Tuesday, February 27, 2018

Ukhuwah Dan Persahabatan

Posted by makcik rehan KJB at 12:06 AM
Assalamualaikum WBT

Memasuki usia sore, selain nikmat sihat dan berkeluarga; dikelilingi teman-teman yang baik juga adalah satu lagi nikmat yang harus disyukuri. Alhamdulillah.

Teman yang baik akan selalu mendoakan, menyenangkan dan saling mengingatkan agar sahabatnya sentiasa di landasan yang benar. Aku berdoa agar Tuhan selalu mendekatkan aku dengan teman-teman yang baik, supaya kebaikan mereka terpalit juga kepada aku yang banyak dosa ini. Agar dengannya, bolehlah aku sentiasa perbaiki diri.

Terima kasih kawan-kawan semua yang sentiasa menghiburkan. Barangkali, keputusan Mak Ayah aku hantar aku masuk Taayah adalah keputusan terbaik yang mereka buat dalam hidup aku. Cewah.... 5 tahun kita makan nasik kawah kat sana, sampai sekarang ukhuwah tu masih kukuh. Entah jampi serapah apelah yang Makcik Logam tu hembus dalam kawah nasik tu sampai melekat benor kita ni kan. Sampai laki aku pon naik heran, apebenda yang budak-budak Taayah ni tak abis2 gathering lah, makan2 lah, kenduri lah! Setahun tah baper kali reunion korang ni. LOL!

Kalau ada umur, ada rezeki, ada kelapangan, jangan lupa ajak aku memeriahkan majlis lagi tau. Hanya korang je yang memahami perangai berat bontot aku ni. Majlis lain payah aku nak men'Diva', tadak sapa nak layan aku. Hahahaha...

Semoga Allah merahmati ukhuwah ini, dan mengumpulkan kita semua di Syurga nanti. Friendship till Jannah!






ShareThis