Showing posts with label Blogger pals. Show all posts
Showing posts with label Blogger pals. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Panaskan enjin

Posted by MR at 9:01 AM 5 comments
Assalamualaikum WBT


Janganla teruja dulu, baru kuarkan balik dari bawah katil, kibas debu...
Plug pon tak pasang lagi... saja display atas meja... muahahahaha!
























Letak kain perca setambun lagutu konon-konon nak seru roh
Last-last sampai petang roh tak mari
Tunda esok la pulak (macam tak biasa weii)


























Budak gigi reput ni suh buatkan hairband macam kat ataih kepala dia tu
Yang tu bukan akak buat, yang tu dia pinjam baby Kak Ngah punya
Nantilah akak kelebek tutorial kot-kot ada
Kot malaih, akak ambik je kain perca, pintal-pintal... ikat kat kepala dia :))


Petang semalam Kak Ngah mai rumah, saja lepak-lepak
Lately romah kami yg mcm gua niah ni selalu dapat tetamu
Bagus kan kalo tamu mai rumah,
tetamu datang bawak rezeki, bawak rahmat (kalau bawak pizza pon best :p)






















Anak-anak akak jakun tengok baby, maklomla... mak depa pon tak baby friendly
terkezut-kezut Cik Epal ni tido sebab depani membising... sorry ye Kak Ngah
sejak dok mengasuh Asrap yang memerapni, akak jadi trauma tengok budak kecik
Bulan ni lagi berganda trauma akak, maklumla... sebulan jadik ibu tunggul kanns


Okay, sapa lagi nak mai lepak kat homestay akak?
Meh buat appointment mehh :))





Tuesday, March 20, 2012

Mendikari III

Posted by makcikrehan KJB at 4:50 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT 


Last week kan cuti sekolah.
So, anak dara harus mentolong emak.






 Homework tak ada tau anak akak ni masa cuti skolah baruni.
Akak sayang Teacher Min. Terima kasih kerana meringankan beban tangan kiri saya.
Walopun Aisyah tak suka cikgu tu sebab dia kata cikguni gemuk.




 Bila homework tak ada, kerjanya 24 jam adalah art attack!
(lah sangatttt... puiii!)





My GAKA, my WAWA. Aeroplane penuh kat blakang tu nampak?





Kat rumah kazen dia @Gombak. Sedang membuli kucing!


****



  Last but not least.... your beloved makcik dompot :))

Cukup untuk hari ini,
jumpa lagi di lembaran akan datang. Kellas ayat kan.
Very the perpustakaan negara mesia punya ayat saiko kan?






Thursday, July 28, 2011

Picnic Table

Posted by makcikrehan KJB at 10:32 PM 2 comments
Thank you so much Tini.
Saya suka. Anak-anak saya lagi suka!



























Teringat masa sembang on the phone dengan Tini haritu
Minah ni steady ja cakap utara dengan aku
Siap main aku - hang tu!

Sapa mau, sila singgah kedai Tini kat Pasir Putih, Kelate
Takpon, pi kelebek kedai virtual dia :-)

Facebook : sini
Blog : sini





Friday, May 6, 2011

Home Based Business

Posted by makcikrehan KJB at 9:32 PM 0 comments
Beberapa rakan rapat kini giat mengasah bakat dalam bidang masakan
saya tabik hormat kepada mereka-mereka ini
walopun dengan anak kecik yang masih merayap,
badan penat seharian bekerja di pejabat,
di malam hari sibuk pulak mengadun, membakar, mengukus segala
tu pasallah aku kata... we are supermom kan?

Aku kalau bab bisnes masak-masakni memang serender singh la weiii
(kalo tak, takdela BM aku menggajah putih di bawah katil nun)































Abaikan model lobang idung, perhatikan apa yang ada di tangannya
4 bijik apam kukus yang kalau-makan-tak-buleh-stop!
sebenarnya ada setalam... lebih kurang 50pcs kalo tak silap
beberapa pcs dah selamat masuk perut aku masa dalam kereta lagi :))
selebihnya aku asingkan dalam beberapa bekas
sebekas aku kasik kat anak-anak jiran sebelah
sebekas kasik kat Maklom dan hanak-hanak beliau
dan sebekas lagi haku taram anak-beranak!

Bila orang dok sebut apam kukus, aku matik-matik ingat apam as in the real apam tulah kan
rupa-rupanya rasa dia macam kek yang gebu
ahh... tataula nak describe cemana... sedap tau, siap ada macam-macam fillings dalam dia
Mencah's favourite semestinya yang filling chocolate, tapi fillings yang lain-lain pon sedap!

Sapa-sapa yang dalam lokus kawalan Kajang atau Bangsar or anywhere else,
silalah order dengan Kak Mah Gali
LIKE page apam beliau di sini
Follow her twitter di sini
Bookmark blog apam beliau di sini



































Sapa-sapa dok area Utara pulak, kalau teringin nak try apam gebu gebamni
sila cuba contact Cek Lala USM... beliau pon baru berjinak-jinak mengapam hehe
Follow personal blog beliau di sini
Add beliau di Facebook di sini




























OK, tutup cerita apam
skang citer business online pulak ya
ini business Kak Lis yang dok kat Penang jugak
kedai baru set-up, barang-barang sedang slowly catch-up
buleh dah masuk pi cuci mata katanya...
Bookmark kedai Kak Lis di sini
Dan blog personal kak Lis pulak di sini

















Wish them all the best!



Friday, March 25, 2011

Kids Say The Darndest Things!

Posted by makcikrehan KJB at 4:25 PM 0 comments
Lunch tadi aku jumpa teman realiti aka teman sejawat

Macam biasa, apabila dua ibu 'genit' ni berjumpa
agendanya tak lain tak bukan... melampiaskan napsu tembolok sudah pasti punya
beliau itu kan sedang kaya raya... sampai buang-buang duhet dalam tong sampah gittew
makanya beliau itulah yang membelanja aku makan hayam goreng kedai merah tadi :-)
terima kasih banyak-banyak... kenyang sampai ke malam la harapnya :))

Turut serta dalam aktibiti tengahari tadi adalah anak bujangan beliau
serba lengkap berbaju pepel seperti ini...

Cumanya tadi Imam Kg Gumutni tak pakai kepiah hehe...































Kaki terkepak lagutu mengingatkan aku kepada seseorang diseberang laut sana
gaya tendangan kuda katernyerr... :))

Selesai menjamu selera di kedai merah,
kami kembali ke haluan masing-masing...

Budak di atas bersama maminya menaiki komuter untuk pulang ke Tg Malim
sementara aku, kembali ke pejabat... bentang sejadah... ambik beg telekung.....
bentang sejadah betul-betul bawah ekon... letak beg telekung kat hujung sejadah...
lalu kebabom baring atas sejadah dan tido berbantalkan beg telekung :))

Bangun dari tido tengok jam dah pukul 3
kalut-kalut bukak kunci pejabat
tune muka bagi garang, dan duduk mengadap fesbuk durjana seperti sediakala

Tiba-tiba.... tett.... tettt!
sms masuk....



























Wakakakakakakakaka!

Ni kalo Tok Laki aku baca niiii... kompom beliau gelak sampai senak perut punya
elok sangatlah korang dua orangni.... sama naik je gemoknya!


Untuk mereka yang RAM agak selow :
Kalep tipon Nenek dia aka Hajah Norlia
dan bercerita kepada nenek...
Naik komuter... jumpa kawan Mami yang gemuk sikit je....
Mami gemuk banyak.





Wednesday, February 9, 2011

LEARNED A LESSON

Posted by MR at 6:56 PM
Aku dah taip entry panjang berjela tadi,
aku publish sesaat jer... pastu aku save draft balik...

Aku teringat ostat aku kata...
salah satu sifat org munafiq adalah...
Apabila ia bergaduh, ia berlebih-lebihan
kang nanti kisah fesbuk bersambung kat blog pulak
orang yang tak tau pon jadi tau... munafiq lah aku jadinya...

Dahlah syaiton tengah berdansa riang kerana putusnya silaturrahim dua maknosia
Bila ada yang jadi munafiq, makin menjadi-jadi pulak syaiton berdansa karang!

So, malaslah aku nak panjang-panjangkan.

Anyway, tak rugi kalau kita merendah diri dan memohon maaf
nak sms tapi aku dah lost no phone dalam talipon merah yang dah lingkup
nak send message kat fesbuk, aku dah kena removed dan blocked
nak shout kat blog, blog pon dah tutup...

So aku tulis kat sini jerlah
dengan harapan dia datang singgah baca
atau ada sapa-sapa buleh sampaikan kat dia

Saya tau awak kecik hati dengan saya kakak, saya mintak maaf.
Badan saya beser, mulut saya leber, dan kata-kata saya laser (sengaja di 'rhymes' kan)
Saya telah mempelajari sesuatu. Saya harap awak juga begitu.

Setakat ini dahulu.

Butang komen untuk entryni aku katup,
supaya tak ada nasik tambah extra.






BERTEMU ORANG BAIK-BAIK (Edisi Tanjong Malim)

Posted by makcikrehan KJB at 8:39 AM 2 comments
Sila bertabah membaca entry Lawatan Sambil Belajar haku yer
banyak sangat edisinya kannn... kekekeke....

Bertarikh 31 Jan lepas,
berbondong-bondong maknosia dari Kola Lumpur datang ke Rawang dan Tanjong Malim

Dah depa-depani nak sangat singgah umah kontot aku
yang bersepah tahap Kumpulan Sepah (lagi sekali, tiada kaitan... saja nak bagi rhymes)
makanya aku pon bukakla sliding door seluas mungkin untuk mereka...

Sungguh hazabaijan, depa sampai depan pagar.. aku mandi pon belum noks!
Apa kes la ko Rehan... hanak-hanak dah dihangkut oleh PS ke rumah Maklom seawal 6.30 pagi
silalah buat spekulasi sendiri... apa agaknya aku buat lepas PS berangkat pi keja...wakakakaka!

Taman Bayuni persinggahan jer sebenaqnya,
sementara tunggu maknosia-maknosia lain sampai...
lepas setel proses penukaran voucher di Dominos
[Tengkiu Kak Mah Cari Gali <---Sha yang kata Cari Gali! wakakaka!]
maka berdoah-doahlah kami menuju ke Kalumpang
[sapa tatau Kalumpang kat mana, sila Google map yerr]

Sampai Kg Gumut dah sedang elok time lunch
terus pakat-pakat bersila hadap pizza...hehehehe...
baguihkan kami ni... paham akan situasi Orang Yg Pantang Tapi Tak Pantang
datang melawat baby siap bawak makanan siap-siap... muahahaha...

Saksikan gambar tulus ikhlas ketika di sana
gambaq dalam romah aku malas nak snap..
sebab malas nak kuarkan kamera... ini snap masa dah nak balik
takut nanti Orang Yg Pantang Tapi Tak Pantang tu perabih pizza... wakakakakaka!
























Aku memang sengaja nyuruk belakang Lela,
lagi aku crop gambor ni biar nampak separuh badan saja
saja bagi hangpa kerja lebih sikit.... sila tambah 25 kilo untuk mendapat gambaran sebenar saiz MR!





Tuesday, February 8, 2011

BERTEMU ORANG BAIK-BAIK (Edisi Keramat)

Posted by makcikrehan KJB at 8:23 AM 3 comments
-Entry draft lagi-

Dari Setapak, kami menggigih masuk DUKE balik
pastu pandai-pandai ikut arah ke Gombak, Hulu Kelang and so on
Jalam jem sikit dekat simpang UIA tu
rasanya tu semua nak balik kampung Pantai Timur kut
sebab lepas jer area tu jalan smooth as silk!

Mata melilau cari landmark,
tetiba nampak PERNEC,
terus gigil-gigil cari exit nak buat U-turn

Bila dah pass-by GSK building,
baru teringat... dah penah datang area sini tahun lepas
masatu kawan opis PS kawin... Keramat AU something...

Terus konsentret cari Jalan Enggang Utara
memusing-musing gakla...
sampaila nampak King Faisal terpacak depan pagar!

Dah beberapa kali jumpa Sha ni... warm and friendly sama macam dulu (and sweet also!)
First time jumpak King, pon sempoi gak...rabung gak sembang :-)
Airis so sweet, so girlie, so adorable!
soft spoken sama macam mak dia... jauh beza dengan MR dan anak dara dia
becakap macam mesin gerudi nak korek simen! muahahahahha....

Sha's parents in-law pon sporting habis...
tambah-tambah pak mentua dia... sembang slang Penang sempoiii...

Sha masak bihun Singapore,
aku yang memang tak pernah malu-malu ayam mahupun malu-malu kucing...
terus tibai 2 pinggan! wakakakakaka... bini sappalah ni!

Tak cukup dengan mak, anak aku pon sama naik...
dia tibai susu Airis sebotol!
hahahaha... moralnya Rehan, lenkali silala bawak bekal susu anak ko...
anak ko tu bukan macam anak orang lain,
tak dapat susu pon buleh mengamuk ngalahkan Revolusi Mesir! :))

Kalini takder gambo aku...hehehe
saksikan gambar kanak-kanak dan tuan rumah saja :-)

Anak aku tak geti bersila weii.... terkangkang ha!
Tengok Airis duduk sopan jer kan?



























Lagi sekali aku bawak Mencah jumpa Airis,
aku kena pastikan Mencah buleh cakap omputeh
kang tak pasal jadi ayam dengan itik...
Airis speaking Londong hokayyy...
sedangkan si Mencah cakap Melayu Minang + Banjar sepah-sepah!





Monday, February 7, 2011

BERTEMU ORANG BAIK-BAIK (Edisi Setapak)

Posted by MR at 10:09 AM 8 comments
-Entry draft. Taip masa boring-boring kat romah-

Siang tadi pegi Keramat nak jumpa Sha - nak hantar barang
tapi MRR2 jem tak hagak-hagak!

So, kami 2 beranak (me and Mencah)
berani-berani gamble masuk DUKE

Lepas jer bayar tol DUKE,
nampak exit AYER JERNIH
ehhh... air-air ni macam dah dekat Setapak dahni

Berani-berani lagi kuar kat exit tu
park kete tepi jalan sat,
usha keliling.... eh, Jalan Ayer Leleh!

Terus capai talipon,
dial nombor talian hayat...
lalu disuruh cari rumah kaler kunen.

Tak sampai 2 minit,
nampak Pok Nik tengah dokong Amir depan pagar rumah kunen!

Punyalah lama plan nak peluk-peluk dengan Kak Ed,
tetiba harini Allah bukakan jalan,
ada hikmah disebalik jalan yang jem melekat tadi :-)

Aku tatau nak describe lagumana,
betapa aku sangat besar hati mendapat layanan yang sungguh mesra perdana dari Kak Ed sefamily
rasa macam abang-kakak aku sendiri tau!

Tima kasih Pok Nik dan Kak Ed kerana menerima kehadiran kami siang tadi
maafkan kejakunan Si Mencah yang ala-ala culture shock bila tengok menan banyak sangat!
[cewahhh... anak ko jerla jakun, ko tak jakun ekk Rehan! wakakakaka]

Kak Ed sebenaqnya kecik molek saja orangnya,
aku tengok dalam gambo macam beso...
maknanya betoila orang kata... dalam gambo atau dalam tibi,
berat kita bertambah 5 kilo... orang kata... bukan aku kata....

Tapi tapi tapi......
kes aku lain pulok! huwaaaaa....

Kak Ed ala2 terbeliak mata melihat haku tadi...
sampai terpacul dari mulut beliau : Semangatnyaaaa...! <---- i tak kecik ati Kak Ed ;-)


Mungkin sekali, dalam kes akuni kan,
dalam gambo berat aku nampak macam kurang 5 kilo dari fizikal sebenar...
sedangkan realitinya... berat aku kena tambah 25 kilo berbanding dalam gambo!

OK, sila tatap gambar berikut
mujur aku bawak Mencah, buleh buat prop sembunyi lemak! muahahaha...
























p/s :
Sila tambah 25 kilo untuk mendapat gambaran sebenar size Makcik Rehan!
Happy Birthday (again) Ariq budak hensem! :-)
Kak Ed, tengkiu bertubi-tubi for 'everything' ya.. :-)



Friday, January 21, 2011

I'M ILL, BUT I'M CHILL

Posted by makcikrehan KJB at 1:57 PM 5 comments
At times, i don't need nice words or shoulders to cry on
Practical jokes or sarcastic words might helps [sometimes]
Thank you so much to mulut-mulut puaka sekalian...
korang memang rebel macam aku tau! hahahaha

OK, enough with that 6-letter red word.
Chill la Rehan! Teruskan berGOYANG hokay!!

Lately, haku terima banyak pertanyaan macamana nak buat belog macam aku punya
baik belog MR mahupon belog KJB
jangan sentap, aku tak marah... i'm honoured okay,
dalam beribu-riban belog canggih-manggih dalam donia nan fana nehhh,
korang pilih untuk buat belog macam belog belacan aku,
terharu hakak dikkk *sambil pura-pura lap ayaq mata*

Nak habaq mai terus terang, belog akuni... tempblate dia bukan aku reka-cipta sendiri tau
aku tojah ambik free template kat ipietoon jer pon (ader credit aku letak kat kanan nun)
tapi lepastu aku sengkang mata kelebek kat HTML code dia,
tukar mana-mana yang patut.. especially font style and size.
Dari 3 template haku godek buang jadikan 2 template saja.
Frankly speaking (cewah, tetiba ckp omputeh) nak godek HTML tu agak susah bagi mereka yang tak biasa

Well, aku pon tak biasa gak memula
dah hari-hari aku kelebet jadi cam biasa pulak... ekekekke

Eh, aku nak tanya terus terang nih,
korang nak ke blajar buat blog macam aku tu... dari A to Z,
putting in necessary widgets, layout setting and colours bagai,
pastu nak ke blajar camana nk godek Twitter, Networked Blog, Facebook, Fan page bagai?

I was thinking of organizing a full day course to teach all the above to those who really interested.
Minimal fees will be charged of course tapi lom decide la berapa juta aku nak caj (rega kengkawan jela)
I am no expert hokay, but am willing to share and bertukar idea dengan kamu orang semua
rasanya kalau kumpul semua at one time at one place... lagi senang aku nak temberang sekaliharung kot :))

Leave comments here if you're interested,
We'll decide from there.. and see how this can be done.

Alternately, i can also be reach at makcikrehan@gmail.com

Chill babeh!







Monday, January 10, 2011

WEAR IT RIGHT. AT ALL TIME.

Posted by MR at 2:45 PM 5 comments
Peringatan untuk diri sendiri,
juga hadik-beradik haku yang mengikuti belog haku.

Bak kata Ana Raffali yang menang AJL semalam,
TOLONG INGATKAN AKU
[Tolong bagi penampo kalau aku melenting bila org ingatkan haku]



























It says : Hijab, Wear It Right Campaign. Covering The Chest Is The Best.


Terjumpa kempen ni masa jalan-jalan di belog Budu dan Belacan.
Simple dan praktikal. Seperti tagline belog itu jugak - Busuk tapi sedap!
Haku petik sikit kata-kata Sue Anna Joe aka pemilik belog :


   So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc. 
   Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. 
   Sangatlah dialu-alukan.

   Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. 
   So come on girls, let's do this. Covering the chest is the best!



Berpesan-pesan ke arah kebaikan.
Tak banyak, sikit pon jadi.


.





Thursday, January 6, 2011

MERASMIKAN 25 HARI - PIC UPDATED

Posted by MR at 11:32 PM 5 comments
Tahniah Zalia dan Izman di atas kelahiran baby girl yang comel.
Gambaq aku tak geti nak upload sebab dok ada dlm telipon PS.
Tunggu dia balik kelas kejap lagi aku suh PS ajo cemana nak godek telipon besau penampo nih.



























Selimut depa dua ni sama kannn...
silap2 doktor yang nyambut pon sama...ekekeke
aku dulu pon masa check-up dengan Dr Ratna, sekali masa banak kena Dgn Dr Zarul
saja bagi anak aku tumpang glamer baby Awan Dania nehh... ;-)
















Sapa lagi bolats?? kekekekke...



Yang digeruni lagi cuba dielakkan telah terjadi.
Takperlah Zel, janji semuanya selamat.
Setakat 5K kos ceaser... apa ada hal.
Sia-sia Hajah Norlia jadi guru besor terbaek negeri Selangor :))

Esok pagi InsyaAllah aku nak pi melawat.
Lepas jenguk Zel, aku desup pegi Hospital Selayang ambik mak ayah
pastu desup pegi Klang... bawak mak ayah jumpa Maksu kejap.

So, 25 hari selepas ini... adakah mungkin Akak Zel korang akan hadir ke PID
dengan berpilis, berkain batik, berstoken, berbengkung dan bersanggul sendeng?

Sadisss...

Kalau aku... No way!
Busuk-busuk aku cukupkan jugak 40 hari.

p/s : Kalep, jangan ko nak otroman kan adik ko ni yerrr....




.

Thursday, November 25, 2010

MERENTAS DUNIA DI DEPAN SKRIN

Posted by MR at 1:01 PM 11 comments
Korang tunggu aku pindah duduk Uganda,
blog aku pulak kuar majalah!


InTrend December issue, page 140.

Kepada pihak yang berkenaan,
cepat suruh Mak Jah beli 5 copies... frame kan!
satu letak kat pintu dapo,
lagi 4 letak depan pintu jamban!
Muahahahahaha....



Motep korang ramai yang tak tau Majalah InTrend???
Sentap editor dia weiiii....


First time haku belik!
Lagi sekali aku belik, pastikan blog aku pulak yang kuar :))






Tuesday, November 16, 2010

TENTANG ZALIA... MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU

Posted by MR at 3:00 PM 3 comments
Begini kisahnya, semalam MR dan PS ada hidden agenda ;-)
lepas jumpa mak kat spital selayang,
kami pergi Tropicana nak jumpa ex-opismate MR .. nak ambik milk powder
pastu, dah alang-alang lalu 1 Utama khennn...
PS ajak pi dating tengok wayang...

Lalu, macam biaser...
haku mesti kepohchi kat teman seboroi segendut yang sorang tu
























Sekali, minah ni balas...


























Pastu haku balas,

























Tak lama pastu minah ni balas balik,

























Kendian mesej masuk lagi...




Aku pelik tengok baju kaler pink tu,
ingatkan dia masuk PMC Sg Buloh
sebab baju PMC pon cam gitu jugak :-p
kalo PMC dah dekat sangatlah dgn aku,
harus aku pi singgah terus!














sekalinya dia balas,


SMS kat atas ni ada 2nd page...
aku mls nak snap 2nd page tu..
ada satu perkataan jer lagi yang tertinggal
korang hagak-hagak apa perkataan last tu.. ekekekeke...
clue : meng'hantu' lindungan kaabah! :))
















Lalu, haku pon balas balik...

























Dan ini mesej terrrbaru yang haku terima sat tadi...
tak balas pon lagi....
























Korang rasa zalim tak kalau aku balas laguni :
Ko nak aku lepuk ko dengan laptop kerrr dengan monitor berat 16 kilo nih?
Gaji bulan depan pon belum tentu dapattttt...
lagi ada hati nak verangan slim tibi ataih kepala tau!


Kerrr.. ada sapa-sapa nak lancarkan tabung derma kilat?
Muahahahahaha...!

Zalia Hezlin bt Abollah Zawawi,
Get well sooon ya!
Aku bosan takde geng nak mengarut! :))






Thursday, October 14, 2010

HUTANG BILA NAK BAYAR?

Posted by MR at 9:41 AM 1 comments
Nahhhh sekarang jugak aku bayar!
Sorry... ganda 23 kali yer Amy, haku lupa tau nk up dalam entry...

Kawan-kawan, Amy Sweetdarling dah tukar URL blog beliau tau... 
http://sw33tdarling.com






















Di atas tu adalah URL beliau yang baru... sila update bloglist anda sekarang :-p
tukar URL baru, cat pon dah baru... shantek!

I lap u Amy... muah! muah!







Monday, October 11, 2010

KETEMU TTM

Posted by MR at 8:19 AM 13 comments
Punca pergi Shah Alam,
tu pon jenuh aku pujuk PS tau
sesat barat toksah tanyala kannn...
selagi takde GPS, meraban semedangla kami laki-bini

Ini dia pompuan boyak vs pompuan shantek!
yang shantek yang belah kiri tu... wakakakaka...

























Actually aku tak kisahpon nak tunjuk muka penuh aku dalam ni
hangpa bukan tak biasa tengok makcik kan?
tapiiii... aku riso takut pompuan sebelah aku tu yang tak suka dipertontonkan
haritu masa tangkap gambo takde pulak aku tanya kat dia
Ni gambo ni wajib tayang ke tak nih?

So, untuk keselamatan
aku blurkan siap-siap tang mata tu.. ala-ala tahanan ISA ekekekeke...
kalau aku blurkan mata TTM saja macam klako plak kan,
kang org ingat aku retis plak... ekekekek
[kan biasa org tunjuk gambo dgn retis, mata sendiri dia blurkan]

PS kan, masa kat sana punya dok pulun makan rendang daging
sedap banget kata beliau..
maklumlah, bini dia mana geti nak buat masakan heavy metal mcm tu kan
balik-balik dok masak sambal ikan sadin kurus keding jer kan

Pastu aku tanyala... nak black forest trifle ni tak?
jual mahal ko...
Tanak ah.. tak minat la lembik-lembik nih


[pic credit to TTM]




















Sekali si TTM kuarkan trifle baru dari fridge
tetiba dia bisik kat aku
ambiklah sikit 'kek lembik' tu... abang nak rasa

So, aku pon potongla banyak sikit... sebab aku nak tumpang makan sama
nak ulang-alik ambik banyak kali sumpah aku malu
dahla si mencah pon dok sakan hadap hat tu saja
TTD dok memantau dari kejauhan tu... malu woo.... ekekekek

PS sound aku...
iskkk.. apa banyak sgt ni...sikit dah ler
takperla, kang abang tak abih... saya perabihkan
[aku kan memang ala2 tong sampah DBKL :-p]

Sekaliiiiii.....
Habis licin PS tibai kek yang konon-konon lembik tuh!

Bila aku tanya,
abang kata tak lalu lembik-lembik?

Alah... dah dok ada dalam pinggan.. abang tibai jerlah!
wakakakakakaka.... konon tau bang! konon tak lalu... :))

Chocolate trifle tu syedapppp... Mencah tak makan yang lain.. makan yang tu saja!
Dan Amjah sangatlah syomel weiiii...
asyik menyengihhhhhh, jelir lidah semedang hahahaha geram aku tau! 

Tengkiu TTM kerana sudi menjemput haku yang syomot dan tak stylo ni
tak sangka, ada berkoyan-koyan blogger dalam melesya ni aku blom jumpa
engko yang jauh di obersi jugak yang aku jumpa dulu...

Lega takde adegan speaking ostolia
berpeluh-peluh aku bukak kamus oxford sebelum pegi tau
tu sebab aku lambat sampai...ekekekek
manalah tau.... kot-kot depa tak geti cakap melayu khennn...
akuni cakap omputeh masa interview mintak keja jer...
selebihnya dok cakap banjar + minang ajer... hahahah


















Monday, October 4, 2010

JUZER FAMILY - KUNJUNGAN YANG MENGKANTOIKAN

Posted by MR at 11:51 AM 5 comments
Sabtu tadi, kuarga yang tersebut di atas datang bertandang ke Bayu Permai.

Ada beberapa perkara yang makcik kesalkan apabila mendapat kunjungan dari kuarga ini,
tudiaaaa... Bini Juzer mesti dah suspen baca tajuk entry ni... ekekeke

1. Aku tak sempat tuko baju raya kaler kunen yang aku jahit haritu
    Aku pakai blouse buruk kelabu asap yang sudah kuyak dibeberapa lokasi
    Kalau aku pakei baju kunen tu, merasalah korang tengok aku posing...

2. Aku tak sempat sorok kain baju yang aku baru ambik dari kedai dobi semalam
    Kantoi satu melesya, Makcik Rehan pemalas basuh kain baju! hahaha

3. Aku tak sempat sorok 'agen-agen menguruskan badan' yang terpampang jelas dalam rak!
    Sekali laki aku, sekali si Juzer.... bersatu-padu menggelakkan haku punya Jusmate,
    Teh Org Kampung, Pil Binari, Pil HPA dan sebagainya.... huwaaaa.... malus domestica sungguh!

4. Aku tak sempat mop lantai yang dah seminggu tak kena air!
    Nasib baik lepastu hanak-hanak tulong buat kecah,
    lalu nak tak nak, petang tu haku ada alasan untuk mengemop. ekekekeke

5. Aku tak sempat kunci BILIK RAHSIA.
    Adik Ikaaaaa.... jangan bitau Ibu kamu apa yang kamu nampak yerrr....
    Ini rahsia kita berdua jer taw!

6. Laki aku BELUM mandi!


Despite all of the above,
The kids were having fun bermain sampai lebam dan kusam di halaman sekangkang kera kami.
Mr and Mrs Juzer terkulat-kulat terpaksa mencekik hidangan low class yang sempat haku masak.
Masatu haku dah terbayang, kalau aku ada Ana Suzana kan baguih....
buleh dia masakkan soto utk tetamu aku! kah kah kah....

Anyway, terima kasih Nieza dan kuarga sebab sudi berkunjung ke Bayu Permai.
Maafkan segala kekurangan dan kecacatan dalam layanan kami.

Bak kata sorang kawan yang jauh tu...
Kedatangan tetamu membawa rezeki
dan kepulangan mereka membawa keluar dosa

Oleh itu, sapa nak mai Bayu Permai silalah mai...
Tapiiii... sila buat makluman 3 hari lebih awal
supaya perkara-perkara di atas tidak berulang lagi... hahahahaha...

Sedikit gambar selingan,
oleh sebab tak pakai baju chantek khennn... makanya tak adalah gambo aku!












































   






Thursday, July 8, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Posted by MR at 4:18 PM 13 comments
Tak pernah tau dalam sejarah makcik berbelog,
makcik buang list blogger makcik dengan penuh kebencian!


Selamani, kalau makcik remove orang dari list
biasanya sebab orang tu dah tutup belog dia... atau
dah 8 tahun dia tak update belog...


Kalau saja-saja, memang makcik tak akan remove dari list...


Tapi harini.... makcik yang selamani cool mak bedah bila berbelog
rasa macam ada api marak menyala kat bawah bon*ot tau!


Semenjak satu kejadian di suatu ketika [orang2 tertentu sahaja yang tau]...
Makcik tak pernah ambik kisah hal-ehwal belog orang
lantak pi orang tulah nak tulis apa kat belog dia
kalau makcik suka, makcik baca... makcik komen...
kalau tak suka, makcik hempuk kebod ke dinding... cewahh propa :))
takdelah... kalo tak suka, tutup jerlah kannn...
bukan aku yang bayor kan streamyx dia atau pon broadband dia
dan bukan laki aku yang sara makan minum dia pon
[haaa... sekali sekala angin lintang makcik datang, keji gila tau bahasa aku]


Tak payah nak email-email makcik tanya sapa blogger tu....
mai sini aku nak bagi link....


*
*
*
*
*
*
*
*
*


Kowser mak bedah! kang mencanak naik hits dia! muahahahaha....

Sunday, June 6, 2010

BREVILLE BUKAN SMALLVILLE

Posted by MR at 8:13 AM 2 comments
Kak Chloe, ingat tak dulu haku penah tanya kamu
[modus operandi panggil ko kakak sebab aku nak feeling mudo dari ko]
BM kamu cap apa? kalau tak ingat sah kamu banyak makan semut Ostolia

Gambaqni dah lama terperam dalam henfon
mandangkan aku kat kampung skang, with limited internet access
haku pon korekla apa2 bahan yang buleh buat entry auto publish

On that day yang haku dah tak ingat bila
tapi yang pasti lama gak dah la
haku pegi Tesco Rawang, cam biasa nak beli desert dan lampin hanak-hanak
pastu aku merewang kat area barang letrik

Tiba-tiba ternampak ini barang

 Besau godang. Apo tuh?




OK, skang dah tau kan?
Juice extractor cap BREVILLE
Brand kebanggaan ko Kakak Chloe!

Aku pon... dengan gaya kepohchi ala-ala Kak Mah Gali
[aku promote ko ni Kak Mah, ko jgn marah lak... 
ko jgn buat Catatan.... Benci sama MR pulak]
terus melaung panggil SA berbadan sederhana 
yang tgh dok layan mengantuk di suatu sudut terpencil

Kak [lagi perasan muda], brand Breville ni ada brg apa lagi kat sini?
Itu jer yang ada kak [dia pon tanak kalah, nk muder jugak]

So Chloe... adakah ko tertanya-tanya motif entry ini?

Walopun ko tak tertanya-tanya, mai sini aku nak bitau

Birthday aku bulan depan, 
ngam-ngam sebulan dari sekarang.

Tak paham lagi?

Ko memanggg....

SPONSORLA HAKU SEBIJIK BREAD MAKER BRAND BREVILLE!

[sambil kelip-kelip mata buat muka kesian kat Kakak Chloe :-p]


Tuesday, May 25, 2010

TUNGGU PENGUMUMAN RASMI

Posted by MR at 9:36 AM 1 comments
Makcik dah tak sabar-sabar nak tunggu pengumuman rasmi dari Bini Jeman
Haku pulak yang teruja lebih!
Cepatla bangun Zellll..... kang aku yg buat pengumuman karanggg...


Photobucket

ShareThis