Tuesday, May 28, 2013

Dress Kelakar!

Posted by makcik rehan KJB at 8:56 AM
Assalamualaikum WBT


Ini last weekend punya project, sehari dah siap patutnya. Tapi terbantut kejap sebab malas nak sembat leher. Ini pon butang leher tak jahit lagi. Malas dah aku, kebas dah jari menyembat malam tadi. Benci sangat-sangat part nak buat kelok celah ketiak tu tau. Rasa macam nak buat L shape je kat bawah lengan tu, tak payah nak ukur kecerunan nak cantum bagai. 


Hasilnya boleh tahan hazabbbb... berpintal macam-macam jurus. Hangpa tanampakla segala pintalan pasai dia dok belah dalam kannnn. Si Mencah siap panggil bajuni dress kelakar tau.

"Ma, esok saya pakai dress kelakar yang Mama buat tu ekkk... " Sentap 8 tingkat!



Malam tadi Lacey pakai dulu...














.

Tuan badan rasmikan pagini, pakai pegi tuisyen.

Posing skema sekaligus menggalakkan pengembangan lobam idom pelepah kelapa...









.
Butang leher tu belum jahit, akak cangkuk dengan brooch je dulu (pakai tak jahit terus la ni gamaknya). Sekali pandang nampak cam besar baju ni. Sebenarnya tak besar mana, cuma dia kembang kat bawah. Serik dah aku buat baju muat-muat badan untuk dia ni. Sebulan dua dah ketat dan senteng. Terus campak takmo pakai - Mama bagi kat orang jelah baju ni. Sedapnya sakappp! Kau taktau mak kau sampai tak tido malam, sakit vontot bertenggek depan mesin demi nak menyiapkan baju kelakar cam gini? Huh!


Hat bawahni hasil sampingan. Kawan-kawan suh jahitkan skirt anak depa. Bosan dah buat skirt ropol. Buat la skirt border pulak... feeling metropolitan la konon.











.
Dan ini santapan perut pagini. Akak kau dengan bihun cap bintam mana boleh pisah kan?






.
Tengaharini akak tobat dah nak main masak-masak. Memang kompom 300% aku masak nasik, pastu bungkus lauk kat kedai depan umah ni. Kowser dah nak mengkejang betis macam semalam. Abam kau balik, pandang sepi je kat sayur pucuk paku aku tau. 

Sentap 18 tingkat!





3 comments:

Me on May 28, 2013 at 9:28 AM said...

tambah tali (bukan tali rapia) kat dress kelakar tue.. terus jadi princess dress tue.. leh ikat kat belakang jadi reben

I want to lose weight on May 28, 2013 at 9:49 AM said...

betui.. tambah riben lagi comel

kakngah on May 28, 2013 at 10:34 AM said...

haah.. aku pun sajes buh reben. lebar 5 inci uols. pastu ikat bow ribbon style. nmpak mewah gitu.....

ShareThis