali budakni batuk-batuk... muntah lagi sekali!
    habis baju aku.. habis baju dia...
    ha tension tak?

    Aku sumbat masuk boyan,
    mujur dia terus hanyut mengantuk...
    dan-dan aku bukak belog, taip entry hangen semborono nih
    aku tak marah kat sapa-sapa pon
    aku marah kat diri sendiri
    kenapa kesabaran aku senipis kulit bawang merah?
    kenapa tak tebal sikit macam kulit bawang putih?
    aku tak leh dengar budak engek-rengek.. aku jadik runsing
    kalau naik keta, mencah bising-bising menyanyi pon aku marah
    aku jadi serabut tau!

    Tadi nenek onah kata asrap ni nak kena demam campak gamaknya
    yang aku pelik, dah lima hari... takder kuar pon ruam-ruam kat kulit dia
    dari hari Rabu tau... skang dah malam Isnin... demam dia tak surut jugak
    PS balik dari teraweh jap lagi, aku dh pesan suh beli buah kelapa
    aku nk kasi asrap minum... harap2 bintat campak dia kuar
    [kalau betul dia demam campak]
    Pastu laki aku kata, kalau esok tak kebah jugak,
    dia nak ambik GL bawak asrap pegi sepital mahal
    ha... saja aku tulis sepital mahal, sebab nak henjut duit kompeni laki aku
    kalau duit sendirik, aku bawak pi sepital murah jer
    Isk.. ntahlah.. apa aku tulis ni...
    aku susah hati tau anak sakit lama-lama nih
    takut aku makin hilang sabo... sebab aku ni baran
    kang sumer benda berkait-kait... sumer aku nak hangen

    Kain dlm washer belambak tak sidai
    nak sidai pon tak muat ampaian
    dalam bakul pon belambak lagi tak basuh
    dalam bilik air pon kain muntah berselepat
    ha tengok... macamana aku tak rebel?

    Sib baik ko tak wat hal harini Mencah
    dok hadap Otromen dari pagi sampai malam!

    Aku nak pi buat susu mencah nih
    Sapa kesian kat aku... meh tulung jaga aku dengan hanak-hanak meh!













    Saturday, July 17, 2010

    OPHTALMOLOGIST = EYE SPECIALIST

    Posted by MR at 2:08 AM 6 comments
    Khamis lepas, makcik bawak mak ayah pi klinik.

    Ayah suddenly sakit pinggang,
    bawak pegi klinik SP Care,
    Dr Allan offer jab kalau nak
    Hahahaha... dan-dan ayah menggeleng!
    So, makan ubat dan sapu ointment sajork
    Alhamdulillah, while anak beliau typing this entry
    pinggang beliau dah tak sakek lagi.

    Mak pulak, selaput mata dah makin teruk
    Masa kat dalam klinik, mak siap tanya
    Awat tempat ni macam berkabus ja?

    At first, mintak Dr Allan [he's a normal GP] kuarkan referral letter
    so that leh bawak mak pi Selayang terus
    [Hospital Selayang tak handle walk-in patient, kena ada surat rujukan]
    Tapi dia tak buleh bagi sebab dia bukan eye specialist
    dia recommend suh pegi CFS - Centre For Sight

    So, there we go...




















    Tak sangka ehh... ada Eye Specialist kat Rawang!
    Operation and treatment sumer pon buleh buat kat sini
    Kos? Hehehehehe... kiter citer kendian...





















    The patient.
    Lepas register, buat basic eye test - tutup satu mata, baca huruf bla.. bla... bla...
    Vision mak teruk sgt :(
    Mak tanampak start dari barisan kedua huruf-huruf tu


























    Lepastu masuk pulak bilik lain
    test kanta mata macam orang nak buat spec tu
    test macam-macam power... itu-ini-begitu-begini
    Hapah pon tak dapat membantu
    vision mak memang dah teruk sangat :(

    Then, diorang titiskan sejenis ubat kat dalam mata
    ubat titis tu untuk 'enforce' anak mata bagi kembang
    titis sekali on each eyes, rest for 15 minutes
    pastu depa datang suluh-suluh mata guna torchlight
    masani lawak pon ada... makcik cakap kat mak
    Nasib baik tak bawak Aisyah, kalau tak...
    nanti dia yang sibuk nak suluh mata semua orang dalam klinik :))

    After 15 minutes, depa titis lagi ubat tu... suluh-suluh lagi. Hahahaha...
    Pastu baru masuk jumpa the lovely Dr Zurina yang tinggi, langsing, tanned mcm model!


















    The process, sebijik macam dalam gambar kat atas ni
    memang buleh nampak la selaput mata tu kat sekeliling mata hitam
    at this stage, memang sah lah... cataract!

    Lepastu masuk bilik akhir <---bukan banduan akhir :))
    bilik akhir ni senang citer, bilik nak close deal hahahaha...
    they were telling us about the procedure and process of the 'surgery'
    dan tak dilupakan juga, KOS untuk buat treatment tu :-p
    ada 3 jenis kanta boleh dipilih ikut kemantapan kocek masing-masing
    the cheapest is RM2500 per sebelah mata
    2nd choce is RM3800 per sebelah mata
    3rd choice entah berapa.. lupa dah.. mahal sangat! hehehe....
    *kos tu dah termasuk lense, surgery, ubat bla..bla... kiranya all in dah la




















    Tuan Haji sampai tertido tunggu bini beliau check mata :))

    2500 sebelah mata, kali dua bijik mata... berapa hibu yer hadik-hadikkkk?

    So, selaku golongan marhaen
    kami pon mintak referrel letter ke Sepital Selayang
    lepastu terus berdesup ke sana pulak.




















    Kat Sepital Selayang,
    Mak lalui lagi sekali proses yang sama
    Tapi tak dapat buat computerised checking...
    Sebab mata mak dah ditaruk ubat cecair kat CFS tadi,
    nanti tak dapat result yang jitu kot, so depa tak jadi buatlah
    Depa terus bagi tarikh for second appointment on September 17
    Boleh kalau nak awal lagi... bulan posa la pulak
    Mak kata takpalah lepas raya pon...
    Sabar itu separuh daripada iman :)

    Lega.
    Selesai satu tanggungjawab makcik kat mak ayah.
    Dah lama sangat berhajat nak bawak mak pi check mata
    harap-harap, lepas 2nd appointment nanti
    mak dapat tarikh yang agak awal untuk buat operation

    Pesanan kepada Azlan Juri, Mujib Juri dan Nazirah Juri,
    Ader berani contribute sorang seribu setengah?
    kalau ada 5K, tak yah tunggu 17 September
    esok lusa boleh buat terus kat CFS Rawang!
    Hehehehe....









    Thursday, June 24, 2010

    AISYAH KENA HFMD

    Posted by MR at 11:21 AM 8 comments
    Berita terkini yang agak merunsingkan

    PS baru balik dari kinik with the kids
    [Makcik tak dpt ikut sebab ada kelas pagi ni]

    Asyraf, haritu dok sembelit.
    Dah hilang sembelit, 2 harini dok sakan cirit-birit
    pagini dah makin severe... melecet sudahla... najis dah berdarah :(

    Aisyah pulak, balik dari umah Along BB semalam
    dok ngadu sakit mulut, padan pon panas sikit

    So, pagini PS bawak both pegi jumpak Paed
    Asyraf kena tukar susu LF <--- dah agak dah
    so, jap gi nak balik ambik dorang, nak beli Similac LF

    Aisyah plak kena HFMD... info from here

    Bagaimana ianya berjangkit?

    Penyakit ini dipercayai boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung melalui hingus dan kahak pesakit. Jangkitan biasanya berlaku pada minggu pertama pesakit. Tetapi, ia tidak merebak melalui haiwan.

    Apakah tanda dijangkiti penyakit ini?

    * Pesakit mulanya demam diikuti badan rasa tidak selesa, kemudian selepas dua hari mengalami radang dalam mulut. Radang biasanya terdapat pada gusi dan bahagian dalam pipi.
    * Ruam, kadangkala melecet timbul selepas 1-2 hari menyerupai bintik merah sama ada timbul atau rata di tapak tangan dan tapak kaki. Ruam juga boleh timbul di bahagian punggung.
    * Pesakit hanya ada satu tanda sama ada ruam atau radang mulut.
    * Boleh berlaku diseluruh dunia, biasanya pada musim panas dan awal musim luruh.

    Apakah cara merawat?

    Boleh dikatakan tiada rawatan khas untuk penyakit ini. Cuma rawatan yang diberi adalah untuk mengelakkan demam, sakit belakang dan radang mulut.

    Apakah cara mencegahnya?

    * Antara langkah pencegahannya adalah mencuci tangan dengan kerap terutamanya selepas menukar lampin bayi.
    * Menyah jangkitan kuman pada peralatan seisi rumah dan pakaian(menggunakan cecair dengan mencampur 1 penutup penuh peluntur yang mengandungi klorin dan 1 gelen air).
    * Anda dinasihatkan supaya, kanak-kanak yang dijangkiti dijauhkan daripada sekolah, pusat jagaan kanak-kanak supaya tidak merebak untuk beberapa hari pertama. Kemungkinan ini boleh mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak membanteras keseluruhan penularan wabak itu.



    Wednesday, May 26, 2010

    COSCINIUM PLUS : ADAKAH OBAT INI BAGUS?

    Posted by MR at 2:24 PM 8 comments
    Tataula wehhh... dah penat makcik asek makan 'dadah' jer
    resdung haku tak gak baik-baik
    makin kronik lagi ada

    2 hari lepas tah camana
    terfikir nak singgah HPA Rawang
    dulu sebelum ngandungkan si Asyraf penah makan coscinium plus nih
    tapi terpaksa stop half way sebab dah terbunting

    Ni tetiba teringat nk try balik
    dulu try kejap sgt, tak dan nak tengok kesan

    So, im currently consuming this [speaking London seround]


    Coscinium plus tu kena makan together-gether dgn kapsul roselle
    pastu haku lagi gatai beli pulak kordial roselle
    bitamin C lah kununnya.... sedap weh air nya... ai like it sgt banyak!

    Sapa penah try?
    Ada bagus ka itu obat??
    [bukan obat actually, supplement kan...]



    Photobucket

    Thursday, May 20, 2010

    TAHUN DEPAN NAK MASUK SEKOLAH MANA?

    Posted by MR at 11:44 AM 6 comments
    Makcik sangat mengantuk
    malam tadi tak cukup tidoq
    Asyraf demam, hidung tersumbat, merengek sepanjang malam
    lepas bagi makan ubat, Asyraf muntah!
    Haihhh....

    Bila dengar Asyraf menangis sangat kuat
    kakak dia pulak yang terjaga
    bila terjaga dari tidoq, mulalah asyik mintak susu semedang
    bila dah banyak minum susu, batuk-batuk....
    lepastu apa lagi... MUNTAH lah weiii

    Dua-dua beradik muntah!
    sorang tibai muntah dalam buai
    sirang lagi tibai muntah atas tilam


    So, hangpa agak-agak... mood mak depa ada baik ka dak pagi ni??

    Menulis entry ini dengan penuh kelalokan
    tajuk tak match dengan isi entry
    ko kesah ker?
    hader aku kesah?

    Sudahla tajuk tak match dgn isi
    gambar pon tak matching jugak!




    Kak Mah Gali, apa kesudahan drama Selma Jeskova?



    Photobucket

    Monday, May 17, 2010

    BILA AIRCOND ROSAK

    Posted by MR at 10:40 AM 5 comments
    Semuanya jadi serba tak kena!

    Anak-anak belenggeng siang malam
    [jimat sikit kain baju nak dibasuh]

    Demam dah surut, Alhamdulillah
    Tapi batuk tak surut-surut
    malam-malam tekak gatal mcm ada rama-rama terbang kat kerongkong
    makanya, berkokok lah makcik macam nak tercabut bumbung rumah

    Harini kami laki-bini tak kerja
    ambik cuti sebab ingatkan nak balik kampung
    malangnya, demam menggila... so, tak daya nak berangkat ke Parit Buntar

    Tah dimana silapnya, lampu aircond asyik blinking
    kuar angin semata-mata
    panasssss..... siang tahan lagi, 
    hangkut budak2 lepak depan TV, bukak pintu luas-luas

    Kalau malam?
    hazabbb.....










    Photobucket

    Saturday, May 15, 2010

    DEMAM MENGGILA

    Posted by MR at 7:20 PM 4 comments
    Demam wei demammmm....
    Gilak punya demam habis anak beranak melepek tak tentu arah
    2 hari tak lalu nk buat hapa
    [makan tetap lalu - agak moskil disitu]

    Sore haku dah roper keldai tercekik tulang
    talipon adik aku, dia ingat bapok sesat manala talipon dia nih

    Banyak pengajaran haku dapat time sakit demam macam ni
    Tak upaya nak tulih panjang lebar kat sini
    ipar-duai, sedara mara ramai yg skodeng ini belog sekarang

    Biarlah makcik simpan dalam hati saja
    kecewa memang kecewa, nak buat macamana... hati manusia
    Bertitik-tolak dari kesakitan ini...cewah, ada cam novel tak weh? haha...
    Geli pulak aku nak sambung tulih panjang2....

    Bengkak tonsil haku dah mula nak surut sikit
    kalau tak, nak telan air masak pon rasa cam telan duri!





    Photobucket

    Wednesday, May 5, 2010

    ZALIA : BERBEKAM, ADER BERAN??

    Posted by MR at 9:46 AM 9 comments
    Diantara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan kaedah berbekam

    Lemah-lemah badan, demam, batuk, selesema, resdong, lelah, mudah pitam, migraine, rheumatism, bisul, sakit-sakit sendi atau otot, anemia, buasir, cirit birit, kencing tidak lawas, lemah tenaga batin, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, banyak tidur, sakit paru-paru, kurang glukosa dalam badan, virus C, untut, penyakit kulit, gemuk (berat badan berlebihan), tertalu kurus, membuka selera syahawat, otak lembab atau mudah lupa, mengaktifkan hormon pembiakan dan banyak lagi tidak disebutkan disini. Dan bagi wanita berbekam dapat mengubati masalah pening disebabkan masalah kitaran haid, terputus haid, perjalanan haid tidak teratur, mengaktifkan ovum dan membesarkan payudara dan lain-lain lagi.
     
    Rawatan Bekam Muka
    Rawatan bekam ini dilakukan dibahagian muka bagi merawat penyakit resdung, 
    gatal-gatal muka, pening kepala dan juga jerawat. 
    Bekam dimuka tidak menyakitkan 
    serta tidak meninggalkan sebarang kesan lebam dan juga parut.

    Sapa pernah try bekam weh? betul ke tak sakit?

    Resdung makcik dah tahap kronik giler.
    rasa nak cabut kejap batang hidungni, 
    basuh dgn clorox pastu pasang balik!


    Dia punya merenyam srupa ada bulu-bulu dalam hidung juga!
    Gatal merenyam gilak!

    Baca selanjutnya pasal bekam disini


    Photobucket

    ShareThis