Friday, June 17, 2011

The Amazing Asyraf

Posted by makcik rehan KJB at 8:23 AM
Susah nak capture gambaq dia skang,
pergerakan selaju cahaya.

Mula-mula isi cerita ngam dengan tajuk,
lepastu tiba-tiba dia kona tang simpang.
Lantaklah, aku kan suka temberang. Kehkehkeh!




























Malam-malam, lepas kak dia balik ngaji
Berkuntaulah kami 3 beranak dalam studio sempit akuni
Tu nampak tu... kaki kembang aku la tu...
Gomoi-gomoi depa barang sejam sebelum aku paksa suruh tidoq

Sensiang aku hantaq Asyraf kat Maklom,
Senja dia balik Bayuville dengan Babah dia
Memang jauh, hari-hari aku kuar masuk tol hantar dia pi Bukit Beruntung
Minyak dah berapa, Tol dah berapa...
Lagi bayaq RM200 sebulan kat Maklom
Pedulikla... bukan aku tenyeh duit orang, abih kuat pon aku tenyeh duit Tok Laki ja! kahkahkah!
Takpala aku cuma pakai handbag brengsek pon, janji jiwa aku tak serabut...

Pekehal ko tak keja tapi hantaq anak kat Babysitter?
Banyak cakap pulak... abih ko nak tolong jagakan?

Buat masa sekarang itu jelah pilihan terbaik yang aku ada
Daripada aku hari-hari stress tak ketahuan hala
Baik aku sub budak kecik ni kat orang yang paling aku percaya utk jaga anak aku buat masani
Ketahuilah, stress adalah tak bagus untuk kesihatan dan dayet! Kahkahkah!

Toksah dok buat fitnah la kata aku sayang Mencah lebih, Asrap aku tak sayang...
Dua-dua la aku sayang weii... ingat senang aku 'push' depa keluaq?
Tapi aku sayang jugak kat diri sendiri... tu pasai aku buat laguni

Aku rasa PS ada intai-intai blog dan fesbuk aku kot 2-3 menjakni
Minggu lepas aku stress sungguh dengan Asyraf yang 24 jam nak kerabat aku saja
Aku dok letak status macam mak tiri tengah meroyan kat fesbuk kanns
Muka aku asek moncong macam cencorot sampai buleh cerut dengan tali rapia
Becakap pon dah tak rupa becakap, terpekik-pekik tak kira masa
Sikit punya hal, aku buleh naik berang melampau-lampau
*Aih... taktau lagi ka, aku kan rebel!*

Ada sekalitu, minggu lepas tapi tak ingat hari apa (urat aku banyak putuih masa beranak Asrap)
Subuh-subuh sepeie sebelum pi exhibition apa jadah tah kat KL,
Tetiba PS tanya kat aku, ada brooch kecik-kecik tak?
Aku bagi pandangan tajam kat dia... apa kes pepagi buta mintak brooch plak ni?
Aku dengan kalut nak mancuh susu budak, nak cebuk berak anak... dia buleh tanya brooch pulak?
Aku jawab acuh tak acuh... ada dalam kotak nun, malas nak punggah!

OK, kot-kot hangpa ramai yang taktau
Aku dulu tokey brooch yang paling kaya di Daerah Hulu Selangor (Hahaha... sila percaya bulat-bulat)
Aku assume laki aku tanya pasal brooch tu sebab ada budak opis dia tanya nak beli la kot
(brooch belen-belen aku dok ada berlonggok bawah katil baby - katil jugak! kahkahkah!)
Malam-malam takmau tanya, subuh-subuh aku tengah kalut baru nak tanya... memang nak kenala!

Sian laki aku, muka blur-blur sambil pegang lehiaq baju... teruih berambus start keta nak pi keja
Petangtu aku pon muhasabah dan muhasarawak balik diri akuni...
Tak elok sungguh aku layan Tok Laki aku lagutu,
Kot ya hang tengah mereng, ingat sikit... dia tu laki hang (tetiba bergema sora mak aku kat cuping telinga)

Dahla sejak aku tak kejani segala benda beliau yang tanggung
Bil letrik makin mencanak naik pasai aku dok batak hadap lappy 24 jam
Pastu bila panas ja sikit, dan-dan aku tojah remote, on-aircond tak kira siang malam
Bila-bila nak pos barang, aku pesan dgn ayaq liyoq saja suh beli kotak pos ekspres itu-ini
Pastu tiap-tiap hari aku pi kacau dia dengan sms dan miskol meroyan aku yang tak kira masa:

Bang, Asrap berak lagi. Dah 2 kali
Bang, Esah takmo makan nasik, dia nak roti krosen saja.
Bang, kicap abih... belikanlah.
Bang, balik kang belikan nasik ayam Sungai Choh.. nak ayam belah paha. Dada takmau!

Aku bukan kira dia tengah meeting ka, tengah discussion ka hapa...
Satgi kalau dia tak jawab aku pi email pulak dia...
Hahahaha... sian laki aku, bini sengal menjadi-jadi lately.

Alah, kalau aku tak mengadu domba kat Tok Laki, aku nak ngadu kat sapa lagi kan?
Simpan sorang-sorang buat aku lagi tension saja.
Tak kan nak ngadu kat laki hangpa pulak!

Petangtu bila emosi aku dah stabil, aku tanya la elok-elok kat beliau
Bang, pagi tadi yu nak brooch kecik nak buat apa? Budak opis suh bawak ka?

Abangla nak pakai, ni unipom baruni... butang ataih sekali tadak lubang
Tak machola pi jumpa TPM dengan lehiaq baju ternganga... mana tau kluaq tibi ka...

Laaa... sian laki aku.
Nasib baik tak kluaq tibi.
Kalau tak, satu melesyala nampak lehiaq berdaki dia... kahkahkah!

Lepas pada tu aku pon habaq elok-elok kat PS
Aku tak buleh handle pressure budak cranky yang asek nak melekap saja
Dia jawab senang ja.. pi la cari kerja balik!
Aku pulak jawab dalam hati, nak jawab kot mulut tak berani hahaha..
Aku takmau kerja makan gaji la Bang, aku nak jadi usahasawanlah!
Kalau aku jawab kot mulut, mampuih kena keji! Hahaha...

Yang aku pelik bin ajaib tu kanns,
Dengan Maklom dia kemain pandai budak Asrapni bawak diri...
Pandai punggah menan sendiri, pandai main diam-diam depan tibi
Kalau dengan aku, dan-dan lemah lutut, depang tangan nak mintak dukung semedang!

Dah seminggu Asrap dok dengan Maklom,
Semua pihak nampaknya gembira (aku la tu yang paling gembira! kahkahkah!)
Takde dah muka aku bengis macam Gorgonz
Dayet aku pon berjalan lancar... ada chance dah nak menang duduk homestay kat Kulim tu
Mencah punya hal sekolah KAFA pon dah setel
Dan aktiviti membatak tenet aku pon makin menjadi-jadi tanpa gangguan! kahkahkah!

Bang, kalau yu baca entry ni Bang
Ai nak bagitau satu benda Bang... Yu memang terbaek la Bang!

Wakakakakaka... tak hagak-hagak bodek laki weiii
Alah, tak bodek laki sendiri nak bodek sapa lagi?
Takkan nak bodek laki kau plak!


p/s :
Habaq mai bila father's day ha wei?
Aku nk mancuh kek premix bantat, habuan nak bantai anak-beranak!






0 comments:

ShareThis