Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Prudential vs Pediasure

Posted by MR at 9:07 AM 4 comments
Anak ko minum susu apa?
Ooooo... Prudential...
Haah... yerlah, susu Prudential tu mahai... ko anak sorang bulehla bagi susu mahai
Anak aku dah 2 orang, dah downgrade susu morah saja...




































Woi Bangggg, Pediasure lah!
Bikin malu tau...


Friday, August 6, 2010

PENGAJARAN DI HARI JUMAAT

Posted by MR at 4:07 PM 16 comments
Mentang-mentang hang dok ulang-alik Rawang-Rasa-Rawang tiap-tiap hari
Jangan ingat itu Hulu Selangor hang yang punya!
























Lorong kiri untuk terus.
Lorong kanan untuk belok ke kanan.
Makcik kau dah selalu sangat buat, bajet terer la....
Lampu hijau, dan keta nak ke kanan takde... aku pon pancung ambik lane kanan.
Sedangkan lane kanan tu lampu tengah merah! hohoho....
makcik mendesup laju ala-ala bawak Ferrari... kembang kuncup hatiku...
bangga seh, tak yah beratur mcm keta-keta lain kat lorong kiri tadi ....

Baru nak tekan radio tambah volume... sekali Sarjan Misai dah melambai-lambai kat depan!
Tak dan dah nak tup-up gincu, tempek bedak <--- konon nak goda-goda manja
Makcik kau belagak cool... turun cermin... senyum manis <-- tak tipu weii.. aku senyum!
Salah lorong yerrr... dia kata.
Makcik senyum , angguk-angguk. Bak lesen, dia sambung lagi.
Tangan dah gigil-gigil carik wallet.. Siot! masa ni la lesen aku nak melekat ketat dlm dompet
Hulur lesen... senyum lagi. Nak pegi mana ni? dia tanya...
Iskk... macam buleh kautim nih... <--- makcik pikir dalam hati
Rawang Cik... <--- Makcik jawab

Tiba-tiba sketsa pikir dalam hati masa kat Klinik SP Care muncul dalam kepala
Ingat lagi ker korang? Baca kat sini.
Kalau malas baca, mai nak citer secara ringkas... hahaha sempat lagi tu... biol dah aku...
Kalau dia bagi MC, aku ambik
Kalau dia tak bagi, aku tak mau mintak <--- ego!

Kalini takkan nak main ego lagik??
Bukan ko nak bagi rasuah ke hapa.... cuba nasib jer beb...

Takmo jugak jadik macam PS korang 2 tahun lepas.
Masa tu time raya kat Parit Buntaq, dia salah masuk lorong jugak.
Kena tahan dengan Polis... Polis tu baru nak tanya-tanya...
PS ko pegi cakap direct kat Polis tu : Nak saman saman la Cik.... <--- sikit punya belagak!
Polis tu jawab : Ha mcm tu takpalah. Nak suruh saman saya saman. 
Kalau ikutkan tadi saya nak ambik nama, bagi amaran saja. Cik nak saman takpa.. saya bagi...
Hahahaha... gigil terus Pakcik kau! :))
OK, itu citer 2 tahun lepas... berbalik kepada cerita sekarang :-p

Makcik adjust rengkung, kedip-kedip mata, ukir senyum paling manis... lantas bersuara...
Errrr... Saya mintak maaf Cik... kalini ajer yer Cik....

Sarjan Misai pandang Makcik... dan berkata,
Owh kita tak saman.... kita ambik nama dgn no lesen saja....
Bagi nombor telefon Cik....

Makcik beliak mata, bukan tekejut sebab dia mintak nombor talipon,
tapi aku terkesima sebab tak kena saman. Wahahahahaha!

Polis tu pulak serba salah bila aku beliak mata...
mesti dia ingat aku kaget pesal tetiba mintak no talipon, mau berkenalan kah? hahaha... sengal aku!
Nombor telefon ni untuk kita hubungi 
kalau ada perkara berbangkit tentang rekod pemanduan Cik...

Sepantas kilat makcik kau bagi nombor.....
Tima Kasih banyak Cik....

Lepastu... sepanjang pemanduan aku jadi tawadduk!

Thursday, July 15, 2010

SKETSA MENYAYAT HATI DI SEBUAH KEDAI RUNCIT YANG TERPAKSA DIRAHSIAKAN LOKASI DAN IDENTITI DIRI

Posted by MR at 11:18 AM 15 comments
Bini sappalah ni yerrr....

---------------------------------------------------

Pilih-pilih ikan kembung 4-5 ekor,
pastu suruh Mat Bangla tu buang perut ikan
pastu suruh buang sirip atas bawah
pastu suruh buang insang pulak...
Hehehehe....

Pastu pegi pulak ambik bawang,
kebetulan jumpak bawang besar dah siap berkupas
[rasanya sebab kulit dia dah busuk, so depa kupas siap-siap]
Lalu dengan muka tebal 8 inchi, berkata kepada Bangla tadi,
Bai, ini bawang kecik, sama bawang putih, sama ini halia
kasi kupas kulit srupa ini [sambil tunjuk bwg besar yg dah siap kupas]
Hehehehehe....

Lepastu ambik kelapa sebijik,
Bai, ini kelapa kasi parut, kasi perah dia punya santan ha...
itu hitam-hitam saya tamau ha... you kasi buang sama itu hitam-hitam
Hehehehehe...

Mat Bangla mula panas hati,
lalu memetir bak halilintar....

Dey kakak... sini mari you punya rempah sama minyak sama puriyuk...
saya kasi tumis, saya kasik masak sama ini kari juga...
You sana rumah balik, buleh kasi makan you punya laki terus!!

Bini sappalah tuuuuu...
Kah kah kah kah kah!



*scheduled*

Monday, June 21, 2010

PUKUL MEMBUKA KEDAI

Posted by MR at 1:23 PM 11 comments
Mujurlah aku kerja sorang-sorang,
kalau aku ada pasangan duet macam dulu-dulu
birulah muka Uncle tu tahan malu kena gelak dgn aku



























Pagi-pagi tadi Uncle Padayappa ni datang balik
nak follow-up notis yg dia suruh taip last week
sambil kontrol macho,  makcik halau dia suruh duduk dulu
sambil tunjuk kat sofa kepam depan tingkap PID yang langsirnya jugak kepam

Tapi beliau enggan, dengan alasan :  
Ada worang mau potong, sikit jam saya mari...

Then, makcikpon memulakan langkah nak menaip
selalutu aku buat malas-malas, suh datang ambik dalam 2,3 hari
tapi Uncle ni makcik kesian sikit, sbb kedai beliau baru terbakar
haritu suruh makcik taipkan surat mintak bantuan,
lepastu suruh taipkan brochure nak bagitau kedai suda tukar alamat
lepastu taip lagi satu surat mintak sponsor - masa PRK Hulu Selangor baruni
dan minggu lepas datang suruh taip notis ni pulak
tapi masa beliau bagi last week, buta-buta makcik tolak tepi
dengan alasan toner printer dah out, tak boleh print - order tak mari-mari
tapi ini hari toner sudah mari... so, makcik pon kasi taip ini hari...
[tudiaaa... aku pon dah cakap srupa Padayappa juga]

Oleh sebab makcik bukan pakar 'memotong' sebagaimana beliau
Makcik pon buta-buta ikut draft yang diberi
manalah tau, kot2 istilah yang dia pakai dalam draft dia tu
memang termaktub dalam syllabus para 'pemotong' kan :-p

Bila Uncle tu datang balik nak collect notis dia... makcik pon tanya...

Uncle, ini nombor 1... Gunting Sejar tu apa?
Wooo... itu gunting saja-lah. Tara cukur.....
GUNTING SAJA rupanya.. aku pon tukarkanla.. kesian...
tak sampai hati, kang sumer pelanggan dia dok tanya...
Pemender Gunting Sejar tu? Style baru kah?

Gunting Petak tu apa Uncle?
Itu gunting kasi itu rambut ini macam punya bentuk..
[sambil buat gaya petak atas kepala dia...]
Ini style rambut pendek macam askar selalu buat tu kot...

Seving Uncle? apa tuh?
Padehal aku tau dah... hahaha jahat makcik korang
Wooo... ini macamlah... kasi cukur...
[buat gaya cukur janggut, misai]
Shaving!

Paling aku tak tahan...
Pukul Membuka Kedai & Makanan Rehat!


-comel dan mesra-



Tuesday, June 15, 2010

ST*M

Posted by MR at 12:46 PM 12 comments
Tengah bizi. Tak tipu.
Tgh arrange jadual lawatan ke Pejabat Pertanian Batangkali
nak tengok proses transformasi buah mulberi menjadi jem, juice dan teh
Lagi pening nak arrange lawatan ke kilang Kak Nita
jangan main-main, Kak Nita supply sarung senjata hokay
Masalahnya haritu memasing kata OK, OK
sekali talipon, sumer pon KO, KO
penat tau aku nk reschedule balik!

Gambar-gambar produk mulberi pon blom siap edit,
dah siap kang nak hempuk masuk dalam e-kedai [malasnya wei!]
mujurlah produk Haji Jalil ni 3 jenis jerr.. kalau 30 jenis??
pingsan dalam iman lah haku!

Anyway, kita take 5 kejap... lunch time marrr...
dulu makcik ada bitau kan, ada satu sketsa pasal st*im
the story goes like this... kisah benar hokay

One fine day,
i received a call, from anonymous... lelaki
suara macam budak tingkatan 3 baru pecah suara
get what i mean.. yess.. budak laki baru baligh
and the conversation between me and him goes something like this

Hello...

Hello. Sapa nih?

Eh... hurrmmm... ni Makcik St*m ekk? Tengah buat apa tu...?

Hah! wei, ni sapa nih? nak apa nih?

Eh... marah pulak.... kat internet kata.... st*mmm....

Woiii... mender ko merepek nih! itu blog lah! ko tak baca betul-betul blog aku,
ko main taram jer ekk...dah dah... aku bizi...

Oh OK... sorry.... tapi nanti, kalau NAK APA-APA call lah ekk... K bye...

Biru muka makcik jadinya. NAK APA-APA?? &*^%$#$#
Ini kes budak-budak tak reti internet, yang main gugel keyword busuk-busuk
pastu jumpa keyword tu kat belog ni...
jumpa pulak no talipon... terusla nak melampiaskan napsu!

Ko nak sangat st*m ekk...
meh sini...


















Aku kukus ko dalam tu!



Friday, May 7, 2010

TAK KUSANGKA.... KAMU BAGAIKAN KELAPA YANG TELAH DITEBUK TUPAI...

Posted by MR at 10:25 AM 25 comments
Dalam kegigihan nak berdiet
makcik korang punyalah poyo... haritu beli jagum
jagum gred C yang bergigi jarang...

Lepastu beli buah pulak...
bukan buah dada yer tuan-tuan dan puan-puan
amboi, mentang2 memasing pakat dok bunuh setan malam tadi....

Tapi, buah yang makcik beli tu
memang boleh bikin sesak dada!
hangin satu badan wa cakap lu....


Masani air liur makcik dah menjejeh-jejeh
anak aku melalak kat hall pon aku buat-buat tak dengar dah


Dengan penuh napsu serakah,
makcik potong buah mangga itu...
lalu terasa nak pingsan apabila mendapati....


 Buah manggani dah ditebuk tupai!
Kurang asam punya tokei MSM... bak balik duit aku 3 hinggit 40 sen!


Punah lagi sekali diet aku.
Lutut makcik dah menggeletaq lapaq ni...
budak kecik Asrap dah pasang loud speaker kuasa maksima kat depan nun
Short-cut lagi sekali nampaknya....
letak kuali, taruk air, pasang api kuat-kuat...
MASAK MEGI TOMYAM!



Baru hirup kuah sesudu
Makcik tinggalkan megi ni atas meja TV
angkat muntot pi bancuh susu Asrap jap

Siap bancuh susu...
Makcik pon ambik port depan TV nak sambung makan megi
sambil layan Higglytown Heroes dialihsuara ke Bahasa Melayu....

Sekali lagi makcik rasa nak pingsan!
Megi aku tinggal 4,5 urat
telur pon tinggal renda saja
Uwaaaaa......

PS dan Mencah sengih-sengih 
buat muka tak berdosa di malam jumaat

I hate u sangat banyak Abanggggg
You bunuhla setan sorang-sorang ini malam!


Photobucket

Thursday, May 6, 2010

KAK LIS : PITAM MAKCIK PITAM : IZZAH AZFAR SILA TOLONG JAWABKAN

Posted by MR at 3:28 PM 15 comments
Kehadapan kekanda Lis yang sedang sarat kebuntingan,
Maafkan adinda kerana terlupa membuka emel adinda di Gmail
sebab adinda register emel tu buat cukup syarat utk log-in belog DIVA adinda ini saja
seminggu sekali pon belum tentu adinda akan membuka emel tersebut.

Tengahari tadi, adinda sangat buring sampai tatau nak buat apa
sebabnya, dulu-dulu kalau adinda buring
adinda akan 'men-start' si kontot dan menyerang gerai goreng pisang makcik simpang
dan membeli sebundut pisang goreng, keledek goreng,
keropok goreng, cekodok goreng dan apa2 sahaja yg makcik tu goreng!

Tapi, sejak adinda berdiet yang tak berapa nak jadi nih...
adinda banyak sgt masa terluang di depan PC PID yang seberat 8 kilo ini
tambah-tambah pulak adinda dah hampir menyiapkan memorandum 19 perkara
yang sebelum ini menjadi igauan ngeri kepada para petugas di PID semalaya ini.

Owhhh... sungguh jauh adinda menerawang. Maaf lagi sekali Kekanda Lis
Orang yang sedang kelaparan tak cukup makan memang selalu merapu begini.

Tatkala membuka emel sebentar tadi, 
hampir terjojol anak mata adinda apabila membaca emel kekanda
bukan saja kerana emel tersebut panjang berjela...
tetapi juga kerana isi kandungannya yang sungguh memberangsangkan

Walau apa pun, adinda sangat tersentuh hati 
apabila mengetahui kekanda sedang mempersiapkan diri
untuk menyambut kelahiran si baby yang sungguh bertuah ittew

Adinda sungguh terharu kerana kekanda telah memilih adinda
untuk memberi tunjuk-ajar dan khidmat nasihat tentang penyusuan 
atau dalam bahasa ibu-ibu moden hari ini... breastfeeding

Malangnya wakai kekanda....
ketahuilah oleh mu... bahawasanya...

ADINDAMU INI.... 
HARAPKAN KOPEK SAJA BESO...
TAPI ISINYA TAK ADA!
kah kah kah kah

Jangan marah Kak Lissss..
i lap u very banyak!

Sebelum saya merapu bagi petua yang salah
baik saya handover tugasan ni kepada kroni saya
[cewah, dan-dan tu mengaku kroni haha]

Kak Lis, saya hanya berjaya menyusukan Aisyah & Asyraf selama 2 bulan
memang sungguh mendukacitakan!
[laki saya lagi dukacita, kena kuar duit beli susu formula!]
Jadi saya rasa, saya sangatlah tak sesuai nak memberi tunjuk ajar

*Aznie, sila berasa bertuah kerana kopek beso anda berisi :-p*

We all know that you are very-very passionate about breastfeeding
and... as a Malaysian BF Peer Counselor,
please be honoured to assist Kekanda Lis in this issue
Her email to me as below...

*Anyway, yang kaler pepel tu jawapan dari Makcik
gatai jugak nak menjawab... kah kah kah


*******************************************************

salam rehan....

janganlah terkejut opocot dgn email Kak Lis ni. 
kak lis cuma nak tanya tentang persediaan breastfeeding je. 
Dari sari ke sari nak menanya tapi tak terkarang2 emailnya... 
make it simple kak lis buat dalam bentuk point la ye :

a. slalu orang cakap lepas banak air susu kurang. kalau kurang, 
cemana nak bagi kat bb? kena standby susu formula gak ke?
*saya standby Enfalac penuh satu lemari masa banak Aisyah dulu
tu pasai susu saya merajuk takmo kuar kot! kah kah kah*

b. masa pantang, kan selalu orang makan sket je. 
kalau dah makan sket cemana nak produce susu baby?
*kena maki dgn mak sebab saya mkn byk! 
kunun-kunun nak bagi susu byk. Kununnn...
Sebabtu sampai la ni tak kurus-kurus jugak*

c. kena makan extra vitamin ke untuk banyakkan susu?
*sesetengah jamu pon membantu banyakkan susu kan*

d. baper banyak botol susu kena standby untuk breastfeed nih...
*kalau malas mcm Makcik Rehan, 80 bijik botol pon tak cukup kekekeke*

e. susu yang dah dipam boleh masuk fridge kan?
tapi katalah next year kak lis dah start keja. yang jaga bb lak mil. 
keja opis lapan jam. campur dgn traffic katalah 10 hours away dari rumah. 
bapa botol kena standby untuk bb yang umur 5 bulan? 
nak standby macam mana? 
nak letak kat tempat beku ke atau nak letak kat tempat tak beku?
 *Bab beku tak bekuni... Izzah pls jawab
kang MR bagi ilmu salah, kembong pulak baby Kak Lis nanti*

f. cemana nak panaskan susu yang dah beku?
*Izzahhhh...*

g. kalau during travel. nak balik johor dari penang nih mau 7-8 jam on the road. 
so the best way is direct feeding ke atau bawak susu yang dah dipam siap?
*Jangan drive sambil menetek anak sudah... SitiSifir, bahaya okeh!*

h. ada orang kata, bb kalau dah biasa direct feeding, 
nanti nak bagi kat botol dia tak mo lak. cemana nak buek?
*Izzah jugak... Makcik gagal disitu
Asyraf dah dpt botol takmau tetek.. lagi haru!*

i. last but not least, kandungan baper bulan baru ada keluar susu ni? 
asal pg klinik doc asik tanya susu ada kuar tak? 
takut karang cakap takde, dia nak tgk nenen plak. doc adalah seorang bai!
*Makcik kan, sampai dah beranak baru kuar susu
masa pregnant, susu langsung tak kuar*

ambik la masa untuk jawab. kak lis tau rehan bz hari ni kan...
*Dah tak bizi dah Kak Lis... bizi body yerla...kekekeke*

tima kasih ye...
*shesama kak :-p*

nak jawab ni kat blog pun takde masalah. 
kot kot la boleh buat panduan kat bakal2 mak yang lain...

p.s : cemana nak buat tulisan yang bergaris?

Tulisan bergaris tu macam ini ker Kak Lis?
Makcik Rehan sangat cantik gemok!

Kalau yang mcm tu..begini caranya
Makcik Rehan sangat < strike> cantik < / strike > gemok!
*remove kan all the spacings in between those highlighted words


Photobucket

Friday, April 30, 2010

KALAU TAK SUKA TENGOK, SILA TOLONG LIPAT, KALAU TAKMAU LIPAT SILA DUDUK DIAM-DIAM

Posted by MR at 5:00 PM 14 comments
Lagi sekali... tajuk panjang sedepa :-p


Buat renungan kita bersama dihujung minggu ini....

Ini bukan longgok sampah
jugak bukan kedai baju bundle
jugak bukan pusat pengumpulan kitar semula
kumpulan kain baju terpakai utk di derma pon bukan

semua pon bukan! bukan! bukan!




Ini adalah soalan kuiz hujung minggu....

Agak-agak hangpa, 
laki tuan punya longgokan bajuni terkujat tak kalau balik rumah?
Sapa yang berani buat laguni memang DIVA terbaek punya !!
Siapakah DIVA ittew agaknya???

Muahahahahha...

*kompom bukan aku punya sebab ada baju BEN 10*


Photobucket

Thursday, April 8, 2010

YANG BERHORMAT

Posted by MR at 12:52 PM 13 comments
25 April ni Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tawww...
So, tempat makcik kerja ni tgh 'panas' hokay...
Dari Sungai Choh sampai ke Kalumpang,
sana sini org duk berkempen pum pamg pum pang!
[umah Hajah Norlia - mak kepada pompuan ni pon termasuk sekali]

Jangan maen-maen...
Makcik korangni walaupon bukan pengundi berdaftar kat sini
masih nak kepohchi hal ehwal politikus tempatan hokay

Makcik ingat lagi, masa mula-mula parti cap mata menang kat sini
masatu makcik baru lagi keje PID Rasa nih... tahun 2008
so, sebagai penjawat awam yg baru memulakan tugas,
makcik korang adalah sgt skema
dan sgt berpegang teguh kpd prinsip SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Makanya, dlm usaha memenuhi skema pemarkahan PID
iaitu harus beramas mesra dan comolot dgn 'key stakeholder' setempat
lagi pulak, kami nk continue program tajaan pelajar misekin [tapi bijak] utk PID
yg terbantut sebab Atuk G tak menang khenn...
perlu ditegaskan sekali lagi... bukan nk bodek atau mengadu domba yer...
Makcik dgn assistant makcik pon pegila nak menghadap 'YB' yg baru

Lepas set tarikh dan masa,
gigihla kami ke Batangkali dan panjat tangga pejabat mereka
Amboih... sibuk sungguh 'YB' rupa-rupanya...
rakyat marhaen dok sibuk kuar masuk pejabat mereka hokay
makcik dgn assistant punyala dok prektis camana gaya nk becakap nanti
Al-maklum... nak mengadap 'YB' la katakannn...

Bila nama kami dipanggil utk masuk mengadap
memasing pakat dok 'tune' la muka bagi habih2 maneh... manala tau kann...
berkat tunjuk muka maneh, 'YB' sudi nk sponsor ekon 2 kuasa kuda utk PID...

Sekali, masuk jer bilik 'YB'
Assistant aku tiba-tiba senyum simpul...
terpikir gak nak tanya, awat dia senyum lain mcm...
aku pakai baju terbalik ka pon... tp makcik tetap maintain cool
So, kami pon duduk-duduk, intro diri, tunjuk kertas kerja bagai...
bila nak bercakap, akuni siaplah ber YB-YB dgn beliau..
ber Dato-Dato bagai... yerlah... Ahli Parlimen kan... respek la sikit beb
tapi aku pelik gak, tiap kali aku sebut YB ker..Dato ker...
dia senyum lebar bukan main... tp makcik tetap maintain cool

Lepas habih bercakap lebih-lebih kurang
kami pon paham-pahm sendirila kan..
tak kan nk berlama-lamaan bersama 'YB'
ramai lagi dok tunggu turn nk tunjuk muka maneh kat 'YB'
makanya kami pon mintak diri

sebelum kami kuar dari bilik 'YB'
'YB' hulur business card dia kat kami sorang satu
Kembang-kuncupla montot makcik... dpt kad dari 'YB' lah katakan

Masa turun tangga dari pejabat 'YB'
makcik sambil belek-belek business card yg 'YB' bagi tadi
tiba-tiba makcik rasa muka makcik bertukar purple!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Di atas kad tertera nama berikut
A***** W**** BIN *****
-pembantu peribadi Dato' ********-

Assistant aku dah merah muka dok gelak gila babi kat aku!
Awat hang tak habaq kat aku awai-awai haaaa.....
Aku mana kenai YB Hulu Selangor
aku mengundi kat Parit Buntaq!


*Al-fatihah untuk Alahyarham Dato' Dr Zainal Abidin bin Ahmad*
  -Mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor-


Photobucket

Thursday, April 1, 2010

APA SALAH SAYA BAPAK POLISI?

Posted by MR at 11:41 AM 12 comments
Pagi tadi cam biasa
kelam-kelibut, kelewatan, ketergopoh-gapahan
itu semua memang dah sinonim dgn Makcik Rehan

Masuk keta, start enjin
Tiba-tiba Mencah berlari ke grill pintu
Bye bye Mama!
Saya ....xxxx xxxxx xxx...... mama!

Tak dengar jelas ayat kedua dia, Makcik bukak balik pintu keta jenguk kepala... 

Apa dia sayang?

Saya mesti rindukan awak Mama!

Owhhh.... lemah lutut Mama nak oiii...
Nak kuar air mata rasanya... terharu okeh!

OK, Mama rindu awak jugak...
I love U... bye bye...

Bye Bye Mamaaaa....!
[sambil buat flying kiss bertalu-talu]

Habis part emosi di pagi hari.
Tiba masa utk memecut selaju mungkin
sudah pukul 8.15 marrr.... pagini ada kelas
budak Mahen mesti sampai awal punya

Laju pon tak laju mana... pasal keta byk pagini
Elok jer sampai depan Malayan Cement, berhadapan Sekolah Seri Garing
Tiba-tiba ada keta polis dok cucuh-cucuh Makcik dari belakang
Makcik dah cuak
Check tali pinggang, OK pakai...
Ingat2 balik, roadtax 24 April ni baru mampus...
lesen pon baru renew bulan lepas...
Aku laju sgt ker pon tadi? tak mungkin... sbb jalan jem... keta banyak...






















Tiba-tiba keta polis tu kona kanan
dan berada betul-betul sebelah si kontot Makcik
Makin berdebar... jeling-jeling dgn ekor mata.. tak berani nk pandang direct
nampak polis dalam tu dok tunjuk isyarat tangan...
Ah sudahh.... nak suruh aku berenti ker?
Kang jem satu Rawang kang...dahla depan traffic light ni...

Beranikan diri... pandang direct kat muka polis yg tak hensem tu
baca gerakan bibir dia... [fuhhh... dah mcm CSI pulak]
"PINTU"

Cehhh... pintu keter aku tak rapat rupanya!
[hantuk kepala ke stereng]

Ni semua gara-gara bukak balik pintu keta sat tadi
Nak dengar ayat syahdu Mencah di pagi hari...
Saya mesti rindukan awak mama!

Yang Polis tu pon,
punya beria nak bagitau Makcik, snaggup cucuh-cucuh keta dari belakang
siap bersignal-signal bagai...
Dia minat kat aku ler tuh!


*perasan lagiiii*


Photobucket

ShareThis