Tuesday, March 15, 2011

BERUS KJB

Posted by makcik rehan KJB at 10:54 AM
Selaku Pengarah Urusan sarekat yang bertaraf MNC,
aku sentiasa coba memberikan hedmat yang terbaik kepada masarakat...
apa saja permintaan pelanggan, aku akan cuba sediakan
tak kiralah pelanggan spesis tempatan, mahupon spesis pendatang
kira macam Fardhu Kifayah la ni kanns...

Saban hari, aku terima macam-macam emel di kamijualbeli@gmail.com
rekues macam-macam barang doniawi dari KJB
daripada besi buruk, besi lusuh... sampailah ke besi padu
u name it babeh... people's need sangatlah bermacam ragam
tetiba terspeaking longkang... almaklum, nak ceghita pasal pelanggan spesis pendatang kannss...

Dalam banyak-banyak rekues dari pelanggan KJB
adala seorang Hamba Allah ni...
sound direct kat aku... KJB ada juai berus gigi tak?

Terkesimalah sekejap aku kanns...
kesian pon ada... insap pon ada... naseb badannn...
aku syak pelanggan pendatang aku tu ada krisis rumahtangga yang kronik
aku speku dia kena mandrem dengan bini...
mana taknya...aku dengar-dengar orang kata... orang yang kata tau, bukan aku yang kata...
akuni jadi agen mengadu domba saja...
bini dia suka sabotaj laki... isk isk isk.... insap aku weii...
agaknya bini diani mengaji tak abihni... tak pon ostajah dia kena transfer skolah lain,
tak cium bau syorga tau kalau khianat kat tok laki....
[sambil tulisni sambil punggah lemari cari tudung labuh zaman skolah utk amik feel ostajah]
takpalah sidang Selasa sekalian, kita mahapkan bini dia...
mungkin bini dia tak abih ngaji sebab depa skang dah jadi pendatang di negeri orang
kat sana takde ostajah nak organize usrah mcm kita-kita kat melesyani...
kat tempat depatu aku dengar kata mubaligh jer yang rajin datang bertikam lidah di romah depa
isk isk isk... kesiannn... kesiannn...

Alah panjang sangat intro aku... lenguh aku menaip hokay!
ginilah...senang cita... aku dpt tahu, bini dia sabotaj berus gigi dia buat cuci ikan!
Alah... macam dalam pilem yang Dharma Harun Ar-Rashid belakon dengan Hamid Gurkha tu...
kan ada satu part tu... Si Hamid basuh ikan dengan sabun...siap berus gigi tu...
aku lupa dah tajuk pilem tu... yang aku ingat Joyah masatu muda lagi...
Arwah Yusni Hamid pon ada belakon... yang dia jatuh terpelecok lepas pi jogging tu
[tu pasal aku tak pernah pi jogging, takut terpelecok... sapa nak dokong aku balik?]

Ha berbalik kepada krisis romahtangga pelanggan pendatang aku tu kanns,
bini dia bagitau kata berus gigi tu dia guna buat berus sticker yang melekat kat baju anak jerrr
padehalnya... hakikat yang sebenarnya... aku dengar orang kata la kann.. bukan aku yang kata...
mcm biasa.. aku mengadu domba saja... lebih pada tu tau bini dia sental dengan berus tu....
jangan tanyala pasal mangkuk jamban, aku tak sampai hati nak tanya kat informer aku...
tapi aku agak situ pon bini dia sental gak!
khidmat KJB diperlukan untuk men'suggest' berus pengganti yang sesuai untuk beliau...

Makanya... balik keja petang bila ntah kanns
aku pon gigihla round Pekan Rasa dan Bukit Beruntung yang tak berapa nak untung tu...
nak cari berus yang paling sesuai untuk pelanggan pendatang aku tu...
dalam banyak-banyak berus yang aku jumpa... aku rasa 3 jenis berusni yang paling sesuai..
tahan lasak dan mempunyai jangka hayat paling lama berbanding segala berus-berus lain di donia

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lenguh dahni weii...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







































Untuk memudahkan beliau membuat pilihan,
aku dah bagi spesifikasi terperinci tentang ketiga-tiga jenis berus tu
pilih saja nak yang soft, medium atau hard
pasal kaler jangan risau... yang tu kita ejas kemudian
salah satu tu rekabentuk dia berciri aerodynamic dengan capaian sudut 360 darjah
bermakna disini... berus ini adalah 100 kali lebih hebat berbanding berus berkuasa bateri!

Salah satu keistimewaan berus-berusni adalah bukan takat gigi dan gusi je yang ko buleh berus...
segala benda dalam bilik air tu ko buleh tonyoh dengan berus ni!
Multi-function... terbaekkk hokay!

Dengan ini, diharapkan kisah ini dapat menjadi tauladan kepada para isteri diluar sana
juga sebagai pengajaran kepada para suami...
sila pasang cctv untuk pantau kelakuan bini anda di romah!

Sekian segmen Keluh Kesah Romahtangga (KKR) untuk minggu ini
semoga romahtangga anda kekal aman dan harmoni.

Segmen ini dibawakan dengan bangganya oleh KJB - penaja resmi segmen KKR.










0 comments:

ShareThis