Thursday, January 5, 2012

Aisyah, Mama dan sekolah

Posted by makcik rehan KJB at 9:04 AM
*Dah siap taip baru aku perasan entry ni panjang berjela-jela-jela. Pasrahhh*

Assalamualaikum WBT

Sehari dua ni FB buddies suma pakat bizi update pasal sekolah anak
ai pon tanak kalah, nak jugak tumpang merempan
padehal anak ai masuk tadika 5 tawon je pon

Sempena Aisyah nak masuk tadika pagini
aku nak gebangla jugak memori daun pisang masa aku belajar dulu
rasanya aku belum pernah cita pasal jaman skolah aku dalam blog
nanti konco-konco Taayah yang dok polo blog aku mesti senyum-senyum baca kisahni

I can't recall my first-day-at-school moments
but i remember most of my secondary, matriculation and uni pre-registration
oleh sebab nak kena duduk asrama kan,
dia punya preparation tu, ibarat kau nak pergi further studies kat UK tau
orang kampung hulu banat nak pi skolah kat bandar kannn... mau tak kecoh!
tambah lagi masa nak daftar sekolah menengah, memang beria sungguh
time nak masuk matrix dan UKM, takde heboh sangat pasal dah terel dah...
dah 5 tahun dok asrama kan, persiapan pon ala-ala otai la jugak.

Lepas je dapat surat tawaran masuk skolah Taayah,
Ayah aku terus tak bagi pi skolah biasa dah... jimat duit belanja hahaha
buleh kata sampai 2-3 kali Ayah aku ulang alik Pekan Tanjong Piandang pasai nak beli barang aku
Mula-mula nak beli barang pelestik - gayung, berus kain, berus gigi bla bla bla
Pastu beli toiletries pulak, Kejap lagi nak beli tracksuit, serkop, setokin, undies bla bla bla
tu belum kira beli stationary, kain ela nak buat baju, tudung, telekung etc.
Kang kalo tetiba teringat satu-satu benda,
dan-dan tu jugaklah aku kerah ajak Ayah start moto pi kedai :))

Pastu memalam, sambil lepak-lepak tengok tibi hitam putih
Ayah aku tulis nama kat semua barang-barang aku pakai marker hitam - takut hilang :))
Every single items tau Ayah aku label nama... hatta coli dan spenda!
*terbayang-bayang handwriting Ayah*

Mak pulak dok pulun menjahit siang malam nak siapkan baju-baju nak bawak pi sana
maklumlah nak masuk skolah agama kan, kenala standby baju kurung sebeban
tudung pulak kena labuh dan lebau, telekung pon kena ready at least 2 pasang
Menggigihla Mak aku menjahit sampai lenguh-lenguh lutut tekan pedal mesin
itu jam mana ada mesin jahit letrik lagi (orang lain dah ada, kami ja takdak)
Aku tak pernah pakai unipom beli, semua handmade by Mak,
even pinafore masa darjah satu pon Mak yg jahitkan
telekung dan tudung pon beli kain kat kedai, pastu Mak jahitkan
Jimat weiii.... nak hantar tailor atau beli yang dah siap mana mampu
Mak Ayah aku masa tu buat bendang sekangkang kera saja.

Aku homesick teruk masa 2-3 minggu yang pertama kat Taayah
siang-malam bermuram durja,
sampai kena bawak pi jumpa Pengetua pasal aku asek menangis nak balik
masatu pulak umah aku mana ada talipon, main kirim-kirim surat jelah kat Mak
tak abih-abih merayu suruh Ayah angkut aku balik kampung
Ayah aku dah goyah, tapi Mak aku buat 'kering hati' suruh aku stay kat sana jugak
bukan takat tak bagi aku tukar sekolah,
depa sikit pon tak mai jenguk aku time orientation 40 hari tu!
Mak aku kata, kalau depa pi melawat masatu kan
kompom aku punggah kain baju ikut balik kampung :))

Elok je lepas habis orientation, aku terus jadi okay!
Tataula bomoh mana Ayah aku pi jumpak suruh mandrem aku hahaha
Sungguh magic tau... Masa Ayah mai melawat, aku sangat okay macam tak ada apa-apa yang berlaku
padehal haritu aku la yang mengongoi nangis macam kucing hilang anak :))

Bermastautinlah aku di Taayah sampai form 5
pandai-pandai sendirilah bawak diri duduk asrama
Adjust tekak makan nasik kawah lauk ikan jaket keras kejung
belajar mengaji, solat jemaah, solat terawikh...
bila dah naik form 2 dah mula pandai ngelat solat jemaah, semayang belakang katil...
ngelat pegi usrah, tazkirah dan tadarrus
bila dah tua bangka laguni, baru sedar betapa berharganya nikmat muda dan nikmat lapang
skang nak cari masa nak tengok Tanyalah Ustat kat tibi pon payah
(padehal tengok derama kol 7 malam buleh pulak)

Dahla weii... merapu tah hapa-hapa dah aku tulis
mata pon dah sangap, esok anak aku nak skolah *entryni aku taip malam tadi*
baju skolah dia aku dah gosok lite-lite (aku bukan rajin sangat)
pensel dan kala pensel dia aku dah asah
(stationary dia recycle yang dok bersepah dalam romah ni ja) 
beg skolah pon pakai yang dok ada saja
kasut skolah dia dah lunyai kena usung keliling rumah
kejap dia pakai, kejap adik dia pakai
petang tadi Abah dia bising suh cari kasut sebelah lagi, jumpa sebelah ja kat bawah sofa
melilau la mencari... last-last jumpa dalam bilik rahsia, bawah timbunan kain perca
Haru!



























Recycle. Panjang pendek semua ada. Pencel case tu aku beli kat Betnam itu hari.
Murah saja, bapa hinggit tah. Ada 3 zippered compartments.
Senang, satu zip bubuh kaler, satu lagi boh pensel, satu lagi buh pemadan dgn germit.
Pernah dah beli pensel case betui kat Mydin. Harini dia bawak pi, petang balik skolah zip dah barai!
Pemadam tu aku jumpa dalam kotak Doraemon, silap-silap Abah dia punya.
Bantailah!



























Feeling-feeling hantar anak masuk asrama,
aku pon nak jugak tulih nama semua barang dia
bukan takut orang terambik barang anak aku,
aku takut anak aku yang terambik orang punya
kesian la budak yang tertukar kala dengan anak aku...
anak aku punya kala, aku beli kat pasaq malam 3 kotak lima rengget saja
budak lain punya silap-silap sekutak 15 rengget!




























Unipom 2 pasang. Kalau tak cukup (read : malas basuh), tengah tahun nanti beli la lagi
warna dia sungguh-sungguh aku tak kenan. Namun pasrah sajalah.
Kau kata tak kenan pasai kau imejin diri kau yang pakai,
padehal budak-budak tu pakai... elok je
kalau semua benda nak kena tunggu bekenan di mata dan di hati
kau homeschool lah anak kau sendiri Rehan!





























Kasut misi yang dah benyek kena latam. Bawah pelestik kain perca nilah aku jumpa sebelah lagi.
Lupa nak beli kapur, pingsanla aku nak memberus hujung minggu nanti!






























Beg skolahni beli kat Nilai, tahun lepas.
Masatu kami pi Nilai nak beli barang adik aku Si Hijau nak menikah.
Masa mula-mula pandang aku ingat rega dia 40-50 hinggit.
sekali bila kelebek harga dia 20 ke 25 hinggit gitula. Lupa dah.
kualti agak bagus tau. zip semua functioning well sampai sekarang.
benda dok elok lagi, buat apa aku nak tambah semak rumah pi beli beg baru bukan ka?


Dan inilah dia budak yang nak skolah pagi nih

























Kakak,
Make us proud ok.

Read about her 1st day at KAFA, last year HERE.







3 comments:

Alin Marlini on January 5, 2012 at 9:57 AM said...

samale kiter zaman dedulu masa sekolah..baju sekolah semua mak jahitkan..pernah nangis2 sebab nak beli baju sekolah dah ready made...huhuhuhu

littlehumblelynn on January 5, 2012 at 11:23 AM said...

Aku rasa sgt menarik entry kali nih.zaman sekolah sgt best!!!

Aisyah sek dulu jg yek.xperlah dia dh kenal cikgu2 dah.smg xde drama 1st day sekolah.

Me on January 6, 2012 at 9:08 AM said...

kita seropa MR... eden semua baju bajan telekung, cadar sarung bantal arwah mak eden jahitkan hingga masuk 1st hokey... 1998 my mom pass away.. so eden yg keras tgn nie mula la menggaggau..... suka baca n3 ko nie... sgt sama... semua ditulis...

anak eden darjah satu... baju 5 pasang... sendiri faham sudah hahahhahaha

ShareThis