Wednesday, August 29, 2012

Raya yang merah

Posted by makcikrehan KJB at 1:46 PM
Assalamualaikum WBT


OK, baru ada kerajinan transfer gambar resolusi tinggi (lah sangattt).
Konon nak shoot gambo seperanakan 4 beranak. Hareeeem.





Ini bodak, raya ke tak raya... ragam tetap ragam. Geram kan?




























Selepas di edit 88 kali, terus wajah ku semulus testimoni Tabita kahkahkah!



























Sambal Telur Berdarah!
Saja tempek lagi sekali, perasan sedap sangat.
Ada yanng gatai mintak resepi, selagi aku tak bagi selagitu dok ungkit. Dasarr!

Cili kering, bawang merah, bawang putih - blend.
Tumis dalam minyak yang banyak - ingat, minyak kena banyak. Ini kata kunci dia.
Kalau sapa-sapa anti kolesterol, masakan ini bukan untuk anda.
Sila tanggalkan apron, pergi angkat dumbell.

Tumis lama-lama. Sangat lama. Sampai pecah minyak. Kalau perlu tambah minyak lagi.
Bila cili dah pecah minyak (dia jadi mcm berketul-ketul), masukkan air asam jawa.
Masak lagi lama-lama. Kemudian taruk garam dan gula.
Gula taruk banyak, baru sambal jadi gelap. Masak lagi.
Sambal yang dimasak sempurna (dan lama) adalah tahan lama.

Last sekali baru masuk telo, ikan, ayam ke gapo-gapo yang telah digoreng dahulu.
Kalau nak letak telo rebus macam akak buat kat atas nun, telo yang dah dikopek tu, digoreng sikit.
Agak-agak sampai menggerutu kulit luar dia.

Buat la banyak sikit sambalni. Simpan dalam peti.
Bila nak makan, colec semangkuk kecil... reheat dalam microwave. Senang idop.
Aktiviti menyambal ni sangat merenyahkan. Sebab tu kalau sekali akak menyambal,
Akak bikin satu kuali terus. Frozenkan. Kowserla nak menyambal 2-3 kali seminggu.
Memercik sato dapo kau! Tak suka, dah lah aku rajinnnn sangat nak kemas-kemas romah.

Resepi Rendang Ayam Terpaling Sedap Di Donia aku hutang dulu.
Tunggu turn. Kang habis modal :))




1 comments:

Me on August 29, 2012 at 3:07 PM said...

baca discription cara masak sambal ekau nih menyebabkan eden meleleh aiayq liuq tau tak... tengok gambar langsung nangis.. bak mai 2-3 mangkuk sambal

ShareThis