Sunday, April 3, 2011

Aisyah Telling Us About Her 4th Birthday

Posted by makcik rehan KJB at 10:43 PM
Mak dia malas nak menaip cerita birthday memalam gini,
esok-esoklah lah aku taip cerita bergambar eh

Anyway, jaga-jaga yer.. di akhir video ada gegaran parkinson
bergegar lemak-lemak perut aku mendengar luahan hati ikhlas anak aku nih!





Anak aku berkata benar
dan aku terpaksa mengajar diri untuk menerima kenyataan...walaupon ianya pahit!

Memang benar... kek rainbow yang dia suruh aku buatkan untuk birthday dia adalah BANTAT
tak sangka pulak dia nak mention kek bantat aku dalam video ni... muahahaha!
sampai tengah malam dia tunggu aku baking demi nak merasa kek warna-warni
walaupon kek aku bantat dan kentat...
dia hadap 2 slice tengah-tengah malam tu tau!


Ingatkan bantat sebab 'kurang masak', aku bior la lama sikit dlm oven.... jadilah seperti di atas.
























Apalah nasib ko wahai kek... nak buang sayang, nak telan tak berapa nak gamak
esok kita pass kat maklom sikit....
suruh maklom suap budak-budakni sehari satu slice sampai abis...boleh?


                                                                         
Lengkap dengan bantat, dengan hangit, dengan keras kejung semua ada!                




Dengan ini, jangan harap aku nak tanggalkan mahkota Ratu Premix
yang aku pakai sejak 3 tahun lepas!









0 comments:

ShareThis