Monday, December 5, 2011

Jangan buka aib orang, Jangan dedah aib sendiri

Posted by makcik rehan KJB at 11:18 PM
Ramai orang dah share video talkshow pengakuan mak dan anak Indo tu kat FB kan
So, aku assume ramai yang dah tengok dan ramai yang dah geleng kepala...
Tamau ulas dah pasai tu... nak ingat balik pon aku tak gamak. Meremang bulu roma :((

Satu je nak pesan,
walau apa pon dosa yang kita dah buat....
Tutuplah serapat-rapatnya, bertaubat dan mohon ampunlah kepada Allah.

Bahawasanya Nabi SAW bersabda :

كل أمتي معافاة إلا المجاهرين. وإن من الإجهار أن يعمل العبد بالليل عملا، ثم يصبح قد ستره ربه، فيقول : يا فلان ! قد عملت البارحة كذا وكذا. وقد بات يستره ربه. فيبيت يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه

Setiap umatku adalah diberi keampunan oleh Allah SWT, melainkan orang-orang yang Mujahirah. Yang dikatakan orang-orang yang mujahirah itu, dia melakukan satu amalan (yang aib) pada malam harinya, kemudian pada waktu paginya dalam keadaan Allah telah menutup aibnya, dia sebaliknya berkata: "Wahai fulan, aku telah lakukan malam tadi perbuatan itu dan ini." Sedangkan Allah telah menutup aibnya pada malam hari, sebaliknya apabila pagi dia menghebahkan perkara yg Allah telah tutupkan untuknya.

(Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim)

Umat Islam disuruh berusaha menjaga maruah dengan menutup aibnya sendiri. 
Jika dia ingin memberi pengajaran, berusahalah untuk memberi contoh secara umum
tanpa disebut sesiapa yang melakukannya termasuk dirinya sendiri.


Source : al-qayyim.net

Ingatkan daku, jika aku alpa.
Aku juga hamba seperti kamu.






2 comments:

izzah azfar on December 6, 2011 at 9:10 AM said...

Mr -nak copy ehh..:(((

tengah sedih..huaaa

littlehumblelynn on December 6, 2011 at 10:50 AM said...

aku x leh tgk thru mobile site -video you tube tuh..

series giler lah benda2 mcm ni..

takut!!

ShareThis