Wednesday, September 12, 2012

The DIVA Multipurpose Bag - All Sold Out

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT

Tershekik la halkum para diva-divo di serata hemisfera bila terpandang tajuk entry iols kan?
Yes uols, u know who u are... I named this bag after us. Wahhh retis gitu! :))




Maaf Incik Saad, anda tidak termasuk ya. Anda bukan diva. Anda vadey (kuih vadey)
Sila pegi kursus catwalk dengan Jobian dulu, baru buleh isi borang nak join group :))

Kain aku dah terlampau banyak. Sampai tatau kat mana nak simpan.
Mana-mana pegi asek beli kain, kain dan kain. Sikit hari lagi, aku kena simpan kain kat rak dapo!
So, something need to be done. Kain-kain yang ada harus di'clear'kan

Haritu lepas repair mesin gegar, jahitan jadi kemas dan lancar.
Lalu roh menjahit datang menjelma akhirnya.
Sejajar dengan keazaman tinggi nak menjahit banyak-banyak (nak kumpul dana mesin besor kannns),
aku nekad potong line Streamyx kat rumah. Yes, POTONG terus.
Selagi tak potong, selagi tu aku melanguk hadap laptop. Hadap tutorial tak sudah-sudah.
Menjahitnya idak jugak. Buang masa, sedor-sedor dah kol 12, lalu aku masuk tido.
Esoknya pon macamtu jugak. Satu kerja pon tak jalan.

Sekarang aku tumpang data plan DiGi PS punya sekejap-sekejap.
Sekadar nak cek email, usha fesbuk 5-10 minit, update twitter 2-3 baris.
That's it. Selebihnya, kelebek kanak-kanak, somi (tersipu), kain dan mesin gegar.
Mingguni sangat produktif. Mak suka!

Alhamdulillah, tindakan drastik membuahkan hasil.
Dalam masa 2-3 hari, 4 bijik beg siap sepenuhnya.
Dan sekarang, all this 4 multipurpose bags are UP FOR SALE.


Outer fab heavy cotton from Bandung - SOLD.

Outer fab heavy cotton from Fella Design  - SOLD

Outer fab Medium Weight American Cotton For Home Design - from local supplier - SOLD

Outer fab using Medium Weight Designer Cotton from Vietnam - SOLD


I'm selling this bag at RM35 per piece (poslaju add RM6)

Outer parts of these bags are made using good quality heavy/ medium weight cotton.
Inner part (lining) using medium weight American Cotton.
This is 100% handmade item, so please expect some imperfections here and there :)


Beg ini adalah besor. Very roomy kata omputeh
Tapak dia (dasar) adalah 9" x 12" dan tinggi beg 12"
Ada 2 poket di kiri dan kanan bahagian luar dan 2 poket juga di kiri-kanan bahagian dalam.

Bag ini fully washable, insyaAllah tahan lasak dan tidak luntur.







Isi pinggan-mangkuk, cawan, tupperware and snacks - pergilah picnic bersama kelorga.
Isi kain-baju kanak-kanak - you're ready for a short balik kampung trip.
Isi baju, diaper, towel, botol susu and food container untuk bekalan anak ke nursery.
Macam-macam lagilah kegunaan dia. It's for you to discover.
Wah, sangat berbunyi advertorial kan? Wakakaka.

Dengan ini, akak stop dulu projek beg Diva ni.
I'm currently working on Xyrix Nursery Bag and Telekung Solat Adra.
Kalau sambutan ke atas beg ini hangat tahap histeria,
Akak akan mempertimbangkan untuk muncul dengan album kedua.
Eh perasan retis kejap. Haahaha. Batch kedua actually ya :)


If you wish to sew this yourself, here is the tutorial.
Have fun sewing ya :-)



 

1 comments:

Me on September 12, 2012 at 10:23 AM said...

eden punya yg mana?

ShareThis