Tuesday, March 15, 2011

78 hengget dan 41 seng!

Posted by makcik rehan KJB at 4:20 PM
Harini sudah 15 Mac 2011.
Takde apa yg speSIAL pasal tarikh di atas.

Sudah separuh bulan Mac aku tempuh.
Sepanjang dua bulan setengah aku kerja mengajor anak-anak 1 melesya neh
tau berapa hengget aku sudah terima sebagai bayaran?

RM78 hengget dan 41 sen... Macam haremmmm!!

suruh pegi KL sign kontrek, aku pegi.
suruh sign kontrek backdated, aku sign.
suruh datang KL lagi sekali, aku datang.
suruh sign balik kontrek lama sebab depa bodo tak geti buat keja, aku sign.
suruh dengar depa membebel pasal tengkuk depa nak putus, aku dengar.
suruh hantar kedatangan, aku hantar.
suruh buat report kepala hangguk hamjads, aku buat.

Sekarang aku mau tanya,
Gaji pe cer?

Kata ko kerja sumber maknosia... benda simple beb..
tak kan ko tak leh pikir... staff mana yang buleh berprestasi kalau kerja 3 bulan tak dapat gaji?
kami bukan baru start keja.. kalau baru start keja pahamla kan.. maybe lambat nak proses itu-ini
kamini dah 7-8 tahun tau menongkat pejabat buruks nih!!

Jaki sangat kat kamini... kononnya dok membesarkan montot sampai retak dinding kan,
kalo berani... lepas 30 Jun ni sila volunteer diri anda,
datang sini hadap anak-anak bangsa yang ketagih ilmu komputer ni
ko hadapla dari sekecik-kecik umat, sampai setua-tua umat...

ko hadapla bau-bauan masarakat pagi-petang,
ko hadapla melangut dalam pejabat yang membahang macam oven,
ko hadapla orang-orang yang tak paham bahasa kebangsaan,
ko hadapla nenek-nenek tua yang gigil lutut nak tengok youtube,
ko hadapla kanak-kanak yang mengkinja ketagih games,
ko hadappp... ko hadappp... ko hadapp!!

Sekian, sapa nak jadi nasik tambah sila masuk mengadap aku di fesbuk durjana.












0 comments:

ShareThis