Thursday, February 3, 2011

POLITIK DAN SEJARAH

Posted by makcik rehan KJB at 12:29 AM
Sejak tercetusnya kebangkitan rakyat Mesir sejak seminggu lepas,
aku cam tertanya-tanya... apa punca, apa motif, apa tersirat dan apa tersurat.
Setelah beberapa siri pembacaan... OK dah mula paham kronologi.

Bermula dengan Revolusi Jasmin di Tunisia yang dicetuskan oleh Muhamad Bouazizi
semangat revolusi merebak ke Mesir.
Hanya dalam masa setahun, kebangkitan di Tunisia telah menular ke Mesir dengan hebatnya!
Situasinya juga sama, kacau-bilau dan darurat di seluruh negara.
Harga sebuah kebangkitan.

Presiden Tunisia, Ben Ali dan isterinya Leila jatuh tersungkur dan menjadi pelarian politik.
Hosni Mubarak masih berdegil, matinya hanya di Egypt katanya.
Mubarak hanya 'berjanji' tidak akan bertanding jawatan persiden lagi,
dan akan turun dari takhta pada bulan September nanti.
Masih hati kering nampaknya,
mungkin sebab disokong kuat oleh Obama yang berpesan supaya jangan lari!

Dipetik dari blog seorang rakyat Egypt :
Mubarak is asking for 9 months , I do not like that because honestly how can we trust a man who is known from his broken promises, did not he promise that he would only stay for two presidential terms !?

Apakah benar, kekacauan dan pembebasan banduan sengaja dibuat
demi mewujudkan keadaan huru-hara dan ketidakstabilan?

Apakah benar, bekalan elektrik, air dan access internet sengaja dipotong
bagi mengekang komunikasi dan melumpuhkan gerakan revolusi?

Membaca tentang kezaliman Ben Ali dan Mubarak mengingatkan aku kepada
Mustafa Kamal Ataturk di Turki
Shah Reza Pahlavi di Iran

Hidup dan mati dalam kehinaan,
Dikenang sampai bila-bila sebagai penghancur agama.

Banyak link aku bagi dalam entry ni.
Sapa yang rajin dan minat sejarah, bolehla buat bacaan lanjut.

Semoga Allah melindungi dan merahmati bumi Mesir,
dan semoga semua saudara-saudara kita di sana selamat.
InsyaAllah.








4 comments:

ummi on February 3, 2011 at 12:43 AM said...

my niece from husband's side kebetulan pg bercuti kat egypt. dia belajar kat moscow sebenarnya. terus tersangkut sana. mak dia 3 hari tak makan, dok nangis je. tadi ptg alhamdulillah selamat mendarat kat KLIA. balik Msia dulu instead of Moscow. takpa lah.. janji selamat.

suealeen on February 3, 2011 at 8:30 AM said...

An, akak dengar citer pasal Hosni Mubarak ni kejam dah lama dah. sejak haku berboipren dengan budak al-Azhar dulu (tapi tak jadi kekdahnya :P). put that aside, dia cita kalau ada orang yang tak setuju dengan kepimpinan Hosni ni, orang tu akan kena tangkap. malah keluarganya sekali tak terkecuali. lepas tu keluarga tu akan dilenyapkan. dengan cara yang macamana, wallahu'alam.

cerita dia mengingatkan akak tentang kisah Al-Hajjaj Ibn Yusuf. kejam sangat sampai siapa yang dia tak suka dia pancung (tapi ada plak yang tak kena bila dia dapat tahu orang tu selalu solat subuh berjemaah). pun begitu si Al-Hajjaj ni banyak menyumbang jugak pada perkembangan agama.

sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan kepimpinan yang zalim dan panjang itu akan jatuh tersungkur juga pada akhirnya. manusia mungkin pandai menipu daya, tapi pakar helah paling agung adalah Allah swt. perancanganNya tiada siapa yang memahami. cara bagaimana pentadbiran tu tersungkur juga sangat-sangat unpredictable. wallahu'alam.

transformed housewife on February 3, 2011 at 3:33 PM said...

MR- Sy ada buat entri pasal ni jugak. Lebih baik baca dr Al-Jazeera yg lg boleh dipercayai.

NI link my entry:
http://nuradyanirosly.blogspot.com/2011/01/first-in-tunisia-and-now-in-egypt.html

salwa on February 4, 2011 at 12:22 AM said...

MR... lain bunyi ur entry today... tak mcm selalu..tapi mmg saya pun asyik2 gugle and baca news about this... tiap2 jam..buat research sendiri pun tak camni..
kita doakan yang terbaik utk mereka ...

ShareThis