Semoga tahun yang mendatang adalah lebih baik dari tahun yang ditinggalkan.
Semoga semuanya sentiasa di dalam kasih sayang Allah. Amiin.
Ehem ehem.
Sempena tahun baru, aku pon buat azam baru. Begini kisahnya...
Abang ipar aku laki-bini baru balik Mekah semalam,
seronok dengar pengalaman depa, mengerjakan haji di usia agak muda
BIL umo 43 dan wife dia umo 38, masing-masing tengah cergas. Bestnya weiii...
Sambil sembang-sembang tu, sempat BIL berpesan kepada kami laki-bini.
Begini lebih kurang bunyinya...
Aril, kamu orang cepat-cepatlah pegi Haji (tetiba nama laki aku cam retis)
Abang pegi umo 43 pon rasa macam dah tak larat tau
orang ramai Ril... makin lama makin ramai
stamina kena kuat... berhimpit-himpit kat sana
Abang Alhamdulillah dapat hotel agak dekat
ada yang dapat hotel jauh 1 km, kesian... umo 60-70 nak menapak jauh
Masa Wukuf tidur dalam khemah, alas karpet, bersimpang siur, berhimpit ramai-ramai dalam tu...
Sepantas kilat laki aku pandang aku sambil berkata,
Ha, cepatlah kurus Makcik Rehan oiii...
Nanti kesian sapa yang tido sebelah awak... penyet!
So, harini aku pon dayet. Takut ada yang penyet nanti. Silalah percaya.
Dan beginilah corak pemakanan aku hari ini. Dayet hari pertama.
Pagi sarapan sandwich telur yang diperkaya dengan butter dan mayonis melimpah-ruah
Lepastu early lunch pi makan sizzling salmon, nasik goreng dan fries siap neskape ais
Pukul 3.30 petang pegi makan kenduri jiran, ambik nasik dan lauk penuh pinggan sampai takde ruang
Balik rumah membongkang bersama Asyraf...
Malam pukul 9.30 pegi kenduri aqiqah cucu jiran sebelah rumah Nenek Onah
Makan bubur kacang, satay, bihun sup, kuih, muffin, kambing golek, nasik goreng, bihun goreng...
*Mengah. Benti ambik napas sat*
Tu dalam dok dayet tu. Kalau tak dayet tatau la jadi lagumana.
Sebab tu tajuk entry ni konspirasi.
Iaitu konspirasi nak menggagalkan aku kurus macam Juliana Evans.
Hari pertama dah berlalu. Tengoklah esok hari kedua lagumana.
Esok aku nak pi kenduri kat Sungkai tau! *tepuk perut*
Masa BIL pi Mekah, aku pesan suruh wife dia doakan.
Aku siap tulis secara spesifik atas kertas. Takpa kot aku tulis kat sini apa yang aku harapkan...
Benda baik... hangpa pon bulih tulung doakan sama, kan?
Harap-harap aspirasi aku menjadi kenyatan.
1. Istiqamah dalam beribadah.
2. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
3. Dapat mengerjakan Haji sebelum umur 40
4. Dapat sepasang anak kembar
Semalam laki aku kata, tahun depan kita pi daftar Tabung Haji.
Duit tak cukup lagi, takpalah... daftar dulu. Dah selangkah ke depan dah tu, kan?
Anak kembar tu aku tak bergurau tau.
Aku memang nak anak kembar.
Aku dah rasa mengandung dan melahirkan baby girl,
dan aku dah rasa mengandung dan melahirkan baby boy.
Lalu aku teringin nak rasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
Ni kalau laki aku baca, panggg dia bagi penampo manja sedas
Ko jaga anak sorang pon asek nak cari gaduh dengan aku yang,
lagi ada hati nak jaga anak kembar kah?
















