Friday, April 2, 2010

HAPPY 3RD BIRTHDAY AISYAH

Posted by makcik rehan KJB at 9:03 AM
Menaip entryni sambil tengok Grey's Anatomy
Aisyah tengah 'mengkeroseh' basikal pink dia,
PS tgh tahan geram tengok kelaku anak dara dia :P
Basikal tu baru dapat sat tadi, hadiah hari jadi dari Babah dia
PS punyala jenuh round 4,5 bijik kedai kat Rawang ni [hujan lebat pulak tu]
nak cari basikal hat yang paling jambu utk anak dara dia
balik rumah, tak sampai 2 jam, dia honggak punya honggak basikal tu
raga depan dah patah penutupnya, sponge pelindung palang depan dah koyak,
sticker girlie-girlie kat badan basikal tu habis dia kopek...






















*Sigh*
Kami kena terima hakikat,
anak dara kami ni memang punya semangat enquiry yang sangat tinggi 
Habih setiap inci basikal tu nak dikelebeknya
Bukan takat kelebek, semua nak di Handy Mannykan

Dan pagini masa nak pi keja [sambung menaip kat opis]
loceng basikal tu dah hancur dikerjakan, patah bahagian dalam, tak bunyi dah...
kuar dari bilik, nampak dia tgh tenyeh basikal tu dgn wet tissue...
Saya nak bersihkan enjin Mama....

Anyway, today is her birthday
her 3rd birthday to be exact
So everything today is about her... and she can do what ever she wants
[sambil mak bapak dia kontrol nafas tahan geram :P]

Betapa masa sgt pantas berterbangan [direct translation :P]
Sudah 3 tahun Aisyah bersama kami... sudah jadi kakak juga

Masih terasa-rasa detik beberapa saat selepas melahirkan dia
saat pertama kali memandang hidung kembangnya
pertama kali menyusukan dia, mengucup pipinya
she was so helpless back then...

Tapi kini budak kecikni bukan kecik sangat lagi
tenaganya sahaja dah suku dari tenaga kami
mulut kecik yang dulu cuma tahu menganga dan mintak susu saja
kini dah semakin becok, bercakap, menyanyi dan tak lupa memekik
sekarang sudah pandai memujuk, memuji dan membodek

Hey dunia... anak kami dah besar!






















Selamat Hari Jadi Aisyah!
Jadi anak yang baik-baik yaaa....

*Mekap smokey eyes ditaja oleh Bibik Kiptiyah
  Bab mekap-mekap memang sgt buleh diharap, sampai Asyraf pon dicelaknya!



Photobucket

8 comments:

Anonymous said...

hehehe hepi besday aisyah :) chantek beskal dia... klu umah kite dkt bleh la kayuh sama2 ngan maryam

- sue@mamamaryam

eynda on April 2, 2010 at 9:46 AM said...

Happy birthday aisyah....semakin lawa anak dara ni...semoga menjadi anak yg solehan dunia akhirat...

tini on April 2, 2010 at 9:48 AM said...

slamat hari lahir... moga aisyah besar jadi insan berguna dan solehah. acik sgt dengki sbb kamu ada bibik yg pandai 'smokey eyes'kan kamu. hp bday!!

Elyn on April 2, 2010 at 9:54 AM said...

happy besday aishah!!!

date besday kamu sama ngan wafiq la..... muah dari aunty

zealvia on April 2, 2010 at 10:16 AM said...

selamat hari lahir mencahhhhhhhhh....amoi lama gak antie perati mata mencah tu...nak tau ori ke tak ori smokey eyes nya ....baca sampai abes baru tau bibik kiptiyah salapkan ye..ekekekekke santek!...sgt santek..dah jadi anak dara dah.

Nurul Aznil on April 2, 2010 at 12:10 PM said...

CHUP!
bila grey's anatomy ni?
Alahai, lepas lagi.
sama ngan surirumah terdesak..

nilah akibat dok layan citer korea. abih citer lain terlepas... la laa laaa

Cik E on April 2, 2010 at 1:48 PM said...

happy birthday Aisyah....

dari aunty E, abang Adam dan Ammar

AISYAH HANI on April 2, 2010 at 2:23 PM said...

happy birthday mencah. Malam karang nak gi celebrate suh bibik mekap lawa2 tau...

ShareThis