Friday, November 22, 2013

Breastfeeding survival

Posted by makcik rehan KJB at 1:05 PM
Assalamualaikum.

Bismillah.

Another late night (early morning) post. Akak tengah buat double pumping while typing this entry. Wahahaha... jakun sgt, itu pon nak kabo! This is soo not me - showing EBM, pumping gadget etc. Rasa macam prrffffttt sgt bila post gambaq susu dalam botoi, dlm peti ais bagai. Tapi akak kena post jugak sikit, as product review for future reference. First and foremost, this is not paid advert ya.

Haritu aku membising kat wall tanya review pam Snow Bear. Tadak sambutan. Sedehh. Sendu benor pam tu kata Kak Yam Tokey ko... hahaha. Masatu aku mmg dh eying for pam Eve Love ni setelah di suggest oleh Kak Yam korang selaku ahli geng #makbanyakanak dan bekas ahli #teamdeepfreezer. Tapi saja la aku buat kajian bebas terhadap brand yang cheaper range. Akak kan penjimat tegar dikk...

Eve Love Flexi; the 2nd generation of local made breastpump. Comes with 'freestyle' accessories - powerbank an bustier. Light, discreet, easy to handle. 1st generation nama Eve Love Heavenly. Tapi dah discontinue setelah come up dgn 2nd generation model ni. Harga pasaran RM599 with loads of freegifts (not so free i guess). Akak beli pada harga RM550 tanpa segala maknenek freegifts (tapi seller ni baik, bagi gak sebijik botol free dan handbook MMR - Mudahnya Menjemput Rezeki) termasuk postage. Harini pos, semalam sampai. Eh...!

Akak tak pernah guna Medela Freestyle, so tak acila nak compare depa dua ni kan. Tapi user lain sumer dok kata depa dua ni compatible. Akak rasa tak sama la... Handsfree dia beza sgt. Eve Love ni bustier dia cheapskate saja. Macam tube budak pompuan baru akil baligh hehe. While FS punya handsfree clip very stylo dan smart kan. Main clip2 kat bra... 

Akak cuma nk kabo... Pump ni best banyakla banding spectra 3 yg berat macam tukun nak lempor masuk laut tu kan. Putus napsu aku pakai pam tu masa banak asrap itu ari (walhal kofek aku yg keghin kan) Ada power bank, ciri yg paling akak suka. Kot sesak, bolehla semak phone akak tumpang nyawa kat power bank pam ni kan. Suction ok, adjustable. Yg tinggi pon tak sakit. Siap ada muzik penenang gittew. 

Hasil perahan? Yg ni payah sikit la nk ceghita. Akakni bukan bangsa subur macam ahli #teamdeepfreezer yag mampu kumpul 7-8 oz sekali pam. Selamanipon susu akak ibarat kais pagi makan pagi, cukup-cukup makan je utk Si #meahmiddleton. Skang ni jer baru terhegeh-hegeh nak buat stok fresh habuan nak tinggal budak ni kejap-kejap pegi pos barang dan ambik stok usahasawan. Sebelumni akak mengepak guna Avent manual sampai kurus lengan sebelah, nak kumpul 3oz sehari pon payah. Kena pam sampai 4-5 kali sehari baru nk dpt sebotol kecik 4 oz tu. Tapi dgn teknik yg betul dan keazaman serta tekad semangat berbekalkan pam baru (poyo nak mammmpppsss), sekali pam boleh dpt 3oz lebih. Dah boleh lompat bintang dah aku dik... Kalau aku dpt 7-8 oz mcm #teamdeepfreezer mau aku buat terjun tiruk kan!

So overall, setakat pakai pam ni 3 hari... Akak rasa pam ni OK lah jugak. Menepati sasaran akak untuk buat stok fresh JIT (just in time) utk Meah. So lepasni, kalau sapa PM atau whattapps akak tanya : Kakakku sayammm... best ke pam ni kak? Ini dia skema jawapan akak...

Kalau kamu mampu dan melihat dari sudut pandang jauh ke depan, yakni bercadang nak membiak lagi dan lagi macam Ana Suzana (dia nak banak 10 ko.... sila celen dia), serta bercadang nak jadi ahli #teamdeepfreezer... maka pembelian Medela Swing ka Freestyle ka adalah sangat berbaloi-baloi. Pam Medela ni dah memang termaktub kepoweran dia dari segala sudut. Spare parts pon senang carik merata alam maya. Servis tuko ganti dan baik pulih pon senang nak buat. Malah seller pam ni pon semua bukan calang-calang ilmu kopek mereka. Sekali membrane bergetar, depa dah tahu kat mana silapnya pam korang tu. Hehehe...

Kalau kamu ni jenis #kopekkeghin #poketkeghin #teammakcikmakcik macam akak, dan tak berapa nak subur utk membiak lagi dan lagi... juga tak berkerja dan tak bercadang nak join #teamdeepfreezer utk buat stok EBM banyak-banyak... maka pam Eve Love ni pon kira boleh sangat dah. Sangat baru dipasaran, keberkesanan dan kebagusan sistem servis dan baik pulih dia belum benar-benar terbukti. Anyway, jangan risau... pam ini tetap datang dengan warranty setahun. Ko lenjanla habis-habisan masa tahun pertama ko beli pam ni ek... wakakakaka!

Inilah review paling true yg aku boleh bagi kat pembaca blog femes di donia aku ni (tgn di kopek, mata ke atas). Akak tidak dibayar dan bukan jugak reseller pam ini okay. Kalau uols google, ramai reseller pam ni yang jugak ahli #teamdeepfreezer yang bagi review bagus-bagus. Fair enough la kan, depa dah memandu uji berjenis-jenis pam di pasaran. Selayaknya mereka berkata demikian.






Nko nak tau, bustier tu dia bagi free size tau. Akak ko ni pulak size tak berapa nak free. Aku kan rare species... maka bustier tu tak muat ler. Tak buleh kancing. Anak aku #mencahmanhattan nampak aku terkial-kial cuba nak pasang hook dia... dia bagi aku sedas!

Saya rasa Mama tak muat nak pakai... 
Tula, kan saya dah kata, Mama tak boleh makan bayak-banyak lagiii....

Sentap 18 tingkat Mama nakkkk!!! Tapi selaku #midnitetailor, aku sambung bustier tu guna kain lycra perca kat rumah ni. Dan walla!!! works very well on me, and i can do double pumping while typing this! Cewahhh.... panggg, bagi penampor sekali. Jakun!


OK, till then... Keep calm and carry on pumping! :)




2 comments:

Alin Marlini on December 11, 2013 at 11:39 AM said...

lama tak jenguk rehan...sihat?hehehe

mrs.syediz on February 26, 2014 at 2:19 PM said...

kak. jual kt kitelah pumping bustier tu. buleh?

mrssyediz@gmail.com

ShareThis