Tuesday, September 4, 2012

Cari pasal

Posted by makcik rehan KJB at 10:30 AM
Assalamualaikum WBT


Semalam aku kuar dari opis agak lambat, pukul 5 lebih macamtu.
Makanya, merasala makan jem tanpa roti kat traffic light Batangkali.
Sampai kat Antara Gapi mata aku mula melayut. Serious kenot tahan.
Tah bapa kali asek terpejam-pejam mata. Pantang benti kat traffic light, aku pejam mata.
Bila celik mata, tengok keta depan dah jauh.
Mujur takde keta kat belakang, kalau tak... kenyangla makan carutan.

Sampai satu tahap kronik, aku dah tak leh beza tengah tekan minyak ke tekan break.
OK, bahaya di situ. Aku baca kat Twitter, lupa dah sapa yang retweet (Daphne kalau tak silap)
Kalau anda rasa mengantuk atau letih, sampai tahap belakang leher dah mula berpeluh,
itu maknanya anda sudah sampai limit. Dah tak buleh push lagi.
ANDA WAJIB BERHENTI. TAKE A REST. TAKE A NAP. BUY A REDBULL OR WHATEVA.
Buatlah apa pon, asalkan anda keluar dari jalan!

So, aku pon cilok kiri. Benti kat Shell Rawang Mutiara.
Dapat pulak port baek punya tepi kedai serbamakneka dia.
Alamak, spek hitam Paris Hilton ada dalam keta laki pulak (maklomla, melaram masa raya aritu)
Lowered kan penyandar kosi. Peduliklah tak cover mata dengan spek itam pon kan.
Aku bantai tido dekat setengah jam!

Kalo ikut hati memang nak tido lama-lama sampai anzalna. Haha.
Teringat pulak kat kanak-kanak di skolah. Sian depa, tunggu mak tak datang-datang kan.
Kuar dari Shell, teruskan perjalanan. Mujurla mengantuk dah hilang.
Tak jauh dah pon, kalau tak jem patutnya dalam 5-10 minit dah boleh sampai rumah.

Sekali jem teruk la pulak dari depan NSK tuuuu...
Jam dah 6.30, call laki tak angkat pulak. Ah sudahhhh.
Sampai depan skolah depa dah pukul 7, tengok van cikgu dia ada lagi.
Maknanya ada budak yang blom balik. Dalam hati aku dok kata; mesti anak aku yang last.
Elok aku membelok nak park keta depan skolah,
Bibik Indon umah depan taska yang bersidai depan gate sambil tenyeh henpon bagi isyarat kat aku...

"Sudah pulang" - begitulah yang aku paham dari cara lambaian dan gerak bibir dia.

Laki aku dah kutip anak nampaknya. Lega.
Sampai rumah, nampak Asyraf baru terkedek-kedek nak kuar dari kereta Abah dia.
Maknanya depa pon baru sampai je la.

Masuk rumah, aku tengok Aisyah pakai baju kurung. Pelik di situ.
Patutnya baju kurung tu pakai masa kelas KAFA. Lepas mandi petang patutnya pakai pyjama.
Aku mula jadi Inspektor Aliza.

Kenapa Kakak pakai baju kurom? Kakak tak mandi petang ke?
Takla Mama. Saya mandi lah!

Berapa kali Kakak mandi harini?
2 kali la Mama. Lepas skolah tadika dengan lepas KAFA.

Masa kelas KAFA kakak pakai baju apa? Kenapa tak pakai baju kurom?
Tak pakai baju kurom... Saya pakai baju Smart Soleh.

Kenapa pakai baju Smart Soleh pulak? Kan Mama dah bagi baju kurom.
OK, habistu kenapa lepas mandi petang Kakak pakai baju kurom pulak?
Kenapa tak pakai baju tido (sambil aku selongkar beg dia, cari pyjama dia)

Aku tengok pyjama dia macam bekas pakai.
Aku cium baju tu bau bedak. That means memang bekas pakai.
Aku tak puas hati lagi. Soal siasat lagi.

Kakak, kenapa bajuni dah pakai? Masa bila Kakak pakai?
Masa lepas KAFA lah Mama.

Kalau lepas KAFA, kenapa sekarang Kakak pakai baju kurung pulak?
Kakak main air lagi ek?
Tak la Mamaaaa! (beria menafikan, takut kena belasah lagi la tu)
Kalau macamni baik Mama tak payah bagi baju kurom.
Masa KAFA kakak pakai balik baju Smart Soleh,
Lepas mandi petang kakak pakai baju tido terus.

Anak aku dah malas nak layan aku. Mata dok jegil tibi.
Tah kenapa aku rasa makin meluat kat sistem skolah dia.
Lately, kesengalan cikgu dia makin menjadi-jadi.
Tak buleh ke pantau sikit pemakaian baju budak-budakni?

Asyraf semalam aku bagi 3 pasang baju. 2 pasang untuk pakai siang (seluar pendek)
Dan 1 pasang untuk pakai petang/ malam (seluar panjang)
Tapi petang tu, aku tengok Asyraf pakai seluar pendek!
Bila aku cek baju yang dah pakai,
seluar panjang dgn baju lengan panjang tu dia dah pakaikan masa siang.
Kegilaan apekah begini ha? Dah la sehari-dua ni cuaca panas melekit kan.
Lagi tambah anak aku is demam. Puiiiii la sangat!

Khamis minggu lepas aku, aku pick-up Aisyah dengan baju kurung basah lencun.
Dia main tong cat kat luar yang ada air. Main cat-cat kata dia.
Cikgu dia kata, dah larang tapi dia takmo dengar. So biar jelah.
Dah kau biar satu hal, buleh pulak kau tak suruh dia tukar baju
dan biarkan aku kutip dia dalam keadaan basah kuyup camtu? Puiiii la sangat!

Adik dia pulak, bila aku angkat nak masukkan dalam keta... aku bau taik!
Aku patah balik ke pintu skolah, kuarkan diaper dengan towel dia
Bagitau cikgu dia yang Asyraf berak. Dengan kata lain, sila pergi cuci bontot anak aku.
Aku hantar anak aku pepagi kat skolah dengan bontot bebas taik,
so aku expect bila aku kutip anak aku di petang hari adalah juga bebas taik!

Cikgu dia buat derk. Asyraf lari-lari, dia buat tatau.
Takde inisiatif nak angkat bawak masuk pegi cuci.
Hangin baran aku sudah meluap naik ke kepala. Sebelum aku histeria kat skolah, baik aku blah.
Aku seret kanak-kanak pegi kereta, lepastu aku maki kaw-kaw kat depan pagar.
Biar mak-bapak lain dengar. Biar bibik-bibik yang bersidaian depan skolah tu pon dengar.
Gila ke apa, budak berak kau tak cuci!

Sialan sangat weiii...
Kau balik kerja penat-penat hadap jem, panas, ketiak melekit bagai kan
Sekali kau kutip anak-anak kat skolah dalam keadaan basah kuyup dan bontot belengas taik.
Memang makan carutan sepanjang minggu la.

Aku ada pilihan taska/sekolah lain. Takde hal nak tuka.
Bayaran taska/ sekolah lain ada yang lagi murah dari sekarang pon.
Masalahnya anak aku tu yang takdak pilihan.
Asyraf ni bangsa super special tempatan kan, korang pon tau la dia cemana.
Nak mula balik kat tempat baru, buleh demam seminggu pulak kot nak biasakan diri.
Silap-silap aku pulak yang benti keja kan.

Takde option lain, bertahan dan bertabah.
Selagi mereka selamat seadanya, aku pasrah.

Wah, tetiba pasrah.
Padehal kau malas jaga anak! Hahaha.

Dah pi sambung buat keja :))
Tima kaseh tolong baca


 

1 comments:

littlehumblelynn on September 4, 2012 at 10:28 PM said...

rehan
aku bab2 taska,ada masa bole lebih kurang
tp bila melibatkan 2 isu-kebersihan & makanan
aku jd fussy jgk!

aku rasa x slh kalo ko guna speak up policy
let them heard & be heard!

kita byr kan
so expect the best services lah jgk!
kalo x yg terbaik pon at least thp msk akal jgk.
ini smp kencing berak ank kita pon,xnk cuci

rasa nk terajang jgk kalo kena kt aku!"

huhuhuhu

*tmpgemo#*&%%'"!/-

ShareThis