Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Spell it right!

Posted by MR at 4:30 PM 3 comments
Assalamualaikum WBT



Aisyah. Semalam besday dia.


*
*
*
*
*
*


Beberapa hari sebelum besday, dia bawak balik kertas ujian KAFA. Merkah dia okay-okay saja. Yang tu aku tak heran sangat. Anak aku bukan genius macam anak hangpa *motip*. Tapi aku nak tunjuk tang NAMA yang dia tulih kat ataih kertas ujian dia :))







*
*
*
*


Most of the time she spelled it right :)

















*
*
*
*




Sometime, she confused :))




















*
*
*
*


Even worse when she mixed up everything! LOL







*
*
*
*



Tak tipu. Aku gelak gegak gempita sampai berhinggut kereta bila aku nampak kertas kat ataih tu! Hai lah anakkkkk... Mak hang ngaji skolah Taayah 5 tahun tau. Bikin malu sungguh. Ini semua salah Abah hang la ni.... masa kekecik monteng KAFA!


Anyway, Happy Birthday Kakak. We still love you unconditionally, forever and ever. Ever after!
InsyaAllah... Rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa bersamamu. Stay sweet my darling :)



Tuesday, April 2, 2013

6 tahun

Posted by MR at 9:00 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT
 







Mama, Abah dan Adik sayang kakak banyak-banyak :)






Monday, October 1, 2012

Wake me up when September end!

Posted by MR at 9:28 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Main petik je tajuk tu. Lirik lagu tak ingat sapa nyanyi.
Sempena berakhirnya September, kamiorang tutup dengan acara makan-makan kat rumah nenet
Semua adik badik PS berjaya menghadirkan diri. Ipar-duai ada yang absent sebab ada kerja.

Nak bubuh gambo makanan ni. Bersedia dan bertabah ek.
Ada yang tak masuk dalam gambo - ice cream, ayam bako, jajans, kuah kacang
Memang makan sampai sengkak perut la kamiorang haritu.

Laksa, rendang ayam, nasik impit, kuah lontong, kuih kasui pandan sumer nenet buat.
Ayam bako, bihun, dadih, kek dan kuah kacang (aku tempah) kami buat.
Cheese cake kedai King Kong Angah Gombak bawak.





















































































Kellezzz nenet posing :))
Selamat Ulangtahun ke 65 nenet. Semoga sentiasa sihat walafiat :)





























Nenet tanak tangkap gambo. Panas nak salin-salin baju katanya.
Kata Atuk; Sementara 'muda' ni ler nak bergambar... :))









Aku handover tugas paparazzi kat anak buah
Maka bolehlah aku gila koser enterprem potong kek kahkahkah!
Alahai lebaunya diameter muka kau makcikkkk... patutnya aku buat mulut itik cam Kak Senduk ajar
Mesti muka aku jadi tirus macam senduk nasik kan!



























Hahaha... melalak sudah!
Mak korang kalau dah naik hantu, tengah nak potong kek pon aku buleh amukan
Dari tadi aku dah tengok budakni kecik besor kecik besor jerrr
Kejap kuis sana, kuis sini, jilat saladlah
(kau buleh bayang dia pegi jilat ais batu dalam salad buah depan dia tu?)
Aku tampor tangan dia sekali, terus sentap menangis teresak-esak sampai termuntah!
Puas hati aku. Lepas tu baru tau nak behave :))

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Last but not least...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


























Kasi chance lah aku feeling-feeling Cake Boss weeiiii...
Hahahahaha





Saturday, September 22, 2012

Pesta muda-mudi di...

Posted by MR at 9:18 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Tadika. Hehehe....



Asyraf takde uniform sebab aku tak register pon dia masuk kindy.
Dia duduk taska saja. Kecik lagi nak suruh blajo... biorlah dia memerap dulu puas-puas.
Ada 2-3 org budak lain yang duduk nursery, tapi dalam gamboni takde pulak depa.
See, sikit je kan kanak-kanak kat taska cum tadika ni.




Aku okay je dengan cikgu-cikgu dia.
Ada masa tak puashati aku baran la kejap, tapi pastu bila dah cool semua pon back to normal.
Mana buleh simpan dendam lama-lama, Nabi marah orang yang bergaduh secara berlebihan.
Redha dan pasrah adalah kunci kejayaan *tetiba*
Marah sehari dua sudahla, pastu habih cerita.
Minggu depan-depan marahla episod lain pulak. Wakakakaka!





Kakak dialah penyanyi utama gamaknya.
Aku buleh agak dari dalam gambo ni. Habih berayun tangan kiri-kanan. 
Maklomla.... seminggu sebelum event dia dah practise nyanyi :))

Mungkin ada yang tertanya-tanya (feeling fofular), cemana aku buleh amik gambar ni
Nehi, aku tidak berada di tempat kejadian pon... tak kuwaser mak
kalau aku ada, jangan harapla Asrap ni nak behave pakai topi posing depan kek laguni
confirm 24 jam duduk atas riba aku punya...

Aku bagi kamera kat cikgu dia suruh amikkan gambo banyak-banyak
Pastu nak cover kejakunan, aku gunala nama Abah dia :

Nanti cikgu tolong amik gamba banyak-banyak tau
Kesian Abah dia... nak sangat tengok anak dia sambut harijadi kat skolah 

Hehehe...




Happy Birthday (again) my dear son.
Nanti kita tuntut janji Abah nak sambut besday kat umah nenet pulak :)
Kalau jadi, nanti Mama cari sponsor kek beledu merah hehehe...











Friday, September 21, 2012

Asyraf is 3

Posted by MR at 8:57 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT



































Motip sangat kan, edit gambo anak tekepit celah kek
Padehal kek aku taraf naik satu derjat je dari kek premix :))
Bantaila... janji homemade. Tak cam Meryam, balik-balik beli kat kedai king kong.
Entry besday anak pon aku sempat carots ko Meryam, bertabahla ko...

Tepek sikit gambor hensem anak aku dolu-dolu
Gambo sebelum gigi dia luruh hehehe...



 





Selamat ulangtahun ke-3 wahai anak
Semoga hidup kamu diberkati, dirahmati dan dilimpahi kasih sayang dari seluruh isi alam.
Jadilah anak yang soleh, berakhlak mulia dan berjiwa kental (macam mama, cewah)

OK, sekarang cerita pasal kek pulak.
kek yang mendapat pujian 18 bakul dari anak-anak sendiri :))

Sebetulnya aku nak buat kek beledu, tapi malas nak kuar cari stok.
Semalam pulak hujan kemain lebat kan. Kuwaser lah sangat nak redah hujan pegi cari cheese.
So, aku godek apa yang ada dalam lemari.
Dengan kapasiti yang ada, aku pon Google resepi kek coklat :)

Jenuh gakla nak saring resepi, sebabnya aku tamau buat kek kukus
Banyak resepi kek coklat yang orang share sumer main kukus
Pulak tu ada yang guna tepung naik sendiri. Aku takde tepung tu.
Ada pulak yang taruk buttermilk. Lagilah meleceh.

Lalu menjumpa resepi yang ini.
Tima kaseh Cik Embun, akak cilok resepi awak ye.
Memang menepati piawai aku. Sukatan pakai cawan laktu.
Mixer pon tak payah, blender saja.
Lalu aku simpan balik mixer KitchenAid merah aku. Puiiiii, KA lah sangat!

Dah siap adun, masa tenngah gaul-gaul dengan tepung dan coklat
aku pelik kenapa adunan aku likat kemain
bila kelebek balik resepi, rupanya aku terlebih bubuh coklat setengah cawan.
Resepi taruk setengah jer, aku tibai buh secawan terus.

Dengan penuh bijaksana, aku tambah minyak malam adunan tu. Main tuang je.
Dah kacau-kacau, aku tengok adunan masih likat.
Aku tuang air pulak dalam setengah cawan. Hahahaha.
Penderhakaan tak hagak-hagak kan. Gasaklah!


























Mendap sikit kat tengah dia. Lantak. Janji masak hehe.
Sebelum selet topping, aku tarah sikit bagi level... terus cun walla!





























Stok butter aku tak cukup nak buat buttercream frosting.
Yang ada coklat bar putih. Lama dah tersilap beli.
Aku buleh tak perasan dia tulis WHITE. Aku nak beli coklat masak yang biasa yang koko tu.
Sudahnya berkepuk dalam peti ais tatau nak buat apa.
Dah alang-alang tak cukup bahan nak buat frosting kan,
Aku leburla white coklatni, campur butter 2 sudu... pastu selet kat keliling kek :))


























Lepastu taburla butiran penyelamatni... hehehe.
Bagusla sapa yang cipta coklat rice kalerful ni kan
Life saver untuk maknosia tangan kejung tak reti deco kek macam aku dengan zalia.



























































Zasssss... hantar kek pegi skolah!












Monday, April 2, 2012

Galeri (lah sangattt) gambar di hari jadi

Posted by MR at 9:37 PM 5 comments
Assalamualaikum WBT


April Fool kita pegi Jusco. Bajet lima rengget - masuk Daiso.
Silalah mempilih mana-mana buku yang kamu mahu.
Hazabbb... besday anak yang ke-5, makanya bajet hadiah pon RM5 sahaja.
Nenek pon bagi duit lima rengget jugak. Sempena naik umo lima tawon jugak le kot :)) 

Gambar adik je banyak kat play area Jusco, sebab adik je yang mampu duduk mempegun.
Gambar kakak semua macam halimunan.
Macam lipas kudung, tak mamfoo DSLR akak (lah sangattt) nak mengeshoot
















































































2 April kita membosan dalam rumah je sampai mood rawan akak menyembuh :))
Kalau ikut hati, boleh je akak tak kuar rumah langsung sehari suntuk
Tapi kenangkan ada selori (lah sangattt) barang dagangan nak kena pos,
menggigih jugakla akak hangkut seisi rumah pegi PPL Rawang.

Memandangkan harini besday anak, dan akak hanya masak nasik tomato cap Iman
(nasik saja hokay, ayam madu ka, korma ayam ka jangan nak mimpi)
Kami melencong ke pizza hut, tapau pizza bawak balik rumah nenek Batu 16
Aisyah tibai 3 keping pizza kau! hebattt...
mujur kamu tak tibai 5 keping sempena umur kamu sekarangni 5 tawon kan kakak! :))

Pizza Hut Delivery adalah sunyi sepi di dinihari
makanya, akak pon tak malu untuk mengeluarkan lensa DSLR akak (lah sangattt)

























 
































































Selesai makan, membe*rak (acara wajib Asyraf dimana-mana) dan mandi
pukul 7 kami berdoah-doah balik BV
Baru lepas Tesco, adik dah terlentok (ai like!)
sampai rumah terus berkurung 3 beranak dalam bilik
Adik terus sambung tido, kakak layan games kejap...
dapat susu sebotol, tablet masuk ayer terus campak bawah katil
Belum pukul 9 malam, kedua-duanya sudah belayar (ai like!)































Besday party is nan hado
Gilo ko apo buat besday party hari senin kan,
aku pandang muka nenek, nenek pandang muka atuk, asrap pandang muka kakak dia...
baik tak payahhhh...

Kita tunggu la penaja utama balik dari outstation,
buleh kita pow beli kapkek beledu merah 8 tingkat, buleh jamu satu kampung
akak mensawan nak meriak display kapkek atas cupcakes tier mari dari London ni yu olls :))
maklomla... akak kan retiz (lah sangattt), list jemputan haruslah 2-3 lapis khenn...

Penaja utama tu katanya kerja keras mencari rejeki untuk anak bini khennn...
harap-harapnya allowance OS tak habih ranap beli batang pancing la khennn...
bunyi sembang tu macam nak bawak anak-bini pi bercuti ke tanah tinggi
harap-harap bukanlah janji pelesu lagi dan lagi :p

Last but not least,
Happy Birthday Aisyah!


p/s :
Thank you for all your wishes. Cam biasa, akak memang pemalas balas romen, eh komen.
Ai lebyu olls muah muah muah gittewww...








She is 5

Posted by MR at 3:28 AM 16 comments
Assalamualaikum WBT





































My little girl turns 5 today.
5 amazing years!

Terima kasih Allah di atas pinjaman yang tidak ternilai ini.
Berkatilah umurnya, kasihanilah dia dan peliharalah imannya.
Semoga Solehah hendaknya. Aamiin.




Tuesday, February 7, 2012

February Birthday

Posted by MR at 3:19 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT

Happy Birthday Fikah dan Aizat.
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Acara bulanan kat rumah Atuk Nenek Batu 16 :))










































 


























Harap-harap sempat cupcake stand aku sampai before birthday Mencah,
buleh aku mempoyo display cupcake premix aku cenggini



































Muahahahahaha.....
*buat hantaran tunang/ kawen gini pon best kan?*





Monday, January 16, 2012

Harijadi

Posted by MR at 12:34 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Weekend tadi ada acara potong kek kat rumah Atuk Nenek Batu 16
Birthday celebration yang pertama untuk tahun ni.
This month, Arissa turns 1 and Ijoi turns 10.
Happy birthday kepada kanak-kanak buah :))







































Video Asyraf nyanyi soprano menyusul kemudian.






ShareThis