Showing posts with label Tips and Advise. Show all posts
Showing posts with label Tips and Advise. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

EATING CHOCOLATE IS LIKE FALLING IN LOVE

Posted by MR at 8:22 AM 10 comments
Aku ingat 'peribahasa' ni sampai skang.
Dan aku agak setuju dengan peribahasa ni... hahahaha... gatai!
Cuba try, korang duduk rilek-rilek atas sofa,
dalam suasana yang nyaman dan sunyi...
pastu sambil pejam mata, korang makan coklat...
nikmat dia sama macam tengah feeling-feeling bercinta tak?

Kalau tak feeling lantak korang ah!
jangan maki aku sudah... wakakakaka....

Itu tajuk English Lesson yang pertama aku blaja masa kat Matrix dengan Cikgu Umi
*kawan-kawan aku kata muka aku dgn Cikgu Umi sama. Sama-sama tembun mcm kuih pau :))* 
Dari skulah rendah, sampai skulah menengah, sampai masuk Uni,
subject favourite aku adalah English
[sebab cita-cita tak kesampaian aku adalah pakai boots tinggi sampai betis,
pastu main baling-baling salji kat UK]
sebab tu banyak pelajaran subject tu aku buleh ingat sampai skang
Jangan subject Maths, haram tunggang-langgang memori aku
ko suh baca sifir doblas pon aku kena tekan kalkulator tau!

Eh, aku soka melalut kan? hahahahaha...

Aku takdela gila coklat sangat,
tapi kalau ada... belasah jerla.
tapi takdela sampai ketagih nak hadap hari-hari.
haritu masa pi Langkawi pun, takdela gila sangat aku memborong coklat.

Takla macam Mencah,
selagi ada coklat dalam peti ais tu,
selagi tulah dok ulang-alik bukak pintu peti ais.

Haritu Babah dia beli 10 bar coklat kat airport
murah sikitlah kot, tah aku pon tak kelebek sangat... asal bukan duit aku sudahhh :))
aku terus lempor masuk peti jer... masatu tak teringat pulak nak sorok
aku dok ingat nak buat stok sebulan la...
bagi budak-budakni makan sesikit...


























Dalam gambaqni tinggal lima ketui saja... 5 ketui lagi dah selesai...
Ini gambaq 2-3 hari lepas tau,
semalam lima ketui ni pon dah lesap!
punya dasyat budak sorang ni makan coklattttt...
Celik mata mintak coklat,
balik dari rumah maklom pon terus lari laju-laju bukak peti ais cari coklat!



























Tu edisi pagi... satu bar dia tibai sementara nak sampai umah Maklom!

Anyway,
sapa setuju dengan aku...
makan coklat lagi baguih dari makan sweets?
makan coklat lagi baguih dari makan kopok?
makan coklat lagi baguih dari makan hati? <--- eh tetiba! hahaha...

Bukan aku kata, tuan Google yang kata...
data penyedap hati di bawah, aku ceduk dari internet ;-)


1. The chocolates reduce high Blood Pressure
2. Hhelp in decreasing tiredness, ageing effects and sleepiness.
3. Chocolates are best in giving boost to the moods. Eeases the symptoms of premenstrual.
4. It can avoid the damage of cells.
5. Helpful in improving and balancing the blood sugar levels.
6. Eating few squares can decrease the risk of heart attacks
7. A person having chronic fatigue syndrome after eating 1.5 ounce of chocolate feels easiness.
8. It is beneficial in lowering the LDL cholesterol and raising the HDL cholesterol.
9. It increases the metabolism of the blood sugar in one's body which further reduces the chances of diabetes.
10. Theobromine component of cocoa is affective in giving an ease to a persistent cough as it opens the airways of the lungs.

Kesimpulan tak berapa padu : Sila makan coklat. Tapi berpada-pada.
Kalau tak abih, mai pos kat Mencah! muahahahaha....









Monday, January 10, 2011

WEAR IT RIGHT. AT ALL TIME.

Posted by MR at 2:45 PM 5 comments
Peringatan untuk diri sendiri,
juga hadik-beradik haku yang mengikuti belog haku.

Bak kata Ana Raffali yang menang AJL semalam,
TOLONG INGATKAN AKU
[Tolong bagi penampo kalau aku melenting bila org ingatkan haku]



























It says : Hijab, Wear It Right Campaign. Covering The Chest Is The Best.


Terjumpa kempen ni masa jalan-jalan di belog Budu dan Belacan.
Simple dan praktikal. Seperti tagline belog itu jugak - Busuk tapi sedap!
Haku petik sikit kata-kata Sue Anna Joe aka pemilik belog :


   So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc. 
   Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. 
   Sangatlah dialu-alukan.

   Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. 
   So come on girls, let's do this. Covering the chest is the best!



Berpesan-pesan ke arah kebaikan.
Tak banyak, sikit pon jadi.


.





Thursday, November 4, 2010

NEBULIZER

Posted by MR at 2:34 PM 7 comments
Kelu kejung lidah hakak membaca email ini dikkk...
 









































Camana nak citer ekk?
Jap.. cari balik entry berumahtangga di sepital tu ekk..
ha baca sini dulu... ada soklan?
ekekekek... chieyda hadekku shayamm
hakak tatau nak bagi nasehat apekah kat kamu dikkk...
hakak ko pon main hantam kromo jer dalam mengasuh budok bertuah 2 org tu

Dulu hakak ada kumpul list pasal hanak-hanak saket
cuba chieyda belek2 kat sini.. kot-kot ada yang membantu

Yang hakak paham konsepnya kan chieyda,
bebudakni tak geti nak ngeluorkan kahak depa tu
tu sebab bila kat sepital, doc put them on nebu
sebab gas nebu tu akan cairkan kahak depa tu... clearkan their throat and lungs
so that, they can breath easily [Doc Fid New Zealand, correct me if im wrong :)]
phlegm [kahak] yang bersarang dengan banyak kat lungs may trigger penyakit athma pulak
bila dah kena athma... makanya kompom kena depends on inhaler sampai sembuh!

*my dad ada athma, terpaksa usung inhaler kemana-mana dari mudo sampai tuo :(

Bagi hakak, depending on inhaler sepanjang masa adalah lagi hazab
berbanding kena nebu kat wad spital,
coz bila dah discharge, takde nak usung inhaler kemana-mana dah

So, actually.. [from my very own point of view]
there's nothing wrong with nebu... sebab kaedah tu paling cepat dan direct utk hilangkan phlegm
tambah pulak kalau pesen hanak awak sama macam hanak-hanak hakak ko nih
sumernyer kalau nampak botol ubat, melalak pasang loud speaker sejauh 8 kilometer!

Nasihat 80 sen dari hakak adalah...
kalau rasanya awak tak buleh handle masalah batuk dan demam hanak-hanak
kita serahkan ajer pada yang pakar..hehehe... yakni bawak jer jumpa paed terus
[as for me, lepas 3 hari demam tak kebah-kebah, terus berdesup pegi spital]

*pasal ongkos jgn riso.. bior bapak mereka yang bayo! kakakakaka...
*abehhh... dah kita susah2 beranakkan anak dier khennn??

Kat spital, doc akan buat thorough check-ups and x-ray jika perlu
[lepas x-ray baru gelabah babun bila nampak mucous punya banyak kat lungs dia hahaha]

So, balikni sila terus packing baju...
bila laki balik keje jer.. terus heret ajak pi spital :))





Wednesday, October 20, 2010

SABUN CLAY

Posted by MR at 8:55 AM 7 comments
















Ponnnn... seperti biasa,
makcik tidak dibayar satu seng pong untuk entry ini
cogankatanya macam biasa... sharing is caring

Masih ingat entry ini?
yang muka makcik banyak bintam-bintam tuuuuu....

Ha inilah solution paling munasarawak buat masa ini hehehe...
murah okay... seketui RM 10 sahaja
tapi harga member lagi murah... 8 hengget tunaiiiiii :))


























Tapi ingatttt... syesyuwei untuk makcik,
belum tentu syesyuwei untuk kamu orang tau


























Potom 2... kongsi laki-bini
dengan harapan dua-dua buleh jadi jambu

Sorang gebu macam Diana Danielle
Sorang lagi jambu macam Aaron Aziz

Muahahahaha... hakk tui!
[makcik tulong muntahkan siap-siap :))]







Wednesday, October 13, 2010

SIBUTRAMINE SUDAH KENA BANNED BY MINISTRY OF HEALTH

Posted by MR at 9:30 AM 5 comments
*All pics from Google*

Mula-mula makcik baca pasal Reductil kena ceased from market kat New Zealand
Thank you Dr Fid for the info, kawan-kawan sila baca di sini
Kecohla makcik kejap sebab makcik ada sebeban Sibutramine yang tak abis makan
kunun-kunun nak restart diet anytime this month [kunun!]


This is mine.
Fenslim which kandungannya [Sibutramine] sama macam Reductil.
Fenslim produced by Ranbaxy, and Reductil by Abbott
Both, sama fungsi... menahan lapor demi mengkuruskan badan. Ekekekeke....












































And, this is Reductil


















Pagi tadi dengar berita kat Sinar fm,
Kementerian Kesihatan Malaysia pon dah banned Sibutramine dari pasaran
dengan alasan - menigkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.

Hoh... habih dah peluang aku nak kurus dengan obat-obatan ekekekek
kenala aku join Yong buat Atkin Diet :))



Tuesday, October 12, 2010

SABUN FREESIA HPA

Posted by MR at 9:32 PM 1 comments
Buat Kak Moon dan sesiapa yang mungkin berminat,


Pic credit to myradix.wordpress.com

























Keberkesanannya dan keharumannya mengalahkan semua cecair pencuci lain yang ada di pasaran.
Formulasi produk daripada tumbuhan tanpa penggunaan lelemak haiwan,
alkohol serta bahan-bahan haram atau syubhah yang lain.
(sumber : jawiherbshop.blogspot.com)

Pakai sabunni, tak payah dah pakai pewangi...
wangi setaman tau!

1 botol = 3 liter

harga ahli
semenanjung malaysia: rm16.00
sabah & sarawak: rm18.00

Harga bukan ahli
semenanjung malaysia: rm18.00
sabah & sarawak: rm22.00

Kalau sesiapa yang bukan ahli,
tapi nak try guna sabun ni... silalah guna nombor keahlian makcik
[makcik tak pernah jual barang pon, selamani jadi ahli hanya utk kegunaan peribadi]

Mungkin ada yang nak try dulu,
kalau rasa okay bulehla daftar jadi ahli lepastu kan

Boleh dibeli di mana-mana stokis HPA
Semak senarai stokis terhampir di sini ya kawan-kawan

No ahli makcik : 194129


Sekian iklan tidak berbayar dengan cogankata Sharing is Caring.





Wednesday, August 18, 2010

TIPS AND SUGGESTIONS : TQ FRIENDS AND FAMILIES :)

Posted by MR at 7:09 AM 3 comments
Since Asyraf warded,
macam-macam tips and suggestions given by friends and relatives out there.
We shall take everything into consideration - ikhtiar selagi daya.
Benda ni macam ilmu gak kan, kalaupon tak berjaya untuk anak kita,
at least kita tahu dan boleh jugak kita sampaikan kat orang lain nanti.

For our self notes, everything will be listed here.
Please let me know if you have something to share - nanti makcik tambah kat list bawah ni.
Sharing is caring kannn :)

Bagi tips nak elak nebu ada tak?
nak kasi buang batuk berkahak tuh.



   Miah suggest bagi ubat cacing kat Asyraf. 
   I think should be okay sebab Asyraf dah nak masuk setahun  next month. 
   Hoping that, nanti badan Asyraf buleh naik macam tayar Michelin :))  

   Kak Ed kata try bagi madu asli tiap-tiap pagi -1 small spoon. 
   Nanti kita cari madu untuk Asyraf yer Pakcik.
   Ingatttt... untuk Asyraf... bukan untuk mama dia!
  
   Anonymous said, consult paed about primvera injection. 
   I biasa dengar pasal injection Pneumococcal jer. 
   Nanti kita tanya lanjut kat Dr Ling about this

   Bagi Scott's Emulsion tiap-tiap hari.

   Jumpa ustaz, mintak air penawar. Betul gakni.

   Dulu Makcik Pijah pernah suggest Homeopathy. Ubat dia takde dadah. 
   Dan sesuai untuk budak yang susah nak dibagi makan ubat - macam Mencah! hahaha... 

   Anak TTM demam suhu tinggi sebab darah putih kurang. Neutropenia. 
   Sila tanya lanjut kepada Paed anda, atau tanya kat Doktor TTM sendiri. Muahahaha...

   Ada lagi ker kawan-kawan?







Wednesday, May 26, 2010

COSCINIUM PLUS : ADAKAH OBAT INI BAGUS?

Posted by MR at 2:24 PM 8 comments
Tataula wehhh... dah penat makcik asek makan 'dadah' jer
resdung haku tak gak baik-baik
makin kronik lagi ada

2 hari lepas tah camana
terfikir nak singgah HPA Rawang
dulu sebelum ngandungkan si Asyraf penah makan coscinium plus nih
tapi terpaksa stop half way sebab dah terbunting

Ni tetiba teringat nk try balik
dulu try kejap sgt, tak dan nak tengok kesan

So, im currently consuming this [speaking London seround]


Coscinium plus tu kena makan together-gether dgn kapsul roselle
pastu haku lagi gatai beli pulak kordial roselle
bitamin C lah kununnya.... sedap weh air nya... ai like it sgt banyak!

Sapa penah try?
Ada bagus ka itu obat??
[bukan obat actually, supplement kan...]



Photobucket

Monday, May 10, 2010

MUSIM CINTA SUDAH BERLALU

Posted by MR at 10:21 AM 3 comments
Copy, Paste and Forward this to your spouse
forwarded to me by my SIL, to be shared...

Bila cinta semakin terungkai.......
Fikir dan renung renungkanlah.....
mungkin ia sangat membantu ....

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya 
sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas 
berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. 
Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. 
Mungkin hanya sepatah "OK" "ya" atau "tidak" sahaja
yang tertera di layar telefon bimbit.
Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? 
Begitulah detik hati si isteri. 

Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman.
Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. 
Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

Memang begitulah resmi lelaki, 
semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. 
Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. 
Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. 
Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal 
kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. 
Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi...
semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.

Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan 
oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. 
Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS 
(kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) 
atau "bergayut" berjam-jam lamanya di gagang telefon 
boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. 
Tidak mungkin "kami" ataupun aku jadi begitu. 
Mungkin itulah yang berbunga di hati kini.
Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan 
betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, 
sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. 

Mengapa? 
Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah 
(lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), 
akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. 
Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar 
daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, 
perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. 
Kesukaran tugas dan beban tanggungjawab 
menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir 
dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. 
Ya, potensi lelaki menjadi "ahli falsafah" semakin menyerlah 
apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!

Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira 
tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. 
Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu 
tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. 
Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji 
di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.

Musim cinta sudah berlalu. 
Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. 
Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, 
pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.

Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, 
tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggung jawab? 
Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita "tanggung" di dunia, 
"disoal" di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. 
Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, 
tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab.
Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri 
bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan 
yang diingini oleh fitrah setiap manusia
tetapi yang lebih penting, 
berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk 
(dalam konteks ini antara suami dengan isteri), 
Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. 
Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. 
Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah 
untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. 
Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, 
tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. 
Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. 
Bila ini menjadi asas dan terasnya, 
maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. 
Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. 
Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, 
lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. 
Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, 
maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga... 
umpama hidup segan, mati tak mahu.

Ketika kemanisan bertukar pahit, 
ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, 
maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. 
Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing
atau seakan-akan mula meminggir, 
rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. 

Genggam bara api biar sampai jadi arang. 
Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, 
yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga 
ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. 
Dan jangan terkejut jika kita dapati
dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. 
Hairan melihat perubahannya?
Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita.

Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. 
Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi 
hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita 
walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. 
Proses perkenalan antara sesama pasangan 
mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten.

Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga. 
Bukankah tak kenal maka tak cinta? 
Jadi, apabila cinta tergugat, 
itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? 
Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, 
berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. 
Jangan sekali-kali menggunakan "fail lama" untuk mencipta keserasian baru. 
Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi 
dan kecenderungan pasangan kita berubah. 
Warna yang terang kesukaannya dahulu 
mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. 
Mungkin corak seleranya juga turut berubah
bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. 
 Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. 
Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal
dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. 
Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? 
Ertinya, kembali kepada Allah. 
Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan,
kurang selera makan, tidak ada "mood" untuk bercerita dan berbicara
adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati.
Dan itu semua adalah berpunca dari lalai dan alpanya hati
daripada zikirullah (mengingati Allah).

Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." Ar Ra'd:28

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab.
Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri
akibat beban masalah menyara rumah tangga, 
namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. 

Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami
bahana kerenah anak-anak, 
tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah...
dan terus tersenyum di hadapan suaminya
justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. 
Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah 
yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah "pohon" tanggung jawab.
Insya-Allah, musim cinta akan kembali 
dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!



Tips untuk bertanggung jawab:

* Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
* Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
* Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
* Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
* Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti 
apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
* Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
* Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati...
itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.



Photobucket

Thursday, May 6, 2010

KAK LIS : PITAM MAKCIK PITAM : IZZAH AZFAR SILA TOLONG JAWABKAN

Posted by MR at 3:28 PM 15 comments
Kehadapan kekanda Lis yang sedang sarat kebuntingan,
Maafkan adinda kerana terlupa membuka emel adinda di Gmail
sebab adinda register emel tu buat cukup syarat utk log-in belog DIVA adinda ini saja
seminggu sekali pon belum tentu adinda akan membuka emel tersebut.

Tengahari tadi, adinda sangat buring sampai tatau nak buat apa
sebabnya, dulu-dulu kalau adinda buring
adinda akan 'men-start' si kontot dan menyerang gerai goreng pisang makcik simpang
dan membeli sebundut pisang goreng, keledek goreng,
keropok goreng, cekodok goreng dan apa2 sahaja yg makcik tu goreng!

Tapi, sejak adinda berdiet yang tak berapa nak jadi nih...
adinda banyak sgt masa terluang di depan PC PID yang seberat 8 kilo ini
tambah-tambah pulak adinda dah hampir menyiapkan memorandum 19 perkara
yang sebelum ini menjadi igauan ngeri kepada para petugas di PID semalaya ini.

Owhhh... sungguh jauh adinda menerawang. Maaf lagi sekali Kekanda Lis
Orang yang sedang kelaparan tak cukup makan memang selalu merapu begini.

Tatkala membuka emel sebentar tadi, 
hampir terjojol anak mata adinda apabila membaca emel kekanda
bukan saja kerana emel tersebut panjang berjela...
tetapi juga kerana isi kandungannya yang sungguh memberangsangkan

Walau apa pun, adinda sangat tersentuh hati 
apabila mengetahui kekanda sedang mempersiapkan diri
untuk menyambut kelahiran si baby yang sungguh bertuah ittew

Adinda sungguh terharu kerana kekanda telah memilih adinda
untuk memberi tunjuk-ajar dan khidmat nasihat tentang penyusuan 
atau dalam bahasa ibu-ibu moden hari ini... breastfeeding

Malangnya wakai kekanda....
ketahuilah oleh mu... bahawasanya...

ADINDAMU INI.... 
HARAPKAN KOPEK SAJA BESO...
TAPI ISINYA TAK ADA!
kah kah kah kah

Jangan marah Kak Lissss..
i lap u very banyak!

Sebelum saya merapu bagi petua yang salah
baik saya handover tugasan ni kepada kroni saya
[cewah, dan-dan tu mengaku kroni haha]

Kak Lis, saya hanya berjaya menyusukan Aisyah & Asyraf selama 2 bulan
memang sungguh mendukacitakan!
[laki saya lagi dukacita, kena kuar duit beli susu formula!]
Jadi saya rasa, saya sangatlah tak sesuai nak memberi tunjuk ajar

*Aznie, sila berasa bertuah kerana kopek beso anda berisi :-p*

We all know that you are very-very passionate about breastfeeding
and... as a Malaysian BF Peer Counselor,
please be honoured to assist Kekanda Lis in this issue
Her email to me as below...

*Anyway, yang kaler pepel tu jawapan dari Makcik
gatai jugak nak menjawab... kah kah kah


*******************************************************

salam rehan....

janganlah terkejut opocot dgn email Kak Lis ni. 
kak lis cuma nak tanya tentang persediaan breastfeeding je. 
Dari sari ke sari nak menanya tapi tak terkarang2 emailnya... 
make it simple kak lis buat dalam bentuk point la ye :

a. slalu orang cakap lepas banak air susu kurang. kalau kurang, 
cemana nak bagi kat bb? kena standby susu formula gak ke?
*saya standby Enfalac penuh satu lemari masa banak Aisyah dulu
tu pasai susu saya merajuk takmo kuar kot! kah kah kah*

b. masa pantang, kan selalu orang makan sket je. 
kalau dah makan sket cemana nak produce susu baby?
*kena maki dgn mak sebab saya mkn byk! 
kunun-kunun nak bagi susu byk. Kununnn...
Sebabtu sampai la ni tak kurus-kurus jugak*

c. kena makan extra vitamin ke untuk banyakkan susu?
*sesetengah jamu pon membantu banyakkan susu kan*

d. baper banyak botol susu kena standby untuk breastfeed nih...
*kalau malas mcm Makcik Rehan, 80 bijik botol pon tak cukup kekekeke*

e. susu yang dah dipam boleh masuk fridge kan?
tapi katalah next year kak lis dah start keja. yang jaga bb lak mil. 
keja opis lapan jam. campur dgn traffic katalah 10 hours away dari rumah. 
bapa botol kena standby untuk bb yang umur 5 bulan? 
nak standby macam mana? 
nak letak kat tempat beku ke atau nak letak kat tempat tak beku?
 *Bab beku tak bekuni... Izzah pls jawab
kang MR bagi ilmu salah, kembong pulak baby Kak Lis nanti*

f. cemana nak panaskan susu yang dah beku?
*Izzahhhh...*

g. kalau during travel. nak balik johor dari penang nih mau 7-8 jam on the road. 
so the best way is direct feeding ke atau bawak susu yang dah dipam siap?
*Jangan drive sambil menetek anak sudah... SitiSifir, bahaya okeh!*

h. ada orang kata, bb kalau dah biasa direct feeding, 
nanti nak bagi kat botol dia tak mo lak. cemana nak buek?
*Izzah jugak... Makcik gagal disitu
Asyraf dah dpt botol takmau tetek.. lagi haru!*

i. last but not least, kandungan baper bulan baru ada keluar susu ni? 
asal pg klinik doc asik tanya susu ada kuar tak? 
takut karang cakap takde, dia nak tgk nenen plak. doc adalah seorang bai!
*Makcik kan, sampai dah beranak baru kuar susu
masa pregnant, susu langsung tak kuar*

ambik la masa untuk jawab. kak lis tau rehan bz hari ni kan...
*Dah tak bizi dah Kak Lis... bizi body yerla...kekekeke*

tima kasih ye...
*shesama kak :-p*

nak jawab ni kat blog pun takde masalah. 
kot kot la boleh buat panduan kat bakal2 mak yang lain...

p.s : cemana nak buat tulisan yang bergaris?

Tulisan bergaris tu macam ini ker Kak Lis?
Makcik Rehan sangat cantik gemok!

Kalau yang mcm tu..begini caranya
Makcik Rehan sangat < strike> cantik < / strike > gemok!
*remove kan all the spacings in between those highlighted words


Photobucket

ShareThis