Thursday, November 14, 2013

Buletin lewat malam (lagi)

Posted by makcik rehan KJB at 12:47 AM

Assalamualaikum WBT

Bismillah.

Pas isyak td punya mengantuk sampai naik bebai rasa nk mengamuk kat semorang. Tapi masa tu manakan buleh tido. #anaksyurga tengah dok bertenaga lagi. Bila sorang demi sorang dah tumbang, maka tinggallah aku sorang terkebil-kebil melayan irama dengkuran orang bawah.

Lawatan sekolah Aisyah petang tadi was fine. Tapi yg tak sedapnya dia kata tak dapat makan coklat sebab tak bayar! Cikgu kata sapa tak bayar tak dapat makan. Sentap anak aku. Aku apatah lagi. Bila masa cikgu kutip duit utk mkn coklat ketika lawatan ke kilang coklat? Aku tak dapat borang 'makan coklat' pon? Kalau ada, tak kan aku laki bini bodoh bin bahalul sgt... Bagi anak pi lawatan kilang coklat tapi tak bagi dia makan coklat! Kot iya pon, sampai hati cikgu bagi options nak bayar atau tidak kepada kanak2 umo 6 tahun yang sah-sah akan kecur ayaq liyoq bila tengok member jilat coklat?

Aku rasa nak pi borong kit kat satu rak Tesco tu bila #mencahmanhattan buat muka sedih bagitau aku betapa dia teringin makan coklat bentuk bulat ada putih-putih kat sana tadi!

Aku tanya, ada tak budak lain yang tak dapat coklat? Ada... Katanya. Naseb baik weiii. Kalau anak aku sorang yang tak dapat, silap-silap tajuk utama Harian Metro esok pagi berbunyi begini :

KERANA TERKILAN, IBU PELAJAR BELI KILANG COKLAT.

Entah apa masalahnya. Communication breakdown atau memang brake tak makan! Malasla aku nk pi merusuh kat sekolah semata-mata pasal coklat. Cumanya naluri keibuan aku memang tersentap sungguhla bila imejin anak aku menatap sayu kawan-kawan dia mengunyah coklat bulat ada putih-putih sambil menahan air liur meleleh :((

Pon begitu, bila ditanya seronok ke tidak? Seronok sangat Ma... Saya tengok ikan jerung besar sangat. Ada ular gemok. Ada kuda laut yang comel sangat sampai saya rasa nak pegang dia kalau dia ada depan mata saya :))

Syukurlah kau gembira Nak. Takpalah tak dapat coklat pon, janji kamu rock! Eh...

So thats the end of her preschool's session in 2013. Apo je pon yang nko blajo kakak wehhh... Bantaila...Khamis dan Jumaat tak pi skolah dah. Esok result UPSR kuar. Jumaat pulak budak2 naik kelas. Dia tak skolah derjah satu kat situ, so dia tak terlibat naik kelas. Dia masuk Oxford teruih... Wakakakakka! Propa la weiii.... Tahun depan budakni tuko skolah dekat Bayuville la. Kowser dah aku nk berulang pi ambik dia tenghari buta kat umah Nenet. Tahun depan tadok dah la pakej mangkuk tingkat dari Restoran Rosnah... Terpaksa la launch balik hashtag #selangkahkesyorga wakakakakka!

Ada gambar #mencahmanhattan ambik scroll ijazah (ijazah sangattt prrfttt!!) tapi aku malas nak mangkit pi snap gambaq. Esok-esokla kalo rajin...

Happy school holidays!!
(happy kerrr????)

Para ibu berdarah singa dah bersedia dengan ayaq penenang hati barang sebaldi? Agak-agak nak naik hantu kat anak-anak, lekas2 la togok ayaq penenang. Kalau takleh bertenang jugak, ko selamla muka sendiri dalam baldi tu...

0 comments:

ShareThis