Wednesday, March 16, 2011

Inilah Sebab Musababnya...

Posted by makcikrehan KJB at 4:36 PM
Mereka-mereka yang baru kenal 'kami' ni setahun jagung
selalu sedap-sedap buat kesimpulan itu ini...
katanya pejabat asek tutuuuuuup semedang!

Buta ka pekak ka tuli ka aku tataulah kanns...

Sudah terang-terang tertera di pintu masuk pejabat,
papan notis BUKA/TUTUP yang aku beli kat Mydin Rawang 2 tahun lepas
Walaupon pintu tu katup rapat, tapi papan tanda tulis BUKA,
dan grill pon ternganga.... tak kan bengap sangat kanns....
itu maknanya BUKA la....

Bila aku habaq kata terpaksa tutup pintu sebab anjing banyak berkeliaran dalam kawasan
masing-masing buat muka nak mintak penampor jepun dari aku
senyum sumbing tunjuk gigi kuning... konon-konon aku merekayasa cerita...
kononnya aku sengaja tutup pintu dan melepap membesarkan buntut dalam pejabat...


Nah ambik!!


























Betul-betul sebelah pintu pejabat aku hokay,
itu baru 'tuan punya badan'
belum aku tunjuk 'tuan punya badan punya hasil buangan'
macam yang aku pernah cerita dulu,
ada sekalitu aku kuar keta pepagi... terpijak najis mughollazhoh depa tau!
mujurlah aku dikurniakan seorang suami yang tawaduk dan fasih ilmu fardhu ain [aku puji ko ni Bang]
maka beliaulah yang tulong samak sandal aku tu...
padehal, kalo ikut darjat kekayaan aku masatu.. aku nk lempor masuk parit jer sandal tu


Nah ambik lagi sekeping!
Tengok tengokk tengokkk... sikit punya dekat dengan pintu pejabat


























Kalo dah macamni punya gaya,
takkan aku bodoh piang sangat nak biar pintu pejabat ternganga semedang?
kang tak pasal-pasal aku terpaksa kongsi ekon berkuasa sendu dengan makhluk Allah ni

Dan kerana itu jugaklah,
kasut aku pon kena simpan dalam pejabat
lagila nampak macam pejabat akuni kosong takdak orang kan...

Alahhh... kalo dah tak suka tu kan...
sikit punya hal pon nak cantas tengkuk kan...

p/s :
Aku tidak bermaksud menghina Anjing yang juga makhluk Allah
dah namanya pon haiwan yang tak berakal,
manalah dia tau tempat mana yang sesuai nak bertandang kan
takpe  jing... ko lepakla kat situ...aku tak marah..
kat luor tu panas.. aku paham...






0 comments:

ShareThis