Friday, September 7, 2012

Update version : Tutorial Multipurpose Bag

Posted by makcik rehan KJB at 11:59 AM

Assalamualaikum WBT

Sudah tambah gambar-gambar baru.
Khas untuk yang bertanya cemana nak pasang getah kiri-kanan.



Pendekkan cerita (pakai wifi Digi yang hazab ehsan PS)
Maka inilah dia tutorial ringkas cara nak jahit beg suka-suki
Sebelum mula, mari ingat kembali cogankata kita :
Kalau MR yang tangan kejung buleh jahit, inikan pulak korang yang lemah gemalai!






Cari (beli) fabric yang tebal. Biasa orang sebut heavy cotton.
Kalau tak pakai fabric tebal, meleceh nak kena lining nak bagi beg jadi tebal sikit.
Lagi pulak, kain heavy cotton ni tahan lasak.
*Susah-susah beli dgn akak jela... 1 meter RM12 je akak jual. Hehehe.






Beg yang akak buat ikut size tupperware ni (lebih kurang)
Uols boleh ikut size yang uols suka.
Lipat dua (right side di dalam) dan jahit di kiri dan kanan. Tak payah jahit tepi.
Prosesni kena ulang 2 kali sebab kita kena buat 2 lapisan
Satu untuk bahagian dalam dan satu untuk bahagian luar.
Terpulang sama ada nak guna kain yang sama corak atau lain corak untuk bahagian luar dan dalam.









Bila dibentang bahagian yang dah dijahit poket, macan inilah kelihatannya...



Bila dah siap cantumkan poket, terbalikkan kain dan jahit kiri kanan
(sama macam proses yg mula-mula kita buat untuk lapisan yang takde poket tadi)




Kembangkan tapak beg dan jahitkan bahagian bucu.
Rujuk gambo je lah. Mesti paham punya.
Ulang proses ni untuk kedua-dua lapisan badan beg.













Berikut adalah cara nak pasang getah pada bukaan beg.
Tengok gambarni sure boleh paham kan?




Bila dah pasang getah kiri kanan,
macam ginilah rupa dia.




Sekarang mari pasangkan tali beg pulak.






Pasangkan jugak getah pencangkuk butang.
Akak dah jahit bukaan beg tu baru teringat cangkuk belum pasang
So gigihla tetas balik... sebabtu uols akan nampak dalam gambarni bukaan beg tu dah berjahit





Sekarang bolehla kita jahit bukaan beg
(proses mencantumkan lapisan luar dan dalam beg)




gegangkan = regangkan *typo*



Kemudian buat jahitan kedua pulak.





Untuk kemasan bahagian yang bergetah, kita buat jahitan tindih.
(bukan pada keseluruhan bukaan tau, bahagian yg ada getah aje)









Kalau tanak bubuh butang biasa, bubuh butang ketip pon boleh.
Atau nak letak velcro tape pon boleh.




Kedutan akak tak sekata. Benang pon bersanggul.
Pedulikla kan, janji handmade. Wahhh... eksyen! :))






Yang bestnya begni reversible tau.






Dah siap...
Boleh guna sebagai diaper bag, shopping bag, bento bag, picnic bag
atau sekadar nak syiok-syiok sendiri tayang kat orang kampung (aku lettew!)







2 comments:

lee woo on February 2, 2015 at 11:52 AM said...

There is not a soul who does not have to beg alms of another, either a smile, a handshake, or a fond eye. See the link below for more info.


#beg
www.ufgop.org

Leslie Lim on July 14, 2015 at 10:45 AM said...

This is really interesting and knowledgeable. Thanks for sharing. I really appreciate it a lot. Please do more blogs in the future. Thank you and God bless to the blogger!

Rica
www.imarksweb.org

ShareThis