Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

CHEFEL LAH PULLEKKK....

Posted by MR at 3:49 PM 10 comments
Dasarr... dasarrrr...
Mangsa terbaru yang berpotensi menjadi gajah putih ...








Buleh flip flop u olls, takde dah mercik-mercik minyak dapur mak!
Kat Cosway ada juai katernyer... Rm188 gittew
Haruskahhhh???






Friday, December 3, 2010

SUSUK AKU PULAK KER YANG HILANG?

Posted by MR at 1:19 PM 4 comments
Semalam di HYTEX, sewaktu beratur nak melunaskan bayaran
tiba-tiba cashier bagitau total kena bayar 76 hengget melesya,
haku sedikit kaget!

Apa beneren hanya sebanyak itu?

Tak buleh jadini...
cepat-cepat hulur duit, ambik pelestik
kemudian zassss..... kembali ke medan perkiraian!

Kirai lagi kain-baju... lagi dan lagi...
tapi semakin lama semakin takdak feel
dapat lagi 3 helai jer Baju untuk Mencah
terus bawak pegi bayo... kena lagi 20 hengget melesya...

So, total 76 + 20 = 96 hengget melesya
kedip-kedip mata... macam tak percaya!
Sila sujud syukur wahai incik somi :))































Apa mungkin susuk shoppingku telah luput tarikh?
kena pi jumpa Nek Moh cepatni.... kena renew!




Thursday, December 2, 2010

DAH TERIMA BATON!

Posted by MR at 9:38 PM 1 comments
Mula-mula mari bercerita tentang ini

















Gatai budak Zea ni.. aku kata jgn kumen nak jugak kumen!
aku rumen kang haaaaa.... kekekekeke...

Petang tadi, mak hincik korang pegi Kepong
ini adalah acara tahunan haku tiap-tiap tahun - HYTEX warehouse sale,
membeli stok baju-bajan hanak-hanak untuk setahun.

Tahun ni ada sikit paradigm shift - buat kat Dewan MPS Kepong,
takdela nak kena kuar masuk section demi section macam selalu tu
lokasi dewan ni tak jauh pon dari kilang Hytex tu.

Mereka-mereka yang bakal pergi esok,
sila elakkan membawa hanak-hanak yer
kepanasan dan kesendatan adalah dijangkakan
[macam tak biasa pulak korang]

Oleh sebab haku pegi dah tengahari,
mungkin banyak baju-baju yang best-best orang lain dah pulun agaknya
tapi stok dok ada yang berpolon-polon dalam setiap kandang tu pon belambak lagi
tak habih pon haku punggah... aku kirai gitu-gitu jer pon
sapa yang ada anak rumaja sangat berbaloi la pegi
banyak baju saiz depa-depa

Baju untuk Double A haku nih banyak aku ambik yang umur besor-besor
tambah-tambah Si Mencah, T-shirt dia pakai skang banyak yang saiz 5-6 years tau
aku rasa anak aku takdela beso sgt...  sizing baju Hytex ni memang a bit small gamaknya
pastu leher baju dia mesti terkelediang bila dah basuh pakei mesin :))
[dah dibagi murah, pon nak kutuk gak lagi :-p]

Pricing?
Basically, all Short & 3 quarter sleeves Tees = RM5
toddler's long sleeve = RM8
short pants = RM3
undies = RM1
teens & adults clothing = RM10-RM12
Jeans & Corduroy pants = RM15 and above
bottles, nipples, wet tissues & socks sama jer mcm harga tahun-tahun lepas
but this time around, takde wide neck nipples at all tau
agak kuciwa disitu... huhu...

Shoes, sandals, sport shoes [for kids] banyak choice kalini
Brader Bangla tu tunggu kat atas stage,
tunjuk kat dia kamuorang nak pesen yang mana,
nanti dia carikan size
Harga pon okay... tak ingat satu-satu,
sebab lain design lain harga
but sandals; ada yang as cheap as RM5

Gambar hasil belian?
Tak tangkap pon lagi... malas nak kuarkan dari pelestik :-p
tengoklah nanti-nanti... [pakai dak dah la tu :))]

OK, pasal baton pulak... huhuhu
apa? baton buntingggg???
Choyyyyy sangat tau!
Bukan arrr... bukan buntingla....

Ni ha... Aisyah dah pass baton chicken pox kat adik dia :((
maghrib tadi Babah dia perasan dah muncul bintik berair kat leher Asyraf
buat masani demam belum wujud,
esok siapla... kompom maklom dia tak buleh buat keja
memerap tak hengat punyala....

Tengkiu Nuraz sebab sudi pos daun mambu kat aku
esok nak bagi daun tu kat maklom,
suh ramas2 mandikan si Asyraf

Nampak gaya kensel la plan balik Parit Buntaq hujung mingguni
biorlah umah Tmn Bayu jer yang transform jadi wad kanak-kanak
daripada umah mak haku yang bertukor jadi wad :))






Monday, November 29, 2010

SKETSA DALAM PASOR

Posted by MR at 11:05 AM 11 comments
Dik, mainan yang macam jentolak,
yang ruper cam rama-rama... ada gambo Barbie ker Pincess ntah,
yang kaler pink, yang kalo kita tolak-tolak tu.. sayap dia terkuak-kuak tu... ader?

Oh ader kakkkk... aderr...

Maner? takder pon kat depan ni
Haritu ko display kat depan ni jer...

Saya dah simpan belakang kak, sebab tinggal sekor jer lagi
ni display set ni kak... tapi elok lagi [sambil hulur menan]

Berapa? [sambil sambut menan]
8 kak....






























5 dapat? <----- berhati-hati kalo jumpa customer macam ni :-p
Ishhh... tak dapat kakkkk....!

Bebola kat sayap dia dah pecah...
'Barbie' dia dah kedut-kedut....
bebola yang satu lagini dah calar-balar....

Ye ker... meh saya tengok...
Ok la... bagi akak 5 la....

Cehhh... mana buleh 5!
bagi 3 sudahhh... kasi clear...

Uihhh... up sikit kak...
4 la...

Ahhh! takde.. takde...
3 sudahhhh

4 la kakkkk....

3 la... cincai kira....

OK la, OK la...
3 laaaa....































Amacam mak saya punya skill?





Monday, October 11, 2010

HAHAHAHAHAMPEH DOT COM

Posted by MR at 3:16 AM 1 comments
Bini Juzer.... khas untukmu ekekekeke...


























Gudang terbako ker gudang tenggelam entah
Hazabaijan betul kasut-kasutnya...








Sunday, September 5, 2010

KAKI KU, LUTUT KU, OFFICIALLY SUDAH MASUK THE GARDENS :)

Posted by MR at 1:54 PM 5 comments
Keterseliuhan hari Khamis haritu dah beransur pulih
dari makan ubat 3 kali sehari,
haku memandai kurangkan jadi sehari sekali saja
nak tengok, kepala lutut hakuni buleh tahan ke tak kalau tak makan ubat

Alhamdulillah, dah buleh pusing pelbagai sudut
tapi haku still tak berani nak melutut
sebab terasa gak dia punya nyut-nyut
belum berani ambik risiko,
sooooo.... makcik still belum boleh solat berdiri
pandai-pandailah imejin sendiri...
tak kan aku nak suh PS tangkap gambo aku tgh solat duduk pulak kan
ada aku kena libas dgn kain sejadah lak karang :))

Sabtu semalam, cam biasa...
buker dan sahur ditaja oleh restoran rosnah batu 16 :-p
tapi pagi tu, kami pegi Garden kejap
dengan misi yang sangat ringkas - nak ngabihkan voucher Isetan yg bakal expired 30 Sept ni
sapa follow blog mencah dari dulu,
mungkin ingat lagi kisah voucher Isetan ni
kalau tak hingat, sila baca di sini....
Ini tahun lepas punya cerita.. hehehe.

Tahun lepas voucher ni gagal di habiskan,
so tahun ni... aku kata kat PS
kalau tak reti nak beli apa, mai saya tulong perabihkan :))
dapatlah aku suar slack plus size sehelai,
sandal marhaen utk mencah sepasang,
mainan thomas toink-toink nak bagi budak-budak dok diam,
dan puting botol susu asrap 2 ketui
makanya selesailah voucher 100 hengget ittew...
mana lagi 100?
hehehe... haku dah bagi kat kawan-kawan masa depa kawin
dan masa besday anak-anak depa. hihihihi... aku malas nak belik hadiah,
kasi voucher jer... biar depa soping sendiri :))

Balik dari Gardens, terus tuju umah nenek onah...

Dah sampai part ni, malas dah haku nk sambung taip
sebab, on the way nak sampai umah nenek
Mencah bikin Onar lagi dalam keta.....
Mamaaaaa... saya birak!


Grrrrrrrrr....!!!

Friday, July 23, 2010

OH MY DARLING!

Posted by MR at 12:37 PM 0 comments
Oh my darling!
Oh my darling!
Oh my daaaaarling Clementine....
You are lost and gone forever....
Dreadful sorry.... Clementine....!

The above is for those who keep on asking,
What on earth is she saying in that videoclip?


 *****************@@@@@@@@@@*****************





Again???

Kepada konco-konco Wilayah Rawang/ Selayang/ Hulu Selangor,
sila bodek somi memasing mulai sekarang!

The above will be happening on July 28th - Aug 8th,
at Selayang Mall.

On previous sales at The Mall [recently on June], 
makcik korang ranap poket luar dan dalam!

Discounts up to 80%!

Pingsan!


Friday, June 25, 2010

PROSEDUR NAK TUKAR TUPPERWARE YANG ROSAK

Posted by MR at 11:40 AM 10 comments
Masa musim meroyan masuk umah baru tahun lepas,
makcik beli barang-barangni online
pastu, penutup bekas air yang kaler oren ni... dah kuyak sikit...
[asalnya tak kuyak, baru-baruni jer terkuyak]
betuila kot.. org kata tupperware ni harapkan rega jer kemain mahai...
kualiti tarak!


















Stokis Tupperware dah bukak kat Rawangni
so, silalah beritahu makcik.. apakah prosedur nk tukar lid tupperware yang koyak?
kena bawak resit asal pembelian kah? <--- tah kat mana haku campak!

plis.. plis... plis... kamu jgn nakal...

i lap u.
muah muah.


Friday, June 18, 2010

BUKAN UNTUK TATAPAN PEREMPUAN YANG SEDANG KEJANG PERUT

Posted by MR at 9:54 AM 10 comments
Memang hina-dina sungguh bunyi tajuk entry ini kan
Mahapkan daku wahai perempuan... [u know who you are :-p]


Adalah dimaklumkan, makcik sekarang tgh kemaruk sama ini barang
Lazatnya kalau dapat landing hari-hari atas ni.....

























Atau yang macamni pon buleh jugak....























Sangat kemaruk, sampai tiba-tiba perut aku plak yang rasa kejang!



Tapi perlu diingat... selaku presiden kelab isteri-isteri marhaen semalaya,
Makcik sangat tak upaya nak hangkut yang FD punya huhuhu....
kat Stadium MPS, seketui wing chair ini adalah berharga RM 599
599 tu adalah lebih mahal 90 hinggit dari installment si kontot satu bulan taw!

Masih terasa-rasa keempukan kosi-kosi ni
sewaktu makcik melabuhkan bon*ot keatas mereka
[habihla hilang kekenyalan kosi-kosi neh kena henyak dek makcik badak!]

Haruskah makcik cari kosi terbuang di mudah.com
lepastu hantar kat brader repair kusyen yg kedai dia kat belakang PID ni
suruh dia balut guna fabrik yang dibeli dalam keadaan separa sedar haritu?

Haruskah? haruskah?


Pendapat bernas sgt dialu-alukan....

Nasihat?
Tak payahhhh... aku bukan 'makan' nasihat!

Muhahahahaha..... !!

-keji tapi comel-


Thursday, June 17, 2010

LAGI SEKALI... MENYESAL TARAK GUNA SATU SENG PONG!

Posted by MR at 3:11 PM 6 comments
All pics from Google.



















So, satu Malaya dah boleh agak kan?

Punya tergedik-gedik nak beli jugak-jugak
gigih pi tanya kedai repair sofa, berapa caj 'balut sofa'






















Lepas dah beli, balik umah... dok tenung-tenung balik sofa yg dok ada
apa salah ko kan sofa... baru setahun pakai ko... tak rosak apa pon
kecuali kena conteng dgn Mencah
[tunggu Chloe pass magic spray kat Mak Jah kot2 leh hilang :-p]

Apehal aku gataiiii sgt nk balut-balut sofa tu hah?
haku bukan giler tema hinglish sangat pon.
Sofa dok elok-elok, sihat walafiat,
lepas kena balut semula, kalau jadi tak sedap duduk..
longgar sana-sini camana? ha? ha?

Menyesal tu satu hal...dah tentu punya...
paling tak sanggup, berasapla telinga dengar kejian tok laki sendiri

Apehal ntah!
Mesti aku tak baca Bismillah masa start keter nak pi Stadium MPS dua hari lepas

Apa PS kata?
Lawa corak kain dia.
Ni utk sofa je ker? Untuk langsir punya mana?

Whoaaaaa.... makcik ingat nak kena maki dah...
pasal makcik pandai-pandai pi beli sendiri lepas balik kerja kemarin
[makcik habaq kata nak pi stadium, tapi tak habaq kata nak beli :))]

Dan sekaranggggg.... rasa nak pegi lagi sekali sgt membuak-buak
sebab PS dah timbulkan pasal kain langsir lak kan...
haritu tak beli kain langsir, so mcm nak kena pegi lagi sekalilah kan
beli langsir pulak kan kan kan kan?

Muahahahahahahahahahahhahahahah !!


Bini sapa la perangai huduh ni haaa??

-bengkrap-


Monday, June 14, 2010

OF FELLA DESIGN AND NEW TAGLINE

Posted by MR at 9:59 AM 12 comments
Assalaaaaaaamualaikum!

Memulakan entry pagi Isnin dengan penuh kesopanan dan kesusilaan
sesuai dengan gambar profile terbaru di FB
yang mencerminkan keayuan seorang moslemah sejati
namun masih mengekalkan ciri-ciri trendy, cool, menawan dan beriman.
Blah la ko Rehan.

OK, we did went to FD warehouse sale semalam.

Dari petang Jumaat, makcik dah meliuk lentok kat PS [sila imejin] - gagal.
Hari sabtu, lentok lebih sikit lagi - gagal lagi.
Hari Ahad, lentok lebiiih lagi, plus kunci mulut tak nagging apa-apa kat beliau
walaupon hati makcik dah terbakar marak menyala
tengok beliau bermaharajalela jadi Ultraman Cosmos 
dan bersatu tenaga dengan Ultraman Dyna dan Ultraman Tiga
memporak-perandakan rumahtangga jadi mcm kapal bocor tunggu masa nak karam!

Demi FD, demi FD... kupendam sebuah kemarahan!
Kah kah kah kah kah kah...

Akhirnya, pada petang Ahad yang tak berapa panas,
tiba-tiba PS bersuara dengan lemak merdu
Cepat siap, jomlah pegi Selayang kejap...

Nasib baik kat umah Nenek Onah...
kalau di Bayu Permai, kompom makcik terloncat-loncat ala-ala erobik
sangat teruja tak payah cerita!

Hangkut Yang Dipertuan Kecik Asyraf Sinclair saja
Yang Dipertuan Idom Kembam tinggal dgn cousin-cousin dan Nenek Onah
Lantas memecut laju ke Stadium MPS,
tak sampai 10 minit dah sampai


 Gambar yang disnap tanpa flash dan takut-takut...
takut kena maki dgn SA fondan!


Orang pun tak ramai,
agaknya makcik dengan Noor jer yang gila talak kat FD nih
Muahahahahaha....

Teruja melihat harga... memang murah banding dengan showroom's price
Fabric nya sangat menawan kalbu... RM 15 dan RM 18 semeter...
dengan corak dan warna yang sungguh menggetar jiwa
murah banyaklah berbanding dengan harga fabric kat Elyza atau Vantage
[Die Hard Fan Elyza dan Vantage jgn maki makcik haa...]

Bila tanya kos untuk upholstery...
untuk 2 + 3 seater sofa = RM 1300 ++, tetapi untuk SOFA FD SAHAJA!
kalau bukan sofa FD, charges maybe double!
ini menurut kata si fondan SA tulah kan... tataulah betul ke idak... 
[eh, SA tu memang fondan betul hokay, cuma belum tumbuh Bo*bs jer :-p]

Mendengarkan kata-kata SA tersebut, PS pon berkata :
Takyahlah nak beli kain, nak hantar balut sofa lamatu... leceh
beli jer terus sofa baru dah siap ni... lagik murah!

Makcik baru nak senyum lebar sampai nampak gigi bungsu...
*
*
*
*
*
*

Tapi... langsung tak jadi bila beliau sambung ayat....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Bayar sendiri...
Abang dah pokai buat pagar batu hadiah anniversary


Dan-dan makcik dokong Asyraf pegi keta!

Malam tadi tido tak lena, terbayang sofa FD
 Huwaaaaaa...


Dan pagi ni... demi nak menggumbirakan hati yang rawan
sebab tak dapat sofa FD...


Makcik kasi up tagline baru...
Makcik Rehan : The Hottest Makcik in Town!


Sob.. sob...sob...

Friday, June 11, 2010

MENYESAL PON TAK GUNA

Posted by MR at 11:04 PM 6 comments
Memang tobi'at makcik...
beli dan simpan... konsepnya, aku ada kerna kau ada..
eh bukan...bukan... KORANG ADA, AKU PON NAK JUGAK :-p
simpan dalam-dalam sikit supaya laki tak nampak
kalau senang nampak, senang jugak nak kena keji nanti

Dulu makcik tak macamni tau... 
periuk-belanga, pinggan-mangkuk hayun segala memang makcik tak pandang
sebab makcik ni pengkor kaki dan tangan... 
memasak sgt fail... so kurang napsu serakah keatas gadget-gadget dapo
tambah lak dok makan tanggung berak cangkung kat umah Nenek Onah kan...
Sapa2 yg folo Belog Mencah mesti terlebih maklom kisah-kisah dulu-kala nih..

Masa pi Langkawi 2 tahun lepas,
PS yang galak lebih heret aku pi Idaman Suri, Hj Ismail Group semua tu
makcik masatu haram tatau apa mender tempat2 tu sumer
yang aku tau...minyak gamat dan cekelat! :))

Sejak lepas beranakkan si Asyraf ni,
lagi pulak sejak pindah Bayu Permai
tah dari mana datang angin lintang, 
Makcik Rehan tiba-tiba mula minat kumpul gandget dapo
tambah pulak haku kuar bajet sendiri 5K untuk dapoq kontot tu
Eh, 5K tu kan, gigih tau 2 tahun makcik simpan duit jual brooch kat Bizkizz

Lagi meniaga kat Pasar pagi Batangkali... 
subuh2 sepi'ie dah terkedek-kedek cari tapak kat pasar
bak kata PS masa tu, kuar subuh-subuh ngalahkan penoreh getah!
padehal, kalu hari biasa... jenuh bercungkil nak kejut solat subuh!

*off topic sat, lagu si Shahir ni sedap la wey!*

Lagi meniaga kat Pasar Malam Batu 16
dan tak lupa jugak Pasar Malam Kg Sejantung kat Kalumpang
dan jugak open table time gathering umah sedara-mara dan kawan-kawan
Ceh... dah bukak kisah usahawan terlampau plak dah
Hohoho...lari topik sudah... mari kembali ke landasan sebenar
kisah usahawan terbilang tu, nanti korang tunggu makcik dgn zalia bikin buku
hahahahaha.... sudah feeling2 macam Sembang Kencang!

Modus operandi yang sebenar adalah,
makcik nak reveal antara barang-barang yang dibeli haritu
yang konon-kononnya makcik shopping sampai pitam tu...
yang kad gores dan menang aku decline rupa-rupanya line tu tgh offline tu...
kalu tak hengat jugak, pi la baca balik entry tu kat sini :-p


Serius, pembelian ini semua adalah TANPA MOTIF.
sampai ke saat entry ini keudara... haram tak berusik!
even tanda harga, kotak, sticker ke hapa pon makcik tak buang lagi.
Cakap tak guna, tembak tak kena, padan muka!


Satgi ada yang emel tanya pemender tu? Berapa harga tu?
Baik... mereka-mereka itu adalah seperti dibawah...


Hat atas sekali tu, jangan tanya apa nama saintifik dia
sumpah aku tatau... stock pot ke hapa tah...
konsepnya adalah periuk yang berpenutup kaca
ni semua gara-gara dok melangut Channel AFC tiap-tiap malam.
Tu harga before and after... tolongla sedapkan hati makcik dgn berkata :
Murahnya makcik... berbaloila makcik beli.... 
TQ, i lap u sgt manyak.


Seterusnya...


Konsepnya adalah kuali.
Tahan karat ke hapa tah... ala...yang kalis calar kununnya tu
pon sama jugak... AFC punya pasal!


Dan yang last sekali...


Yangni makcik rasa Raja Segala Syaiton yang dok mai bisik kat cuping telinga
berapa kali pegang-letak-angkat-letak-pegi-patah balik...
akhirnya syaiton tu menang jugak.... makcik angkat masuk bakul

Multicooker.
Modus operandi, nak steamboat puas-puas kat rumah.
Buleh rebus, buleh jugak salai atas hot plate mcm kat Seoul Garden haritu
Tapiiiii..... dah dekat sebulan kawan-kawan
jangankan steamboat, sos cicah steamboat pon aku tak reti buat!

 Masa kat Parkson Sale that day,
pinggan mangkuk hayun macam-macam pesen pon belambak tgh sale
termasuk jugak corelle mak rel sumer pon ada
mujur yang ada cuma corak tak berapa menangkap,
kalau ada shadow iris.... 
kompom balik umah kena ketuk kepala dgn mangkuk Corelle!

Dan disebabkan pembelian tak sedaq diri di atas
bulanni makcik telah kopak dan barai sebelum waktunya
[selalu tu, ada gak belen-belen nak lenjan pi mekdi :-p]
nak pegi FD Warehouse Sale esok pon macam tak sanggup
huwaaaa... mana nk korek ringgit malaysia nih...

Eh, malam ni 1st match World Cup wehh...
apakata makcik bancuh kopi dan goreng fries untuk PS
untuk beliau nikmati sambil menonton bola tgh malam karang

Motif berbuat baik ala2 buang tebiat kat somi sendiri
tak lain tak bukan, dengan harapan... 
esok pagi beliau hulur barang sekupang-dua untuk pi Stadium Selayang!



BUAT MAKCIK PANAS BON*OT

Posted by MR at 1:12 PM 6 comments
Makcik korangni memang paranoid sikit kalu ternampak iklan2 laguni
walaupon hakikatnya sekepiang barang FD pon haram aku tak pernah beli
tapi, tiap kali FD ni buat sales gempak-gempak laguni
tiap kali itulah makcik akan 'kopi pes' dan email kat laki
kunun-kunun dapatla sekupang-dua...

Sebaliknya PS korang memang dah lali dgn peel bini busat dia ni
Satgi bernanah la telinga makcik dengar bahasa kiasan tahap pujangga dia tu...

Pegilah Yangggg... u kan baru dpt cek Nuffnang 4 jutaaaa



Takper bang, u kutuk i puas-puas bang...
esok i beli sofa gebu-gebam, 
u jgn harap nak merasa parking bon*ot atas sofa gebu aiii...

Anyway, Sale di atas start harini weii!
kat Selayang pulak tu... agak hampir dengan Rawang
makcik mengidam nak beli fabric dia 
dari dulu tak dapat-dapat!



Sunday, June 6, 2010

BREVILLE BUKAN SMALLVILLE

Posted by MR at 8:13 AM 2 comments
Kak Chloe, ingat tak dulu haku penah tanya kamu
[modus operandi panggil ko kakak sebab aku nak feeling mudo dari ko]
BM kamu cap apa? kalau tak ingat sah kamu banyak makan semut Ostolia

Gambaqni dah lama terperam dalam henfon
mandangkan aku kat kampung skang, with limited internet access
haku pon korekla apa2 bahan yang buleh buat entry auto publish

On that day yang haku dah tak ingat bila
tapi yang pasti lama gak dah la
haku pegi Tesco Rawang, cam biasa nak beli desert dan lampin hanak-hanak
pastu aku merewang kat area barang letrik

Tiba-tiba ternampak ini barang

 Besau godang. Apo tuh?




OK, skang dah tau kan?
Juice extractor cap BREVILLE
Brand kebanggaan ko Kakak Chloe!

Aku pon... dengan gaya kepohchi ala-ala Kak Mah Gali
[aku promote ko ni Kak Mah, ko jgn marah lak... 
ko jgn buat Catatan.... Benci sama MR pulak]
terus melaung panggil SA berbadan sederhana 
yang tgh dok layan mengantuk di suatu sudut terpencil

Kak [lagi perasan muda], brand Breville ni ada brg apa lagi kat sini?
Itu jer yang ada kak [dia pon tanak kalah, nk muder jugak]

So Chloe... adakah ko tertanya-tanya motif entry ini?

Walopun ko tak tertanya-tanya, mai sini aku nak bitau

Birthday aku bulan depan, 
ngam-ngam sebulan dari sekarang.

Tak paham lagi?

Ko memanggg....

SPONSORLA HAKU SEBIJIK BREAD MAKER BRAND BREVILLE!

[sambil kelip-kelip mata buat muka kesian kat Kakak Chloe :-p]


Wednesday, May 26, 2010

SEBELUM TRAGEDI...

Posted by MR at 10:06 AM 11 comments
Pagi semalam lepas hantar hanak-hanak kat umah Along BB
Makcik ternampak banner kat tiang lampu sepanjang jalan nak ke Bkt Sentosa

Banner tersebut berbunyi lebih kurang begini : 
WAREHOUSE SALE PAKAIAN KANAK-KANAK 
DAN MAK BAPAK KANAK-KANAK
Brand Kiko, Bebe, Tom's & JERRY
Crocodile, Cheetah, badak sumbu, sotong bla..bla... bla...
[payah sangat, petang karangla aku snap gambo banner tu!]

Kan dah habaq... makcik kan tgh banyak duit
so, tak lepas peluang punyala kannn...

Balik kerja semalam, makcik merempit la pi warehouse sale tu kat Bukit Sentosa
Baju-bajan si Mencah sumer dah singkat sampai nampak pusat
seluar dan skirt sumer dah ketat melekat
ingat nak rembat baju-bajan buat pakai basahan kat umah Along BB

Sampai sana orang takla ramai mana
tapi kat dalam khemah tu [nama jer warehouse sale, buat bawah khemah jer noks]
punyala panas Ra Rabbi... peluh menjejes di segala celah bedah weiii...
Makcik pon rembatla 3 pasang baju tido untuk Mencah

Takla murah mana... 21 hengget 90 sen sepasang
itu jer yang lawa dimata haku, hat yang lain lagi hazabedah!
Kalau ikut takmau beli apa-apa pun
sebab rasanya kat Hytex lagi berbaloi-baloi harganya
tapi mandangkan haku dah sampai ke sana kan... hambek jugakla


Tudia baju-baju tidurnya... 
seluar dia kaler sedondon mcm corak kat lengan tu
feeling-feeling kengkunun pyjama GAP 
mcm yang korang-korang dok beli online tulah kan
[haku kan marhaen, KIKO jer mampu noks]

Pastu makcik pon terus beratur nak pegi bayaq
sekali bila minah tu tettt... tetttt... punch harga
RM 6.57 x 3 = RM 19.70

Wahhhh... happy la makcik korang neh!

Terus rasa nak pi beli lagi 5 pasang! hahaha..
tapi elok jer lepas makcik bayar, depa tukar cashier plak dah
cashier Melayu tu dah habih shift
tukar cashier India muka bekeng pulak

So, harini la plak haku try nasib... 
kot-kot petangni cashier Melayu tu keje lagi kan



Actually harga sebenar baju tu RM 21.90 mcm dlm bulatan merah tu
[aku dah tanya kat SA yang jaga bahagian tu]
Tapi sebab kat price tag tu ada dua harga...
[tatau apa motif depa letak 2 harga yang confusing mcm tu]

Si minah cashier tu sure tak perasan sebab tag yg betul tu dok belah bawah

Tag yang RM 6.57 tu belah atas...
Sesedap rasa jer dia main punch harga murah tu, pastu darab 3
i loikeee.... senyum sampai nampak gigi bungsulah haku
kah kah kah kah...


 
Balik rumah, tunjuk kat Mencah... sukalah sangat dia pon
terus suruh tukar baju ler-ler tu jugak
jenuh haku bagitau baju-bajuni kena basuh dulu
nak jugak suruh pakaikan... layannnnzzzz....


Bilang, berapa lapis dagu anak haku?

Lepastu siap suruh makcik hambik gambaq dia atas beskal
Awak ambik gambar saya mama.... layannnzzz....


Dah pakai, takmo tanggal dah...
nak tido terus dgn baju baruni... layannzzz....


*Tragedi apa? tunggu next entry*



Photobucket

Wednesday, May 5, 2010

TUDUNG PALING MAHAL YANG PERNAH AKU ADA....

Posted by MR at 4:40 PM 7 comments
Poyo tak tajuk?
Mahal-mahal pon bukan sampai 50 hinggit sehelai pon
Bukan brand Ariana ker Arjuna tah..
yang hangpa-hangpa dok pakai tulah...
Mahal dalam kategori marhaen je la kekdahnya
Kawan makcik juai... 


Orang melawa, aku pon nak le juger
tapi malangnya makcik korangni memang tak 'sajak' nak pakai brg2 mahal...
awning tu keras kejung membulat kat kepala makcik
tengok cermin dah rupa pakai tempurung kelapa pulak haa..

Tudung-tudungni sangatla chantek
baik warnanya, mahupun jahitannya, jugak awningnya
cuma pemakai mcm makcik ni jer yang tak sesuai memakainya...
Hubungi Ezey di talian hayat berikut:


Lepas dapat tudung tu pagi tadi, 
Makcik pon terus test drive tudung-tudungtu
Masa tengahari tadi makcik pi gerai makan simpang
makcik rasa semua pekerja dan 'pemakan' kat gerai tu dok pandang semacam

Paling makcik tak tahan, makcik kedai yang baru muncul dari dapo
toleh pandang kat makcik sampai 2 kali
macam tak percaya itu adalah Makcik Rehan!!

Balik PID, dan-dan tu aku bukak tudung baru
pakai balik tudung hitam kepam aku nih
barulah terasa diri ini kembali menjadi DIVA


Photobucket

Wednesday, April 14, 2010

TAK TAHAN....

Posted by MR at 2:20 PM 5 comments
Biarlah gambar yang berbicara,
klik gambar utk sama-sama 'tak tahan' :p


10 April - 9 Mei : Jualan Tambahan Fella Design

Maaf, jangan salah paham...
bukan nak beli sofa baru...
bukan jugak nak beli meja baru atau lemari baru

cuma nak beli fabriknya saja...
less 50% tu!

*ehemm... org ada mesin jahitlah katakannn*



Opppsss... dan satu lagi...
untuk anakanda juga tak pernah dilupa...



24 - 25 April : Pureen Stock Clearance

Orang ada anak kecik, 
masa nilah nak berjimat
Nak beli bottle liquid cleanser,
detergent nak basuh baju anak-anak,
disposable diapers, botol susu, puting,
syampu, baby bath, ubat gigi
baju-bajan, bibs, selimut, towel
bla... bla... bla...

Dah macam jurucakap Pureen lak aku...

Eh jap, satu lagi nak highlight...
Pureen ada botol susu BPA free yg *cantik* dan *murah*

Sesuai untuk ibu-ibu marhaen seperti Makcik Rehan!




Photobucket

ShareThis